Tuesday, January 28, 2014

Lepaking di Mamak Bestari, Publika

Assalamualaikum...
Sikit lagi nak tengah hari. Entri ni pun sebenarnya takde la fresh mana sebab ini kisah semalam. Al-kisah lepas habis waktu pejabat, aku, Ridzuan dan Syafreena sembang-sembang kat tempat kerja kitorang. Sambil sembang-sembang tetiba Syaf bagi idea untuk keluar makan. WOw...menarik sebab masing-masing pun lapar. Lagi pun hari dah lewat petangkan.


So, apa lagi, kitorang pun terus tutup PC dan gerak keluar menuju ke Publika. Haa..Publika je la kot sebab itulah tempat paling dekat nak pergi dan paling senang nak cari tempat makan. Lagi pun, kitorang ni kejar masa. Ye la..takkan nak balik lewat ye tak? Aku ni duduk jauh..hehehe


Sampai je di Publika, terus jalan cari tempat makan dan Ridzuan suggest restoran Mamak Bestari. Haa..aku dan Syaf pun okay je sebab kitorang takdelah cerewet mana pun bab makan. Janji perut kenyang. Hihihi. Duduk je elok terus mamak tu amik order. Apa lagi, teh ais dan roti banjir la pilihan aku. Sedap juga sebenarnya. Oh ya...first time makan kat situ sebenarnya. Selalu kalau pergi Publika tempat favorite aku macam Chawan ke, Nasi Ayam Hailam ke, Subway ke..tapi kali ni ke Mamak Bestari pulak.

Sambil makan sambil bersembang. Memang seronok juga sesekali begini. Jarang aku keluar makan ngan kengkawan lepas habis waktu kerja. Selalunya kalau balik lambat sekali pun memang sebab buat kerja je la. Kali ni sebab lepak-lepak dengan kengkawan. Release stress sambil imbau memori lama. Gitu kan. Penuh gelak ketawa je la jawabnya kan. Hahaha...
Budak-budak zaman sekarang. Teknologi buatkan mereka berbual melalui handphone..apakah? Okay..propa je ni. Masing-masing tengah set kamera handphone sebab nak bergambar kekdahnya.
Menu yang aku makan. Sedap wooo.. roti canai sama kari sama sambal..nyum nyum

Oppss...sorry, tuan blog nak menempek jap. Hahaha..Sila abaikan pipi tembam macam belon tu ya. Dah anugerah Tuhan katanya. 

Okay...till meet again

14 comments:

  1. bestnya kalau dapat makan2 sambil lepaking dengan kengkawan. .wahaha. . :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan...mmg best sesekali keluar..boleh release stress

      Delete
  2. hehe seronoknya lepak2 dgn kengkawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la Lya..seronok juga sesekali macam ni

      Delete
  3. Lepak ngan kawan2 memang best... tapi kalau dalam lepak2 tu ada bincangkan sesuatu perancangan... haaa... lagi best... meriahh..! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Kak..kami discuss tentang satu projek sebenarnya

      Delete
  4. roti banjir tu mmg best...uhuhu

    ReplyDelete
  5. aduiii telan air liur pulak nampak roti canai tu kak. hehehe lama dah tak makan roti canai.

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum...ainim.

    wahh.. best nyer lepak mamak tu... boleh join..

    mselim3

    pls; tp ainim kena belanja mselim3..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mselim..
      In Shaa Allah, kalau setakat roti canai boleh je.hihihi

      Delete
  7. seronok kalau berjimba dengan kengkawan yea......akak baru semalam minum ABC kat kedai mamak bersama suami......

    ReplyDelete
  8. laksa mamak ni best!

    ntah sape le yg masak.. :-)

    ReplyDelete

My friend say: