Thursday, January 23, 2014

Kisah Salji Di Indonesia

Assalamualaikum...
Image: Google
Selamat malam semua. Kembali semula bersama detektif Ainim. Eceh... Entri kali ni masih lagi berkaitan dengan kisah salji di Indonesia. Aku ada ceritakan di entri ini . Kalau korang dah baca, tahulah cerita sebenarnya. 

Okay...daripada pemerhatian aku, ada juga beberapa blog yang share berita yang kononnya daripada Chelmsford Weekly News. Hmm..apa yang aku dapati, kesahihan berita itu amat diragui kerana ianya tidak menyatakan sumber video diperoleh dan ada juga yang menyatakan video itu bersumberkan satu kawasan di Filipina. Wallahualam. Demi untuk lihat perkara sebenar, aku search kesahihan berita itu dan aku search juga website Chelmsford ni untuk cari sumber asal berita atau video yang berkaitan. Aku ada cari satu persatu video yang dimuat naik ke dalam laman web Chelmsford ni tapi tiada satu pun video yang aku jumpa ada kaitan dengan perkara ini malahan berita yang dimuat naik juga tiada langsung berkaitan dengan salji di Indonesia ini. Hmm..kalau korang search kat website tu dan jumpa, sila bagi link kat aku untuk aku baca ya. Manalah tahu kot-kot mata aku yang juling ke tengok banyak sangat article. 

Okay..berbalik pada salji tu, jika ianya benar berlaku pada sekitar bulan Ogos tahun lepas, mustahil ianya tidak diketahui masyarakat Indonesia sendiri dan MUSTAHIL juga tidak ada langsung berita mengenainya yang disebarkan oleh akhbar-akhbar baik di Indonesia dan juga luar negara. Fenomena pelik, mana boleh tak dapat liputan meluas. Alangkan kisah pokok menyerupai manusia pun boleh sampai ke pengetahuan telinga dan pembacaan kita di sini, mana mungkin berita salji turun tak dapat liputan. 

Kejadian salji turun di Vietnam dan Mesir pun dapat liputan meluas seluas-luasnya sehinggakan kita kat Malaysia ni siap buat andaian yang Malaysia pun akan turun salji. Padahal Mesir dan Vietnam kira jauh la lagi dari Malaysia sedangkan Indonesia tu negara jiran je. 

So far, setakat pembacaan aku dan carian aku tiada bukti sahih mengatakan Indonesia turun salji TETAPI, ada juga andaian bahawa Indonesia, sama seperti Malaysia, berkemungkinan akan turun salji kerana perubahan iklim dan cuaca. Info lanjut korang boleh baca kat SINI dan SINI. Aku tak nak translate sebab tak faham sangat bahasa Indonesia ni.

Pada aku, andaian ini tidak mustahil akan berlaku disebabkan perubahan suhu dan cuaca pun memang dah jelas nampak bezanya dari tahun-tahun sebelumnya. Rasanya tak perlu kot aku nak quote fakta-fakta berkenaan perubahan medan magnet bumi, kutub utara bergerak laju what so ever semua tu. Korang pun mesti dah ada google sana sini cari info kan. Kang panjang berjela pula entri ni. Cukuplah untuk aku katakan andaian ini semuanya tidak mustahil akan berlaku. Semuanya didalam rencana Allah SWT. DIA yang menciptakan dan DIA berhak untuk menjadikan setiap fenomena alam ini untuk menguji iman kita sebagai hambaNYA. Lagi pun, bumi ni dah terlalu tua untuk kita menidakkan segala fenomena alam yang terjadi. Kita manusia, khalifah yang diberi amanah menjaga alam ni tetapi kita pulak yang jadi tukang memusnahkan alam ini dengan rakusnya. 

So, sekian perkongsian untuk kali ni. Sekadar pendapat hasil dari pembacaan aku. Maaf , aku tak suka nak share link-link yang aku tak yakin kesahihannya. Kalau korang ada bukti sahih, silalah kongsikan dengan aku ya. Oopss..lagi satu aku nak ingatkan, jangan mainkan apa-apa isu sensitif bila komen entri ni ya. Sekian.

Okay...till meet again.
p/s: Ada kisah menarik pasal salji di Indonesia. Hint ada pada entri ni sendiri. Nanti aku share kat entri lain.

14 comments:

  1. memang akak pun rasa cam ada kemusykilan di situ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..sebab tu saya tak nak letak apa-apa fakta sebab takut salah pulak.

      Delete
  2. Wallahualam. Tak tahu lagi kesahihannya bagaimana.

    ReplyDelete
  3. takutnya... kalaulah kat malaysia ni.. tak tahu nak jadi apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah kak..mungkin akan lebih banyak spekulasi keluar

      Delete
  4. Mmg susah nk percaya sebab mcm x logik je negara yg berada di garisan khatulistiwa boleh turun salji tp kalau Allah nk bg turun bua peringatanboleh je kan.. berita yg keluar pun mcm fake je tapi ramai yg percaya sebab cuaca kt malaysia sekarang ni sejuk.. kalau kt Melaka ni dah mcm genting dah pkul 10 mandi pun menggigil2 lagi

    Jom Terjah : Custom Made Sticker Kereta | Car Stickers Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang berita tu mmg fake cumanya di indonesia mmg ada satu pergunungan yang bersalji. tentang cuaca sejuk tu mmg banyak negara dah alaminya disebabkan perubahan cuaca dunia..
      kan..sejuk sampai tak mandi je rasa

      Delete
  5. Kun fayakun..tpi kita pun x tahu kisah sbnrnya... Tapi klu betul pun x mustahil..

    ReplyDelete
  6. mmg ade yg cakap vid yg same tu sebijik macam vid yg kat filipina, nim..so mak akak cakap, better jgn buat spekulasi, nanti kite sebarkan isu yg xtepat lak..huhu..so akak pon biarkan je la..hehehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak Ann..sebab tu saya tak share berita tu kat dalam blog saya bagi elakkan spekulasi yg bukan2

      Delete
  7. beberapa orang rakan blogger dari indonesia juga menafikan perkara ini.. jika betul pun mungkin kat satu kawasan yang mereka sendiri tak diami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Aiza..sebab tu saya xkongsikan berita tu kat blog saya sebab nak elak spekulasi

      Delete

My friend say: