Saturday, January 11, 2014

Kiriman Dari Seoul

Assalamualaikum..
Tony Moly Malaysia

Fuhh..petang baru dapat buka blog. Alhamdulillah. Sihat ke semua? Semalam tak sempat nak blog walking sangat sebab banyak sangat hal. Hari ni In Shaa Allah akan cuba yang terbaik ya.

Masih ingat pada entri Wordless Wednesday #2 [08.01.2014] yang lepas? Ada yang tanya aku jual minyak wangi ke? Ada juga yang tanya aku nak promo barang ke? Aku senyum je baca komen kawan-kawan. Okay...meh sini aku explain ya.

Sebenarnya semua barang-barang ni merupakan skin care set daripada jenama Tony Moly kecuali yang packaging hitam tu, sebab itu foundation and loose powder. Semua barang-barang ni aku kirim daripada En Rashid, ex-boss aku yang keje kat Seoul tu. Sebelum ni aku ada post mengenai Buah Tangan Dari Seoul juga pemberian daripada En Rashid. 

Nak jadi cerita, beberapa minggu sebelum En Rashid balik, beliau ada call aku dari Seoul bagitau nak balik bercuti. First time nak bercuti sejak hampir 3 tahun kat sana. Alhamdulillah, walaupun ex-boss aku ni dah jauh kat sana tapi still ingat juga kat anak buah dia yang sorang ni. So, dah sembang-sembang tu, saja je aku cakap nak pesan barang kat sana aci tak? Haa..sekali dia kata nak apa? Nak brooch ke? Aku cakap tak nak brooch tapi nak pesan benda lain.

Haa...pastu ex-boss aku ni tanyalah nak kirim apa, aku saja je la cakap nak kirim kosmetik. Sekali dia cakap, okay je tapi bagi gambar sebab dia tak reti nak cari sangat. Hahah..terus aku cakap nanti aku bagi gambar. Dalam kepala dah cakap YES! YES!..hahaha. Terus message kembar aku nak bagitau ex-boss aku nak balik cuti, so nak kirim pape tak? Kembar pun nak je la. Aku emelkan gambar-gambar barang yang kami nak beserta harga sekali, tapi ikut matawang won, korea punya matawang. 

Haa..beberapa hari lepas sampai Malaysia, En Rashid call bagitau yang dia dah ada kat Msia tapi nak balik kampung dulu. Dia tanya nak cepat ke barang-barang tu. Aku cakap tunggu je la dia datang ofis untuk official duty. Jadi, hari selasa 7hb Jan tu pepagi lagi En Rashid dah datang cari aku. Gigihnya la ex-boss aku ni. Kat tangan dia aku dah nampak beg plastik. Berat je rupa beg tu. Masa dia sampai kat tempat aku, terus bagitau dalam beg tu barang-barang yang aku pesan. Rasa nak melompat pun ada. Tapi bila tengok dalam beg tu, mak aih..banyaknya barang padahal aku rasa kirim sikit je pun. Nak tahu apa benda yang aku kirim dan apa yang dapat sebagai free gift? Meh layan gambar kat bawah ni'
 
Ni namanya Tony Moly Floria Nutra-Energy Emulsion with Argan Oil. Ni kembar kirim. Floria ni antara penjagaan daripada Tony Moly yang baru dan bagus. Free gift ialah Tony Moly Floria Nutra-Energy Toner with Argan Oil. Harga cuma 18,000 won. 

 
Haa..ni pulak namanya Tony Moly Nutra-Energy 100 Hours Cream. Produk ialah moisturizer cream. Sebenarnya cream ni sangat sesuai untuk mereka yang duduk di negara seperti di Korea tu yang sejuk dan berangin serta kering. Kalau kita kat Malaysia ni, pakai waktu malam kira okaylah. Tapi rasanya kalau korang jenis yang kulit kering sesangat tu elok pakai kot. Set ni percuma dengan Tony Moly Floria Nutra-Energy Cleansing Oil. Harga cream ni 20,000 won. Tak silap aku, Floria yang packaging warna coklat emas ni memang diperbuat dengan campuran argan oil. Minyak argan ni memang diperakui elok untuk penjagaan kulit muka.

Tony Moly Floria Pore-Energy Essence with Botanical Pore Care Science. Set ni untuk mengecilkan pori yang besar. Elok untuk jenis muka macam aku dan kembar ni. Harga 18,000 won. 
 
Dua benda ni bedak muka. Yang dalam botol tu, Tony Moly Face Mix Skin Foundation dan yang sebelah tu Tony Moly Face Mix Finish Loose Powder. Kedua-dua ni aku yang punya. Foundation tu belum pakai lagi tapi yang loose powder tu dah pakai. Memang sedap sangat dan terasa lembut kat muka. Nampak natural dan tak berminyak. Tahan lama juga tau. Harga foundation tu 9,900 won dan loose powder tu 11,800 won. Semua barang ni je dah banyak tapi dapat lagi free gift berupa face mask sheet yang kat bawah ni. Kembar aku dah ada beberapa peket sebab kawan dia yang pergi Korea hujung tahun lepas pun ada belikan untuk cik kembar barang Tony Moly dan juga dapat mask muka ni percuma. kembar aku cakap memang sedap sangat pakai mask ni. Memang aku tengok hasil kat cik kembar pun bagus je.

Maaflah aku membebel panjang ya. Bukan selalu pun kan. Hahaha. Bukan nak menunjuk ke apa, sekadar nak berkongsi dengan korang tentang barang-barang ni. Manalah tau kalau-kalau korang pun berminat ke. Kalau berminat nak cuba, boleh dapatkan di oulet Tony Moly yang ada kat Malaysia ni antaranya di Mid Valley dan juga KL Festival City. Kalau tak sure boleh tengok kat website Tony Moly Malaysia di SINI. Tapi aku prefer tengok website Korea Tony Moly. Tapi kalau nak tahu updates terbaru dorang kat Malaysia ni boleh tengok kat Facebook Tony Moly Malaysia .

Okay...till meet again

11 comments:

  1. lepas ni makin cantik la Anim dgn Ain :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..taktau la cantik tang mana..nak bagi elok sikit je kulit muka ni

      Delete
  2. wah banyakn..ainim pengguna produk nie plak ekk,,

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Kalau tengok hasil kat kembar saya, nampak bagus kak.

      Delete
  4. wah...seronoknya!!!
    bgaya sakan r lepas ni ek...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.takde nak bergaya pun Munirah. sekadar kepuasan diri sendiri je

      Delete

My friend say: