Tuesday, January 28, 2014

Kiriman Dari Seoul Part 2

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Sihat ke? Alhamdulillah..
Kalau awal bulan hari tu aku ada bercerita tentang kiriman barangan kosmetik dari Korea yang aku kirim daripada En Rashid, ex-boss unit aku yang kini bertugas di Seoul, tapi kali ni nak share dengan korang kiriman dari Korea juga tapi melalui kawan cik kembar aku.

Kawan kembar telah pergi ke Korea 19hb Jan yang lepas dan baru je pulang kelmarin, 26hb Januari 2014. Actually, bila dah tau kawan kembar nak ke Korea, mak minta pesan belikan set sudu dan garfu korea. Haa..kenapa mak suruh kirim? Ini kerana mak aku lebih suka menggunakan sudu dan garfu korea yang berbentuk panjang dan lurus. 

Kami sekeluarga dah beberapa tahun mula menggunakan set sudu makan Korea kerana bentuknya yang unik. Ianya panjang dan berat. Takde risiko nak bengkok pun. Selain tu, sudu korea ni pun boleh buat untuk kacau masakan. Haa..mak aku sendiri yang suka tau bukan semata-mata kami yang hantu korea ni je. Hihihi..bila dah ada set baru ni, rasanya makin bersemangatlah nak makan guna sudu korea kan. 

Kembar pesan dua set untuk setiap sudu dan garfu. Mak pun puas hati sebab dah makin banyak koleksi sudu korea. Hari tu tak sempat nak pesan kat En Rashid sebab aku rasa dah banyak gila aku pesan barang kosmetik kat beliau. SO, bila kawan kembar nak ke korea, kitorang kirim je la. Dorang pun memang baik hati. Harga untuk setiap set sudu dan garfu ini ialah 10,000 won. Berbaloi la..

Okay...till meet again
p/s: ada lagi barangan yang kitorang pesan. nanti aku share ya

10 comments:

  1. amboi ala2 korea suda ya ainim :)..cantik la set sudu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lya...nak duduk sana mmg taklahkan..jadi buat style dorang pun okay..hihihi

      Delete
  2. Sudu korea nih x sama dengan sudu yg ada di Malaysia ke ?huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Sudu korea ni dia panjang dari segi pemegang dan agak berat. kukuhlah

      Delete
  3. cantiknya set tu ainim....boleh buat koleksi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang terus guna kak Sukma..hehehe

      Delete
  4. hahaha...pastu suruh mak masak kimchi jjigae sekali...hahaha...pastu jgn lupa ajak kita g rumah! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..yang tu memang takleh nak minta sebab mak tak makan makanan korea.huhuhu

      Delete
  5. Cantik sudu garfu dari Korea ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya biasa je Sally tapi sebab penggunaannya yang best tu yang jadi suka tu

      Delete

My friend say: