Friday, January 17, 2014

Hari Terakhir Pelajar Praktikal

Assalamualaikum...
Tajuk tu takde kena mengena dengan aku tapi sebenarnya berkaitan dengan pelajar praktikal di unit kami iaitu Haziqah. Haziqah atau Haziq ni pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mula menjalani latihan praktikal di sini pada September yang lepas. Alhamdulillah, Haziq ni bagus budaknya. Banyak membantu kami dalam urusan kerja dan ringan tulang. 

Bila hari terakhir dia sebagai pelajar praktikal ni, sedih la pulak tapi pada aku ia bukanlah perpisahan selamanya kerana kami masih boleh berhubung melalui telefon dan juga jaringan sosial seperti Twitter dan Instagram. Haziq ni memang aktif dengan Twitter dan Instagram. Meriah tau kalau tengok instagram dia. Memandangkan Haziq ni memang suka bergambar, jadi hari-hari terakhir dia unit ni, kejenya bergambarlah. Kami pun terjebak sekali. Hihi.
Masa ni bos kami, Puan Anisah tengah bagi sedikit kata-kata aluan dan ucapa untuk Haziq. Macam-macamlah yang bos ucapkan. Haa...sambil tu sempat lagi puan sakat En Nazri.
Dah setel berucap, tiba masa bagi hadiah kat Haziq. Kami hadiahkan kain pasang dan shawl buat Haziq. Harap Haziq sukalah. Dah setel bagi hadiah, kami pun makanlah apa lagi kan. Menu wajib kami, nasi arab dan kuih muih. Kami kat cicd ni suka makan nasi arab sebab itu menu paling ringkas dan paling senang nak dapat.

Haziq pun tak ketinggalan beri kami hadiah buat kenangan. Terima kasih Haziq. Rajin buat sendiri hadiah tu ya.
Itu masa farewell Isnin lepas. So, hari rabu, last day Haziq, kami pun gigihlah amik gambar walau dalam kesibukan bekerja.
 
Tengahari tu kami ramai-ramai lunch di cafe ISTAC. Wana dan juga seorang lagi praktikal HR, Marylene, kawan si Haziq pun join kami sekali. Memang meriah lunch. Gelak ketawa dengan perangai masing-masing. Menu wajib aku kalau makan kat ISTAC ni ialah chicken chop.
 
Sebelum waktu ofis berakhir, kami ambil gambar kenangan berempat. Buat Haziq dan Marylene, selamat maju jaya dan semoga kalian success dalam kehidupan ya. Oh ya, buat Mary, semoga termakbul impian untuk memeluk Islam ya. Akak doakan untuk Mary. Harapnya kalau jumpa nanti, kita semua tetap mesra. Sayang korang..
 
Okay...till meet again

6 comments:

  1. sedih kna bila orang yang kita dah biasa ada...tetiba takde...hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Sally.terasa juga kehilangan budak ni

      Delete
  2. Ish macam best pulak kalau praktikal camni hahaha. Nad nak start praktikal bulan 4 ni, ish cuak pulak kita

    ReplyDelete
  3. Lumrah dunia.. Bertemu dan berpisah...:-)

    ReplyDelete
  4. nampak happy je praktikal kat sini..semoga mereka terus berjaya..

    ReplyDelete

My friend say: