Sunday, January 26, 2014

Embun Beku Umpama Salji Di Ranau, Sabah

Assalamualaikum...

Sebentar tadi berbual dengan mak. Mak cerita tentang embun beku di Ranau, Sabah akibat cuaca sejuk. Keluar berita kat radio. Wow..tertarik betul aku. Teringat pulak nak search berita online. Sekali terjumpa artikel kat Berita Harian.
Air kolam di puncak Gunung Kinabalu membeku disebabkan fenomena cuaca sejuk. - Foto Lano Lan
Ranau: “Kolam menjadi ais, embun yang menitis juga terus membeku hingga kelihatan seperti salji,” kata penunjuk arah atau dikenali sebagai ‘Malim Gunung Kinabalu’, Nais Momin, 45.
Menceritakan keadaan sejuk luar biasa di puncak Gunung Kinabalu, Nais berkata, beliau menyedari keadaan itu ketika membawa pendaki ke puncak gunung pada 15 Januari lalu. 
“Ini kali pertama saya lihat keadaan seperti itu sepanjang enam tahun menjadi malim di puncak tertinggi Asia Tenggara. Laluan bertangga di kawasan puncak turut diseliputi ais. Laluan pendaki menjadi licin. 
“Cuaca ketika itu redup, bergerimis dan sejuknya menusuk ke tulang. Air menjadi ais dengan ketebalan antara setengah hingga lebih satu sentimeter.
Berita lanjut: SINI

Ni yang buat aku teringat percutian aku ke Sabah tahun lepas. Walau hanya sekadar ke Kundasang pun dah terasa sejuk, ini kan pulak Ranau. Bestnya kalau aku kat situ sekarang. Boleh feeling feeling macam kat oversea. Rasanya kalau kakak sulong aku ada kat situ, confirm beribu gambar dia amik. Bukan selalu ada keadaan macam ni kan. Menarik..

Okay...till meet again

22 comments:

  1. fenomena yg menarik dan belum pernah berlaku di Malaysia...... yeah boleh feeling feeling macam kat oversea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan PCL..rasa macam nak ranau je sekarang

      Delete
  2. Assalammualaikum...ainim,

    embun beku nie, menjadi tajuk hot tu.. cuaca sejuk kat Malaysia .. felling feel ..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mselim. Betul tu, tajuk hot
      Hahah...seronok juga sesekali suasana sejuk begini

      Delete
  3. Oh wow, now I feels like going there to play snow :P

    ReplyDelete
  4. ramai yg dok sebarkan cerita konon salji yg turun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Kak..padahal mana ada salji pun. saja je dorang nak tarik trafik

      Delete
  5. patut le tersedak, ade org sebut nama.. hehe. memang Anim, kalo akak ade kat sane, banyak gambar akak ambik.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..jom pegi lagi sabah kak...tak pun pegi korea terus

      Delete
  6. nak kena siap-siapkan baju tebal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya orang ranau dah biasa kot kak

      Delete
  7. mmm assalammualaikum... kalau kat kampung cik azue dedulu.. kalau ada embun yg beku.. derang sebuk nak tanam dalam diri .. konon leh jadi kebal.. wallah hu 'alam..

    ReplyDelete
  8. Hmm... Kecoh betul.cuaca sejuk.ni kn... Bg sy biasa je kot sbb dulu pun pnh jadi gini...

    ReplyDelete
  9. haah la ainim blh feeling mcm kat negeri omputeh kan ;D

    ReplyDelete
  10. terketar-ketar bile mandi..nak ckp sejuknyer

    ReplyDelete
  11. fuh.. kalau sejuk bebeno.. teman pun x tahan sejuk..

    ReplyDelete

My friend say: