Sunday, January 12, 2014

Drama Terbaru TV Al-Hijrah : Aku Ada Wali

Assalamualaikum...

Pernah tengok promo drama Aku Ada Wali di tv Al-Hijrah tak? Aku baru je tengok promo drama ni tadi dan aku rasa drama ni mesti best. Sebab apa aku kata best? Tengok pelakon dan corak drama ni pun dah tau dannnnnn sebab drama ni buat penggambaran kat Korea. Hahah.

Sinopsis mengenai Aku Ada Wali dari Facebook TV Al-Hijrah
SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.
Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.
Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.
Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.
Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Siti Saleha, Zahiri Adzim, Zoey Rahman, Aida Jebat, Puteri Chi Chi, Sabhi Saddi dan ramai lagi. Drama ini akan ditayang mulai 14 Januari 2014 setiap hari selasa pada pukul 10 pm di TV Al-Hijrah sebanyak 13 episod. Untuk lebih info lanjut mengenai drama ni, boleh klik SINI.


Credit: tsarasiasdnbhd

Tetibe rasa excited pulak nak tengok drama ni. Harap dapatlah tengok nanti.

Okay...till meet again

8 comments:

  1. hehe.. u know what.. time diorang buat pengambaran kat korea tu.. I was there.. siap senyum2 lagi dengan zoey n nely.. hoho.. early nov 2013 pengambaran tu.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah? Ye ke Sha? Waaaa..bestnya. teringin nak pegi korea

      Delete
  2. selalu terlepas drma kt alhijrah sbb diorg tyng lewat sikit kn..

    ReplyDelete

My friend say: