Tuesday, January 07, 2014

Buah Tangan Dari Seoul

Assalamualaikum...
Dah lunch ke? Alhamdulillah, hari ni aku makan chicken chop kat ISTAC, KL. Rezeki buat hari ini.

Pagi tadi, aku berjumpa sekejap dengan En Rashid, ex-boss kat unit aku bekerja ni. Sekarang ni beliau bertugas sebagai Trade Commissioner bagi pejabat di Seoul. Sekarang ni En Rashid ada kat HQ untuk official duty sebelum balik ke Seoul semula. 

En Rashid datang tempat aku sebab nak hantar barang-barang kosmetik yang aku kirim beberapa minggu sebelum beliau balik bercuti ke Malaysia. Dah dia call tanya khabar, aku pun sengaja je la cakap nak kirim barang. Nasib la En Rashid ni jenis melayan je. Hahaha. Bukan apa, kalau beli barang kat sana harga lagi murah. Aku ada cite pasal beli barang ni kat +Sally Samsaiman dalam instagram sebelum ni. hehehe

So, bila dah jumpa tu, sambila bagi barang yang aku kirim, En Rashid bagi buah tangan juga kat aku. Untung-untung. Kali ni, En Rashid bagi cermin pulak. Sebelum ada je buah tangan yang dia kirim untuk aku kalau ada mana-mana officer yang pergi ke pejabat Seoul. 

So, cermin ni ada banyak kegunaannya. Dah alang-alang banyak beli barang kosmetik, eloklah ada cermin, boleh guna sekali, ye tak? Hahaha. Terima kasih En Rashid. Saya suka sangat cermin ni, cantik.

Okay...till meet again

17 comments:

My friend say: