Thursday, January 02, 2014

Alamak!! Lewat!!!.....Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...Hari ni dah mula sesi persekolahan dan maknanya, jalan raya akan jem semula. Adoiiii. Hahaha. Semalam aku tido lewat gila. Dalam pukul 2am gitu. Tak boleh tido kekdahnya. So, menghadap laptop la sampai boleh buat keje-keje ofis sekali. Gigih sangat. Dah pukul 2am takleh tido tu takleh dilayan sangat. Tak boleh jadi ni, so aku masuk bilik tutup lampu pejam mata. Tepuk-tepuk bantal sambil cakap esok nak bangun pukul 5am.

Sekali tetiba je ada orang cuit aku. Buka mata rupanya kaknyah. Dia cakap ko tak keje ke? Dah pukul 640am. What?!?!?!? For real? Hah!!!! Aku LEWAT!!!!!! Terus meloncat bangun dari katil, capai tuala gi mandi. So, total masa yang aku amik untuk bersiap sebelum pergi kerja adalah dalam 20 minit gitu. Hahahah..Sila gelakkan diri sendiri. Sapa suruh tido lambat. Kan dah bangun lambat.

Aku keluar rumah sharp pukul 7am tapi sebelum sampai kat kereta sempat lagi message boss yang aku mungkin lambat masuk opis pagi ni. Kira siap2 bagitau awal-awal. Setidak-tidaknya boss tahu yang aku memang lambat. Hahaha

Dengan gigihnya aku drive. Nasib ikut MEX highway (kadar tol masih seperti biasa), walaupun tak dapat nak pecut sebab kenderaan dah banyak, tapi smooth lagi la. Tapikan, aku tak faham kenapa aku masih boleh rilex. Aku rasa bertenang je bawa kereta. Tak macam sebelum-sebelum ni, aku akan pecut gila2 punya laju sampai aku rasa macam nak bunuh diri pun ada. Keluar MEX tempuh jalan sg besi dan BANYAK betul kereta hari ni. Masa ni konsep redha perlu diamalkan ya.

ALHAMDULILLAH... Itu je yang mampu aku ucap bila tiba je kat opis. Aku berjaya sampai ke pejabat dalam tempoh 40 minit walaupun mengharungi kesesakan trafik. ALLAH tolong aku untuk sampai dengan selamat dan beri aku rasa tenang walaupun sebenarnya dah lambat. Ye la, aku kan masuk keje pukul 8am. Kalau dari Putrajaya tu, selalunya kalau dah pukul 7am baru nak keluar, susah nak sampai before 8am. Ni kira masih bernasib baik dan pengajaran buat aku.

Korang jangan tiru perangai aku tau. Tido la awal ya kalau tak nak bangun lambat. Hahaha..

Okay...till meet again

p/s: Lagi ceria sebab bonus dah masuk..hahaha

24 comments:

  1. nasib baik sempat lagi... alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. huhu nsb tak terlewat kan...eh2 bonus..wah bersinar2 la..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...biasalah, bila dgr bonus, dr ngantuk jadi mata segar..

      Delete
  3. tenang sebab bonus tu...hihi...sally tido la lewat mana pun...tetap mata celik pukul 6pagi!! even cuti!! huwaaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagusnya..kita jarang sharp. apa la nak jadi diri ni

      Delete
  4. husband & saya pun lewat gak gerak dari rumah hari ni. Tapi alhamdulillah smpai opis sblm pukul 8.30pg...rupa2nye staf yang lain pun ada gak lewat smpai...biasalah, 1st day bkk sek kn..

    ~Admin : QasehMuslimah.Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memang betul kot Munirah, sebab kat ofis saya pun ramai yang bercuti

      Delete
  5. alhamdulillah.. selamat smpai wpun lewat...

    ReplyDelete
  6. hari ni rasanya masih ramai yang cuti. Yang nak hantar anak ke sekolah tu satu. Yang mak ayah lain pon kena cuti sebab pengasuh pon kena hantar anak ke sekolah

    ReplyDelete
  7. tu la.. lain kali tidur la awal2.. hehe

    eh, lama x singgah sini, tukar header plak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh tido la Pha Is..mata tak mau lelap. hahah

      kali ni dah tak tukar dah

      Delete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah...nasib saya sempat saya Aiza

      Delete
  9. alhamdulillah , selamat sampai . ramai rupanya blogger dok putrajaya . next time pasang alarm . senang nak bangun .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ye ke Vee? Vee pun duduk Putrajaya ke?

      Delete
  10. nasib baik ada yg cuitkn utk bgn.. heheh yana pon lewat bgn pg tadi.. sbb dh lama cuti mggu nie. tue yg rasa mcm cuti lg jerk pg tadi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Yana..penangan cuti ni sebenarnya

      Delete
  11. mujur selamat sampai.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh. Alhamdulillah Husna.. nasib

      Delete
  12. waw! Alhamdulillah.. macam mustahil.. hehee

    ReplyDelete

My friend say: