Friday, January 03, 2014

Akulah Yang Paling Sibuk

Assalamualaikum...

Korang sekalian dah makan? Alhamdulillah. Okay..jom mulakan cerita. Ni sebenarnya mimpi je tau. Janganlah korang ingat betul-betul ek.


Nak dijadikan cerita, di suatu hari aku ni busy sesangat. Busy bukan sebarang busy tapi busy menguruskan perkahwinan sahabat baik aku, Rina dan Syafiq. Dari permulaan mereka nak adakan majlis sehinggalah kepada hari kejadian. Semua aku yang uruskan. Akulah yang bagi idea untuk hias dewan yang serba indah. Konsep yang aku pilih ialah tema ala-ala diraja omputih. Alaa..macam cite dongeng Cinderella tu. 


Dewan terhias indah bagai berada disebuah istana. Dengan pintu-pintu yang dicat keemasan dan warna dinding soft peach. Lampu chandelier yang bergemerlapan mengindahkan dan memberi mood yang sangat diinginkan pengantin. Almaklumlah, demi sahabat baik katanya. Hehehe.

Paling best bila both parents bagi kepercayaan kat aku untuk pilih sekali busana pengantin dan arrange sekali makanan semasa majlis perkahwinan. Terharunya. Aduh..rasa sangat dipercayai gitu. Sehingga tiba dihari kejadian, kedua-dua sahabatku ini masing-masing meluahkan rasa gementar mereka kat aku. Ye la, nak kahwinkan. Akan melangkah ke alam baru gitu. Alhamdulillah, masa tu aku rasa lega sangat bila mereka selamat diijab kabul. Lepas tu aku berlalu pergi dengan hati yang gembira dan juga terharu tanpa aku pedulikan majlis tu lagi.
******
Tetibe aku tersentak, dengar bunyi azan. Hah??? Aku buka mata. Ohhh..mimpi rupanya. Eh, dah tahun baru la. Dah 1 Januari 2014. Pagi tu aku takde la ingat sangat tapi dalam kepala aku, apa hal la aku boleh mimpi pasal dorang ni. Kalau Rina tu ya la memang kawan baik aku. Geng seSUJU aku. Kalau Syafiq tu takat suam-suam kuku je. Hahaha. 

Tapi aku tersenyum juga sebab teringatkan dalam mimpi tu, aku lah yang paling sibuk sekali. Dah macam wedding planner. Aku tak mahu pikir apa alamat mimpi tu sebab aku tak nak amik kisah pun. Apa pun aku doakan yang terbaik buat rakan-rakan aku yang dua orang ni. Semoga mereka berjumpa dengan jodoh yang telah ditakdirkan untuk mereka.

Okay...till meet again

12 comments:

  1. ni mesti ada cita2 nak jadi wedding planner nie..
    hehe..
    smoga menajdi knyataan satu hari nnti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, Shark, jauh menyimpang tu. Tak minat langsung

      Delete
  2. wah...siap mimpi lagi....mimpi di siang hari ker.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak Kak..mimpi waktu malam. Tetibe je pulak tu..

      Delete
  3. amboih.. nampak masa depan cerah ni.. haha

    ReplyDelete
  4. Mimpi kadang2 seronok juga layan... :D
    Kita boleh jadi macam2... hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau saya mimpi diri sendiri best la kak..hahaha

      Delete
  5. Rina tu kahwin dengan Shafik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tapi dalam mimpi saya tu la..hahaha

      Delete
  6. tolong la...tolong jadi wedding planner sally...hahaha ^_^

    ReplyDelete
  7. wahhh kalau jadi wedding planner pon okay jugakk..
    masyuukkk taw wedding planner ni..heheheh

    ReplyDelete

My friend say: