Wednesday, December 31, 2014

Selamat Tinggal 2014

Assalamualaikum...
Image: Google
2014 kini bakal melabuhkan tirai. Tahun yang penuh dengan cubaan, dugaan dan ujian. Bermula dari awal, hingga ke akhir 2014 kita diuji oleh Allah SWT. Daripada ianya berpunca daripada tangan manusia sehingga ke malapetaka alam. Daripada sekecil-kecil ujian, sehingga sebesar-besar ujian.

Kalau diimbas kembali, hampir setiap suku tahun itu kita diuji. Tak sanggup nak sebut setiap ujian yang telah diberi. Cukup sekadar diingatan untuk dijadikan pedoman dan panduan buat hari mendatang. Biarlah ia menjadi lipatan sejarah yang akan kekal dan terus diingati sebagai tanda kita masih dikasihi oleh Sang Pencipta.
Image: Google
2015....kami menanti dengan penuh harapan. Apa mungkin akan ada ujian yang lebih getir sebagaimana 2014 menguji kami? Atau mungkin ada sedikit harapan buat 2015? Wallahualam... Sesungguhnya manusia itu merancang tetapi perancangan Allah SWT jualah yang tetap terbaik untuk manusia. Kita berdoa dan bertawakal kepada Allah moga-moga 2015 ini dapat ditempuhi dengan lebih kuat dan tabah. 

Wallahualam....
Read more ...

Monday, December 29, 2014

Petua Hati Tenang

Assalamualaikum...

Selamat pagi Malaysia. Alhamdulillah..bertemu lagi dalam entri kali ini. Just a simple sharing for today.
Image: Google
Wallahualam...
Read more ...

Thursday, December 25, 2014

Bantuan Mangsa Banjir

Assalamualaikum...

Maaf ye lewat begini baru update blog. Lepas ni nak buat blog walking.

Aku yakin kalian semua sudah maklum akan keadaan banjir yang semakin meruncing terutama di bahagian pantai timur Malaysia. Sedih mendengar perkhabaran daripada sahabat handai yang terlibat dalam musibah ini. Allah menguji untuk melihat sejauh kita bersabar dengan ujian hidup ini. Moga ada hikmah dalam musibah ini...Insha Allah.

Buat kalian yang ingin menyalurkan bantuan, di sini aku share beberapa NGO dan agensi yang membuat kutipan / sumbangan bagi membantu mangsa banjir.



Marilah kita sama-sama membantu mereka yang di dalam kesusahan. Disaat mereka kesusahan inilah kita perlu bersama untuk membantu. Kalau tidak banyak, apa yang termampu dibantu. Kalau tak mampu dari segi kewangan, dari pakaian, makanan pun boleh. 

Semoga bantuan yang kalian berikan beroleh berkat dan pahala daripada Allah SWT, Insha Allah.

Wallahualam...
Read more ...

Wednesday, December 24, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

Assalamualaikum...


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Tuesday, December 23, 2014

Vendeur Festival 3.0 Boxing Day

Assalamualaikum...
Vendeur Festival Boxing Day
Add caption
Ini adalah kesinambungan daripada entri Vendeur Festival 3.0. Wah...dah ready ke tidak ni? Dah sedia dengan duit kepuk-kepuk dalam beg ke tidak ni? Hahaha..gaya abang kawasan sangat ayat tu kan. Back to the story....

Tinggal lagi berapa hari je lagi ni nak tiba ke festival jualan paling gah paling meletop kebabom dengan All Stars Vendors yang join pesta jualan ni? Kalau yang dah biasa dengan Vendeur Festival ni, confirm tahu yang VF ni akan diadakan pada 27 - 28 Disember 2014. Bertempat di MATRADE Exhibition and Convention Centre (MECC), Menara MATRADE, Kuala Lumpur. Elok sangat dah tu venue tu. 

Dengar katanya, ada diskaun sehingga 80% tau. Banyak butik-butik online famous seperti MMBasic, Tudung People, Aidijuma, Ashh&Annas, Al-Humaira Contemporary, Sugarscarf, ShawlbyVSnow, Zawara, Zalora, Bella Ammara dan banyak lagilah yang akan turut serta nanti. Alahai, banyaknya sampai tak larat nak mention dekat sini. Maklumlah, ada lebih kurang 400 vendors nanti.

Fuh...banyak tu kan? Kalau korang usha Instagram penganjur ni, dah ada senarai booth beserta nombor booth sekali. Haa..senanglah korang nak usha dan target booth korang kan. Takdelah pening nak mencari nanti. Sila catat nombor booth pilihan korang awal-awal ya. Hik hik hik...Aku sendiri dah ada booth pilihan aku. Weee

Tak silap aku, booth tu terbahagi kepada beberapa jenis booth. Ada Island, Premium dan Normal booth. Korang tengok je la nanti saiz booth tu. Menariknya, bukan setakat jual baju je tahu, tapi ada pelbagai produk yang akan dijual oleh peniaga-peniaga yang mengambil bahagian. Jadi abang-abang yang temankan anak bini nanti pun bolehlah turut join shopping. 

Kemudahan pengangkutan awam pun senang nak dapat. Kalau korang turun kat LRT Titiwangsa tu, naik bas U618. Bas tu memang direct masuk ke dalam kawasan Menara MATRADE tapi kalau bas U83 tu area mahkamah, bersebelahan dengan Menara MATRADE. Nanti kena jalan kaki sikitlah. Kalau yang drive sendiri macam aku ni, parking kat dalam kawasan menara ada disediakan tapi korang kena ready la ya dengan ribuan pengunjung lain.
transport
Oh ya, pastikan korang siap-siap dengan cash money sebab dalam menara ni cuma ada sebuah je ATM machine Maybank. Manalah tahu kalau ramai sangat yang withdraw money haritu, terus korang takleh nak keluar duit, tak pun kena beratur panjang.

Satu peringatan, silalah pastikan beg dan barangan berharga korang tu dijaga dengan rapi supaya takdelah kejadian kehilangan atau keciciran. Buat ibu bapa yang bawa anak kecil tu, pastikanlah pegang sentiasa tangan anak tu, kalau yang bawa stroller tu, sebolehnya elakkanlah daripada melanggar atau menghalang laluan pengunjung lain ya. Satu tips, elakkan daripada membazir dan membeli ikut hawa nafsu ya. Pastikan apa yang hendak dibeli itu benar-benar berbaloi dan berguna. Jangan beli pastu tak pakai sudah. Membazir itukan amalan syaitan.

Masa shopping panjang tau, 10am-10pm. Kalau tak sempat datang pagi, boleh datang petang. Rasanya lagi nak abis masa shopping, lagi banyaklah kot diskaun yang akan ditawarkan. #SaleKasiLcin...ewah. Baiklah...kalau aku pergi nanti, aku share la sikit-sikit gambar sekitar VF nanti ya. 

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, December 22, 2014

Hadiah Giveaway Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum...

Orang lain semua dah update entri ni tapi aku je baru hari ini dapat update. Alhamdulillah...sekali lagi menang giveaway anjuran kak Mia Liana. Syukur..rezeki berpihak kepada aku.

Alhamdulillah, dah selamat tiba hari Isnin yang lepas tetapi disebabkan internet dirumah bermasalah, makanya tertangguh nak update entri hadiah. Memandangkan aku masih belum merasmikan lagi skin bar, aku siap-siap buat entri. Haa...sikit hari lagi nak rasmikan.

Waa...excited ni cuba tau. Nak merasa juga kesan perubahan yang ramai orang dah rasa. Korang tunggukan entri review aku nanti ya.

Okay...till we meet again

Read more ...

Bila Shawl Terlebih Daripada Baju

Assalamualaikum...

Ya Allah, lamanya tak blogging. Dah hampir seminggu kan? Minta maaf banyak-banyak ya. Hari ini Insha Allah, akan memulakan kembali rentak blogging.

So, my first story for today is about shawl. Ewah..alahai..orang perempuan, terutama yang bertudung, terutama jenis macam aku yang ada jenama tertentu yang menjadi kegemaran. Haa..begini ceritanya. Korang kan tahu, aku ni pemakai shawl tegar. Bukan setakat daripada ShawlbyVSnow je, malah daripada Al-Humaira Contemporary, Sugarscarf, Anggun Zara, Chenta Qaseh, Tudung People dan macam-macam lagi brand yang ada di dalam wardrobe aku dan cik kembar.

Berikut kat bawah ini adalah sebahagian daripada koleksi shawl yang aku ada. Ni cuma daripada ShawlbyVSnow je la ya..yang lain-lain aku tak amik gambar sebab tak sebanyak ini kuantitinya.






Mungkinlah nampak tak banyakkan? Tapi, bila lipat, setingkat wardrobe tak muat dah. Itu pun ada yang tak buka lagi...maknanya tak rasmikan lagi la tu. Haa..kat bawah ni pula koleksi yang baru 2 minggu lepas beli. Eh..hahaha..sebenarnya 4 helai tapi tiga je dalam gambar.
Tapi, bila dah banyak sangat shawl, mak aku dah mula bising sebab terlalu banyak. Korang bayangkan kitorang beli almari khas untuk simpan tudung je. Bukan setakat shawl, malahan tudung bawal pun sikit punya banyak dalam koleksi cik kembar. Err...aku tau mesti ada yang terdetik dalam hati, tamaknya, membazirnya.

YES...aku sendiri akui. Sedikit kegilaan terhadap shawl itu adalah tabiat yang tidak sihat. Tidak bagus untuk duit poket aku dan kembar (gaji la ya). Ada masalah juga sebabnya sekarang kuantiti shawl melebihi baju yang ada di dalam almari. Apa kes daa....

Sampai satu hari, mak aku tegur suruh stop beli shawl sebab melampau sangat banyaknya sampai ada yang dah tak pakai. Makanya, kena leterlah aku dengan mak. Tapi aku tak marah pun mak dengan leterannya itu sebab untuk kebaikan aku.

Jujur cakap, aku akui semua itu. Agak membazir duit juga bila beli lebih daripada keperluan sebenar. Sampaikan bila nak keluar jenjalan, barulah perasan baju baru tak berapa nak ada. Hihihi...i take it serious dengan teguran mak. Cumanya, shawl yang tak pakai tu bukan sebab beli saja-saja tetapi disebabkan baju yang nak dipadankan dengan shawl tu tak siap atau tak boleh pakai sebab reserve untuk event tertentu.

Terkesan juga sebenarnya dengan teguran mak dan kini aku dah slow sikit dalam membeli shawl ni. Dah niat 'puasa' beli shawl demi simpanan masa depan kekdahnya. Hihihih...kepada korang-korang yang ada perangai tak berapa nak bagus macam aku ni, aku nasihatkan kita sama-sama muhasabah diri. Selalu ingatkan diri beli untuk keperluan bukan untuk kehendak semata.

Maklumlah, zaman sekarang ni dalam keadaan ekonomi negara tak berapa nak bagus, menabung itu adalah wajib supaya bila tiba waktu memerlukan, kita masih ada back up (simpanan). Bila tetiba je keinginan nak membeli tu datang, kuatkan iman dan istighfar bebanyak ya. Ingat yang kita sedang berjihad lawan hawa nafsu. Haaa..gitu nasihat akak...

Sekadar berkongsi pengalaman dan ambillah sedikit pengajaran daripada entri simple ini ya.

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, December 16, 2014

Unifi Bermasalah

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi semua. Alhamdulillah, dapat juga update entri blog pada hari ini. Sekadar mengambil peluang pepagi buta dipejabat ni. Kalau dah waktu kerja nanti tak dapat nak update blog.

Sekadar nak beritahu kenapa dah beberapa hari aku tak update blog. Just for your information, aku menghadapi masalah internet dirumah. Unifi mengalami kerosakan sejak hari khamis lepas. Dah buat report kepada pihak TM pun tapi masih belum ada panggilan telefon daripada pihak teknikal mereka.

Semalam dah follow up dan harap sangat hari ini akan ada technician yang datang untuk baiki apa yang patut. Agak sukar sedikit bila internet problem terutama bila nak buat online banking. Terpaksalah guna mobile data yang juga tak berapa bagus connection sekarang ni.

Apa pun, tetap ada hikmah bila internet bermasalah sekarang ni. Apa yang penting kita belajar untuk back to basic kekdahnya. So, kepada korang, minta maaf banyak-banyak sebab tak dapat nak blogging seperti biasa dan tak dapat blog walking ke blog korang. Apa pun, tetap berterima kasih kepada silent reader dan juga mereka yang rajin search info dalam blog ini.

Okay...till we meet again
Read more ...

Thursday, December 11, 2014

Buttermilk Lobster

Assalamualaikum...

Jangan terliur pepagi ni ya. Ni aku throwback gambar je ni. Padahal aku ni sebenarnya teringin nak makan menu ini sebenarnya. Masa lobster ni pun masa kat Sabah je..kalau kat KL agak-agak berapa harganya?

Kalau beli lobster tu berapa harga ek? Aku fail bab-bab harga ni. Hahahaha..

Okay...till we meet again

Read more ...

Wednesday, December 10, 2014

Wordless Wednesday #2 [10.12.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk har ini..
Siapa suka makan ini, angkat tangan..

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [10.12.14]

Assalamualaikum...

Wordless wednesday #1 untuk hari ini...
“When we are judging everything, we are learning nothing.”

Okay...till we meet again
Read more ...

Tuesday, December 09, 2014

Apa Nak Masak Untuk Bekal Esok Ek?

Assalamualaikum...
image: Google

Siapa tengah online sekarang? Nak minta idea korang ni. Aku kan sekarang ni dah mula membawa bekal ke ofis. Setiap hari untuk breakfast dan lunch. Dah sebulan lebih jugalah aku membawa bekal ke pejabat.

Maklumlah, sekarang ni kos sara hidup makin meningkat. Salah satu cara nak berjimat ialah membawa bekal ke pejabat. Itulah yang aku lakukan sekarang. Bukan setakat aku je, dengan cik kembar pun aku bekalkan juga bekalan ke hospital. 

Cuma lately ni aku rasa blurr memanjang. Tak tahu nak masak apa. Nak bawa apa..nak bawa nasi ke, roti ke, nak bawa megi ke apa ke..Semua aku blurr je sekarang. Hadoi...korang ada idea untuk cadangkan aku masak apa? Cer bagi idea...manalah tahu kot aku boleh cuba resipi korang bagi.

Okay...till we meet again
Read more ...

Gurauan Pagi Selasa

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Kali ini entri auto publish ye sebab tuan blog away from computer. Ada urusan penting di hospital. 

Apa pun, mari kita senyum pepagi yang ceria ini dengan gambar kat bawah ini. Oh ye, peringatan ya..ini bukan mempersendakan agama atau bangsa, sekadar gambar parody kepada legenda peninju dunia, Muhammad Ali.
 Gambar ini dikongsi oleh ahli Super Junior, Siwon.

Okay...till we meet again
Read more ...

Monday, December 08, 2014

Rezeki CPUV Bulan Disember 2014

Assalamualaikum...

Last month dapat banyak CPUV dan boleh tahan juga earning tapi langsung tak sempat nak update kat dalam blog. Aiseh..sorry ye Nuffnang, kita busy sesangat sekarang ni. Risau juga bulan Disember berkurang terus CPUV tapi kena percaya kepada rezeki Allah kan.


Alhamdulillah, walaupun tak banyak, tapi dapat juga 2 campaign yang sedang berjalan sekarang ini. 

Terima kasih Nuffnang sudi bagi lagi CPUV. Harap bertambahlah lagi iklan ya..hihihihi

Okay....till we meet again
Read more ...

Selamat Pagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, masih lagi diberi ruang untuk bernafas dan menjalani kehidupan seperti biasa. Maaf ya, lewat ini tak konsisten update blog. Ada beberapa kesibukan yang melanda dan menghadkan masa untuk berblog.

Insha Allah, akan usaha sebaik mungkin untuk blog walking seperti biasa dan balas kunjungan rakan-rakan sekalian. Apa pun, jom siapkan kerja yang melambak ini dahulu.
Okay...till we meet again

Read more ...

Saturday, December 06, 2014

Menang Giveaway Ephyra Skin Bar

Assalamualaikum...

Syukur Alhamdulillah, rezeki lagi menang giveaway anjuran Kak Mia Liana. Oppss..jangan cakap sebab aku ni protege kak Mia, memang senang je nak menang. Harusnya taklah kan. Jarang sebenarnya aku menang giveaway ni. Sesekali je menang tapi Alhamdulillah, hujung tahun ni rezeki murah.

Memang aku tertarik sangat-sangat dengan Ephyra Skin Bar ni dan berdoa supaya ada rezeki nak menang dan mencuba. Nak juga bagi muka ni kurang sikit jerawat dan merah-merah tu. Aku ni kulit kadang sensitive. Tak kena gaya sikit jaga kulit, mulalah tumbuh jerawat di sana sini. Kalau sebelum ni musim dia tumbuh di tepi muka tang tepi telinga, tepi dahi, sekarang ni musim dia tumbuh dekat pipi, dekat hidung, dekat dahi, dekat bawah dagu. Haih la...

Harap sangat agar Ephyra Skin Bar dapat membantu aku untuk atasi masalah ni kan. Insha Allah... Apa pun, terima kasih kepada Kak Mia Liana dan pihak Ephyra kerana sudi memilih saya sebagai salah seorang pemenang.

Okay...till we meet again
Read more ...

Friday, December 05, 2014

Salam Jumaat

Assalamualaikum...
Source: Tumblr
Salam jumaat semua.
Do not walk proudly on the earth.
You cannot cut through the earth,
nor can you rival the mountains in height.
 Sama-sama kita renungkan ya tapi jangan sampai termenung..hihihi

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, December 03, 2014

BugsLock Hadiah Giveaway MiaLiana

Assalamualaikum...

Wah...orang lain semua dah share entri hadiah giveaway ni tapi aku baru je nak share. Ini semua gara-gara kesilapan yang aku berikan. Haa..terlambat sikit dapat hadiah. Dah dapat hadiah tunggu waktu sesuai nak update entri. Maklumlah, tuan blog banyak bebenor halnya. 

Alhamdulillah, aku tersenarai antara pemenang giveaway anjuran kak Mia Liana. Tengok balik Senarai Pemenang. Syukur....

Tapi belum rasmikan lagi gelang ni sebab masih belum dilakukan aktiviti yang dirancang. Tambahan musim hujan ni, macam tak dapat je nak lakukan. Terpaksa tunda. TAPI....aku dah ada alternative plan. Apa ye plan aku tu? Nantikan update aku...

Terima kasih kepada Kak Mia dan pihak penganjur kerana sudi memilih saya. Akan saya manfaatkan gelang ini sebaiknya.

Okay...till we meet again

Read more ...

Wordless Wednesday #2 [03.12.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 untuk hari ini.

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [03.12.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.

Nyum nyum nyum...

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, December 02, 2014

Tuesday Reminder

Assalamualaikum...
Image: Facebook
Terbaca dan tertarik dengan perkongsian di Facebook. Mari sama-sama kita hayati dan renungkan tapi jangan sampai termenung..hehehe

Dah breakfast ke? Jangan lambatkan breakfast ya...

Okay...till we meet again

Read more ...

Monday, December 01, 2014

Program Anak Angkat GAZA

Assalamualaikum....

Selamat hari Isnin. Sekadar hebahan maklumat yang aku terima daripada emel pejabat.
Permohonan bagi Program Anak Angkat GAZA telah dibuka. Buat yang berminat ingin menyertai program ini boleh layari laman web Al-I'tisam Relief Program. Tentang bagaimana program akan dijalankan pun ada diberitahu dilaman web berkenaan. 

Program Anak Angkat Gaza anjuran ARP adalah sebuah program di mana seorang individu atau sebuah keluarga Malaysia mengambil tanggungjawab untuk menanggung sebahagian daripada kos sarahidup keatas seorang anak yatim para syuhada' Palestin yang tinggal di Gaza atas dasar persaudaraan dan ukhuwwah kasih sayang sesama Islam untuk tempoh tertentu. Anak-anak yatim syuhada' ini telah kehilangan bapa mereka yang terkorban didalam peperangan menentang zionis baru-baru ini. Sumber: SINI
Ini adalah senarai anak-anak GAZA yang terlibat dalam program ini dan ada beberapa orang telah pun diambil sebagai anak angkat. Alhamdulillah. Comel-comel anak kecil ini. Semoga dipermudahkan urusan kehidupan mereka.

Buat yang betul-betul berminat dan berkemampuan, boleh klik pautan yang berikut untuk ketahui lebih lanjut mengenai program ini, siapakah anak-anak ini dan profil mereka.
Terma & Syarat : SINI
Profil Anak Angkat Gaza : SINI

Diharap program seperti dapat meringankan beban penderitaan hidup anak kecil yang tidak berdosa ini. Dengan bantuan dan sumbangan ini dapatlah mereka serba sedikit membantu mereka menjalan kehidupan di bumi Gaza. Semoga usaha kalian dalam membantu anak-anak ini akan mendapat rahmat dan pahala daripada Allah SWT.

Wallahualam....
Read more ...

Friday, November 28, 2014

7 Step of Happiness

Assalamualaikum...

Selamat pagi...
Jom semak 7 step of happiness. Semoga boleh jadi panduan untuk kita dalam menempuh hidup yang mencabar sangat ini. 

Okay...till we meet again


Read more ...

Thursday, November 27, 2014

Soondubu Jigae Hanya RM3?

Assalamualaikum...

Betul ke tidak yang aku baca ni? Betul ke tidak? Haaa..betullah tu. RM3 je ala carte. Ulang suara, ALA CARTE ye. Bukan set ya. Jangan salah faham pulak. Hahahaha..kang korang order sekali kena bayar normal price, ada yang ngamuk kang.

Haa..sesiapa yang suka makan soondubu jigae macam aku dan Sally, bolehlah ke Dubu Dubu Urban Korean sebab ada promosi sempena ulang tahun ke- 3 Dubu Dubu. WOW...korang, RM3 tu berbaloi sangat. Murah giler tu. Siapa tak nak kan?

Aku dah plan dengan Syaf esok tengah hari nak serbu Dubu Dubu...harapnya dapatlah meja makan. Takut kena serbu dengan orang ramai, kang tak dapat makan lagi. Kempunan..

Okay...till we meet again
Read more ...

Wednesday, November 26, 2014

Wordless Wednesday #2 [26.11.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesdayb #2 untuk hari ini.

Nyum nyum nyum...

Okay...till we meet again
Read more ...

Keputusan UPSR 2014

Assalamualaikum...
image: Google
Setelah beberapa kontroversi yang melanda UPSR 2014 dan adik-adik kita juga terpaksa menduduki semula peperiksaan berkenaan, maka kini tibalah pengakhirannya. Hari ini akan keluar keputusan UPSR 2014 yang sangat dinantikan.

Haa...confirm adik-adik kita ni berdebar ya. Macam-macam perasaan adakan? Biasalah adik-adik, perasaan tu pasti akan ada. Akak ni dulu pun sama je. Tapi result aku dulu tak elok pun. Jujur cakap je la. Banyak main aku ni...dan aku lambat tangkap sesuatu pelajaran yang diajar. Hehehe.

Apa pun, semoga adik-adik diluar sana mendapat keputusan yang baik. Apa yang pasti, usaha telah dilakukan dan tawakal dan redha je la ya. Berdoalah banyak-banyak supaya keputusan nanti mampu buat diri adik tersenyum ye. Apa pun, jangan bersedih andai result tak seperti yang adik inginkan. Ini baru UPSR, masih banyak dan panjang  lagi perjalanan hidup. Andai ada yang kecundang, jangan risau, pastikan kelemahan dan kekurangan tersebut diperbaiki pada masa hadapan.

All the best adik-adik

Okay...till we meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [26.11.2014]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 untuk hari ini.
Terima kasih..ada sesuatu menanti untuk yang ke-666 tu..

Okay...till we meet again

Read more ...

Tuesday, November 25, 2014

Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Syukur Alhamdulillah hari ni terima khabaran gembira buat diri. Senyum je hari ni. Usaha bertahun lamanya membuahkan hasil akhirnya. Just nak share dengan korang yang aku gembira hari ni. :)


Okay...till we meet again

Read more ...

Monday, November 24, 2014

Giveaway Ephyra Bar Skin Di Mialiana.com

Assalamualaikum...



Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!!
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu.
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi.
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan.
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Saya dan adik kembar

Umur pengguna? 28 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki / Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif)

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Saya menghadapi masalah jerawat yang agak merunsingkan. Jerawat tumbuh dengan saiz yang besar seperti jerawat batu dan menyebabkan kemerahan pada kulit muka. Pori dimuka juga agak besar dan menjadikan kulit cepat  berminyak.

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Read more ...