Tuesday, December 31, 2013

Projek Malam Tahun Baru 2014

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Malam ni merupakan malam terakhir bagi tahun 2013. Opps...this is not the end of the world ya. So, xyah resah-resah. Hari ni aku balik awal sebab nak spend time with my family. Ala-ala nak sambut raya je kekdahnya.

Tajuk tu macam dah gempak kan tapi bukanlah projek mega ke, projek besar ke or what so ever, tapi ni projek nak mengemas bilik cik kembar aku. Bilik dia tu dah penuh dengan barang-barang Super Junior gitu. Bila dah asyik membeli je, lama-lama penuh la ruang bilik tu kan. Itu tak masuk lagi dengan buku-buku yang banyak tu. Mak pun dah bersuara bagitau yang bilik Ain tu dah tak tau nak duduk kat mana. Hehehe

So, malam ni aku dan kembar berhasrat nak kemas bilik ni. Oh ya, aku dan kembar tak tido sebilik sebab aku sebilik dengan mak. Mak takleh tido sorang sebab takut apa-apa hal jadi, at least ada peneman. Mak kan tak sihat orangnya. 

So, korang jangan marah ya kalau malam ni aku kurang blog walking. Busy nak mengemas ni. Hehe...harapnya dapatlah maximise segenap ruang yang ada.

Okay...till meet again
Read more ...

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2013. Ramai dah blogger yang buat entri hujung tahun ni. Aku pun nak juga up entri ni. Pejam celik mata kejap je dah nak masuk tahun 2014. Sekejap sangat-sangat kerana waktu pantas mengejar kita. Kita je yang selalu tak sedar. 

2013 ni merupakan tahun yang indah dan tak kurang mencabar buat diriku. Banyak juga kenangan manis dan pahit yang aku lalui sepanjang tahun 2013, namun kenangan yang manis akan tetap kekal menjadi ingatan indah manakala kenangan pahit akan kekal dalam lipatan sejarah dan mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik dimasa hadapan.

Memang ada hajat / azam yang aku target tahun ni tak tercapai, tapi tak mengapa. Aku yakin yang masa masih ada peluang itu masih terbuka untuk aku cumanya aku sendiri kena cari dan usaha gigih ke arah mencapai segala apa yang aku hajati.

Paling aku tak sangka bila tahun ni aku berjaya kekal sebagai blogger setelah hampir setahun tak aktif blog. Walaupun bukan lagi dengan fan blog tetapi blog personal, namun aku dapati aku lebih berpuas hati dan gembira dengan blog personal ini. Ramai kenalan baru yang aku kenal dan banyak juga ilmu yang aku dapat sepanjang setahun blogging ni.

Terima kasih buat Mak aku yang sentiasa bersama aku dalam susah dan senang. Maklah insan yang sentiasa peka dengan kehidupan aku dan cik kembar tersayang yang paling tahu segala isi hati aku.

So, kepada kalian semua, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Usah difikirkan sangat soal azam kerana apa yang lebih penting apa usaha kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari ini. Semoga kita menjadi semakin matang dalam kehidupan.

Okay...till meet again
Read more ...

Aden Edcoustic Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

Perkhabaran sedih diterima pagi bila aku buka Facebook dan terbaca status Hazamin daripada kumpulan nasyid Inteam bahawa vocalis kumpulan nasyid Indonesia, Edcoustic iaitu Aden telah meninggal dunia semalam. Aden meninggal dunia di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia. Dikhabarkan bahawa arwah mengalami sakit perut yang serius dan sebelum itu terlantar dihospital.

Aku sempat juga cari berita pemergian arwah di SINI dan SINI
Agak mengejutkan buat aku kerana aku salah seorang pendengar muzik kumpulan ini. Aku suka dengan lagu-lagu ciptaan dan juga nyanyian kumpulan ini. Bagi korang yang selalu dengar lagu nasyid, aku yakin paling tidak korang akan pernah dengar juga lagu Edcoustic ni. Edcoustic ni ada buat kolaborasi dengan kumpulan Inteam menerusi lagu Kau Ditakdirkan Untukku. Lagu ni memang best sangat. 

Doaku semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang Soleh. Daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali. 

Ni ada video lagu Kau Ditakdirkan Untukku. Sedih pulak aku dengar lagu ni.. Al-FATIHAH

video

Read more ...

Monday, December 30, 2013

2014 Bloglist Blog Celoteh Cik Yaya

Assalamualaikum...

Jom join segmen anjuran Blogger Cik Yaya ni. Syarat pun mudah. Kalau nak join, klik je link kat atas tu ya. Deadline segmen ni 31 Disember 2013.

Okay...till meet again
Read more ...

11 Langkah Penjimatan Belanja Kerajaan

Assalamualaikum...

Tadi masa tonton berita di TV1 terdengar pengumuman langkah-langkah penjimatan kerajaan bagi sektor awam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan11 langkah ini yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Memandangkan kat berita tu macam sekejap. Ada yang tak berapa clear. So, cari info jumpa kat website Astro Awani.

Antara langkah-langkah yang diambil ialah:
  • Pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus dan pemotongan elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) antara 5 hingga 10 peratus.
  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus.
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  • Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam.
  • Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
Sebenarnya aku amat sokong langkah-langkah penjimatan ini. Semoga langkah-langkah ini akan memberi impak positif dalam perbelanjaan negara. 

Okay...till meet again


Read more ...

Michael Schumacher Berada Dalam Keadaan Koma

Assalamualaikum...

Juara F1 7 kali, Michael Schumacher dilaporkan berada dalam keadaan koma selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan darah beku di otak susulan dari kemalangan semasa bermain ski di sebuah resort di Meribel, French Alps pagi Ahad lepas. Beliau dikatakan meluncur bermain ski bersama anak beliau yang berusia 14 tahun. Schumacher, 44 tahun kini dirawat di The Grenoble University Hospital Center.

Baca selanjutnya di SINI dan SINI.

Sangat mengejutkan berita ini sebenarnya. Masa sampai rumah tadi ternampak berita ni. Terus je cari info. Simpati dengan keadaan beliau. Semoga beliau akan cepat sembuh dan dapat pulih seperti sediakala walaupun doktor mengatakan beliau sedang berjuang untuk hidup. Kemalangan sememangnya tidak berbau.
Semoga keluarga Schumacher atau mesra dipanggil Schumi ni akan kuat untuk hadapi dugaan ini. 

Okay...till meet again
Read more ...

Dah Berani Makan Cili Api

Assalamualaikum...
Image credit: google
Disaat aku menaip entri ni, masih lagi sedang makan tengah hari. Korang dah makan? Jangan lupa baca Bismillah dan doa makan ya. Moga berkat apa yang kita makan tu. 

Hari ni aku ambil lauk telur dadar, sotong goreng dan tempe. Kuahnya asam pedas ikan patin. Alhamdulillah, rezeki untuk hari ni. Nak makan ayam macam malas nak makan dengan tangan. Telur dadar yang aku ambil ni ada cili dan bawang. Aku nak ucap tahniah kat diri sendiri sebab dah berani makan cili api potong. Selama 27 tahun aku hidup kat bumi ni, memang aku tak pernah sentuh pun cili potong sebab pedaskan. Aku memanglah suka makan pedas tapi kalau nak gigit cili tu takde la berani lagi. 

Tak macam family aku yang lain, mak, kakak, kembar dan kaknyah. Semua boleh makan cili api potong tu gitu-gitu je. Aku? Hampeh je. Kalau mak masak nasi goreng putih tu, dengan gigihnya aku asingkan cili api dan bawang. Aku betul-betul makan nasi dan perencah je. 

Tapi sekarang dah berani dah. Makin suka ada la tapi takdelah makan yang raw tu. Kena masak skit baru aku berani sentuh. Aku rasa ni semua efek sebab suka makan makanan Korea yang pedas-pedas tu terutama ayam goreng pedas KyoChon Chicken. Perangai memang macam bebudak skit aku ni kalau bab makan. Hihihi. Itu je nak cerita sebenarnya. Hihihi..

Okay...till meet again
Read more ...

Sombongkah Aku?

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Dah breakfast ke? Hari ni aku macam biasa aku pergi ke Traders Cafe untuk beli sarapan. Selesai amik makanan yang aku nak, aku terus je la pergi ke kaunter pembayaran. Hendak dijadikan cerita, seorang lelaki tua lingkungan umur 40-an atau 50-an bertembung dengan aku. Oleh kerana beliau orang tua, aku berhenti untuk berikan laluan kepada beliau dan senyum kepada pakcik tu. Oh ya, tapi aku takde la cakap apa-apa sebab aku dah senyum dan menjadi tabiat aku susah nak bercakap dengan lelaki yang aku tak kenal.

Selepas beredar tak sampai dua langkah pun tetiba lelaki tu cakap pada aku, "Sombong!". Aku agak tersentak bila beliau cakap begitu kat aku. Salah aku kah sebab bagi beliau jalan dulu? Salah aku kah sebab tak cakap apa-apa selain senyum je? Andai beri laluan kepada orang yang lebih tua sambil melemparkan senyuman dikatakan sombong, apa agaknya kalau aku langsung tak beri laluan sebaliknya langgar je beliau sampai jatuh? Mungkin aku akan dipanggil penjahat kot.

Hmm..takde la rasa marah pun cuma pelik dengan sikap sesetengah manusia yang tak tahu nak berterima kasih. Bila kita amalkan nilai-nilai murni pun kita dianggap yang bukan-bukan. Takpe la pakcik, saya anggap pakcik sebenarnya nak ucap terima kasih tetapi malu. 

Kepada kalian, kalai benda ni jadi, jangan cepat melenting, kita istighfar je. Anggap je la, dia lupa macam mana nak sebut ucapan terima kasih. Kalau dilayan kang kita juga yang rugi, buang masa je. 

Okay...till meet again
Read more ...

Segmen Aktifkan Azam Baru Tahun 2014

Assalamualaikum...

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Sempena menyambut kedatangan tahun baru, segmen khas ni dibuat untuk penyenaraian azam baru anda tahun 2014 ini. Moga dengan adanya azam baru, segala apa yang dirancangkan, tercapai matlamat. Teringin jugak nak tahu azam baru anda semua. So, jom kita meriahkan segmen ni.

HADIAH:
2 pemenang akan menerima hadiah novel

Senarai azam baru anda sempena tahun 2014:
- Menjadi seorang manusia yang lebih baik dari segenap ruang.
- Menjadi blogger yang lebih berkualiti
- Mencapai segala hajat yang yang ingin dicapai selama ni

TAMAT: 31 JANUARI 2014
Read more ...

Sunday, December 29, 2013

BR1M 2014 - Kemas Kini Maklumat Pemohon

Assalamualaikum...

Melalui pembentangan Bajet 2014 yang lepas, Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diteruskan untuk tahun ke 3. Kenaikan kadar bantuan juga turut diumumkan seperti berikut:

Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan           jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar             bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000           dan ke bawah
Permohonan telah pun dibuka bermula 23 Disember 2014 dan pembayaran bantuan ini akan bermula pada Februari 2014. Sila klik https://ebr1m.hasil.gov.my/ bagi permohonan baru dan juga bagi mengemas kini maklumat bagi pemohon BR1M 2.0

Bagi yang mengemas kini maklumat tu, sila tick pada kotak untuk kemas kini maklumat anda. Antara yang terbaru ialah Maklumat Bank. 
Bila dah siap isi maklumat terkini, sila masukkan kod pengesahan dan klik button Kemas Kini yang ada dibawah sebelah dengan Laman Utama

Setelah itu, akan keluar notifikasi yang menyatakan bahawa permohonan telah berjaya dikemas kini. Klik je OK then bolehlah print maklumat untuk simpanan sendiri ya.
Mudah, ringkas dan cepat. Diharap dapat membantu kalian ya. Bagi permohonan baru, klik je button Permohonan Baru. Lebih kurang je cuma banyak sikit maklumat kena isi.

Okay...till meet again



Read more ...

Header Baru

Assalamualaikum...

Kelmarin aku dah buat header baru tapi tetap rasa ada yang tak kena. So, semalam hampir beberapa jam jugalah aku ambil masa untuk reka header baru. Fikir tulisan apa yang paling sesuai nak buat header dan warna sekali. Maklumlah, temanya simple but nice. 

Dah setel edit sana edit sini, so...inilah hasilnya. Okay, okay..kali ni last. Takde ubah dah kecuali kalau terpaksa ya.
Haa...okay tak kali ni? Hehehe.. Warna pun ala-ala sweet je. Hehehe.. *Perasan sendiri.

Okay...till meet again
Read more ...

Saturday, December 28, 2013

Ranking Alexa Blog Ainim Rashihah

Assalamualaikum...

Tadi saja je tengok blog Kak Mia, update pasal ranking Alexa. So, aku pun saja je gedik juga nak tengok ranking blog ni. Muahahaha. Jauh beratus ribu batu nak ke tahap yang hebat. Itu ranking Global la ya. Tapi ranking di Malaysia pun masih terlalu jauh tau. Uhuk uhuk. Batuk tengok nombor yang banyak sangat tu. 

Info ni aku ambil daripada SINI. Kalau korang nak check ranking blog korang, klik je SINI.

Nampaknya kena usaha lebih gigih dan sangat gigih untuk naik ke kemuncak ni. Hmm..kena banyak belajar pasal blog ni. Maklumlah, aku ni baru setahun aktif dengan blog personal ni. Masih banyak lagi selok belok dunia blog yang aku belum ketahui dan perlu pelajari. 

Aku takkan putus asa. Harapnya aku dapat perbaiki ranking blog ni pada tahun hadapan. Doakan usahakan aku berhasil ya. 

Okay...till meet again
Read more ...

Friday, December 27, 2013

Segmen Azam Blog 2014

Assalamualaikum...

Dapat jemputan daripada Blogger Pha Is untuk join segmen anjuran beliau. Jom join. Segmen bertemakan azam blog. Haa..dah kena dah segmen ni dengan blog aku. Kan hari tu aku ada cakap azam baru dalam dunia blog ni.

Azam Blog Tahun 2104

  • Nak jadikan blog ni lebih berkualiti
  • Nak tambah follower
  • Nak ada pembaca setia
  • Nak jadi seorang blogger yang lebih berjaya

Sebagai permulaan ke araha itu, aku dah mulakan sedikit demi sedikit untuk jayakan azam ni. Kalau korang sentiasa datang blog ni mesti perasan pada perubahan fizikal blog ni. Tapi masih banyak lagi skill blogging yang aku perlu belajar. 

Oh ya..kalau korang nak join, silalah klik banner kat atas tu. Tarikh tutup segmen ni ialah pada 2 Januari 2014.


Okay...till meet again
Read more ...

Header Baru Blog Ainim Rashihah

Assalamualaikum...

Jangan terkejut kalau tengok blog Ainim Rashihah ni berubah lagi. Ni kan demi pembaharuan blog dan sempena masuk tahun baru. Ewah. Ni kat bawah ni adalah reka baru untuk header blog ni. Okay tak?


Ehehe. Sekarang ni dah takde tulisan korea lagi dah. Demi pembaharuan blog ni, aku redakan juga tulisan korea tu ditukar kepada roman biasa. Kali ni temanya simple but nice. Saja je letak warna pink sebab background blog ni ada sikit-sikit warna pink. So, nak bagi nampak harmoni sikit la kiranya.

Harap header ni boleh maintain la. hehehe

Okay...till meet again
Read more ...

Lunch Di Publika

Assalamualaikum...
Indian Food
Dah dua hari berturut-turut aku makan tengahari di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Memandangkan sekarang ni hujung tahun dan ramai yang bercuti, aku expect parking di Publika mungkin sedikit lengang. Tepat betul jangkaan aku. Semalam pergi lunch dengan Haziqah dan Marylene. Alhamdulillah, parking masih banyak yang kosong.

Restoran pilihan kami semalam ialah Banana Curry House. Aku teringin nak makan nasi kandar. Nasib adik-adik ni melayan je keinginan kakaknya ni. Hehehe. Sedapnya makan semalam. Mungkin sebab lama tak makan situ kot.
Publika
Hari ni pula aku berdua je dengan Marylene sebab Haziqah bercuti. Kami pilih untuk makan di Restoran Nasi Ayam Hailam. Mary nak makan nasi ayam, so aku ikutkan je. Haa..lama juga tak makan kat situ. Sambil makan sambil berbual. Memang best. Terangkat sebab makan sambal cili yang pedas. Masa nak balik ofis tadi singgah Chatime pula. Hehehe

Kalau koran datang ke Publika, jangan lupa singgah makan di kedua-dua restoran ni ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Pencarian Bloglist dan Review Blog

Assalamualaikum...

Jom join segmen anjuran blogger Lyeen ni. Syarat pun simple je. Klik banner kat atas tu ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Hujung Tahun

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Alhamdulillah, kita masih berpeluang untuk bernafas dibumi Allah SWT. Syukur. Hari ni dah masuk tarikh 27 Disember 2013. Kita semakin hampir meninggalkan tahun 2013. Bak kata orang, new year is just around the corner. Cepat betul masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun.

Rasanya macam baru semalam je masuk 1 Januari 2013. Tapi sekarang tinggal beberapa hari je lagi nak melangkah ke tahun 2014. Korang dah ready ke? Hihih. Ready tak ready, tahun baru tetap akan tiba. Suka tak suka masa tetap akan berlalu meninggalkan kita. Jadi nak tanya korang ni, azam tahun ni dah tercapai ke? Apakah yang korang cita-citakan terlaksana?

Kalau belum terlaksana takpe, cuba laksanakan tahun depan. Masa masih ada cumanya kena gigih sikitlah. Sebenarnya, aku ni cakap sambil ingatkan diri sendiri. Hehehe. Ala..ada je yang tak terlaksana lagi cita-cita aku tapi aku takkan putus asa. Aku yakin peluang masih ada dan aku perlu usaha lebih untuk capai segala apa yang aku hajati. 

Hmm..okay..nak start buat keje. Kang tak siap keje kang. hehehe. Nanti aku terjah blog korang ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Thursday, December 26, 2013

Adab Dengan Jiran

Assalamualaikum...


Sebenarnya sekarang ni aku sedang blog walking. Rasanya masih banyak blog kengkawan yang aku tak sempat terjah. Yang mana sempat je aku terjah. Hendak dijadikan cerita, aku ke blog Mommy As. Terbaca pula satu entri Mama yang bertajuk Segelintir Orang Yang Tak Reti Bahasa. Setelah baca habis entri tu, terpanggil rasanya untuk aku berkongsi pengalaman diri berkenaan hal jiran.

Sebelum aku berpindah ke Putrajaya, kami sekeluarga menetap di Perak. Pengalaman aku dan keluarga beberapa tahun sebelum berpindah ke Putrajaya adalah sangat pahit. Jiran sebelah rumah aku boleh aku kategorikan sebagai sangat biadap dan kurang ajar. Apa sahaja yang mereka tidak lakukan demi menyakitkan hati kami. Dari perkara kecil sehinggalah kepada perkara yang membawa kepada syirik. Semuanya kami telah tempuhi. Letak kereta didepan pagar rumah, buang sampah ke dalam kawasan rumah, menfitnah kami sekeluarga, buat bising sehingga mengganggu ketenteraman kami sekeluarga sehinggalah kepada perkara syirik. Semua kami terpaksa tempuhi. Masih aku ingat yang tatkala itu abah terlantar sakit dan hanya mak yang menjadi pelindung kami sekeluarga. Pelbagai tohmahan dilempar tentang kami sehingga ada yang memusuhi kami sekeluarga tanpa diketahui asal puncanya.

Namun, setiap kesabaran itu pasti ada batasnya. Sejujurnya, aku adalah seorang yang sangat penyabar namun aku punya sifat tegas yang telah tersemat dalam diri aku sejak aku berusia 13 tahun lagi. Bukan sifat aku untuk memaki hamun dan menghamburkan kata-kata cacian tatkala amarah menguasai diri ni. Namun kesabaran aku adakalanya teruji bila lihat mak bersedih dengan perbuatan jahat jiran. Hendak dijadikan cerita, pernah beberapa kali aku balas perbuatan jiran sebelah tu sehingga membuatkan mereka tergamam. Pernah aku cakap secara sinis, "Dengan mak aku, korang bolehlah buat tapi jangan ingat aku akan diam". Ya, aku balas dengan cara aku dan disebabkan tu mereka tak berani nak buat tindakan bodoh yang mengundang perbuatan balas aku. Walau bagaimanapun, mereka tak pernah serik tapi tetap ada sahaja yang dilakukan untuk menyakitkan hati kami sekeluarga

Kita lupakan seketika pengalaman aku. Disini aku ingin kongsikan serba sedikit tentang adab berjiran. Semoga ia menjadi panduan buat kita semua.

Hak dan Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Jiran:
  • Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.
  • Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
  • Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
  • Jika ia sakit engkau akan menziarahinya
  • Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya
  • Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya
  • Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya
  • Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya
  • Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu
  • Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya
  • Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya
Oleh itu, sebagai seorang seorang yang hidup berjiran, marilah kita amalkan dan jalankan kewajiban kita sebagai jiran. Jadilah seorang jiran yang baik dan bukannya jiran yang mendatangkan kebencian orang. Buat jiran Mommy As tu, sedarlah bahawa kamu hidup bermasyarakat. Jika tak mampu untuk bertolak ansur, seeloknya kamu duduklah sendirian disebuah tempat yang mana hanya kamu bebas buat apa sahaja yang kamu inginkan. Janganlah menyakiti hati jiran kamu sedangkan dia masih lagi bertolak ansur dengan sikapmu.

Maaflah, entri ni buat hendak menyibuk hal orang sebaliknya aku amat bersimpati dengan apa yang terjadi. Mungkin juga kerana pengalaman sendiri yang mengalami situasi yang sama. Semoga kita sama-sama merenung kembali apakah baik layanan kita kepada jiran? Sudahkah kita jalankan tanggungjawab sebagai jiran?

Okay...till meet again
Sumber rujukan: melayukini.net
Read more ...

Keindahan Kundasang, Sabah #VMY2014

Assalamualaikum...

Sekadar nak share dengan korang tentang keindahan pemandangan di Kundasang. Kalau korang dah baca entri jalan-jalan aku di Sabah, kira dah tau la. Tapi kalau tak tau, ni ada video aku nak share.

#VMY2014
#VMY2014
#VMY2014


IKLAN

Read more ...

My Mom's Best December giveaway

Assalamualaikum...

Sapa nak dapat hadiah ni? Jom cuba tuah nak? Klik banner kalau nak join ya.
Giveaway ends on 31 December 2013 midnight.

Okay...till meet again
Read more ...

Wednesday, December 25, 2013

Fenomena Ikan Tamban Naik Ke Darat Di Lahad Datu

Assalamualaikum...
Tragedi Disember
Rasanya fenomena ikan tamban naik ke darat yang berlaku semalam di Pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu menjadi topik hangat diseluruh negara. Dalam berita pun keluar juga malam tadi. Sempat jugalah aku tengok. Subhanallah, itu yang mampu aku ucapkan. Kuasa Allah, menjadikan sesuatu dengan hikmah yang terkandung disebaliknya.

Ramai yang mengaitkan fenomena ikan naik ke darat ini sebagai petanda akan berlaku bencana tsunami apatah lagi pada hari sebelumnya berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah. Apatah lagi kedudukan Sabah yang begitu hampir dengan Filipina kan. Lagilah yang meramalkan kejadian tsunami akan berlaku. Mintak simpanglah dari bencana tu ya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada petanda akan berlaku tsunami. MET Malaysia juga tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu dan berdasarkan sistem amaran awal tsunami juga keadaan laut di kawasan berkenaan juga masih seperti biasa. Namun tindakan pemantauan pergerakan kerak bumi juga sentiasa dilakukan. MET Malaysia juga menghantar pegawai ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan.

Namun, menurut Ketua Kampung Tambisan tu, sekarang ni memang sedang musim ikan tamban dan sering juga berlaku. Hmm.. Kejadian yang pertama kali yang berlaku ini sedikit sebanyak memberi punca rezeki buat penduduk sekitar. Kalau tengok video yang orang ramai yang dikongsi dalam laman Youtube dan Facebook, ramai betul orang yang pergi menangkap ikan tu. Dari yang tua sampailah kanak-kanak. Dah macam pesta ikan. 
Walau bagaimana sekali pun, kita sebagai manusia perlulah sentiasa berwaspada. Dalam seronok merebut ikan tu, jagalah keselamatan diri. Itu paling penting. Dalam cuaca yang tidak menentu ni, macam-macam boleh jadi. Memang MET Malaysia kata tiada tanda-tanda akan berlaku bencana tsunami namun, tidak salah andai kita berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga.

Ada juga yang berdebar-debar menunggu detik 26 Disember 2013 kerana di tarikh itu jugalah berlaku beberapa fenomena alam yang banyak mengorbankan nyawa manusia. Namun awas jangan sehingga ketakutan itu terbawa-bawa sehingga membawa kepada perkara syirik. ALLAH adalah sebaik-baik perancang dan DIA yang Maha Berkuasa bagi setiap sesuatu kejadian yang berlaku. Kita sebagai manusia perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku ini. Wallahualam.

Okay...till meet again
Sumber: Fuh.my, Bernama, melvister.com, hmetro.com dan Youtube
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [25.12.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 for today.
Kalau +Sally Samsaiman rindu Yonghwa beliau, maka saya rindu kan jejaki ini. Oo..I miss him badly..이특. 
Can't wait for July 2014.

Okay...till meet again.
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [25.12.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 for today. Entri berkenaan ni akan menyusul kemudian ya.


Okay...till meet again

Read more ...

KyoChon Chicken @ One Utama

Assalamualaikum...
Hari ni kita bercuti lagi. Yeay!!! Hahaha. Seronok juga dapat bercuti ni ya. Dapat rileks santai dirumah gitu. Aku nak kongsi dengan korang tentang sebuah restoran ayam goreng terbaru di One Utama, Bandar Utama. 


Ahad lepas aku dan kembar juga seorang rakan kembar pergi ke One Utama kerana nak ke KyoChon ni la. Restoran KyoChon ini merupakan restoran ayam goreng yang popular di Korea. Bermula sejak tahun 1991 dan semakin berkembang pesat sehingga kini. Menawarkan ayam goreng dengan pelbagai perisa seperti, original, honey, red spicy dan juga sal-sal. Selain ayam goreng, hidangan set nasi juga turut ditawarkan. Kalau set nasi ni, ayam panggang dihidangkan. 

Kunjungan pertama kami ke KyoChon ni memang sangat mengujakan kerana telah lama menantikan pembukaan restoran ini di Malaysia. Kenapa teruja? Sebab spokesperson untuk restoran ayam ni ialah Super Junior. Sebagai peminat la katakan, wajiblah suka restoran ni ya tak? Hahahah. Masuk je kawasan restoran ni, kami disambut oleh crew restoran dan kami memilih untuk duduk dihujung dalam restoran. Sampai je terus crew datang untuk beri menu book. Pelbagai category ayam ditawarkan. Dari wing ke drummet. Korang pilih je la.
Kami pilih untuk dine in dan juga take away. Dine in kami pilih Ddakkalbi chicken grilled and Ddakgalbi Chilli chicken. Kedua-dua set ni dihidang bersekali dengan nasi, telur mata dan juga salad. Nasinya ialah nasi korea gitu. Masa menunggu hidangan sampai pun tak lama tau. Sekejap je. Paling penting, air sampai dulu. Oh ya, air tu korang boleh pilih samada nak rasa teh korea atau pun air bergas. Aku pilih mineral water je sebab haus sangat. Hehehe
Selain service yang bagus, manager dan penyelia restoran tu pun rajin meronda dan bertanyakan feedback daripada customer. Nak jadi cerita, salah seorang daripada penyelia restoran tu yang namanya Terry dah cam muka aku dan cik kembar. Terkejut juga kami tau. Apalagi, haruslah gembira dan suka. Mungkin sebab kami selalu kunjungi booth KyoChon setiap kali dorang join event luar. Hahahah. Gitu kau. Tetibe feeling bangga pulak. 

Aku nak share sikit, setiap ayam rasanya berbeza ikut flavor. Kalau original, rasanya sangat sedap. Digoreng dengan soy sauce and garlic skali. Sedap dan tak rasa jemu pun. Untuk Red Spicy tu pulak, rasanya sangat-sangat pedas. Baru je letak kat bibir memang dah terasa pedas tau. Kalau korang memang jenis tak tahan pedas, baik jangan nak gatal-gatal cuba. Kang melalak satu hal. Hahahaha. Kalau honey pulak, rasanya menurut kembar lagi sedap. Rasanya manis-manis segar gitu. Yang ni sesuai untuk budak-budak kecik. Kalau sal-sal pulak, lagi la best sebab isi ayam semata-mata dan digoreng bersama rice puff. Rangup je bila makan dan boleh pilih sos yang korang nak.
Untuk masa sekarang ni, KyoChon buat promosi dimana setiap bil yang bernilai RM100 dan keatas akan dapat kalendar edisi terhad. Kalendar ni tertera gambar-gambar spokesperson dorang iaitu Super Junior and Ailee. Terdapat dua pilihan iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris. 

So, korang yang suka makan ayam goreng tu, apa kata nanti datang la kunjungi restoran KyoChon ni. Terletak ni One Utama New Wing, LG dekat dengan Cold Storage. Kalau peminat Super Junior tu, mark 10 Januari 2014 ni sebab 2 member Super Junior akan turun untuk perasmian restoran ni nanti.

Okay..till meet again
Read more ...

Tuesday, December 24, 2013

Segmen : Jom Blogwalking

Assalamualaikum...
Korang kenal Dayang Deno? Haa...Deno dah ada blog baru. Actually ni blog kedua beliau. Deno ada anjurkan segmen blogwalking. Jom join segmen anjuran Blogger Deno ni. Just klik banner di atas ni ya. Ikut je syarat-syarat yang ditetapkan. Tak susah pun syaratnya. Manalah tau rezeki korang nak menang cash RM50. 

Thanks Deno buat segmen ni ya.

Okay...till meet again
Read more ...

segmen: saya sayang blog saya

Assalamualaikum...

Simple segment by blogger Ayu Insyirah. Nak join? Klik je banner kat atas tu ya. Pastu macam biasa, silalah komen penyertaan kat blog Ayu.

Selamat bersegmen

Okay...till meet again

Read more ...

Fridge Magnet - Hadiah Segmen

Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua. Dah lunch? Heheh..tengahari ni takde mood nak makan berat. So, aku makan yang ringan-ringan je. Janji buat lapik perut cukup la.


Kalau korang ingat, Kak Aida, pemilik blog Kisah Si Diary ada buat segmen last month. Ala.. Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B tu. Aku pun join juga. Alhamdulillah, rezeki aku menang fridge magnet. Last week Jumaat, aku check peti surat dan nampak ada satu sampul bertulis nama aku. Eh? Mana pulak datang sampul ni? Dari Johor pulak tu. Aku lupa kak Aida ni duduk di Johor.


Sampai je rumah terus buka sampul. Gigih betul Anim ni ya. Haa.sekali ada fridge magnet. Tengok ada satu kad kecil. Haa..betullah daripada Kak Aida. Terima kasih ya Kak. Cantik FM tu. Belum lekat kat peti ais sebab peti ais tu penuh dengan fridge magnet dah. So, buat masa sekarang aku simpan dulu. Nanti kalau dah susun balik fridge magnet kat petis ais tu, aku akan letak fm tu sekali.

Okay..till meet again

Read more ...

Kerja dan Cuti

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Apa khabar hari ni? Alhamdulillah.. Haa..semalam aku cuti sebab bawa mak pergi medical check up. So, hari ni masuk ofis balik. Siapkan diri ni yang hari ini hari selasa. Takut-takut salah date. Hahaha. Macam biasa pepagi ni akan busy sebab dah semakin hampir akhir bulan. 

Aduh, banyak keje tak siap lagi ni padahal dah nak abis tahun. Capai ke tak target ni ek? Hmm..Semoga tercapai la ya. Tapi yang bestnya, minggu ni aku cuma kerja 3 hari je. Semalam cuti, hari ni keje. Esok cuti balik pastu Khamis dan Jumaat kerja. Hari ni boss aku cuti lagi. Khamis dan Jumaat baru masuk. Ewah, mari kita rajinkan diri dan tekun bekerja ya.

Baiklah, nak mula buat kerja ni. hehehe. Oh ya, selamat bekerja buat korang semua ya. Kang tengahari aku sambung blogging lagi ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Monday, December 23, 2013

SEGMEN : Jom Terjah Blog ERAZFADLI.COM

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlambat lagi kan untuk aku join segmen Blogger Eraz Fadli ni. Walaupun tinggal 34 minit sebelum pukul 11pm. Dari semalam nak buat entri tapi belum berkesempatan dengan aktiviti hujung minggu ni. Semput akak..hahah

Siapa tak kenal Eraz? Haip..denda kang. Eraz baru je sambut birthday beliau semalam. Siapa wife dan baby Zara buat surprised gitu. (Baca dalam blog Eraz ni). Haa..macam lari topik je ni. Okay..back to the topic. Segmen ni namanya Jom Terjah Blog ERAZDADLI.COM. Kalau dah namanya pun terjah, marilah kita secara beramai-ramai terjah blog Papa Zara ni. 

Blog Eraz ni antara salah satu blog yang aku wajib visit. Hmm..aku rasa sebab Eraz rajin update blog dan setiap entri tu segar je dan paling aku suka sebab ringkas dan padat. Oh ye..ni bukan entri membodek a.k.a. melobi ya. Sekadar berkongsi pandangan aku tentang blog Eraz ni. Ye la, kalau entri merapu semata nak baca pun jadi takde hati, ya tak? 

So, korang dah join ke segmen ni? Kalau belum, sempat lagi ni kot. Saat-saat terakhir pun takpe janji join kan. Okay..as usual, kalau nak join, sila klik banner tu ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Fan Page Blog Ainim Rashihah

Assalamualaikum...

Hi semua. Hihihi. Kalau korang dah baca entri aku Pembaharuan Pada Blog sebelum ni, aku ada cakapkan yang azam aku untuk tahun baru nanti untuk lebih maju dalam dunia blog. So, sebagai salah satu usaha untuk meningkat tahap aku dalam dunia blog ni, aku pun buatlah fan page sendiri. Walaupun followers dalam blog ni takde la capai tahap ribu riban lagi, tapi at least aku dah buat persiapan gitu.

Kalau korang perasan, dekat sidebar blog ni, aku dah letakkan Like Button untuk fan page aku. Oh ya, lupa pula. Nama fan page aku ialah Blog Ainim Rashihah. Sama nama dengan url blog ni. Senang nak ingat senang nak hafal. 

Aku dah invite rakan-rakan blogger yang ada dalam Facebook aku. So, sekarang ni aku nak kalian semua sahabat blogger untuk like fan page aku ya. Kalau sudila. Hihihi. Kepada yang dah 'Like' tu Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. Jasa korang sangat dihargai. Setiap perkembangan blog ini akan aku share dalam fan page tu ya. 

Okay...till meet again

Read more ...

Template Baru Blog Ainim Rashihah

Assalamualaikum...

Jangan terkejut. Blog aku ada lagi perubahan. Well, sebenarnya masih lagi dalam tempoh penambahbaikan sehingga aku betul-betul puas hati. Aci tak? Hahaha. Tadi masa buka blog, aku tengok warna biru ni macam dah biasa sangat je. Sambil tu terfikir dah nak tukar la background. Nak bagi dia nampak ala-ala girly sikit walaupun tuan blog ni gila punya brutal. 

Tinjau-tinjau di google terus je taip 'baby blue wallpaper'. Keluar la banyak-banyak wallpaper tapi entah mengapa yang satu ni juga berkenan dihati. Ehehehe. Makanya aku upload dan terus je apply. So, sekarang ni nampaklah blog ni betul-betul blog seorang gadis. Ewah. Korang rasa macam mana? Okay tak? Tak okay? Xpe, aku nak juga kaler ni. Janji lembut je mata memandang. 
Pembaharuan pada blog ni masih belum 100% lagi tau. Jadi nanti bila-bila la kalau korang visit blog ni tengok kot-kot ada yang kelainan tu, jangan terkejut ya. Hihihi

Okay...till meet again

Read more ...

Nuff Ads