Saturday, November 30, 2013

Bercuti ke Sabah


Assalamualaikum semua...

Dah berapa hari aku tak update blog pun tak sure. Tapi rasa macam dah lama je. Maaf ya kalau ada yang singgah blog ni tapi sepi tanpa new entry. Tuan blog ni busy sesangat lately sampai tak sempat langsung nak update blog. Siyes ni tak tipu tau.

Sekarang ni aku berada di negeri di bawah bayu, Sabah. Saja je bercuti dengan keluarga disini. Merehatkan diri tatkala kesibukan tugasan dipejabat masih selubungi diri. Heheh

So, after balik dari Sabah nanti,.banyak yang aku nak ceritakan pads kalian semua.

Okay...till meet again

posted from Bloggeroid

Read more ...

Thursday, November 28, 2013

Menghitung Hari

Assalamualaikum...
Sebelum itu aku nak minta maaf kepada kengkawan blogger sekalian sebab lately ni aku jarang sangat singgah dan komen di blog kalian. Bukan sengaja tetapi kekangan masa yang sangat genting sekarang ni. Seperti yang korang sedia maklum, aku pernah mention yang sekarang ni sedang berlangsung Third Country Training Program for African Countries yang dikendalikan oleh unit aku bekerja, makanya aku memang tiada di workplace. Kiranya away from PC la. Tambahan pula nak blogging through phone pun tak dapat sebab sentiasa ada kerja yang kena buat.

By the way, esok aku akan mula bercuti hinggalah hari selasa minggu depan. Kenapa? Sebab aku akan ke Sabah pagi Sabtu ni. YEAY!!!!. Hahaha. Gembira sangat sebab nak ke sana untuk berjumpa dengan saudara mara disana. Pak Anjang aku berkahwin dan tinggal di Sabah sehinggalah sekarang. So, kitorang satu family nak pergi menziarahi Pak Anjang. Saja je bawa mak jumpa abang dia.
Aku ni kiranya menghitung hari je nak ke Sabah. Dah siap beli beberapa helai baju baru dan beberapa keperluan lain untuk ke sana. Excited terlebih kan? Hahaha. Mak aku pun dah siap dengan keperluan dia juga. Beli tudung baru, baju baru..hahaha. Gigih sangat mak. Kembar dan kaknyah pun tak kurang juga tau. Beli kasut baru bagai. Hehehe...

Baiklah, sekian dulu bebelan pagi aku. Aku dah nak turun setup bilik seminar ni. Kang peserta sampai bilik tak siap lagi. hehe

Okay...till meet again
Read more ...

Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday #1 [27.11.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 for today


Okay...till meet again
Read more ...

Monday, November 25, 2013

Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com


Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
Read more ...

Kembali Bersiaran Semula

Assalamualaikum....

Hi semua..beberapa hari ni langsung tak sempat nak blogging. Jangan kata blogwalking, nak update blog pun langsung tak sempat. Sebenarnya, sekarang ni sedang berlangsung Third Country Training Program  (TCTP) - Trade Facilitation for African Countries yang dianjurkan oleh unit aku bekerja. Program ini berlangsung bermula semalam 24 Nov dan akan berakhir pada 5 Disember 2013 ni. So, sepanjang program ni berlangsung aku memang akan takde kat workstation sebab kena standby kat bilik sekretariat TCTP kat Tingkat 5. Start dari hari Jumaat haritu lagi aku dah sibuk dari pagi untuk lakukan persiapan terakhir program.

Mari kita tinggalkan hal-hal keje tu semua. Sebenarnya aku nak bercerita beberapa aktiviti aku sepanjang minggu lepas. Jujur aku katakan yang aku sangat2 gembira even keletihan yang teramat.

20131123_204132 20131123_173205

Aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman aku di Super Show 5 Super Junior World Tour Kuala Lumpur yang berlangsung Sabtu lepas. Actually, entri SS5 itu nanti aku tujukan khas buat +Sally Samsaiman dan Kak Fearzatul dan juga untuk semua readers blog ni. Oh ya..for Suju Fans, E.L.F. special post akan aku letak dalam fan blog aku ya. Hehehe.

Okay..sekarang ni nak tengok orang MECC ubah balik setting tempat duduk peserta sebab tadi SD BKP suruh ubah sikit.

OKay...till meet again
Read more ...

Friday, November 22, 2013

Rezeki Menang Segmen: 3000 SLE Supporters Giveaway

Assalamualaikum...

Dah beberapa hari entri ni dok terperap dalam draft. Terlupa la nak up entri ni. Memandangkan dah lambat, jadi kenalah edit balik entri ni ikut keadaan semasa tak gitu? Bulan lepas, Oktober aku ada join segmen anjuran adik comel kita Dayang Deno3000 SLE Supporters Giveaway. Alhamdulillah, aku menang salah satu hadiah yang ditawarkan.

Nak jadi cerita, masa semak result, scroll dari atas sampai bawah tak nampak pun nombor aku naik. Tah mata aku ke yang kero ke apa ke. Sekali Deno komen kat blog bagitau aku menang Topup RM5. Check balik kat senarai pemenang, memang betul nombor aku ada. Hehehe.

Alhamdulillah, sponsor hadiah dah pun credit masuk Topup RM5 tu pada Ahad lepas. Terima kasih banyak-banyak kepada sponsor tu ya. Jasa dikenang. Heheh. Thanks so much Deno sebab anjurkan segmen ni ya. Rezeki akak pulak menang tu.

Okay...till meet again
Read more ...

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas dibumiNYA. 

Semalam, seharian sibuk dengan persiapan Third Country Training Program (TCTP) yang akan bermula Ahad ni. Hari ni pun masih lagi sibuk dengan persiapan akhir sebelum hari kejadian. Penat sangat sampai nak blogging pun tak sempat. Nasib dah siapkan entri autopublish, so takdelah berhabuk blog ni kan.

Hari ni aku plan tengahari taknak keluar sebab nak blogging. Bukan apa, Sabtu dan Ahad takde kat rumah dan masa blogging dalam beberapa minggu ni akan sangat terhad. So, firstly aku nak minta maaf awal-awal kepada kalian kalau aku takde atau lambat singgah atau balas kunjungan korang ya. 

Kepada korang sekalian, aku akan cuba siapkan entri autopublish. Kalau rajin singgahlah blog ni ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Thursday, November 21, 2013

Which Word Did You See First?

Assalamualaikum...

Gambar ni aku terjumpa kat FB Page Yasmin Mogahed. Apa kata kita rehatkan minda sekejap setelah penat bekerja. Jom uji santai minda kita.

Cuba lihat gambar ni dan apakah perkataan pertama yang korang nampak? Aku dah nampak dah.

Antara perkataan yang aku nampak ialah Beauty, Youth dan Success after first word yang aku nampak tadi tu.

Selamat mencuba.

Okay...till meet again
Read more ...

CPUV Ke-3 Bulan November 2013

Assalamualaikum...

Baru sempat buka blog. Ini pun cuma seketika je. Sangat sibuk dengan persiapan bagi Third Country Training Program yang akan bermula Ahad ini. Fuhhh..penat sungguh.

Masa buka blog perasan ada iklan INTI. Sajalah buka Nuffnang nak check, manalah tau ada CPUV baru ke. Alhamdulillah..CPUV baru rupanya. Nak cakap banyak-banyak tak sempat dah ni. Dah nak abis rehat. Apa pun terima kasih Nuffnang sebab sudi bagi CPUV kat saya ni.



Mesti ada diantara kalian pun dapat juga kan? Sorry tak sempat nak blog walking blog kengkawan. Malam nanti Insha Allah kalau sampai rumah awal, aku try blog walking ya. 

p/s; Malam  ni kena amik anak buah dari rumah Kakak.

Okay...till meet again
Read more ...

Tak Sabarnya

Assalamualaikum...

Entri ni boleh aku kira sebagai entri sisi gila-gila dalam diri aku. Kalau korang dah tengok entri Wordless Wednesday #1 [20.11.2013] semalam, aku ada letak beberapa keping gambar Super Show 3 Malaysia, konsert Super Junior pada tahun 2011. Seperti yang korang sedia maklum, aku ni memang peminat tegar SuJu cumanya aku tak terlalu dedahkan minat tu didalam blog ini kerana hendak seimbang setiap sisi kehidupan aku. 

Sabtu ni, 23 November 2013, Super Junior sekali lagi akan berada di Malaysia untuk concert Super Junior World Tour Super Show 5 Malaysia. YEAY!!!!  Mak bagi keizinan untuk aku dan kembar pergi. Selalunya confirm mak bantah dan boikot aku dan kembar beberapa hari. Tapi at last mak tetap bagi pergi asalkan pandai jaga diri. Thank you so much Mak. Mungkin sebab aku dan kembar dah dewasa kot dan dah ada duit sendiri. 

SO, tiket dah beli. Kembar aku sponsor tiket dan official light stick untuk aku. Thank you Cik Kembar. Hehehe. 
Sekarang ni tinggal nak tunggu SuJu sampai Malaysia. Baju dan shawl dah set warna ikut official colour SuJu dan ELF, Sapphire Blue. Hehehe. Korang tak payah hairan dengan perangai aku ni ya. Aku ni kalau bab SuJu memang ada pengecualian kononnya. 

Tak sabar pulak nak tunggu hari Sabtu. Rasa excited sebab setahun tak tonton concert Super Junior live depan mata. Last time masa SS3 2011 dulu je. Tak sabar tak sabar..heheh

Okay...till meet again
Read more ...

Health Benefits of Drinking Lemon Water

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, masih lagi berpeluang menikmati kehidupan ini.

Terjumpa ni masa scroll timeline Facebook tadi. Aku share daripada FB Page KevinZahri. Dah tau banyak kebaikan minum air lemon ni. Kalau korang campur dalam air kosong tu pun sedap je rasa air tu. Hehehe
Banyak kebaikannya. Rasanya kita kena amalkan. Korang biasa minum ni?

Okay...till meet again

IKLAN

Read more ...

Wednesday, November 20, 2013

Wordless Wednesday #3 [20.11.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 for today


Okay...till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #2 [20.11.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 for today

HAPPY CHILDREN'S DAY
Image source: Google

Okay...till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [20.11.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 for today.
I'm counting the day...

Okay...till meet again
Read more ...

Tuesday, November 19, 2013

Happy International Mens Day

Assalamualaikum...

Agak janggal disebut dan sangat jarang didengar tetapi jangan menafikan hari istimewa buat kaum adam yang berada dimuka bumi ini kerana mereka juga berhak untuk dirai dan dihargai. Cewah..dah macam epik je ayat aku kan.

Sebenarnya aku blog walking blog Kak Azura kita tadi dan terbaca entri Hari Lelaki Sedunia... . Baru aku tau rupanya ada sambutan Hari Lelaki Antarabangsa yang disambut pada 19 November. Haa..jangan kata kaum wanita je yang special ya. Para lelaki sekalian, kini anda juga dihargai tau. Jangan rasa diri anda dipinggirkan.

Sedikit info mengenai sambutan Hari Lelaki Sedunia ini
Hari Lelaki Antarabangsa (HLA) adalah acara tahunan antarabangsa yang disambut pada 19 November. Dirasmikan pada tahun 1999 di Trinidad and Tobago, hari tersebut dan acaranya telah mendapat sokongan daripada pelbagai individu dan kumpulan di Australia, Caribbean, Amerika Utara, Asia, Eropah dan Afrika.[1][2]
Berucap bagi pihak UNESCO, Pengarah Women and Culture of Peace Ingeborg Breines berkata tentang HLA, "Ini adalah idea yang hebat dan akan memberi keseimbangan gender." Beliau menambah bahawa UNESCO melihat untuk bekerjsama dengan penganjur.[1][2]
Sumber : wikipedia 

So, aku pun nak ucapkan Happy International Mens Day kepada semua sahabat blogger lelaki khususnya dan juga kepada semua rakan-rakan lelaki aku amnya.

HAPPY INTERNATIONAL MENS DAY 
- Keeping Men and Boys Safe
 
Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai International Mens Day ni, boleh layari laman web internationalmensday.com.

Okay...till meet again

Read more ...

Selamat Pagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Alhamdulillah, pagi ni aku rasa sihat sedikit compare dengan hari-hari sebelumnya. Pagi ni semangat sikit nak mulakan keje bila badan rasa cergas sikit. Mungkin sebab tak cukup rehat kot tapi dalam aku rasa cergas sebenarnya leher dan bahu aku sakit sangat. Ikut kata Kak Alin, sebab stress sangat tu. Hmm..aku rasa badan aku yang stress sebab takde rehat langsung sepanjang bulan November ni.

Mana taknya, dari 1st November sehinggalah hari ni aku langsung tak melekat kat rumah. Ada je program even weekend and public holiday. Kesibukan dengan aktiviti tu akan berterusan sehinggalah awal Disember ni. Haa..taktau la bila dapat betul2 lepak kat rumah during weekend. 

Korang macam mana? Mesti ada yang lagi busy dari aku kan? Okaylah...aku nak mulakan keje, kita jumpa lagi dientri seterusnya ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Monday, November 18, 2013

Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B

Assalamualaikum...

Sebagai menyokong segmen akak kita ni, jom ramai-ramai meriahkan segmen Kak Dairy kita ni ya.


Assalamualaikum



Mini GA ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul Like untuk Baby Zara Soffiya Di dalam Contest Baby Di Facebook.

Syarat syarat Penyertaan yang amat mudah iaitu :-

1-Like Fanpage  di sini >> 3B
2-Like Gambar Baby Zara di sini >> Facebook 
3- Buat Entry Bertajuk "Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B"
4-Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5-Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entry ini


Mini GA ini berlangsung pada 18hb November hingga 12.00pm 24 November.



Pemenang akan dipilih melalui Random.org

Terima kasih

Okay...till meet again
Read more ...

You Are Loved (Don't Give Up) Music Video

Assalamualaikum...

Masa aku up entri You Are Loved (Don't Give Up) petang tadi, ada beberapa rakan yang komen tak pernah dengar lagu ni. Lagu ni sebenarnya dah lebih kurang 4 tahun jugalah. Tapi tak silap aku first time aku tonton video ni di TV2. Masa tu dah lewat malam. Aku tertarik dengan lagu ni sebab liriknya yang penuh message positive. Aku ni kurang minat skit ngan lagu-lagu barat sebab kebanyakkannya buat sakit telinga aku mendengar. Hihihi. Tapi Westlife, BSB tu ada pengecualian ya. Bila aku mula dengar lagu You Raise Me Up, aku dah tertarik dengan Josh Groban. Tapi minat tu takdelah macam aku minat kat Westlife bagai. 

Tapi lately ni aku rasa best je dengar lagu-lagu Josh ni sebab tenang je dengar kat telinga. Hihihi.. Okay..berbalik kepada entri siang tadi tu, aku nak share dengan korang music video  You Are Loved (Don't Give Up) ni. Manalah tau kalau-kalau korang pun akan tertarik dengan lagu ni juga. 

Selamat mendengar

Read more ...

You Are Loved (Don't Give Up)

Assalamualaikum...

Korang biasa dengar lagu nyanyian Josh Groban? Aku ni suka sangat dengar lagu nyanyian beliau. Nak kata peminat beliau tak juga la cumanya lagu-lagu nyanyian Josh Groban ni selalu banyak memberi semangat dan paling aku suka sebab lagu dia kebanyakannya best dan senang nak faham maksud. 

Hari ni aku nak share lirik lagu You Are Loved (Don't Give Up). Lagu ni dah lama tau tapi aku tetibe teringat kat lagu ni. Actually aku agak stress lately. Aku kan suka baca dan dengar benda-benda yang boleh bagi semangat selain banyakkan berdoa pada Allah. 

Kalau korang pun dalam situasi sama macam aku, jom layan kejap lagu ni. Ala tak dapat nak share video sebab kat ofis skang. Kalau korang tak biasa dengan lagu ni bolehlah search kat Youtube ya.

Don't give up
It's just the weight of the world
When your heart's heavy
I, I will lift it for you

Don't give up
Because you want to be heard
If silence keeps you
I, I will break it for you

Everybody wants to be understood
Well, I can hear you
Everybody wants to be loved
Don't give up because you are loved

Don't give up
It's just the hurt that you hide
When you're lost inside
I, I'll be there to find you

Don't give up
Because you want to burn bright
If darkness blinds you
I, I will shine to guide you

Everybody wants to be understood
Well, I can hear you
Everybody wants to be loved
Don't give up because you are loved
(You are loved)
You are loved
(You are loved)

Don't give up
(Don't give up)
It's just the weight of the world
(You are loved)

Don't give up
(Don't give up)
Everyone needs to be loved
(Don't give up)

You are loved
(You are loved)
(Don't give up)

Songwriters
Kaye, Molly / Salter, Thomas
Published by
Lyrics © Kobalt Music Publishing Ltd., Sony/ATV Music Publishing LLC

Okay...till meet again
Read more ...

Have A Good Day Everyone

Assalamualaikum...

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Apa khabar hari ni? Semoga semuanya sihat belaka ya. Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah SWT. Hari ini seperti biasa akan dilalui dengan kesibukan urusan pejabat tambahan big event yang unit aku handle akan berlangsung kurang seminggu dari hari ini. So, kitorang akan berhempas pulas untuk selesaikan persiapan program.

Aku doakan semoga urusan kalian semua akan berjalan lancar juga. Kalau ada dikalangan blogger yang sedang bercuti, selamat bercuti aku ucapkan. Oh ya..aku akan cuba blog walking mana yang sempat waktu rehat nanti ya. Harapnya kesampaianlah hasrat tu.

Okay...till meet again
Read more ...

Sunday, November 17, 2013

Selamat Malam Semua

Assalamualaikum...

Baru je sampai ke rumah. Hari ni seharian berada di Perak kerana menghadiri kenduri tahlil arwah De. Badan ni penat sangat. Tak larat dah ni. Maaf ya kalau tak ada entri baru dan tak jengah ke blog kengkawan semua. Esok Insha Allah akan kembali blogging seperti biasa. So, nak iron baju dan masuk tido. Korang pun jangan tido lewat sangat ya.
Selamat Malam semua.

Okay...till meet again
Read more ...

Saturday, November 16, 2013

Jika Wanita diumpamakan Ikan

Assalamualaikum...

Godek-godek archive emel tadi terjumpa pulak emel ni. Menarik juga untuk dikongsi bersama korang semua. Hehehe..jom baca. Sekadar perkongsian ya.

Jika Wanita diumpamakan Ikan, kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?

IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA.....

IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya..... 
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya.....
INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas........

IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan..... 
INI BINI ORANG.......

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium. 
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii.......

IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja. 
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain.... 
INI BINI SENDIRI....

Sumber: emel sendiri
Read more ...

5 Rules To A Happier Life

Assalamualaikum...

Hari Sabtu yang indah ini, aku akan bekerja seperti yang aku nyatakan dalam entri semalam. Macam mana hujung minggu korang semua? Semoga dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Good morning...jom amalkan petua kat bawah ni untuk kehidupan yang lebih gembira

 Okay...till meet again
Read more ...

Selamat Malam Semua

Assalamualaikum...

Hari ini sekali lagi merupakan hari yang sangat memenatkan. Alhamdulillah, walaupun banyak sangat cabaran yang terpaksa ditempuh hari ini, segalanya dapat ditempuhi dengan sabar. 

Esok aku akan bekerja untuk siapkan banyak lagi kerja-kerja yang harus disiapkan dengan kadar segera. Semoga semuanya esok akan berjalan dengan lancar. Insha Allah.

Selamat malam semua.

Okay...till meet again
Read more ...