Thursday, October 31, 2013

SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop [20 Okt 2013]

Assalamualaikum...

Beberapa minggu lepas, aku pernah ceritakan dalam beberapa entri mengenai bengkel yang akan aku hadiri ini SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop. Aktivit hujung minggu aku pada 20 Oktober 2013 memang berbeza dari kebiasaan apabila aku menghadiri sebuah bengkel yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia.

Masih tak tahu apa itu SEDA? SEDA ialah Sustainable Energy Development Authority of Malaysia (SEDA). SEDA Malaysia ialah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari 2011[Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia ialah mentadbir dan mengurus pelaksanaan Feed in Tariff (FiT) dibawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725].
Event               : Clean Energy for the future : Content Development Workshop
Venue             : Berjaya Times Square Hotel , Kuala Lumpur
Time                : 9.00 am  – 1.00 pm              
Day/Date        : October, 20th  2013 ( Sunday)
Bengkel ini dianjurkan oleh SEDA Malaysia dengan penyertaan blogger sebagai orang tengah dalam memberi penerangan dengan lebih jelas tentang Feed in Tariff (FiT) dan pelaksanaannya di Malaysia. Memandangkan medium media sosial seperti blog kini sangat mendapat tempat dan lebih dekat dengan masyarakat, pihak SEDA Malaysia berharap kami dapat membantu mereka dalam memberi pendedahan yang lebih meluas kepada masyarakat secara amnya.

Bagi memenuhi jemputan tersebut, aku dan blogger +Sally Samsaiman seawal pukul 8am telah berada diperkarangan Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Kami antara yang terawal sampai. Kami disambut oleh sekretariat SEDA Malaysia dengan penuh mesra. Setelah mendaftar nama, kami terus masuk ke bilik seminar. Program bermula seawal pukul 9am dengan persembahan video mengenail pemanasan global dan kesannya kepada alam sejagat. 
Blogger Workshop
Blogger Workshop

Selepas itu, sesi seterusnya ialah pengenalan kepada Feed in Tariff (FiT) yang dipersembahkan oleh Chief Corporate Officer SEDA Malaysia, Dr. Wei-nee Chen. Kami diberi penerangan lebih lanjut tentang apa itu Feed in Tariff (FiT) dan mekanisme pelaksanannya dinegara kita. Sesi ini sememangnya memberi kefahaman yang lebih jelas tentang Feed in Tariff kepada kami peserta bengkel ini.
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Read more ...

Blog Fotografi : Minta tolong rakan sekalian

Assalamualaikum...

Dah lunch? Alhamdulillah, kalau sudah ya. Kalau masih belum, silalah makan, nanti perut kosong. 

Disini aku nak berkongsi sebuah blog tentang fotografi. Sebenarnya pemilik blog ini ialah kakak aku sendiri. Kakak sulong aku ni memang minat sesangat dengan fotografi cumanya dia kekurangan kenalan dalam bidang ini. Pernah kot aku cerita dalam entri terdahulu.

Sekarang ni kakak aku ni sedang update entri Single Photo Series. Klik je header kat bawah ni untuk ke link blog kakak aku. Banyak gambar-gambar menarik yang dia amik.

Lenses

Disini juga aku nak minta pertolongan daripada rakan blogger sekalian. Kalau korang tahu mana-mana blog fotografi yang dimiliki oleh blogger Malaysia, boleh tak korang tolong bagitau kat aku. Aku nak tolong akak aku ni cari kenalan dalam dunia blog ni base on minat dia. Dia ni agak pemalu sikit. So, adiknya ni jenis selamba badak je.

Kalau korang tahu, silalah komen beserta link blog sekali ya. Nanti boleh aku bagi kat kakak aku. Jasa korang sangat sangat dihargai. Kat bawah ni ada beberapa keping gambar yang aku amik dari blog akak aku.

Okay...till meet again
Read more ...

Maksud Emoticon Smiley

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak share dengan korang berkenaan emoticon smiley face tu. Sebenarnya masa aku tengah search bahan untuk blogging ni, aku terjumpa image berkenaan emoticon tu. Aku ni tak pandai sangat bab-bab emoticon ni. Aku tahu guna je. Hahaha...so, kalau korang pun lebih kurang sama macam aku, meh sini kita sesama tengok apa maksud emoticon yang kita duk share dan guna dalam perbualan terutama masa tengah chatting tu.


Dah faham? Haa..so, enjoylah gunakan emoticon ni ya.

Okay..till meet again
Read more ...

Pasang Surut Kehidupan

Assalamualaikum...

Entri kali ini berkaitan dengan Wordless Wednesday #2 [30.10.2013] yang aku post semalam. Tertarik aku dengan komen-komen yang aku terima daripada rakan-rakan blogger.
Sebelum itu, terima kasih aku ucapkan kerana perihatin terhadap diri ini. Alhamdulillah, korang memang kenalan yang baik hati. Sebenarnya apa yang aku post tu reflect dengan apa yang aku rasai sekarang. Biasalah, dalam hidup, tak semestinya kita akan selalu gembira kan? Ada masa kita happy, ada masa kita bersedih.

Dalam hidup ni, kalau kita asyik gembira pun mesti tak best. Kadang tu, kesedihan itu sebenarnya pemanis hidup. Percaya tak apa yang aku cakap ni? Kenapa aku cakap camtu? Aku yakin bahawa kalau kita hanya kenal kegembiraan, pasti hidup ini tak seimbang. Semuanya nampak sama je. Andai kita hanya tahu gembira, kita takkan pernah tahu apa rasanya hati bila disakiti. Kan?

Memanglah tak best bila bersedih tapi sesekali rasa itu perlu ada. Kita hanya akan kenal hidup bila kita tahu apa rasanya gembira dan sedih. Kita hanya kenal erti hidup bila rasai susah dan senang. Itulah namanya kehidupan. Pasang surut kehidupan itu perlu kerana itulah yang mengajar kita untuk mengenal erti kehidupan. Dari situ jugalah kita lebih mengenali diri sendiri.

Apa yang kita perlu lakukan ialah, sentiasa berfikiran positif. Allah takkan menguji andai kita tak mampu hadapi ujian itu. DIA memberi kerana itulah yang selayaknya kita terima. Dia menguji kerana Dia kasihkan kita. Pasang surut kehidupan kita, hanya DIA yang berkuasa menentukan. Pasang surut kehidupan, pasti terkandung hikmah disebaliknya.

Apa yang aku katakan diatas tak lebih sekadar untuk mengingatkan diri ini dan juga buat kalian semua. Aku sentiasa yakin, setiap yang terjadi pada diri ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi. CUMANYA, hanya masa dan takdir yang menentukan.

Okay...till meet again
Read more ...

Quote of The Day

Assalamualaikum...

#QOTD..


Okay...till meet again
Read more ...

Wednesday, October 30, 2013

CPUV Ke-5 Bulan Oktober 2013

Assalamualaikum...

Kalau last week aku update berkenaan CPUV Ke-4 Bulan Oktober 2013, hari ni rezeki bertambah baik. Alhamdulillah. Masa blog walking blog adik kita yang bakal berkahwin Sabtu ini Syamimi, aku pun sengaja juga check Nuffnang, kot-kot ada rezeki untuk aku sekali. Alhamdulillah..nampaknya momentum CPUV aku kembali stabil untuk bulan Oktober 2013. Setelah hampir 3 bulan jumlah CPUV yang aku dapat ala-ala sendu je, bulan ni agak kembali seperti bulan-bulan sebelumnya.
Syukur. Satu CPUV dah pun credited. So, tinggal lagi 4 untuk bulan Oktober dan selebihnya CPUV bulan Jun dan September. Kagum aku tengok CPUV bulan Jun tu sampai sekarang masih melekat. Erk..tapi tak muncul pun iklan dalam blog tau. Hahaha

Sekian dulu ya. Terima kasih banyak-banyak kepada Nuffnang dan advertiser yang pilih blog untuk iklankan iklan korang ya. Sangat dihargai.

Okay..till meet again

IKLAN

Read more ...

Wordless Wednesday #2 [30.10.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2 for today.

Dalam redup duka pasti ada cahaya gembira.

Okay...till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [30.10.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 for today
Idea oh Idea

Okay...till meet again
Read more ...

Tuesday, October 29, 2013

Voucher AEON Daripada SEDA Malaysia

Assalamualaikum...

Dalam Wordless Wednesday #1 23.10.2013 minggu lepas, aku ada share mengenai Voucher AEON. Sebenarnya voucher ni aku terima semasa menghadiri SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop last 2 weeks. Aku terima dalam sampul duit raya pulak tu. Hehehe. 

shopping
Balik rumah tunjuk kat mak. Mak senyum je. Aku cakap kat mak nak belikan baju untuk mak guna voucher ni tapi nampaknya mak macam tak mahu je. Mak suruh aku guna sendiri je voucher tu. Sekarang ni, voucher ni masih tersimpan rapi dalam sampul tu. Hehehe

Korang rasa apa benda aku nak beli guna voucher ni? Any idea? Hehehe. Voucher tu bernilai RM100. Ala, RM100 pun duit jugakan? Sekian buat masa ini.

Okay..till meet again

p/s: masa untuk blog walking agak terhad lately. Kalau ada yang aku tak sempat singgah blog tu, maaf ya. Aku akan terjah juga nanti

IKLAN

Read more ...

Selamat Bekerja

Assalamualaikum...

Pepagi ni kita mulakan dengan entri yang ringkas ya. Tak nak bebankan fikiran nak fikir benda berat2. Okay..kat bawah ni ada satu doa untuk kita semua amalkan.

Selamat bekerja semua.

Okay...till meet again
Read more ...

Monday, October 28, 2013

Be Positive and Never Let The Negativity Influence You

Assalamualaikum...
Selamat pagi kawan-kawan semua. Hari ni mungkin ada yang takde mood nak keje ye tak. Maklumlah hari isnin ni ramai yang terbawa-bawa demam ahad lagi. Apa pun, diharapkan hari ini adalah lebih baik daripada hari semalam.
Sebelum tu, renungi ayat dibawah. Okay ..till meet again
Okay...till meet again
Read more ...

Sunday, October 27, 2013

Enviro Hunt 2013

Assalamualaikum...
Selamat hujung minggu semua. Okay, baru je dapat buka blog. Letih sangat hari ni sebab pepagi dah berlari terkejar-kejar jawab soalan masa Enviro Hunt Sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2013. Aku, Kak Aida, Ridzuan, Haziqah dan Marylene berada dalam satu kumpulan. Kami berkumpul ditempat perlepasan seawal pukul 7am. Tapi sebenarnya ramai je lagi yang tak sampai2.
Muka excited nak join race
Sebelum senamrobik, setiap ketua kumpulan kena jumpa marshall untuk dapatkan peta lokasi race pagi tu. Senamrobik diadakan kat pentas utama. Satu yang aku tak berkenan sebab ruang terhad untuk senamrobik ni. Jenuh jugalah nak gerak-gerak sampai asyik berlaga tangan dengan orang sebelah. Selesai senamrobik, kami dilepaskan beramai-ramai dan masa inilah aku nampak pelbagai ragam manusia. Orang tu cakap, tak perlu nak lari, jalan-jalan je sebab event ala-ala santai. Tapi biasalahkan, semangat juang terlebih tinggi, masing-masing nak lari. Hahaha

Sampai je kat Check point 1, kami diberi tugasan didalam sekeping envelope dimana kami perlu cantumkan kertas yang telah dipotong menjadi bahagian kecil. Nak komplen sikit time ni. Memandangkan masa tu ramai peserta, situasi jadi kelam kabut sebab masing-masing berebut nak tunjuk jawapan. Sekretariat dia yang sorang tu agak tak professional bila dia marah-marah peserta. It's normal bila masing-masing berusaha nak menang. As a secretariat, dialah yang kena pandai control situasi tu bukannya bebel marah peserta. Memang betul ada salahnya juga peserta bila masing-masing berebut but if she knows how to control the situation, keadaan takde la kelam kabut seperti di checkpoint seterusya.
Minggu Alam Sekitar Malaysia

Thanks to Haziq sebab dia yang pergi redah time tengah kelam kabut tu. Hahaha. Cayalah ko Ziq. Setel je Check Point 1, kitorang terus lari ke Check Point 2 dan disana kami diberi tugasan seterusnya. Tak pulak tetibekan. Setel kat situ kami terus ke Check Point 3. Kami kena cari ayat dalam surat khabar. Nasib yang tu senang je. Seterusnya ke Check Point 4 kami diberi satu bahagian lagi kertas dan diarahkan untuk terus ke Check Point 5. 

Semasa kat Check Point 5 tu, kami kena cantumkan bahagian kertas yang kami dapat daripada setiap check point dan dalam kertas tu terdapat 4 barang yang kami perlu cari iaitu, tin, kertas, surat khabar dan botol. Haa..apa lagi time tu juga Haziqah dan Marylene berlari gi cari tin dan botol sementara aku cari kertas. Alhamdulillah setel je semua barang kami dapat, berlari terus ke penamat. Masa tu yang best sebab lepas tu kami dapatlah medal dan sijil penyertaan. Hahaha
Explorace

Letih punya pasal, terus cari tempat duduk. Dah la panas membahang, dengan perut lapar. Kami diberi sarapan pisang dan roti gardenia juga air kotak. Jadilah kan. Hahaha. Sementara nak tunggu event habis, kami gi cari makanan yang dijual kat situ. Sempatlah sambar ais kerim. Hehehe. Kitorang mulanya nak tunggu event sampai ke kemuncak. Konon nak tau sapa dapat hadiah, tapi batalkan hasrat sebab masing-masing dah bosan. So, begitulah kisahnya hari ni.

Penat dapat, sihat pun dapat, tak gitu. Ehehehe. Alhamdulillah, teamwork kitorang memang best. Haziqah dan Marylene memang dahsyat. Budak UPNM la katakan. Stamina tinggi kot. Dorang lari tak terkejar akak-akak sekalian. Hahah. Okaylah, sekian dulu ya.
Friends

Okay...till meet again.
Read more ...

Saturday, October 26, 2013

Samsung Galaxy S4 Zoom In The House!!

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ini aku ada buat simple review mengenai Samsung Galaxy S4 Zoom, hari aku keluar Jalan-jalan Bersama Keluarga keluarga aku sebab kembar aku nak beli handphone baru. Sekarang ni kembar aku guna Samsung Tab 7.0 Plus sejak beberapa tahun yang lalu. Aku pulak pakai HTC je.
S4 Zoom

Nak jadi cerita, masa aku saja-saja search pasal Samsung S4 ni, aku terjumpalah pasal S4 Zoom ni. Kebetulan pula kembar memang pernah cakap yang dia dalam plan nak beli handphone baru sebab dia nak jadikan tab tu sebagai gadget khas untuk dia main game semata. Aku pun dengan baik hati plus beria search untuk cik kembar. Aku kan memang suka bab-bab gadget ni cuma tang nak membeli je aku memang takkan beli. Hahaha. Pada aku, yang penting handphone tu boleh online internet dan mudahkan aku untuk bergambar dah cukup. 

So, petang tadi lepas balik Nilai beli kain untuk mak, kitorang terus menuju ke The Mines dengan hasrat nak temankan cik kembar cari handphone yang diinginkan. Memang dia dah target S4 Zoom. So, sampai je kat The Mines, terus je ke IT Centre tu la. Firstly, kitorang pergi ke kedai Samsung untuk survery dulu. Dah survey, terus je ke kedai telephone yang kami selalu beli handphone tu. Chinese guy yang jual handphone tu pun dah kenal kitorang sebab kami 3 beradik memang beli handphone kat dia. Service bagus dan dia akan seboleh mungkin bagi banyak free gift and good offer untuk kitorang. 
S4 Zoom

Kembar aku pilih Samsung S4 Zoom untuk fungsi telefon dan kamera. Heheh..Dah beli je apalagi, terus je test kamera tu kan. Gigih ni gi amik gambar mak kat tiang. Hahaha. Maka tercapailah hajat kembar aku nak tambah koleksi handphone dia dan bertambahlah lagi koleksi barangan Samsung kat rumah aku ni. Okay..ada sesapa baik hati nak sponsor aku Samsung Note 3? Hahhaha

S4 Zoom
Okay...till meet again
Read more ...

Jalan-jalan Bersama Keluarga

Assalamualaikum...

Nampaknya hari ini kurang meriah blog aku. Hehehe. Maybe sebab hari minggu kot. Ramai yang keluar bersama keluarga kan. Aku pun tidak ketinggalan untuk keluar bersama keluarga aku hari ini. Sekarang ni pun sedang bersiap-siap. Aku dah siap dah, cuma ahli keluarga yang lain je masih lagi sedang bersiap.

Cadangnya nak ke Nilai sebab mak nak beli kain nak buat baju. Kitorang kan nak pergi jenjalan hujung bulan November ni. Tu yang mak nak siap2 buat baju baru. Kita layankan je kan. Hehehe. Selepas tu cadangnya nak pergi The Mines sebab cik kembar nak beli hanphone baru. Haa..nak beli handphone apa tu? Nanti aku bagitau ek. Heheh

Okaylah, buat yang keluar bersama keluarga dan rakan-rakan tu, selamat berjalan-jalan ya. 

Happy weekend you alls..hehehe

Okay...till meet again.
Read more ...

Friday, October 25, 2013

Bajet Oh Bajet.. Pembentangan Bajet 2014. Live Streaming

Assalamualaikum...

Sekarang ini sedang berlangsung pembentangan Bajet 2014 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato's Seri Najib Tun Abdul Razak. Aku pasti sekarang ni masing-masing sedang fokus pada pembentangan bajet ni kan. 

Suasana kat ofis aku pun macam tu juga. Disana sini kedengaran bunyi radio tanda mereka sedang fokus untuk dengar bajet 2014. Masing-masing mengharapkan bajet kali ini memberi manfaat kepada semua.

Kalau korang masih belum balik dan nak tengok live streaming Bajet 2014 ini, boleh klik link-link dibawah ini





Live Streaming : http://www.treasury.gov.my/








Korang cubalah mana-mana link yang boleh ya.

Okay...till meet again
Read more ...

Iklan Kempen 'Stop Smoking'

Assalamualaikum...

Kalau baca tajuk nampak macam ringan dari pandangan mata perokok. Namun untuk aku ia adalah berat. Maaf kalau ada dikalangan kalian yang merokok terbaca entri ini. Iklan ini sangat simple tetapi punya kesan yang mendalam sebenarnya. Sekadar share sesuatu yang bermanfaat. Semoga ianya mampu memberi setidak-tidaknya sedikit kesedaran buat kalian.



Credit: Ogilvy @ YT
Read more ...

CPUV Ke-4 Bulan Oktober 2013

Assalamualaikum...

Dah lunch ke? Aku dah lunch sejam yang lepas. Hari ni baru sempat jengah blog. Aku datang lewat ke pejabat hari ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Sekarang baru dapat jengah blog sekejap.

Okay..baru kejap tadi aku blog walking blog Kak Fiza Rahman dan tengok ada CPUV baru diblog beliau. Aku tengok dah menarik tu, pasal movie THOR. Aku tak minat tengok tapi saja je klik iklan tu kat blog beliau. Saja juga aku buka Nuffnang account sebab nak tengok updates terbaru. 

Alhamdulillah, melekat lagi satu CPUV untuk bulan ni. So, total ada 4 CPUV untuk bulan Oktober. Alhamdulillah, terima kasih Nuffnang. 

Total ada 5 CPUV yang masih dalam status 'On Going'. Selebihnya dah credited. Korang kalau rajin dan baik hati, kalau nampak iklan tu sudi-sudilah klik ya. Hehehe

Okay...till meet again
Read more ...

Jadilah Siapa Saja

Assalamualaikum...

Aku terdengar bacaan puisi nukilan Dato' A. Aziz Deraman ini diradio IKIM.FM beberapa hari yang lalu. Mari kita hayati puisi ini bersama-sama.
JADILAH SIAPA SAJA
Jadilah pelaut kautahu lautan hidup bergelombangJadilah petani kaukenali keringat sawah ladangJadilah pengayuh beca kaurasai roda lelah seharianJadilah pemandu teksi begitu perit memperoleh sesuap nasiJadilah penukang pengukir belum pasti makmur memahat diriJadilah penoreh getah perhatikan derita susunya di musim hujanJadilah pemanjat kelapa keamanan melambai keadilan.
Jadi pemuzik jadi penggubah jadi penyanyiJadi penulis lirik akan tercantum lagu dunia seniJadi pengarah jadi pelakon jadi pelawak tahu harga diriJadi pelukis karyamu lama tidak terhakis siang malamJadi pereka bentuk segalanya melakar manis masamJadi penulis bergelar sasterawan tahu merakam adabJadi pencatat zaman semua seniman berfikir hebat
Jadi pelajar kau belajar, sebagai pengajar jangan kurang ajarJadi pendidik tugasan guru di tanganmu lahir pemimpin besarJadi pelatih jangan tahu maki herdik oleh letih lesu nafsu marahJadi pensyarah tahu kaedah sedar insaf akan ilmu yang parahJadi perancang di situ berfikir selok-belok gerak ekonomi rakyatJadi peguam fasih tutur lidahmu kelak kebenaran hukum terletakJadi komander kau kawal pesawat para penumpang terselamat
Jadilah siapa saja ikut keupayaan kebolehan diriJadi pemimpin tanggungjawab membangun pertiwiJadi engkaulah penjaga bangsa agar tidak terumbang ambingJadi engkaulah pengawas warga agar tahu mentafsir musimJadi perdana menteri tahu berperi sedia berani matiJadi permaisuri di sisi hikmah ceria raja selalu bestari
Jadi pemaaf seumpama pendakwah terlihat amal makrufJadi pendorong jauhi nahi mungkar jasa bakti diselangi takrufJadilah kita semua pekerja tahu hidup sebelum matiJadikan kematian itu sanya pedoman kembara diriJadi satu cangkir yang setiap kata akan menghirupnyaJadi batas dunia dan barzakh di hisab dosa pahala!
Dato' A.Aziz Deraman
1 Mei 2002
Kuala Lumpur
Sumber : panitiamelayu-smart.blogspot.com

Read more ...

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum, peace upon you.



Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :

 syarat-syarat wajib : 

  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini


Okay...till meet again
Read more ...

Thursday, October 24, 2013

Bertemu Rakan Blogger

Assalamualaikum...
Hujung minggu lepas sangat meriah buat aku. Dipenuhi dengan aktiviti yang sangat meriah. Paling menarik, bila semasa menghadiri aktiviti tu, sempat aku bertemu dengan beberapa orang rakan blogger. Alhamdulillah, setelah hampir sekian lama berkenalan melalui blog, dapat juga peluang untuk berjumpa.

Siapa yang aku maksudkan itu ya? Haa.. Semasa aku pergi ke program #ChurpOut2013 di Setia City Mall sabtu lepas, aku berjumpa dengan blogger comel Ayu Jean a.k.a. AJ. Actually aku dah plan nak jumpa AJ. Aku dan AJ dah siap2 exchange no handphone. Nak jadi cerita, handphone aku buat hal la pulak hari tu sampaikan aku terpaksa restart beberapa kali. Jadinya, tweet AJ pun aku tak dapat. Tapikan kata orang kalau dah rezeki nak berjumpa tu, ada je jalan.


Masa masuk ke dalam Setia City Mall, aku duduk digerai Gelato Fruity dan secara kebetulan, blogger Nizamijam pun duduk area situ juga. AJ pula memang dah berjanji dengan Nizam. Alhamdulillah, aku cam AJ dan AJ pun cam aku. Disitulah kami berjumpa. Seronok dapat jumpa AJ. Comel dan ramah orangnya. Sempatlah juga berbual beberapa ketika sebelum AJ meneruskan program beliau. Haa..okay bergambar itu wajib ya. 



Keesokkan harinya, aku menghadiri sebuah bengkel anjuran SEDA Malaysia. Disitu pula aku bertemu dengan dua blogger iaitu kakak femes kita, siapa lagi kalau bukan kak +Mia Liana dan juga +Sally Samsaiman . Sally ni memang aku yang ajak dia join bengkel ni. Gigih aku gi tanya sekretariat SEDA samada boleh bawa kawan ke tak. Kak Mia pula aku dah tahu bila beliau inform dalam salah satu entri blog beliau. 

Mula-mula jumpa Sally tu, terus rasa cam dah kenal lama. Sally ni peramah sesangat orangnya. Kak Mia pula yang tegur kami dulu tau. Peramah sangat Kak Mia. Walaupun itu kali pertama berjumpa, tak kekok pun sebab Kak Mia dan husband beliau sangat peramah. Kami juga berada dalam group discussion yang sama semasa workshop tu. 

Selesai workshop, kami makan tengahari direstoran hotel. Disitulah kami berbual sakan seperti kenalan lama. Seronok berbual sambil makan-makan sehingga tak sedar sudah lewat jam 3pm. Hehe. Banyak yang kami bualkan. Ada juga Kak Mia selitkan ilmu blogging untuk aku dan Sally. Oh ya, seronok tengok Kak Mia update blog setiap masa. Aku pun teringin nak jadi macam Kak Mia. 

Kami bersurai hampir pukul 4pm. Kak Mia dan husband pulang ke Johor petang itu juga. Sally pun ada temankan Kak Mia dan abg Mail semasa dalam train. Pertemuan sekejap itu tetap beri memori indah buat kami. Insha Allah, andai ada masa, aku teringin nak jumpa mereka-mereka ini lagi. Terima kasih kepada AJ, Sally dan Kak Mia yang begitu baik sekali. Baiklah, sekian dahulu

Okay...till meet again
Read more ...

Nuff Ads