Monday, September 30, 2013

Kembali Kepada Keadaan Asal.. Cik Pinky Ku Sayang

Assalamualaikum...

Dua hari tak sempat nak update blog dan pepagi ni lagi dah sibuk dengan kerja-kerja dipejabat. Baru sekarang sempat menjengah sekejap. Aku agak stress sikit hari ni disebabkan ada satu arahan kerja yang sebenarnya memang bukan keje unit aku. Okay..kita tinggalkan hal kerja.

Hari sabtu lepas, aku pergi Perodua untuk pasang kembali radio kereta aku. Masih ingat entri Alahai Cik Pinky Ku Sayang? Aku ada ceritakan perihal radio kereta aku yang rosak dan perlu dibaiki semula. Alhamdulillah, hari Rabu last week aku terima call daripada Perodua memberitahu radio kereta aku dah ada. Mulanya aku diminta datang pada hari Khamis tetapi disebabkan kerja terlalu banyak, so aku tunda ke hari Sabtu. 

Appointmet pada pukul 830am dan aku tiba tepat pukul 830am. Sampai je terus jumpa service advisor dan bagi kunci kereta. Katanya tak lama sebab cuma nak pasang radio je. So, aku terus je duduk diruang menunggu sambil makan sandwich yang disediakan Perodua Putrajaya. Haa..sedap2 makan, ternampak kereta aku dah masuk dalam ruang service. Okay..senyum melebar sebab kereta aku bakal sempurna balik. Like 15 minutes after that, service advisor panggil aku dan beritahu yang pemasangan radio kereta dah selesai. Lega

Sekarang ni kereta aku dah kembali normal. Rasanya dorang tukar radio yang baru sebab aku tahu keadaan radio aku sebelum dihantar ke Perodua. Apapun, terima kasih kepada Perodua kerana dah selesaikan masalah radio kereta aku dan CD Inteam aku  pun dalam keadaan baik. Gambar radio baru aku tak sertakan sebab tak sempat nak amik gambar.

Okay...till meet again.

P/S: Sorry aku busy lately so agak terbengkalai sedikit sesi Blog Walking.
       Ehem..nanti aku umumkan siapa Top 5 blogger paling rajin komen kat blog aku
Read more ...

Bloglist Terkini Blog Ainim [Updated]

Assalamualaikum...

Aku berhajat nak lanjutkan tempoh update bloglist blog Ainim ni sehingga hujung bulan ni, 30 September 2013. Jadi, kepada kengkawan semua, silalah sebar-sebarkan entri ni ya. Mana tau kalau aku baik hati, seorang akan aku pilih untuk terima topup free ke. Hehehe..nantikan latest update ya.

**********
Assalamualaikum...

Dalam usaha aku untuk sentiasa berinteraksi dengan rakan-rakan blogger sekalian dan juga demi memudahkan aku untuk blog walking blog kawan-kawan semua, bloglist adalah antara cara paling mudah untuk aku tengok latest update atau entri terkini yang kawan-kawan sekalian update. So, aku sekarang ni nak edit balik senarai bloglist aku yang dah berapa bulan tak update tu. 

Okay..disini aku nak announce yang aku nak minta tolong kalian semua yang baca entri ni untuk komen dan letak url blog kalian jika mahu masuk dalam bloglist aku yang akan aku update dalam tempoh seminggu dari sekarang. Aku juga nak minta tolong kalian untuk war-warkan pasal hal ni kepada rakan-rakan blogger yang lain ya. 

Sila komen dan letakkan sekali url blog kalian. Oh ya, for your information, bloglist ni bukan sebulan atau seminggu tapi bloglist kekal selagi korang aktif blogging ya. Terima kasih kerana sudi menjadi rakan blogger aku ya. Thank you so much in advance.

Okay...till meet again.
Read more ...

Saturday, September 28, 2013

Redeem Ais Kerim Wall's

Assalamualaikum...

Selamat hujung minggu semua. Hari ni cuma sempat online kat handphone je. Dari pagi tadi dah busy seperti yang aku ceritakan dalam entri semalam.

Petang tadi Kaknyah call ajak redeem ais kerim Wall's yang pernah aku ceritakan dalam entri Wordless Wednesday last week kalau tak silap. Mak terima surat berdaftar daripada Wall's mengatakan bahawa mak terima ais kerim Wall's Selection. Deadline untuk redeem ais kerim ni adalah sebelum 30 September 2013. Makanya hari sabtu la paling sesuai nak pergi redeem. Redeem pulak tu hanya di pasaraya Giant. Nasib Putrajaya ni dekat je dengan Seri Kembangan, so, kitorg redeem kat Giant situ je la. Eh..Giant Equine Park. Heheheh

Masa nak redeem tu kitorang pergi ke kaunter penebusan sebab nak confirm kat mana boleh amik ais kerim. Sekali customer service tu pun tak sure camane nak redeem. Boleh gitu? Haa..tapi lepas dia tanya sorang member dia ni, kami diminta untuk ke pergi ambil ais kerim yang kami nak dan terus ke kaunter pembayaran. Nak jadi ceritanya, semasa dikaunter pembayaran, cashier tu pulak tak faham kenapa kami bawa ais kerim dengan voucher je. Dia siap scan harga ais  kerim lagi.

Okay..aku pun dah rasa cam tak best je tapi cover lagi okay. Sabar itu separuh daripada Iman kan. Datang seorang pekerja Giant tu dan bawa kami ke kaunter penebusan tadi denga ais kerim tu sekali. Haa...masa ni la baru selesai urusan kami. Pekerja dikaunter tu suruh kami isi nama dan maklumat diri dan attach kertas tu pada voucher tu. So, selesai urusan kami. Hampir setengah jam rasanya nak setelkan urusan nak redeem ais kerim ni.

Apapun, aku nak ucapkan terima kasih kepada Wall's sebab sudi bagi ais kerim free pada kami. Nanti kalau ada ais kerim baru silalah buat promotion lagi ya. Mana tau boleh dapat lagi ais kerim free. Hehehe. Okaylah, aku try mana yang mampu nak blogwalking blog kengkawan ya. Guna handphone tak best sgt sbb kecik. Nak tekan dgn jari gajah aku ni. Hahaha

Okay...till meet again

Read more ...

Friday, September 27, 2013

Good Night Everyone

Assalamualaikum....

Hari ni aku langsung tak sempat nak blogging disebabkan kepenatan yang sangat melampau. Aku gerak balik dari ofis dalam pukul 8pm. Mengharung jem je dah sejam lebih baru aku sampai rumah. Memang sangat meletihkan minggu ini.

Esok awal pagi dah nak ke Perodua untuk pasang radio kereta aku. Okay...banyak urusan nak kena setel esok. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. 

Aku cuma sempat blog walking beberapa blog kengkawan hari ini. Maaf sebab hari ini terlalu banyak kerja dan tak sempat nak buka blog pun. Rehat tadi pun adalah dalam 5 minit je sempat buka blog. Ada la dalam dua tiga blog sempat aku terjah.

Sekarang ni dah kali ke berapa aku menguap pun aku tak tahu dah. Tandanya memang mengantuk tahap gaban dah ni. Baiklah, aku nak pergi berehat dan TIDUR. Korang pun jangan tidur lambat sangat ya. Tak baik untuk kesihatan.

Esok kalau sempat aku akan cuba untuk blog walking seberapa banyak yang mungkin.

Oh ya..sebelum itu, aku nak umumkan bahawa, ada sesuatu yang menanti untuk Top 5 blogger terbanyak komen dalam blog ini bagi bulan September. Akan aku share dientri berikutnya ya.

Okay.. Assalamualaikum and till meet again
Read more ...

Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum...

Tiba lagi kita dihari Jumaat yang penuh berkat ini. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah. Moga kita semua mendapat keberkatan dihari yang mulia ini. Hari ini, aku nak kongsikan satu hadith yang aku share dari laman web Jakim. Suka baca hadith. Okay..aku bukan ustazah nak huraikan maksud tersirat hadith ya. Sekadar berkongsi ilmu dengan rakan semua. 

Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Huraian Hadith: 
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.
4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Image credit: Google
Sumber hadith : www.islam.gov.my
Read more ...

Thursday, September 26, 2013

SUPER SHOW 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Seperti yang korang semua tahu, aku ni memang peminat kumpulan penyanyi Korea Selatan, Super Junior. Hari ini ada khabar gembira buat kami peminat Super Junior a.k.a. ELF. Super Junior akan datang ke Malaysia untuk mempersembahkan konsert jelajah dunia mereka, SUPER SHOW 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur. Konsert akan berlansung pada 23 November 2013 bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 


Terus terang, sebagai peminat Super Junior or SuJu ni, mestilah aku happykan. Hahaha..happy sakan aku sampai rasa nak lompat bintang 100 kali sebab excited. YEAY!!!!! Okay..behave yourself Anim. Okay..okay. Aku sebenarnya memang excited dan aku beri pengecualian untuk diri aku kalau masuk bab SuJu. Ya Ampun kawan-kawan blogger, kalau aku tergedik malam ni. 


Okay..kepada kalian yang juga peminat SuJu or sesiapa yang terbaca entri ini, berikut aku share sedikit info mengenai konsert ini.

SEATING PLAN
CONCERT POSTER AND TICKET PRICE
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.starplanet.com.my

Tag +Nadya Dyana sebab dia pun geng ngan aku. Hahaha

Okay...till meet again.
Read more ...

3000 SLE Supporters Giveaway


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Cash RM100 x 1, doodle ART button badge x 10, DuniaShida button badge x 3, perfume x 2, photo canvas (art kufi) x 3, photo canvas (typography canvas) x 3, Novel x 5, tudung bawal x 3, beauty tool x 1, bookmark limited edition x 15, pin ribbon x 2, topup RM10 x 8, topup RM5 x 5

3000 SLE Supporters Giveaway dianjurkan oleh DayangDeno dan disponsor oleh DayangDeno, NazrinaHussin, DuniaShida, Canvas D'Arte, Hawadah, Mojat, DyshaSahhir, MamaDarwiish, AkuMira, Pinkizluv, NadiaDiana, Cahaya Jannah, AdamFaiz, AisyaLieza, Nasuha, CikkMira

Tamat 24 Oct 2013, 12malam

Read more ...

Breakfast dan Lunch hari ini

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua. Dah lunch ke? Maaf sebab tak sempat lagi nak blog walking blog kengkawan pagi. Baru je dapat rehat ni sambil buat keje during lunch hour. Maklumlah, dah nak hujung tahun ni memang busy semacam.

Nak makan pun tak berapa nak ada mood. Oh ya..hari ni aku breakfast dengan nasi lemak. Aku beli kat Traders Cafe je dengan kawan aku, Wana. Dah lama teringin nak makan nasi lemak, baru hari ni tercapai hasrat. Sedap pulak tu..siap tambah sambal dan telur goreng lagi. Alhamdulillah..kenyang.

Bila waktu lunch pulak, aku takde selera nak makan berat sebab penat kot. Ye la dah syok buat keje sampai rasa nak siapkan time lunch je. Poyos kan? Hahaha.. So, aku makan biskut weetameal sapu dengan lepa kacang Lady's Choice je. Sedapnya walaupun simple. Tak sedar rupanya dah makan banyak. Heheh.

Korang makan lunch tadi? Heheh..okay..dah pukul 2 pm. Aku nak sambung buat keje balik. Malam kang kalau sempat aku cuba blog walking sebanyak yang mungkin ye.

Okay...till meet again.

Read more ...

To Love Is To Forgive

Assalamualaikum...

Entri kali ini related to this entry Wordless Wednesday #2 [25.09.2013]


Aku nak share satu kata-kata motivasi yang ditulis buat aku oleh seorang pakar psikologi yang pernah beri kursus motivasi dipejabat aku. Namanya Dr Zaitun Sulaiman. Diakhir kursus, kami diberi sebuah motivation book berjudul Say Something Nice. Buku ini adalah sebuah buku motivasi untuk wanita dalam menempuhi alam perkahwinan. Kiranya boleh dikatakan sebagai buku panduan dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga. Buku ini diterbitkan pada tahun 2006 dan aku terima buku ini pada September 2007.
Tertarik aku dengan kata-kata yang ditulis oleh Dr Zaitun, "To Love Is To Forgive".

To Love Is To Forgive. Apa yang korang faham daripada maksud ayat ini? Pada aku, ia punya pelbagai perspektif terpulang kepada bagaimana kita mengintepretasikan ayat ini. Sudut pandang setiap manusia berbeza. Mungkin ada pro and cons. Pada aku, bercinta bukanlah perkara mudah semudah ABC. Bercinta perlukan pengorbanan. Pengorbanan yang kadang kala mungkin tak terjangka dan langsung tak masuk akal. Bukan nak menafikan bahawa bercinta itu perkara yang indah tetapi pada aku, hanya mereka yang benar-benar bersedia mampu untuk bercinta.

Cinta itu menyakitkan? Tidak sama sekali tetapi manusia itu yang selalu suka menyakiti. Cinta tak salah kerana ia adalah anugerah dari Allah. Cinta itukan lumrah hidup manusia, kerana tanpa cinta tak mungkin wujud kasih sayang antara sesama manusia. Tanpa cinta takkan wujud kasih sayang sesama makhluk Allah baik antara manusia, haiwan dan alam sekitar. Kerana cintalah kita kenal erti kemanusiaan.

Dalam bercinta, kepercayaan, saling memahami antara satu sama lain sangatlah menjadikan perkara asas dalam sesuatu hubungan cinta. Kalau kita tak mampu percaya kepada pasangan kita, bagaimana kita hendak hidup bersama bukan? Kalau kita tak boleh saling memahami, bagaimana nak wujudkan keharmonian dalam hubungan cinta itu bukan? Tapi bagaimana kalau kepercayaan kita dikhianati dan bagaimana pula kalau sudah hilang sefahaman?

To Love Is To Forgive. Itu mungkin jawapan yang paling tepat yang boleh aku fikirkan. Mungkin itu juga yang cuba diungkapkan oleh Dr Zaitun saat menitip kata-kata ini buat aku. Dalam sesuatu hubungan percintaan, pasti ada pasang surutnya kebahagiaan itu. Kita hanya manusia biasa dan takkan lepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga dalam percintaan. Mungkin ada masanya kita merasa terluka dengan perbuatan pasangan kita. Mungkin ada masanya kita hampir putus asa dengan pasangan kita. Mungkin juga ada masanya kita berfikir putuskan sahaja hubungan itu, pasti sahaja masalah selesai. Betulkah begitu?

To Love Is To Forgive. Belajarlah untuk memaafkan. Belajarlah untuk memaafkan kesilapan pasangan kita andai kata dia menyedari perbuatan salahnya itu. Berilah peluang kepadanya andai dia mahu memperbaiki kesilapan dirinya. Walau mungkin hati masih terluka kerana kesilapan itu, pujuklah hatimu untuk memaafkan dia. Bantulah dia agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita juga tidak tahu mungkin ada masanya kita juga terlanjur melukakan hati pasangan kita. Andai kita mampu memaafkan pasangan kita saat dia melakukan kesilapan dan mengakui kesilapan itu, secara tidak langsung kita mendidik dia untuk memaafkan kita saat kita melakukan kesilapan yang tidak disengajakan.

Belajarlah untuk menerima kelemahan pasangan kita kerana kita manusia memang takkan pernah sempurna. Andai pasangan kita punya banyak kelemahan, disitulah fungsi kita sebagai pasangannya, membantu dia memperbaiki kelemahan diri. Bantulah dia menjadi seorang insan yang terbaik. Saling melengkapi agar kelemahan itu dapat diatasi.

Mungkin apa yang aku tulis diatas adalah terlalu umum mengenai cinta kerana aku mungkin tidak banyak pengalaman mengenainya. Namun sebagai insan, aku tidak nafikan bahawa aku ingin mencintai dan dicintai. Cuma masa dan ketikanya masih dalam rahsia Allah. Aku memang bercinta sekarang, tetapi dengan bercinta dengan keluargaku, sahabat-sahabatku, kerja yang diamanahkan kepadaku dan yang paling pasti dengan agama, Rasul dan Tuhan yang menciptaku. Tersenyum? Ya, benar aku bercinta dengan semua itu kerana Cinta itukan Universal. Hanya cinta kepada seorang bernama suami masih dalam pencarian. Moga Allah akan pertemukan aku dengan yang selayaknya aku terima.

Maafkan aku andai penulisan kali ini agak bosan dan mungkin berbeza pandangan dengan kalian. Niatku hanya untuk berkongsi pendapat mengenai kata-kata mutiara ini.

Okay...till meet again
IKLAN
Read more ...

Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday #2 [25.09.2013]

Assalamualaikum...

Related entry will share soon


IKLAN
Read more ...

Wordless Wednesday #1 [25.09.2013]

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #1 for today

Sama-sama kita renungkan kata-kata hikmah ini

Okay...till meet again

IKLAN

Read more ...

Tuesday, September 24, 2013

Keputusan Exam KPSL

Assalamualaikum...
Bulan Jun yang lepas, aku ada up satu entry berkaitan dengan Exam KPSL disini Peperiksaan KPSL. Siang tadi dalam pukul 4pm macam tu, kakak aku call bagitau yang result dah keluar. Mak aiii..terkejut aku dibuatnya. Hahah..tapi takde la nervous sampai semput nafas sebab tak sempat pun nak semput terus je kakak aku bagitau result. 

Alhamdulillah....itu je boleh aku katakan. Walaupun aku hanya lulus paper Undang-undang, aku tetap bersyukur. So, sekarang ni masih tinggal satu lagi Paper A yang berbaki. Hmm..nampak gayanya, aku kena puluh habislah tahun depan untuk lulus Paper A tu. Serious cakaplah, aku ni memang bebal sikit bab-bab tatacara pengurusan stor. Hahaha..takleh nak buat apa dah. Memang dari mula-mula aku keje sampai sekarang tak faham-faham lagi. Gelak sendirian je la. 
By the way, aku tetap nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan baik aku, Munirah yang banyak bagi sokongan dan sudi berkongsi soalan-soalan untuk aku buat rujukan dan ulang kaji. Kalau takde soalan tu, memang aku pun takde idea camane nak jawab soalan undang-undang. Buat Loqman, terima kasih banyak-banyak sebab pinjamkan buku untuk kegunaan aku masa exam tempoh hari. Last but not least, Mak dan family yang bagi support kat untuk duduki exam ni. Terima kasihlah banyak doakan untuk anakmu ni. 


Oh ya, tahniah buat kakak aku yang dah berjaya lulus kesemua paper exam ni. Tabik spring. Juga tahniah buat kawan-kawan yang dah lulus exam KPSL ni juga ya. Korang memang hebat. Thanks kepada kengkawan blogger yang komen dientri terdahulu dan beri support untuk aku. Appreciate it much.

IKLAN

Read more ...

Jemputan Penyertaan Peserta Qurban Hari Raya I'dul Adha 1434H Di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Bersempena dengan kedatangan Hari Raya I'dul Adha pada 15 Oktober 2013 nanti, Unit Ibadah & Dakwah, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakatan Program Qurban Hari Raya I'dul Adha 1434H. Acara qurban akan diadakan selepas Solat Hari Raya di perkarangan Masjid Wilayah itu sendiri. Jemputan ini terbuka kepada umat Islam yang ingin melakukan ibadah Qurban.

Maklumat harga yang perlu dibayar untuk Qurban adalah seperti dalam gambar dibawah ini. Tarikh tutup penyertaan pula adalah pada 1 Oktober 2013. Untuk maklumat lanjut, sila hubungan Urus setia Qurban seperti yang tertera dalam gambar berwarna biru dibawah ini ya.  


Kepada kalian yang berkemampuan dan berkeinginan untuk melakukan ibadah Qurban ini, eloklah sertainya. Aku sekadar berkongsi dan menghebahkan perkara ini. Kalian pun boleh hebahkan kepada sahabat handai yang berdekatan. Semoga hebahan ini mampu memberi manfaat kepada semua.

Okay...till meet again


Read more ...

Smile.. It's Sunnah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Apa khabar hari ni? Sihat tak? Alhamdulillah, kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas dibumi Allah. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan buat kesekian kalinya. Haa..dah breakfast ke belum ni? Jangan skip breakfast tau. Tak elok untuk perut. Better ambil breakfast dan makan lite je during lunch hour nanti ya.

Okay...mari kita mulakan hari ini dengan sebuah senyuman. Kata orang, senyuman itu mampu memberi impak yang positif kepada diri kita. Bila kita senyum, kita sebenarnya mendidik diri untuk menjadi seorang yang positif. Haa..janganlah pulak senyum kelat ke senyum tawar ke..senyum tu kena ikhlas ya. Lagipun senyum itukan Sunnah Rasulullah. Haa..elok tu ikut Sunnah Rasul kan?  *Pesanan untuk diri sendiri ni sekali. 

Okaylah...takmau cakap banyak. Jom kita mulakan hari ini dengan senyuman dan lakukan kerja dengan hati yang ceria. Oppss..mulakan dengan Bismillah juga ya moga kita dapat keberkatan daripadaNYA.

Okay...till meet again

Image credit: Google.com


Read more ...

Monday, September 23, 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!

Assalamualaikum...

Dari siang tadi dah nak join segmen ni tapi baru malam ni dapat up entri baru. Baru balik dari pejabat. Okay..jom join segmen blogger Zamani.





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Read more ...

Watak - watak Disney Princess

Assalamualaiku....

Selamat tengahari semua. Tetibe teringat pasal watak-watak kartun Disney tapi yang princess je la. Aku ni dulu memang minat sesangat dengan Disney Princess dan kegemaran tu aku kongsi dengan Cik Kembar aku. Punyalah minat sampai sanggup kumpul sticker Disney Princess sampai beberapa buku. Walaupun harga sticker tu mahal, tapi sanggupkan juga demi minat. Nasib Mak baik hati support minat anak kembarnya ini. 

Seingat aku, kebanyakkan watak-watak Disney Princess ini diolah daripada cerita dongeng orang putih zaman dulu. Ya la, kalau dah ada magic-magic bagai tu. Contohnya, Cinderella dan Snow White. Memang dua ni favorite aku tau. Kalau tengok Cinderella tu, suka sangat sebab gaun malam dia cantik ya amat. Masa tu mulalah berangan nak jadi princess. Kalau Snow White pula sebab dia kan comel. Masa tu aku budak-budak lagi, mestilah suka berangan nak jadi princess. Sebenarnya banyak lagi watak-watak Disney Princess yang aku suka.

Heheh..tapi semakin masa berlalu, makin banyak watak-watak Disney Princess yang diwujudkan dan ada yang masih dalam tempoh penciptaan. Aku sempatlah search kat Google watak-watak Disney Princess yang telah ada dan bakal diwujudkan. Nak tahu apa dia? Jom kita baca dan tengok senarai watak-watak Disney Princess yang ada dan sejarah pembangunan karakter ini. Oh ya..maklumat ini aku tak olah kepada bahasa Melayu kerana nak kekalkan keaslian sumber yang aku ambil ni.

The character of Snow White first originated in a Brothers Grimm fairy tale "Schneewittchen" about a beautiful German princess with a jealous stepmother. In 1937, Walt Disney turned this classic fairy tale into his very first animated feature film. Her true love is Prince Ferdinand, who breaks her sleeping death 'slumber' (caused by the Evil Queen) with love's first kiss. She befriends the seven dwarfs during her stay at their cottage. She is the youngest princess, being about 14 during the film's events. 

The best-known version of Cinderella is the fairy tale "Cendrillon" by Charles Perrault in 1697. In 1950, it was turned into an animated feature-length film by Walt Disney. Cinderella is probably the eldest of all the Disney princess. She is 19 years of age. Her stepmother turned her into the family's sole servant after the death of her father. With magical help from her Fairy Godmother, she attends the ball and meets the prince of her kingdom, and eventually marries him, thus freeing her from her life of servitude. She is often considered the "Leader of the Disney Princesses", even though she wasn't the first one.

Best known as the heroine of the 1959 animated classic Sleeping Beauty which is very loosely based on Charles Perrault's "La Belle au Bois Dormant". Although her dress changes from blue to pink (thanks to two of her guardians, Merryweather and Flora) she is most commonly seen wearing pink. She was cursed at birth by an evil fairy called Maleficent, who predicted her death on her 16th birthday. One of the three good fairies, Merryweather, softened the curse by changing her death to a deep slumber that will only be awakened by true love's kiss. By falling in love with Prince Phillip, the prince of a neighboring kingdom, she is freed from the curse by the end of the film after Maleficent is defeated. Aurora is probably the tallest princess, as evidenced by her usually sticks out as the tallest one when the princesses are lined up.

The heroine of the 1989 film, loosely based on the Danish fairy tale "Den Lille Havfrue" by Hans Christian Andersen, and the daughter of King Triton, ruler of the sea, 16-year old mermaid Ariel falls in love with a dashing human prince named Eric. She has always dreamt of life on land and she finds Ursula's deal her only change to be with Eric, that's why she trades her voice to the sea witch, Ursula (who was supposed to be her aunt in the uncut version of the film), in order to become a human and be with him forever. However, Ursula was not who she seemed.Co-director Ron Clements changed the original character (from Hans Christian Andersen's tale), seeing her as 'too tragic'; resulting in Ariel.

French commoner who is the heroine of the 1991 animated classic Beauty and the Beast, loosely based on the French fairy tale "La Belle et la Bête" abridged version by Madame Jeanne-Marie le Prince de Beaumont, her name is translated from the French word for "beauty". She trades her freedom for her father's with the Beast and becomes his prisoner, but she soon learns to see the good hidden behind his hideous appearance and falls in love with him over time. By confessing her love at the end of the movie, the Beast is turned back into a human along with his enchanted servants and Belle becomes his princess. Though, her princess hood is only technical since she never marries the Beast, even when he's in human form. Belle's prince (the Beast) is named Adam.

The spunky, independent Arabian Princess of Agrabah, who dreams of seeing what's beyond her palace and be freed from her father's constant pestering of arranged royal marriage. She falls in love with the title character in 1992's Aladdin, whom she eventually marries. She is loosely based on Princess Badroulbadour (Arabic بدر البدور, badru l-budūr, "full moon of full moons") featured in the story of "Aladdin and his Wonderful Lamp" from "One Thousand and One Nights". Interestingly, the original story took place in China and not the Middle East.

Disney's Pocahontas is loosely based on the real-life Native American "princess" whose name was Matoaka (Pocahontas was her nickname and meant 'Little Mischief'). She falls in love with a man named John Smith, who helps her prevent a war from commencing between their people. At the end of the film, John is wounded and sent back to London for treatment.

Fa Mulan is a brave Chinese heroine who dresses up like a soldier and goes to war in place of her crippled father, risking death and dishonor. She is loosely based on the heroine from the ancient Chinese epic poem "The Legend of Hua Mulan"(花木蘭傳奇) and she is the only Disney Princess who is not royal by blood or marriage and is literally not one. However, she has the honor of a princess because she achieved honor from the Emperor himself by saving China. During her stay in the army, she falls in love with the captain, Li Shang, whom she starts dating by the end of the film.

Partly inspired from E.D Baker's 2002 novel The Frog Princess, and the original fairytale The Frog Prince. Tiana is the heroine of the 2009 animated film The Princess and the Frog and is the first Princess of African-American decent. She dreams of opening her own restaurant through hard work. By kissing Prince Naveen in frog form, she is turned into a frog (because the magic can only be broken by a princess) and they are forced to set on a journey to find a way to undo the magic. Eventually, she finds herself falling for the handsome, but spoiled prince and willingly gives up her personal wants to be with him. By marrying the prince, Tiana becomes a real princess and so breaks the spell with a kiss. They finally open their own restaurant at the end of the film. She is the first and currently only princess who's story was inspired by an original fairytale, a literature novel and a real life person.

The heroine from the animated feature Tangled is loosely based on the German title character from the Brothers Grimm fairy tale "Rapunzel". Her long hair, which is said to measure 70 feet in length, not only has magical healing powers, but can be used as a weapon. Given the power by a magic golden flower, Mother Gothel kidnaps her as an infant to use her power to keep herself young. 18 years later, Rapunzel sneaks away from her tower with a thief, Flynn Rider, and sets on her own journey to find the flying lanterns that float into the sky every year on her birthday. To free her from Gothel's clutches, Flynn cuts her hair, thus destroys her power, and she is returned to her family. Rapunzel was "officially welcomed into the Disney Princess Royal Court" during a promotional event at Kensington Palace in London on October 2, 2011.
MERIDA

Merida is the 16-year old daughter of Queen Elinor, who rules the kingdom alongside King Fergus. Queen Elinor's expectations of her daughter make Merida see Elinor as being distant while also causing friction between the two. Despite Elinor's desire to see Merida as a proper royal lady, Merida is an impetuous girl with natty, unruly ginger hair who wants to take control of her own destiny. Merida has honed her skill in archery, and is one of the most skilled archers ever seen. She is also skilled in sword-fighting and racing across the countryside on her horse, Angus.
She is the first princess from a Pixar film, the first original princess in the line-up that hasn't been inspired by either literature (Snow White, Cinderella, etc.) or real-life (Pocahontas, Tiana) works and the first without a love interest. She also never sings a major song, thus breaking away the traditional line-up, though as a child, she sang a small verse of a song in Gaelic, and Merida is the second Disney Princess with an accent.
Sumber : Disney Wikia
Dah kenal kesemua watak-watak Disney Princess ini? Maybe ada sesetengah tu yang kita-kita ni tak kenal atau pun terlepas pandang tambah-tambah si Merida tu. Haa..rupanya Disney masih lagi ada beberapa watak Puteri yang bakal diwujudkan. 

Nak tanya ni, dalam kesemua watak-watak puteri Disney ni, yang mana paling korang minat? Cerita sikit kat aku. Baiklah, setakat disini dulu..jom sambung keje balik.

Okay...till meet again.
IKLAN
Read more ...

Happy Working

Assalamualaikum...
Mulakanlah hari ini 
Dengan wajah ceria
Syukur kerna dirahmati
Redha dan berusaha
Haa..itu bait lirik 'Mulakan Hari Ini' daripada kumpulan nasyid Inteam. Lirik lagu ni cukup untuk beri semangat buat aku dan mungkin juga untuk kalian semua. Mari kita mulakan hari ni dengan wajah yang ceria dan fikiran yang positif. Bersyukur kerana kita masih diberi peluang bernafas dibumi Allah dan masih berpeluang untuk melakukan kebaikan dan bekerja untuk mencari rezeki yang halal.

Mari berdoa semoga urusan kita pada hari ini dipermudahkan Allah. So, Happy Working everyone.


Read more ...

Nuff Ads