Saturday, August 31, 2013

Selamat Menyambut Hari Merdeka Ke 56

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 56 buat semua rakyat Malaysia. Alhamdulillah, setelah pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuh untuk mengekalkan keamanan ini, kita masih mampu tersenyum bangga kerana kemerdekaan ini telah mencapai usia separuh abad.

Tanggal 31 Ogos 1957 tidak mungkin akan dilupakan buat semua rakyat Malaysia. Slogan Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku ini sangatlah tepat dan wajar digunakan setelah terjadinya peristiwa berdarah di Lahad Datu awal tahun ini. Menjaga kedaulatan negara bukanlah tugas penjaga keamanan semata sebaliknya perlukan kerjasama dari semua rakyat. 

Marilah kita ambil iktibar daripada pelbagai insiden dan peristiwa pahit yang telah berlaku sebelum ini dan jadikan ia sebagai pembangkit semangat untuk kita sama-sama menjaga keamanan dan kestabilan negara dari segala segi. Kalau bukan kita sebagai warga Malaysia yang menjaga kedaulatan negara, siapakah lagi? Tanyakan soalan itu pada diri dan gunakan akal sewajarnya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 56
Read more ...

Segmen : Deno Short Giveaway #Part2

Assalamualaikum...

Adik kita Deno buat segmen. So, mestilah aku nak join segmen adik kita ni kan. Simple je segmen ni. Just buat tajuk ikut suka hati dan tempek banner ni kat blog korang then backlink to her blog. Dah siap, silalah hantar link entri tu ke blog Deno. Nah, senang kan? SO, apalagi..jom la join ya.

Deadline segmen 31 Ogos 2013 11.59pm.

Okay..till meet again

Read more ...

Looking Through My Lenses: My Memory - childhood memory through my lens

Looking Through My Lenses: My Memory - childhood memory through my lens: As promised, i come back with brand new post. Photo was taken during holiday and my journey to my home town at Perak. As the title of this p...

Assalamualaikum...

First new entry. Aku re-post entry ni daripada blog Kakak sulong aku . Beliau ada blog dan bertemakan photography. Kakak aku ni suka fotografi dan beliau pelajari teknik-teknik fotografi dari kengkawan yang punya sama minat dengan beliau. Cumanya beliau ni agak shy sikit dan kurang kenalan rakan blogger yang aktif dengan fotografi.  

If any of you kenal mana2 blogger yang punya minat fotografi, mohon comment kat entri ni dan beri link blog sekali ya. Aku nak suggest kat kakak aku supaya dia boleh kembangkan lagi minat dan bakat beliau. Oh ya..kepada rakan sekalin, feel free to visit her blog. Link blog ada kat atas tu ya. Ada juga aku share 2 keping gambar dari entri baru beliau.

Okay..till meet again

Read more ...

I'm Back!!

Assalamualaikum...
Hi semua..hmm, lately ni langsung tak aktif blogging. Know why? Cause I'm too busy with my life schedule. Cewah. Yes, tak tipu tau. Busy sesangat dengan rencana hidup ni. Kalau online pun sempat upload gambar kat Instagram je sebab tu je yang paling senang guna handphone. Hmm, kalaulah Instagram boleh integrate dengan blogspot kan. Boleh update semua sekali gus. 

Okay..firstly, nak minta maaf kepada semua rakan-rakan yang dah follow blog ni tapi masih belum aku follow balik, Insha Allah, will do it as soon as impossible. Minta maaf kepada yang rajin blog walking blog aku ni dan tinggalkan comment tapi aku belum sempat blog walking dan tinggalkan jejak diblog kalian. Pun sama, will do it as much as I can, Insha Allah. Maaf sebab takde new entry sebab tak sempat nak buka blog langsung. Actually, banyak cerita nak update dalam blog ni cos this is my online diary. (Mana la tau, kalau suatu hari nanti aku jadi pelupa ke dah takde kat dunia ni lagi ke, at least there's something I left for my family and friends).
Kenapa aku tak aktif? Okay..actually I'm away from internet sebab berkursus. Aku ni jenis tak online internet kalau sedang berkursus. So, memang tak dapek nak aktif la. Dah memang perangai jenis macam tu. Tapi dalam kepala ingat kat blog kengkawan. Tambah kursus ni memang sangat pack dengan aktiviti sampai tak sempat aku nak curi masa online internet. So, I just enjoy the course dan sempat la ambil gambar buat kenangan.

Okaylah..takmo cerita banyak kat sini..Sedikit masa lagi aku update new entry ya. Maaflah kalau terpaksa tengok banyak gambar nanti..hik hik hik

Okay...till meet again
Read more ...

Tuesday, August 27, 2013

Rezeki Join Segmen Blogger

Assalamualaikum...

Sempat curi masa untuk buka blog dan lihat comment yang diterima dalam beberapa hari ni. Antara komen-komen yang diterima, komen daripada Kak +Farah Waheda Wahid memang mengejutkan. Hehehe..rupanya aku terpilih untuk masuk dalam bloglist blog Kak Farah selama sebulan hasil daripada penyertaan segmen yang Kak Farah anjurkan.

Alhamdulillah, rezeki kali ini. Sebelum ini, aku terpilih oleh Kak Mia semasa join segmen yang Kak +Mia Liana anjurkan baru-baru ini. Blog aku terpilih untuk review entri terbaik. Selain itu, turut terpilih untuk menerima duit raya RM20 daripada blogger +HASRUL HASSAN sempena segmen blogwalking sahur semasa bulan Ramadan yang lepas. Alhamdulillah, duit pun dah terima. 

Rezeki blogging namanya ini. Walaupun aku bukan seorang yang tegar join segmen anjuran kengkawan blogger, tapi sesekali join seronok juga demi untuk memeriahkan dunia blogger ni. Aku teringin nak buat segmen tetapi masih tercari-cari apa segmen yang aku nak buat. Any idea?

Okay...till meet again




Read more ...

Migraine lagi

Assalamualaikum...

Dua hari ni agak sengsara buat aku sebabnya diserang migraine yang agak teruk buat aku. Aku mula kena migraine awal tahun ni. Masa first time kena tu memang tak tahan betul rasanya. Aku sangkakan hanya sakit kepala biasa tetapi rupanya migraine.

Pertama kali dalam hidup masa tu kena makan ponstan. Kawan aku, Ida suruh tuam kepala dengan ais kat bahagian kepala yang sakit. Memang menjadi juga la. Tapi agak penatlah mulanya dan rasa tak selesa. Tapi disebabkan nak sihat, aku gagahkan juga tuam kepala dengan ais.

Hari sabtu malam, sekali lagi aku kena migraine. Ya Allah, mulanya aku ingat sakit kepala biasa. Tapi aku rasa makin teruk masa aku beraya kat rumah member aku, Syaf di Rembau. Memang rasa tak boleh nak buka mata tapi aku tahankan aje. Masa ambil wuduk untuk solat zuhur, aku basahkan kepala aku supaya rasa lega sikit. Bolehlah tahan setengah jam.

Masa drive balik ke Putrajaya, aku rasa kepala macam nak pecah je. Tapi aku tahankan aje la sebab sapa nak drive kereta kalau bukan aku kan? Dalam hati aku doa supaya Allah beri aku kekuatan untuk bertahan. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah juga. Tapi sampai je rumah terus terbaring atas katil tak bermaya dah.

Agak lewat malam rasa lega sikit. Tapi tetap rasa sakit tau. Siang tadi masa sampai ofis, terus terbaring disurau sebab migraine kembali sampai tak boleh buka mata. Sepatutnya mula keje pukul 8am tapi aku mula keje pukul 10am. Punyalah sakitnya. Sampai pucat muka aku dibuatnya. Nasib masa cite kat Kak Aida, Rizman terdengar. Dia bagi aku panadol extra. Alhamdulillah, lega sikit la cumanya takleh gerak banyak.

Aku nak minta maaf kepada kengkawan blogger kerana masih belum sempat habiskan blog walking blog kalian semua. Kalau korang ada follow Instagram aku mesti tak percaya yang aku tak sihatkan. Aku cuma boleh tengok skrin hp je sbb lighting tak kuat. Aku ngadap laptop ngan PC je terus tangkap kat mata. Ya Allah sakitnya sampai takleh nak buka mata.

Insha Allah, hujung minggu ni kalau berkesempatan aku akan cuba habiskan blog walking ya. Rabu hingga jumaat ni aku tiada dirumah kerana berkursus. Maafkan aku ya kengkawan.

Okay..till meet again

posted from Bloggeroid

Read more ...

Monday, August 26, 2013

Nuffnang FoodFest (#NNFoodFest)!

Assalamualaikum...

Berapa hari langsung takde entri baru. Minta maaf ya. Banyak urusan yang nak kena selesaikan tambahan pula hujung minggu lepas ada Open House dirumah dan beraya ke rumah kawan. Makanya tak sempat nak update blog dan juga blog walking. Minggu ni pulak berapa hari takde dipejabat kerana aku akan berkursus.


OK..aku terima emel jemputan daripada Nuffnang ni last week tapi baru berkesempatan untuk klik RSVP. Yes, I'll be going to the foodfest. Hahaha..sapa tak nak makan kan. Nanti aku nak ajak sesama geng instagrammer aku la pergi sana nanti. Oh ya, kepada korang yang dah terima emel jemputan tu, nanti pergi sekali ke? Manalah tau, ada peluang boleh jumpa kengkawan blogger.

Okay, nak info lebih lanjut, sila klik pautan kat bawah ni ya.
Some info of the foodfest pun ada aku share kat bawah.

Okay..till meet again


Read more ...

Friday, August 23, 2013

Titipan Kata dan Doa buat Mesir

Assalamualaikum...
Terpanggil aku untuk menitipkan entri khas ini dalam blog picisan ini. Aku yakin kalian sudah maklum dengan situasi meruncing yang sedang melanda bumi anbiya, Mesir. Aku juga yakin kalian, paling tidak pernah share any FB status or apa-apa sahaja artikel related to this current issue. Aku juga sangat yakin bahawa didalam benak hati kalian, terselit rasa simpati terhadap nasib saudara-saudara seagama kita disana. 

Ya, aku tahu Blog Ainim ini adalah blog aku berkongsi kisah peribadi sahaja. Ya, blog ini hanyalah sebagai medium untuk aku meluangkan masa kerana blogging adalah hobi aku. Sering aku nyatakan, blogging adalah hobi aku, justeru, jarang atau tidak pernah aku share apa-apa entri atau artikel yang berkaitan dengan isu semasa yang melanda Malaysia apatah lagi dunia. Namun, tidak dapat aku nafikan, situasi yang kian meruncing dibumi Mesir sangat merentap hati aku tatkala umat Islam baru sahaja menyambut kedatangan bulan Syawal. Allahuakbar.

Rasanya tidak perlu aku share apa-apa artikel mengenai kejadian-kejadian terbaru di Mesir kerana media arus perdana telah banyak menyiarkan artikel-artikel berkaitan dan aku tidak mahu blog ini menyiarkan gambar-gambar yang bisa merobek rasa hati kecil seorang insan yang lemah seperti aku. Cukup aku katakan, terlalu kejam dan zalim. Nyawa manusia ibarat seperti mainan. "Kau tentang, kami bunuh kamu". Mungkin itu ungkapan yang paling sesuai buat mereka yang kejam itu.

Read more ...

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns Nuffnang Ogos 2013

Assalamualaikum...

Ni update terbaru akaun Nuffnang aku. Kalau bulan-bulan sebelum ini agak banyak CPUV yang aku terima dalam sebulan, tapi untuk bulan ini, agak slow sedikit. Kalau bulan-bulan sebelum ini, sejak awal bulan dah ada CPUV baru masuk, tapi kali ini, dah nak hampir hujung bulan baru ada CPUV baru yang masuk.

Okay, tak mengapa. Mungkin sebab view tak begitu tinggi. Disebabkan musim perayaan kot. Aku sendiri pun agak kurang blogging bulan ni, so terima je lah seadanya kan. Semalam, 22 Ogos 2013, kempen baru masuk dalam CPUV aku. Aku ada bulatkan dalam gambar kat bawah ni. 

Tak mengapa, insha Allah, ada rezeki lain nanti kan?. Korang pulak macam mana? Mesti lagi banyak dari aku kan. Okay..aku terfikir nak cuba 8share tapi belum ada kekuatan hati sebab aku ni pemalas bab-bab sharing iklan. Adoi la.. 

IKLAN

Read more ...

Thursday, August 22, 2013

Cik Pinky Kembali Ke Pangkuanku.

Assalamualaikum...

Pepagi ni sebenarnya busy ngan kerja tapi tetap gak nak curi sedikit masa nak cerita pasal kereta kesayangan aku. Oh ya, terima kasihlah kepada yang telah komen dalam entri Alahai Keretaku..Cik Pinky sebelum ini ya. 

By the way, nak bagi tahu yang kereta aku a.k.a. Cik Pinky telah kembali ke pangkuan aku. Gembiranya tak terkata tau. Alhamdulillah. Hari Selasa petang terima call daripada orang bengkel panel Kurnia Insurans beritahu yang kereta aku dah siap dibaiki dan boleh datang ambil bila-bila masa je. Tak terkata juga aku masa tu sebab beberapa hari sebelum tu kakak cakap yang taktau lagi status kereta camane.

Bila dah dapat call tu, aku cuma mampu ucap Syukur dan Alhamdulillah kerana Allah makbulkan doa aku pagi tu untuk dapat kereta aku secepat yang mungkin. Bersemangat terus rasa diri ni. Gembira hati tak terkata. Yelah, walau kereta tu bukanlah tahap keta Honda ke Toyota ke, tapi itulah kereta yang banyak berjasa pada aku kan. Itulah yang aku usung ke sana sini terutama nyawa aku nak pergi kerja.

Semalam masa ambil kereta tu, pemilik bengkel tu explain apa yang dia tukar baru dan apa yang masih boleh guna. Alhamdulillah, masa test drive semalam takde pape bunyi dan smooth je bawa keta tu. Dengan bangga dan semangatnya aku drive Cik Pinky pergi kerja. Senyum je bila tengok Cik Pinky dah okay. Hehehe
Okay...thanks again ya kepada rakan-rakan yang banyak bagi semangat dan bantu aku untuk bersabar dengan ujian Allah sebelum ini. Jasa kalian amat aku hargai.

Okay..till meet again
Read more ...

Wednesday, August 21, 2013

Logo Hari Merdeka Ke 56

Assalamualaikum..

Dalam sehari dua ni memang tak aktif blog. Hanya sempat blog walking sikit-sikit je. 

Ok, tadi sempat ke blog blogger Zamani Abe untuk blog walking. Sedang elok blog walking, terbaca tentang entri logo Hari Merdeka. Thanks Zam sebab share link website merdeka ya. Okay, jom tengok logo Hari Merdeka Ke 56. Rasanya lama juga takde logo baru untuk Hari Merdeka ni. Bertahun jugalah kalau tak silap aku. 

Okay, kat bawah ni gambar logo terbaru beserta dengan  rasional logo sekali. By the way, kalau nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Merdeka Malaysia ni, silalah layari
atau LIKE Facebook Page

Sama-sama kita hayati bulan kemerdekaan ini dengan penuh rasa patriotik ya. Kalau bukan kita yang sayang dan cintakan negara kita, siapa lagi kan?

Okay..till meet again
Read more ...

Tuesday, August 20, 2013

Kenapa Ainimrashihah?

Assalamualaikum...

Terdahulu, ingin aku ucapkan ribuan terima kasih kepada adik aku, Nadya kerana buat entri khas untuk kakaknya ini. Terima kasih juga kepada follower baru blog ini. Aku masih belum sempat menziarahi blog kalian semua memandangkan baru sahaja dapat buka blog ini. Maklumlah, kerja dipejabat terlalu banyak nak kena siapkan. Jangan risau ya, aku tetap akan cuba blog walking blog kalian semua dalam minggu ni juga, Insha Allah.

Okay, untuk entri kali ini, aku nak explain serba sedikit kenapa nama url blog aku ainimrashihah. Ada juga beberapa orang pernah bertanya kenapa Ainimrashihah? Apa maksudnya? Dan tak kurang juga yang bertanya kenapa username aku Ainimsuju? OK..meh sini aku explain ya.

Ainimrashihah tu sebenarnya singkatan dan gabungan nama aku, kembar dan ibu bapa kami. Ainim tu gabungan nama aku dan kembar, Ain + Anim = Ainim. Rashihah tu pula gabungan nama arwah abah dan juga mak aku, Rashid + Halihah = Rashihah. Makanya aku gabungkan menjadi Ainimrashihah. Sepatutnya dieja jarak kerana seolah-olah ada dua perkataan. Namun, oleh kerana aku jadikan Ainimrashihah ini sebagai url blog ini, makanya ejaan itu menjadi rapat. 

Aku cukup selesa dengan nama ini dan nama ini sebenarnya ku dedikasi khas sempena nama-nama orang yang paling aku sayang dalam hidup aku. Adakalanya juga aku akan buat watermark guna nickname ini untuk gambar-gambar yang aku share dalam blog, twitter mahupun di Facebook supaya gambar-gambar itu punya identiti tersendiri. 

Okay..berkaitan dengan username aku, Ainimsuju pula. Ainim tu seperti yang aku dah terangkan kat atas tadi ya. Suju tu singkatan daripada nama idol group Korea yang paling aku dan kembar suka, siapa lagi kalau bukan Super Junior. Makanya, dikalangan kengkawan E.L.F (Everlasting Friends), nama fanbase Super Junior, aku dikenali sebagai Ainimsuju. Kalau korang check Twitter pun, aku menggunakan nama ini sebagai nama samaran. Lebih selesa dan senang nak ingat.


Walau bagaimanapun, nama Ainim tu paling senang orang ingat dan ramai yang menyangka nama aku Ainim. Heheheh. Bukan, nama aku sebenar, Anim je tapi aku tetap selesa bila kawan2 blogger panggil Ainim kerana itukan nama samaran aku didunia maya ini. Bukan tak nak guna nama sebenar, cumanya aku memang selesa dengan nama samaran ini. Tambahan pula sebelum ini, aku suka menulis puisi atau kata-kata semangat dalam sebuah buku. Setiap akhir penulisan akan aku tulis nama samaran ini. 


Haa..begitulah ceritanya kenapa nama samaran aku jadi Ainimrashihah dan Ainimsuju. Pada kengkawan yang nak cari aku selain dari blog ini, boleh cari aku di Twitter @Ainimsuju ya. Nanti kalau dah follow sila mention aku supaya aku boleh follow korang balik.

Okay, setakat disini dahulu aku bercerita. Till meet again

IKLAN

Read more ...

Monday, August 19, 2013

Kembali Seperti Biasa

Assalamualaikum...

Fuhh..baru tengahari ni dapat curi masa untuk blogging jap. Biasalah cuti raya dah habis, kerja kembali macam biasa. Ini pun lagi berapa minit dah nak habis waktu lunch. Okay...tadi aku sempat usha Overview blog. Alhamdulillah, ada beberapa comment baru yang masuk tapi tak sempat nak view siapa yang comment dan nampaknya ada new followers. 

Takpe, malam ni insha Allah akan blog walking blog kengkawan dan follow siapa yang belum aku follow lagi ya.

Okay..till meet again
Read more ...

Opah Anim? Hahahah

Assalamualaikum...

Entri ni adalah kesinambungan daripada entri Wordless Wednesday # 1 [14.08.2013]

Kisahnya bermula masa raya ketiga haritu. Abang sepupu aku datang bersama-sama dengan ahli keluarga beliau. Kalau korang dah baca entri Meriahnya Raya Part 4 yang aku taip sebelum ini, mesti dah dapat agak siapa baby ni, tetapi kalau belum, sila habis baca cerita aku ni ya.
Abang sepupu datang bersama-sama dengan isteri-isteri dan anak-anak beliau. Antaranya yang hadir adalah anak dari isteri pertama dan ketiga. Anak dari isteri pertama ni, ku panggil Oyin, dah kahwin dan telah mempunyai seorang bayi yang berusia empat bulan. Namanya baby Izara Sofea. So, memandangkan Oyin adalah anak saudara aku, makanya baby Izara Sofea ni adalah CUCU aku. Ni yang buat aku tergelak sebab aku baru je 27 tahun dan dah ada panggilan Opah.
Opah ni panggilan nenek untuk orang Perak. Kisahnya mak aku ni anak bongsu dalam adik beradiknya. Arwah kakak sulong mak pun dah boleh aku panggil Opah tau. So, abang sepupu aku ni pun beza 2 tahun je dengan mak even Oyin pun tua skit dari aku. 

Masa mula-mula tengok Izara je aku dah terbayang dan terfikir, apa la aku nak gelar diri ni. OPah? Oh..so oldies sangat ku rasa. Kah kah kah. Mak cakap, reda je la. Hahaha. Aku cuma mampu gelak je tapi disebabkan baby ni comel dan baik, so aku pun ok je la nak gelarkan diri ni Opah. HAahah.. Kaknyah tak nak sebab dia kata biar nampak moden sikit. Nak panggil apa kalau nak nampak moden ek?

Okaylah, gitulah cite pendek untuk kali ni. Tak lawak pun cumanya aku rasa kelakar sikit sebab aku dah jadi Opah. Walaupun bukan cucu kandung cuma cucu saudara, tetap gelaran tu dah ada kan. Hehehe..aku pasti mesti diantara korang pun sama macam aku kan. Hehehe

Okaylah,..till meet again

IKLAN
Read more ...

Sunday, August 18, 2013

Meriahnya Raya Part 5

Assalamualaikum...
Jemput baca

Kalau dah selesai baca semua part kat atas tu, dah bolehlah baca part 5 ni pula ya. 

Semalam, hari Sabtu 17 Ogos 2013, aku dan kengkawan pergi beraya ke rumah kawan2 ofis. Actually, program ni kami rancang awal2 since sebelum raya lagi. Rasanya kira-kira dua minggu sebelum raya. Haa, beria tak kami? Tak kisahlah kan, niat kami pun baik sebenarnya. Aku, Kak Aida, Ridzuan dan Syafreena, kami berempat je yang dapat berkumpul. Khairiah tak dapat join sebab masih di Kelantan. Kami berkumpul dipejabat. Nak cite sikit, semalam sesak betul kat Menara MATRADE dek kerana pelancaran model baru Proton.
Kami bertolak dari ofis ke rumah pertama iaitu Kak Ina. Perjalanan mengambil masa yang singkat akan tetapi disebabkan kami tak sure lorong rumah Kak Ina yang mana satu, menggagau jugalah nak cari rumah Kak Ina. Lepas aku call untuk dapatkan kepastian rumah Kak Ina, barulah kami jumpa rumahnya. Sesampai je kami disambut oleh Kak Ina. Kak Ina rupanya tengah hidangkan makanan di atas meja. Kami dihidangkan dengan lasagna, ketupat, mihum goreng, kuah kacang dan rendang. 
Disebabkan kami ni memang memasing semuanya lapar, jadi kami makan memang tak ingat dunia. Tambahan pula, sedap belaka. Menu semuanya memikat hati. Aku, Kak Aida, Ridzuan dan Syafreena pun makan dengan nikmatnya. Terima kasihlah Kak Ina, buat susah2 je masakkan untuk kami. Hahaha..Masing-masing isi perut, siap bertambah lagi. Hahahah. Sambil makan sambil berbual, ibarat cam setahun tak jumpa katanya. Perut dah kenyang, berbual pun dah habis topik, kami minta diri untuk ke rumah kedua pula.
Nak jadi ceritanya, kami ni nak terjah je rumah sesiapa yang sedang free. Call orang itu, call orang ini, sudahnya sorang je berjawab, iaitu Aiman. Makanya, destinasi kedua kami ialah rumah Aiman. Rumah Aiman tak jauh dari rumah Kak Ina tapi disebabkan jalan jam, rumah yang dekat pun rasa jauh tau. Sampai kat rumah Aiman, kami disambut oleh Aiman dan ibunya. Baik mak Aiman, peramah orangnya.
Dirumah Aiman, kami dijamu dengan sate dan kuih muih raya. Haa, lama tak jumpa Aiman, banyak yang kami bualkan. Dari satu topik ke satu topik. Dari A sampai ke Z, macam-macamlah. Sampai aku pun terlupa apa yang kami bualkan sebab banyak topik. Hahaha. Makannya sikit je sebab kami dah melantak kat rumah Kak Ina. Tapi kerepek yang ada kat rumah Aiman memang sedap. Lagi satu nak cite, air yang Aiman buat sedap sangat. Kebetulan cuaca panas, apa lagi, masing-masing haus pulak tu. Lagilah sedap air tu. ehehe
Hampir pukul 3pm, kami mohon diri untuk teruskan destinasi. Ke mana kami? Mana lagi kalau bukan rumah baru Kak Aidalah. Kami ni memang teringin sangat nak jejak kaki ke rumah baru Kak Aida di Puncak Saujana. Rumah tu Kak Aida belum masuk lagi tapi semuanya dah siapla. Hehehe. Kami jadi rakan2 yang terawal untuk beraya. Hahaha. Beraya rumah orang bujang yang memang betul2 cara orang bujang.

Sampai kat rumah Kak Aida, ada cerita kelakar bila grill pintu takleh buka sebab Kak Aida tak bawa kunci. Tapi entah macam mana ada 'magic' buka pintu utama dah boleh buka grill pintu. Kagum aku dengan rumah baru Kak Aida. Cantik tau renovation kak Aida buat. Teringin nak rumah macam tu tapi belum mampu lagi. 
Rumah Kak Aida masih tak banyak perabot memandangkan baru je siap renovation. So, Syafreena dah siap bawa desert hasil tangan dia, tiramisu dan brownies. Selesai sesi nazir rumah Kak Aida, time to makan. Aku paling suka time ni sebab santai gila tau. Rumah bujang dan orang-orangnya pun bujang, maka menu pun menu bujanglah. Kami makan apa yang ada je. Ais ketul pun amik dari rumah sebelah, rumah adik Kak Aida. Air pun mineral water sebab kami haus sangat. Sambil makan, kami berbual. Macam-macam yang kami bualkan. Sambil berbual mengenai rumah baru kak Aida. 
Haa..begitulah cerita raya Part 5 aku. Meriah walaupun hanya 3 rumah yang kami pergi. Sekurang-kurangnya dapat eratkan jalinan silaturrahim dan dapat ziarah kengkawan yang jarang jumpa. Heheh.. Thanks to Kak Aida sebab jadi driver kami dan Syafreena yang sanggup turun dari Rembau sebab nak join kami beraya dan Ridzuan sebab sporting ikut kami walaupun dia seorang je lelaki. Watak wajib kami Ridzuan ni.
Oh ya, minggu depan 24hb Ogos, jika diizinkan, keluarga aku akan buat open house. Jemputlah datang pada yang berkesempatan ya. Kalau nak datang emel je aku, nanti aku bagi alamat rumah ya. Manalah tau berpeluang jumpa kengkawan blogger, selama ni kita dok berbual dalam blog je kan.
OK..till meet again.

IKLAN
Read more ...

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....


IKLAN

Read more ...

Friday, August 16, 2013

Menang Duit Raya Anjuran Blog hasrulhassan.Com

Assalamualaikum...
Ini namanya rezeki Syawal. Alhamdulillah, semalam masa sedang blogwalking, baca entri blogger +HASRULHASSAN.COM. Haa, terbaca pulak entri Penerima RM20 Duit Raya Singgah Sahur. Memandangkan aku pun ada join segmen ni, so, aku pun check je lah nama pemenang. Saja je walaupun aku memang tak harapkan untuk menang sebab ramai juga yang join segmen ni. 

Bila terpandang nama aku pun ada sekali, Alhamdulillah. Senyum panjang aku. Heheh..dapat duit raya, siapa tak nak kan? 
See, nama aku yang no.3 tu. Selain aku, blogger Shark dan seorang lagi blogger Miss Banu terpilih. Tahniah ye kepada mereka. Kepada HH, terima kasih kerana memilih saya ya. Saya dah terima duit tu.

So, collection duit raya bertambah la sikit. Hehehe..

Okay..till meet again
Read more ...

Thursday, August 15, 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Assalamualaikum..

Mencuri sedikit masa untuk join segmen akak kita ni.

Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!
Read more ...

Jalan-jalan Di Cuti Raya Part 2

Assalamualaikum...

Auto publish entry. Jemput baca Jalan-jalan Di Cuti Raya Part 1

Sambungan kisah semalam. So, hari Rabu yang merupakan hari terakhir kami bercuti raya, kami tunaikan hasrat Aisyah nak ke taman. Awal2 pagi Aisyah dah siap mandi. Punyalah excited dia nak jenjalan. So, hampir pukul 9am kami pergi ke taman kat PICC tu. Aku suruh kembar ke situ sebab kat situ ada playground. Gembira betul Aisyah sebaik sampai ditaman. Senyum je sebab hasrat dia ditunaikan.
Sampai kat taman terus menuju ke buaian. Dia main buaian sambil aku ambil gambar. Cu Ain dia pun join sekali main buaian. Seronok je aku tengok dorang berdua ni. Aku ni suka ambil gambar so, xde la aku layan buaian tu. Lepas satu, satu lagi mainan yang Aisyah main. Aku dan Ain biarkan je supaya dia puas bermain. Sambil tu kitorang layan dia berangan. Haaa.. Aisyah ni kadang kuat berangan tau. Kalau korang layan dia berangan, memang boleh gelak sakan sebab dia punya berangan tu kadang-kadang tak logik dan kelakar sangat. Heheh..budak2.
Lepas main kat taman, kami bawa Aisyah pulang ke rumah sebab aku ni nak kemas rumah pulak tambahan mak demam. Lagi la susah hati nak keluar lama2. Selesai mengemas, kami bersiap2 pula petang tu untuk bawa Aisyah keluar lagi. Mulanya dia minta nak pergi Jusco tapi Kaknyah aku takmau sebab boring kat situ je. So, aku pujuk Aisyah supaya ikut kitorang pergi tempat lain. Haa..nasib dia okay je. Sebelum pergi tu, kami siap2 bagi mak makan ubat. Risau nak tinggalkan mak tapi mak suruh juga kitorang bawa Aisyah keluar berjalan.

Makanya, to the Setia City Mall we go. Aisyah seronok je sepanjang perjalanan ke sana. Maybe sebab hari kerja, so, parking banyak kosong. Sampai2 je, kitorang jenjalan sambil tanya Aisyah nak makan apa. Hmm, nampak kiosk Gelato Fruity, kitorang terus pergi situ. Makan ais kerim lagi. Aisyah pun memang suka makan ais kerim. Lepak2 makan ais kerim memang best woo. Nak pulak cuaca panas, memang sedap je tekak ni. Sambil makan sambil bergambar dan sambil bergurau senda.
Lepas makan, kami jenjalan sekitar shopping mall. Masuk dalam Parkson, kaknyah dan kembar aku sempat lagi shopping kasut. Parkson sedang buat sale. Memang harga yang sangat buat orang teruja. Aku pun layan je la tengok dorang bershopping sambil aku layan Aisyah dan ambil gambar. Hehehe...aku tak shopping sebab berjimat kot. Hahahha

Selesai membeli-belah di Parkson, kami jenjalan lagi dan ternampak ada kedai baju tengah buat sale juga. Ehem, kali ni habuan untuk Aisyah lagi dan aku pun sempat sambar jeans sehelai. Hehehe. Setel bayar, kitorang bergerak pulang tapi sebelum tu singgah dulu kat kedai Rotiboy sebab dah lama tak makan roti tu. 
Sampai kat rumah, sempat tunjuk kat opah apa yang Aisyah beli, dan aku siapkan Aisyah sebab malam tu juga Aisyah akan pulang ke rumahnya di KL. Aku tak ikut hantar sebab demam. Hanya kaknyah dan Ain je yang hantar Aisyah. Haa..begitulah cerita jenjalan kami dicuti hari raya ni. Alhamdulillah, dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk keluarga tersayang.

Korang pulak, camane cuti raya ni? Mesti seronokkan?

Okay..till meet again.

IKLAN

Read more ...

Nuff Ads