Wednesday, July 31, 2013

Craving For KFC..Alhamdulillah, Hajat Tercapai

Autopublish

Assalamualaikum..

Masih ingat petang semalam beria aku update pasal aku teringin sesangat nak makan KFC? Craving For KFC. Beria sesangat aku kan? Hahaha. Bila datang angin kus-kus, maka agak sengal la juga otak ni.
Nak jadi ceritanya, dari pagi aku dah teringin dan terbayang-bayang makan KFC tau. Jadi, tengahari aku call mak dan ceritakan keinginan aku untuk makan KFC. Mak macam tak kisah tapi Kaknyah aku taknak sebab dia malas nak redah jam.

So, masa balik dari ofis semalam aku dah berkira-kira nak singgah mana-mana outlet KFC dah ni. Sekali masa drive teringat yang lepas tol Plaza Sg Besi tu, ada KFC. Hmm..aku pun laju je la ikut Sg Besi. Tetibe excited terlebihkan. Demi KFC, aku redah jugalah jem kat Sg Besi tu. Kalau tidak, jangan harap aku nak lalu situ untuk balik rumah.

Dalam fikiran dah risau takut ramai orang kat KFC tu, tapi tawakal je lah kan. Lepas je amik tiket tol, terus pecut ke KFC tu. Mulanya ingat ramai orang. Oh...sedikit je. Hmm..memang rezeki nak makan KFC kan. Jadi, aku beli 2 set Symphony Oriental Set. Makanya aku keluar dengan muka puas hati lepas dapat beli KFC tu. Haa..gambar kat atas tu la hasilnya. Itu yang aku punya je, mak aku dah siap aku hidang dalam pinggan lain. Hik hik hik..begitulah ceritanya. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan urusan aku semalam.

OK..till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum..

Wordless Wednesday #1 for today

Read more ...

Tuesday, July 30, 2013

Silalah Undi Azam Saya

Assalamualaikum..

Orang lain berazam raya, aku pun nak jugalah berazam raya. Haa..Azam apa? Azam Raya bersama Watsons gitu. 

Aku jumpa entri Cik Akak Nao Mei kita tu update pasal Azam Raya beliau. Maka dengan itu aku pun tertarik nak join. Hahaha..ngengada kan.
Kalau kalian baik hati, silalah tekan button undi tu ya. Klik je gambar ni, akan terus link ke Facebook Watsons. Thank you so much in advance gitu.
Read more ...

Random Updates

Assalamualaikum..

Hari ni seharian tak buka blog. Busy kat ofis plus aku banyak gerak sana sini, selalu takde kat tempat. OK..
Actually entri ni draft semalam tapi tak sempat taip sebab dah lewat malam kan. So, dah alang-alang ni, meh sini kita bercerita sedikit.

Tajuk pun random, maka apa yang aku nak update ni pun random pasal life aku. So, lets start now.
Aku akui yang aku ni seorang penggemar media sosial. Jangan kata aku ni gila pulak ya. Cumanya aku memang suka pada media sosial. Selain blogspot ni, aku ada Wordpress, Tumblr, Onioning, Formspring, etc. Tapi after few years, aku decide hanya untuk aktif dengan blogspot disebabkan aku lebih enjoy dengan blogspot. Wordpress pun okay sebenarnya cuma aku rasa platform blogspot ni cam lagi selamat je. Dalam beberapa bulan ni pulak aku tertarik dengan Tumblr. Aku memang dah lama ada akaun Tumblr cuma tak aktif sebab aku aktifkan Tumblr Malaysia ELF. So, akaun sendiri terabai.

Sejak aku mulakan refleksi diri since last year, aku dah mula kurangkan aktiviti Super Junior aku. Siyes tau memang tersangat kurang. Bukan taknak buat, cumanya aku rasakan diusia aku yang dah melangkaui usia 26 tahun (tahun lepas), aku rasa sudah tiba masanya aku menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan seharian. Selalu aku tanya diri, sampai bila aku akan jadi fan blogger dan update kisah Super Junior hari-hari sedangkan aku semakin dihambat waktu. So, aku decide aku perlu cari sesuatu untuk alihkan perhatian aku dari Super Junior. Means that, kurangkan la fangirling dengan SJ ni. Masih minat cumanya sekarang ni terkawal sikit la.
Bercakap pasal blogspot, actually malam tadi sempat la edit sedikit page aku. Aku tambah dua page baru dan delete beberapa page yang kurasakan tak valid dah nak ada. So, aku dah link akaun Tumblr sebagai tambahan selain link Facebook dan Twitter. Buat masa sekarang ni aku masih selesa dengan blogskin aku. Simple dan tak pening kepala aku nak tengok. Maaf la kalau korang yang pening ya. Hehehe

OK..tadi aku ada mention pasal Tumblr kan. Buat korang yang ada akaun Tumblr, meh la follow aku ya. Ni akaun aku Ainim's World. Dalam Tumblr ni, aku lebih kepada gambar2 yang dah link dari Instagram aku selain post2 yang aku reblog dan buat sendiri. Tumblr ni aku jadikan blog untuk aku bermuhasabah diri selain berkongsi gambar-gambar menarik dari Instagram aku. Hehehe.

Ok..selain Tumblr, aku sekarang ni aktif di Instagram. Walaupun Instagram aku tak ramai follower, tapi aku memang enjoy sebab aku jadikan ia sebagai tempat untuk aku simpan gambar dan peristiwa menarik dalam hidup aku. Kalau dah namanya penggemar kamera kan. Haruslah wajib ada Instagram ni. Hahaha.
Kalau nak follow Instagram aku, dipersilakan, takde masalah ya.

Haa..ni ada berita baik lagi dari Nuffnang untuk aku. Actually aku terima CPUV ke-5 untuk bulan Julai ni. Semalam, masa buka akaun Nuffnang, check2, ada CPUV baru. Wah..baik hati Nuffnang kat aku. Sayang Nuffnang. Actually aku memang buka akaun Nuffnang aku setiap hari untuk check earning dan perkembangan terkini Nuffnang. So, apa2 hal senang la aku nak tahu kan.

Kalau tanya aku apa petua dapat CPUV setiap bulan, yang aku tahu aku ikut je apa-apa tips yang berguna daripada blogger hebat diluar sana. Tiada petua lain melainkan usaha tanpa jemu ya. Adatlah bila korang lambat dapat earning ke CPUV ke apa ke. Aku pun macam korang juga, dah bertahun dengan Nuffnang ni. Dari mula2 dulu sepatah haram aku taktau camane nak dapat earning sampai la sekarang ni, dah tau sikit-sikit tips dia, so aku jadikan panduan.

OK...itu dia random updates dari aku. By the way, aku tengah blog walking sebenarnya ni, tapi memandangkan aku tak sempat update apa-apa entri lagi, so, aku taip la skit supaya tak kosong blog aku ni.

Dah-dah...aku nak sambung blog walking ni. OK..till meet again
Read more ...

Monday, July 29, 2013

Mini Giveaway #16

Assalamualaikum..

Blogger Kak Ina pemilik blog INTANBERLIAN buat giveaway duti raya untuk budak-budak 0 - 12 tahun. Saja je nak join untuk anak buah aku. Hehehe

Jom join nak?
Read more ...

Hanim Birthday Giveaway

Assalamualaikum..

Actually aku sedang melakukan sesi blog walking blog kengkawan. Sedang elok terjah blog Sally Samsaiman, terbaca entri GA ni. Maka dengan ini, aku isytiharkan diriku join segmen ini. Saja je join supaya meriahkan segmen blogger Hanim ni. Nama dah nak sama ngan aku dan ni..Hahaha

Ok..as usual, kalau nak join, tekan je banner kat atas tu ya. Simple je segmen ni.

OK..till meet again
Read more ...

Craving For KFC

Assalamualaikum...

Dari pagi tadi aku dah terfikir-fikir berbuka nak makan apa. Seriously, aku teringin nak makan KFC. Aduh..keinginan membuak2 tapi hasrat tak tertunai hari ni. Ala...

I'm craving for this. Harap this weekend dapat la makan. Mesti dan musti dibeli. Huhuhu..tapi kalau tak tahan juga, balik ni aku singgah Alamanda jap la nak beli. 
Read more ...

Blog Adik Saya

Assalamualaikum..

Hari ni aku nak ajak korang review blog adik aku. Actually bukanlah adik kandung tapi sahabat yang aku dah anggap macam adik sendiri. Kitorang dah kenal sejak beberapa tahun lepas dan perkenalan kami adalah kerana Super Junior. Ok..tinggalkan dunia Super Junior.

Aku nak bercerita yang adik aku ni dah makin aktif blogging sejak akhir-akhir ni. Nadia ni akan melanjutkan pengajian peringkat ijazah tak lama lagi di UiTM Shah Alam. Kalau korang dah follow Nad ok lah tapi kalau belum, jom terjah blog Nad dan InshaAllah Nad akan terjah balik blog korang.

Haa..ini bukan permintaan Nad untuk aku promote blog dia tapi sebagai kakak, aku gembira bila tengok adik aku makin rajin blogging. Hehehe..ok baiklah..jom terjah sekarang. Klik je banner kat atas tu ya.

Ok..till meet again
Read more ...

Saturday, July 27, 2013

SEGMEN : blogwalking RAMADHAN bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum..

Jom join segmen anjuran Ayu Insyirah
Aku memang sarankan kepada kawan sekalian untuk join segmen ni ya. Masih ada masa kalau tak sempat nak join hari ni. Segmen ini akan berlangsun sehingga sehari sebelum raya. Ewah..hahaha

Dah..jom join dan sebarkan kepada kengkawan sekalian yang lain.

OK..till meet again
Read more ...

Blog Walking

Assalamualaikum

Buat masa ini, sesi blog walking sedang berlangsung..maaf ya sebab semua entri kebanyakkan auto publish. Memang aku dah siapkan autopublish entri sejak awal Ramadan sebab bulan Ramadan memang busy lain macam sikit. Jadi untuk tidak membiarkan blog ini bersawang, aku dah siapkan autopublish.

Jadi, yang tinggal untuk aku blog walking blog kengkawan bila ada masa terluang. Baiklah..tak yah cakap banyak..jom blog walking ya.
Ok..till meet again
Read more ...

Allah The Most Appreciative

Assalamualaikum..

Jom hayati video ini.
Read more ...

Friday, July 26, 2013

Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Assalamualaikum..

Hari ni hari bersejarah dalam kalendar Islam kerana hari ini merupakan Nuzul Quran dan sangat indah sekali kerana hari ini juga adalah hari Jumaat barakah.

Mari kita singkap sejarah Nuzul Quran dan apa kaitannya dengan Lailatul Qadar. Artikel ini aku share daripada laman web Jakim. So, kalau nak baca lebih lanjut, sila pergi ke laman web Jakim ya.

Oleh;  Dr. Samsu Adabi  Mamat
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
 Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
 
Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
 
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Baca selanjutnya disini Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar

Sama-sama kita ambil iktibar daripada peristiwa ini. Wallahualam

p/s: Self reminder
Read more ...

Thursday, July 25, 2013

"Segmen Follow Mengfollow Sampai Pengsan by Cik Hawa"

Assalamualaikum..

Adik aku +Nadya Dyana tag suruh join segmen ni. Hahaha..baiklah, aku join ya.

Kalau nak join, as usual, please click the banner. Nak tag sapa ek?

Tag +Nao Mei +boni kacak ..silalah join ya.

Ok..jangan risau sebab Cik Hawa kita ni berbaik hati nak sponsor sume hadiah. So, tak perlu fikir nak tekan banyak kali klik sana sini. OK..

Ok..till meet again
Read more ...

Kad Raya..Kad Raya

Assalamualaikum..

Haih..dah petang baru dapat buka kejap blog ni. Malam ni aku blog walking blog kengkawan ya. Masih ingat entri Corat Coret Ramadan: Kad Raya? Aku ada mention akan bagi kad raya pada siapa yang banyak komen kat blog aku kan.

Haa...hari ni aku dah siap tulis kad raya untuk kengkawan aku. Tengah-tengah menulis tu, tetibe teringat janji aku nak bagi kad raya. So, setelah meneliti, dua rakan blogger yang akan terima kad raya aku ialah Cik Akak a.k.a +Nao Mei dan juga Deno. Mereka ni Top 2 yang paling banyak komen kat blog aku and even untuk bulan ni pun mereka berdua ni juga yang paling banyak komen. Hehehe..terima kasih ya.

Buat rakan-rakan blogger yang lain, terima kasih banyak2 kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak kalian dalam blog tak seberapa ni. Jasa kalian semua aku kenang dan hargai sangat2. Terima kasih kerana jadi rakan blogger yang AWESOME buat aku. Yes, aku gembira mengenali kalian semua.

Ok..buat Deno dan Cik Akak, boleh emelkan alamat rumah dan nama penuh ke ainim86@gmail.com ya. Saya tunggu emel kalian. Terima kasih.

Ok..till meet again
Read more ...

Wednesday, July 24, 2013

CPUV Ke-4 Bulan Julai

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dapat lagi CPUV baru ke-4 untuk bulan Julai. Hari ni baru dapat. Yang dua CPUV dah credited dah. Okay la..ada pertambahan earnings untuk dua minggu belakangan ni. Walaupun tak sempat nak check lately ni, tapi ada penambahan, Alhamdulillah. 


Churp Churp pun bertambah lagi earnings. Alhamdulillah..gembira juga tengok kedua-dua Nuffnang dan Churp Churp naik. Hehehe..terima kasihlah Nuffnang ya. Hehehe
OK..nanti aku update entri lain ya..maaf la kalau korang jemu tengok entri Nuffnang aku ni.

IKLAN

Read more ...

Mamat Cina Puasa Sehari

Assalamualaikum..

Video ni aku ternampak kat Facebook Blogger +boni kacak kita ni. Wahh..tabik spring aku kat Jo ni. Orang kita yang Islam ni pun ada yang cuba-cuba ponteng puasa kan. Haa..tontonlah video ni.


OK..till meet again

P/S: Semoga Allah beri hidayah kat beliau nanti
Read more ...

Wordless Wednesday #1 24.07.2013

Assalamualaikum..
*Jangan lupa vote untuk Lagu Ramadan Paling Best  

Wordless Wednesday for today.
Untung juga kalau beli emas dinar ni. 
Thanks Kak Aida bagi pinjam dinar nak buat entri. ehehe

IKLAN

Read more ...

Tuesday, July 23, 2013

Sabar Je Laa

Assalamualaikum...

Hari ni aku tak kerja sebab dapat MC. Kenapa aku MC? Al-kisahnya aku kena penyakit alahan. Habis gatal seluruh badan. Gatalnya tak terhingga sampai bengkak-bengkak badan aku. Tuhan je la yang tahu betapa sakitnya badan aku.

Pagi tadi aku pergi Klinik Putrajaya. Dari pagi sampai tengahari baru selesai urusan. Kena cucuk dua kali, satu kat bahu dan satu lagi melalui saluran darah. Masa kena cucuk kat saluran darah ni yang aku tak tahan ni. Sakitnya, Ya Allah, aku dah faham kesakitan yang blogger Deno rasa sakit bila kena cucuk dengan jarum pelbagai warna tu. Lepas kena cucuk tu, dalam fikiran aku cuma ada Deno. Terbit rasa kagum dengan adik kita tu yang sentiasa kuat dan tabah hadapi sakit SLE. Semoga Deno sentiasa diberi kekuatan dan Allah merahmati Deno.

OK..masa Medical Asst. (MA) tu tengah cucuk ubat melalui saluran darah, kan sakit ya amat. Aku getap bibir je sebab sakit. Nak jerit kang, kalah budak kecik pulak. Sabar je la ya. Sempat MA tu tanya aku, sakit ke. Hahaha..nak aku gelak dengar soalan tu. Haruslah sakit kan..kalau tak takde maknanya aku nak getap bibir bagai. Sabar je la..

OK..selesai kena cucuk, aku terus ke kaunter farmasi dengan tangan yang sakit dan muka aku terus pucat. Seram sejuk macam nak demam. Nasib tunggu giliran amik ubat sekejap je. Lepas tu, drive balik rumah dengan tangan yang sakit nak pegang hand break dan gear.

OK.tu je buat masa ini. Dugaan lagi kan. Mari senyum dan sabar je la

OK..till meet again
Read more ...

Monday, July 22, 2013

Dugaan Ramadan...Part 2

Assalamualaikum..

Masih ingat lagi entri aku bertajuk Dugaan Ramadan

Allah itu hebat. DIA uji dengan bermacam cara. Lepas satu, satu DIA uji aku. Takpe, aku redha dan yakin dengan setiap ujian itu terkandung hikmah disebaliknya. Aku yakin dan cukup yakin sekali. 

Alhamdulillah, walaupun disaat getir bila berada ditengah-tengah jalan raya melihat keadaan kereta yang remuk, aku masih lagi diberi kekuatan untuk berhadapan situasi mencabar itu. Setelah berbincang dengan pakcik yang aku langgar keretanya itu, aku masuk dan alihkan kereta ke lorong kecemasan untuk melihat samada kereta aku mampu bergerak untuk pulang ke rumah atau aku kena minta bantuan tow truck.
Kebetulan ada seorang peronda DBKL disitu kerana kebetulan ada satu lagi kemalangan yang melibatkan beberapa biji kereta dilorong sebelah. Aku bertanya kepada peronda berkenaan samada aku boleh driver kereta untuk balik ke rumah. Peronda tu tolong tengokkan mana yang patut dan memberitahu aku yang kereta aku masih boleh bergerak seperti biasa cumanya jangan bawa laju.

Sebelum bergerak pulang, aku call Kaknyah beritahu yang aku alami kemalangan dan hendak pulang ke rumah. Sesampai dirumah, Kaknyah dan kembar yang baru pulang dari bazar ramadan Dengkil melihat keadaan kereta aku. Malam itu kami plan nak buat police report tapi hasrat dibatalkan kerana sebab tertentu.

Pagi Sabtu aku terima call daripada Balai Polis Sri Petaling. Sarjan Ahmad minta aku datang untuk buat laporan disana dan bukan di Balai Polis Putrajaya. So, sampai kat sana dah ada seorang lelaki Cina yang merupakan runner untuk urusan berkaitan claim insurance. Semasa berjumpa dengan Sarjan Ahmad, aku menceritakan sedikit apa yang aku alami dan Alhamdulillah, beliau faham situasi aku. Macam biasalah kena saman tapi Alhamdulillah, beliau tolong aku untuk dapatkan diskaun.

Selesai urusan dibalai, urusan penghantaran kereta ke bengkel di Seri Kembangan pula. Sebuah carrier datang untuk membawa kereta ke bengkel. Aku dan Kaknyah hanya ikut dari belakang untuk ketahui lokasi bengkel tersebut. 

Apa yang aku pelajari daripada insiden ini cukup berharga untuk dijadikan pengalaman berguna. Dari seorang yang langsung tak tahu macam mana urusan claim insurance, police report dan urusan-urusan lain, so far aku dapat idea apa nak buat untuk hari mendatang. 

Buat korang semua, hati-hati ketika memandu dan sila pastikan korang dalam keadaan yang cukup sedia untuk hadapi situasi cemas sebegini. Kepada Kaknyah, thanks so much kerana bantu Anim untuk selesai urusan kereta dan untuk kembar, thanks so much bagi pinjam kereta untuk kegunaan Anim pergi balik kerja. Nasib kembar aku ada dua kereta. Kalau tak, payah la aku nak pergi kerja.  

Ok.till meet again
Read more ...

“CAPTION THE IMAGE” CONTEST!

Assalamualaikum..

Beberapa hari ni, aku kurang aktif blogging tetapi, buat permulaan untuk hari ni, mari kita join dulu contest anjuran blogger popular, abang Eqbal Zack. Jangan cakap yang korang tak tau siapa beliau ya. 

Jom ramai-ramai kita join contest ni. Manalah tau, disamping kita meriahkan contest ini, sekali badan bertuah nak menang hadiah. Macam mana nak join? Meh baca kat bawah ni.

“CAPTION THE IMAGE” CONTEST!
Simply think and write a caption for this image. 
RULES:
Spread the words and invite friends to join. Don't forget to drop your link in the comment box.
Please submit your caption in Bahasa Melayu or Bahasa Inggeris at my email: eqbalzack@yahoo.com
with your Full Name, E-mail and Handphone No.
The closing date for all caption submission is midnight, 31 July 2013.
Caption will be judged on the degree to which EZ believed that the caption conveys the message and spirit of the Aidilfitri.


Good luck everyone.
Read more ...

Corat Coret Ramadan: Kad Raya

Assalamualaikum semua..

Bila tiba bulan Ramadan, antara perkara yang sering kita lakukan adalah menulis kad raya. Ye tak? Ye tak? Haa...aku pun sebenarnya tak ketinggalan untuk menulis kad raya. Walaupun zaman sekarang dah maju dengan teknologi canggih dan kita ada sistem message yang sangat mudah, jimat dan murah seperti emel, tapi penggunaan kad raya sebagai perantara adalah ibarat suatu kewajipan. Jangan nafikan kepentingan kad raya ni ya.A

Kenapa kad raya? Sebabnya kad raya ni punya nilai sentimental value yang susah untuk kita ungkap dengan kata-kata. Penggunaan kad raya telah diamalkan sejak turun temurun gitu. Ye la, zaman dulu mana la ada emel bagai ni semua dan kalau ada pun, penggunaannya adalah terhad kerana teknologi yang belum begitu maju untuk dinikmati oleh setiap warga Malaysia kan.

Baiklah, aku nak tanya korang, masa korang bergelar pelajar sekolah dulu, berapa banyak kad raya korang dapat? Mesti korang ada bagi dan terima kad raya kan. Aku ingat lagi zaman sekolah dulu zaman dimana emel2 ni tak mengembang lagi, bila tiba je dah 2 minggu puasa, memang sibuk cari kad raya. Aku dan kembar biasanya pergi shopping mall sebab nak cari kad raya. Meriah tau nak cari kad raya tu. Dah macam cari apa tah. Juling mata tengok kad raya yang bermacam jenis.

Tu belum kira berapa orang nak dibagi. Aku dan kembar je dah berapa, belum masuk kad raya untuk adik beradik mak lagi. Haa..memang best kot nak cari kad raya ni. Nasib mak sporting, layankan aje anak kembarnya ini. Bila dah pilih kad raya, kitorang akan gilir2 menulis supaya fair. Al maklumlah kembar kan. Hehehe

Tapi yang paling menarik bagi kami ialah, disebabkan kami ni bersekolah disekolah yang bercampur dengan student Cina dan India, biasanya aku dan kembar akan turut terima kad raya daripada kengkawan Cina dan India sekali. Tu yang best sebab dapat extra. Hahaha... so, every year memang dapat kad pelbagai jenis. Meriah sangat.

Bila dah nak dekat raya, maka kad yang kitorang dapat tu akan dikumpulkan sekali dengan kad raya yang kakak-kakak terima. Then, baru susun untuk gantung. Time gantung ni best sebab excited semacam. Gantung kat dinding dan buat macam2 corak. Konon nak bagi cantik la katanya.

Itu zaman kanak-kanak ribena. Kini semuanya berubah seiring dengan peredaran masa dan teknologi. Sekarang ni, kad raya masih lagi mendapat tempat cumanya makin berkurangan kerana digantikan dengan rangkaian perhubungan sosial seperti Facebook, Twitter, Blog dan instant messaging seperti WeChat, LINE, KakaoTalk dan sebagainya. Orang sekarang ni nak jimatkan masa dan juga kos.

Memang tidak dinafikan yang penggunaan instant messaging dan SNS seperti Facebook semua tu menjimatkan masa cumanya sentimental value tu dah semakin berkurangan. Kalau dulu time raya nak hias rumah, kad raya antara perhiasan wajib tapi kini hampir je tinggal kenangan je la. Kalau ada pun, kad raya yang kosong je la. Hehehehe

Bagi aku, kad raya tetap penting. Justeru, aku setiap tahun memang takkan pernah lupa untuk kirimkan kad raya buat sahabat handai dan kaum keluarga yang jauh. Ye la, nak jumpa selalu memang susah kan. Nak beraya pun mungkin juga payah, so kad raya ni ibarat pengganti diri tanda mereka tak pernah luput daripada ingatan. 

Haa..tahun ni aku tetap akan bagi kad raya pada sahabat2 aku seperti biasa. Alamat rumah dah ada cuma kad belum ada sebab tak sempat lagi nak beli. Ingat dalam minggu ni juga aku nak pegi beli. Kalau la MATRADE ada bagi kad raya macam tiap2 tahun ok juga. At least ada kad yang istimewa sikit. Special edition katanya. Hahaha..

Korang macam mana pula? By the way, nanti aku nak check balik dalam komen blog ni siapa yang paling banyak komen kat blog aku. Kalau ada rezeki aku nak la juga hantar kad raya kat pengomen terbanyak tu. Hehehe..Gambar kat atas tu antara kad raya yang aku dapat tahun lepas. Hehehe...baiklah, setakat sini dulu ya.

OK..till meet again
Read more ...

Sunday, July 21, 2013

Cara-cara Nak Kejutkan Orang Untuk Bangun Sahur

https://www.youtube.com/watch?v=OFBp7mP0XUc&feature=youtube_gdata_player

Assalamualaikum
Korang ada masalah tak bila nak kejutkan adik beradik bangun sahur? Bagi mereka yang dok ngan kengkawan tu, ada masalah tak nak kejutkan dorang bangun sahur. Haas..kalau korang ada masalah tu, meh sini tengok cara nak kejutkan orang untuk bangun sahur.

Actually, video ni aku terjumpa masa tengah update tumblr blog aku. Setelah menonton video ni, sumpah aku rasa best kot nak share ngan korang. So, enjoy the video ya.

Ok..till meet again

posted from Bloggeroid

Read more ...

Aku Ingin Berubah..tapi

Assalamualaikum...

Mari hayati video ini. Semoga kita diberi kekuatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Sumber: Iproduksi YT
Read more ...

Friday, July 19, 2013

Dugaan Ramadan

Assalamualaikum..

Hari ini, Jumaat 19 July merupakan hari yang cukup getir buat aku. Dugaan Allah beri kepada aku hari ni. Aku mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat. Kemalangan yang langsung aku tak sengajakan dan tidak sedar bagaimana ianya berlaku. Ya..aku langsung tak sedar. Yang aku tahu aku rasakan silau yang buat mata aku susah untuk melihat pandangan hadapan.
Aku secara tak sengaja terlanggar kereta Honda yang dipandu seorang lelaki melayu. Aku agak panik setelah menyedari kereta aku dah langgar belakang kereta orang. Ya Allah, apakah dugaan ini?

Aku tak mampu nak tulis selanjutnya cumanya aku bersyukur kerana lelaki melayu tersebut agak bertimbang rasa dan tidak marah2 sebaliknya menerima sebagai ketentuan. Hanya maaf yang aku pohon. Doa aku, semoga esok segala urusan untuk kereta tersayang ni akan berjalan lancar. Doakan aku ya.


Image kereta aku sekarang. Tak sanggup nak share lebih2. Hanya rasa ralat yang tak terhingga dalam hati ini tatkala melihat keadaan Cik Pinky aku sebegini.
posted from Bloggeroid
Read more ...

Fridge Magnet

Assalamualaikum..

Mari kita lari sedikit daripada topik bulan Ramadan ya. Korang ada hobi tak? Apakah hobi kalian? Meh share ngan aku. Yang aku nak cerita ni actually bukan hobi aku pun sebenarnya. Aku ni kira tumpang sekaki je sebab aku pun banyak dapat buah tangan daripada kengkawan. Apakah? Haa... Fridge Magnet. 

Kisahnya, kembar aku ni peminat dan pengumpul fridge magnet. Ada banyak koleksi FM yang ada kat peti ais rumah tu. Sampai tak nampak dah badan peti ais tu. Isk isk isk..kijam kijam. Koleksi FM yang kami ada ni adalah dari dalam dan luar negara. Kebanyakkannya orang bagi sebagai cenderamata la. Ada juga yang kami beli sendiri tapi takde la banyak macam yang orang bagi.

Antara FM yang paling aku sayang adalah FM daripada ex-boss unit aku, En. Rashid yang sekarang ni bertugas di Seoul, Korea Selatan. En Rashid bagi FM bentul baju tradisional Korea. Punyalah aku sayang kat FM tu sampai sanggup tak keluarkan dari plastik pembungkus tu. Nasib memang boleh lekat. Hahah.

Kalau tengok koleksi yang dari luar negara, macam-macam bentuk dan comel2 je. FM yang dari luar negara seperti dari S.Korea, Philippine, China, Taiwan, Uzbekistan, Turki, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Singapura. Yang elok melekat kat peti ais tu kira memang dah berterabur sebenarnya. Aku dan kembar dah susun elok2 dulu tapi sekali anak buah aku Aisyah pegi 'susun' balik ikut suka hati dia. Tu yang berterabur tu. Ada juga yang jatuh dan pecah sebab asyik kena langgar je ngan kitorang. Hahahah
Ok la..tak mau cerita banyak. Nak amik gambar FM ni satu-satu, OH NO memang tak rajin la. Baiklah, kalian tatapla gambar tak berapa nak santek ni ya.

OK..till meet again

Read more ...

KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM

Assalamualaikum..

Hari ini hari jumaat. Jumaat kedua dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk bernafas dibumi Allah SWT. Semoga kita diberi kemudahan untuk melakukan perkara-perkara kebaikan. InshaAllah.

Baiklah, mari kita ketahui apakah kelebihan agama Islam. Sumber ini aku cari dari laman web JAKIM. So, sekadar perkongsian berilmu buat kita semua ya. 

Firman Allah Taala, maksudnya: " .. dan aku telah redhakan Islam menjadi agama untuk kamu .. (3, Al-Maidah).

Hadis Kesepuluh
 عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَسْلَمَ الْعَبْدُ فَحَسُنَ إِسْلَامُهُ يُكَفِّرُ اللَّهُ عَنْهُ كُلَّ سَيِّئَةٍ كَانَ زَلَفَهَا وَكَانَ بَعْدَ ذَلِكَ الْقِصَاصُ الْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَالسَّيِّئَةُ بِمِثْلِهَا إِلَّا أَنْ يَتَجَاوَزَ اللَّهُ عَنْهَا. (البخاري)
10 - Dari Abi Sa'id Al-Khudri ra., bahawa ia telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu memeluk Islam,  lalu ia mengerjakan amal-amal yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu (sebelum Islam) dan sesudah itu dijalankanlah balasan (bagi segala amalnya) - tiap-tiap satu kebaikan (akan dibalas) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan (akan dibalas) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya."

(Bukhari)

Hadis yang kesepuluh ini mengandungi:

(1) Setiap orang yang masuk Islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
(2) Sesudah ia masuk Islam, baharulah ia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.
(3) Balasan orang yang berdosa,  terserah kepada Allah. 

Huraiannya:

Pertama - Soal orang kafir masuk Islam:
Tiap-tiap perbuatan yang dikerjakan dan kepercayaan yang dii'tikadkan oleh seseorang tetap dikira baik dan buruknya, atau pahala dan dosanya.

Tetapi orang kafir apabila masuk Islam, maka segala bawaannya meliputi perbuatan dan kepercayaan yang dilakukannya sebelum itu diampunkan dan bersihlah ia dari menanggung sebarang dosa. 

Kedua - Balasan amalnya yang dilakukan setelah memeluk Islam: 
Sesudah itu dijalankan semula hitungan tentang kepercayaan dan amal-amal yang dilakukannya, juga tentang dosa dan pahalanya, iaitu tiap-tiap satu amal kebajikan yang dikerjakannya apakala sempurna syaratnya diberi balasan sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda, menurut kesempurnaan amal-amal itu dan keikhlasan orang yang mengerjakannya.

Sebaliknya tiap-tiap satu amal kejahatannya - jika dikehendaki Allah - dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.

Ketiga - Balasan orang yang berdosa: 
Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah Azza wa jalla. 

Oleh yang demikian, tidak harus bagi seseorang menentukan balasan buruk kepada orang yang mati dalam maksiat. 

Dengan ini tertolaklah pegangan puak yang menetapkan balasan neraka kepada orang yang melakukan dosa besar dan pegangan puak yang mengatakan bahawa orang yang berdosa besar,  terkeluar dan Islam; juga tertolaknya kepercayaan puak yang menetapkan bahawa orang yang berdosa besar itu kekal dalam neraka. 

Hadis Kesebelas
 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَحْسَنَ أَحَدُكُمْ إِسْلَامَهُ فَكُلُّ حَسَنَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِ مِائَةِ ضِعْفٍ وَكُلُّ سَيِّئَةٍ يَعْمَلُهَا تُكْتَبُ لَهُ بِمِثْلِهَا. (البخاري)
11 - Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila salah seorang dari kamu mengerjakan amal-amal yang membuktikan keIslamannya dengan sebaik-baiknya (serta dengan ikhlas), maka tiap-tiap kebaikan yang dikerjakannya akan ditulis baginya sepuluh kebaikan yang menyamainya hingga kepada tujuh ratus kali ganda dan tiap-tiap satu kejahatan yang dilakukannya akan ditulis baginya (satu kejahatan) yang menyamainya."

(Bukhari)

Hadis yang kesebelas ini mengandungi tentang:

Nilaian Islam terhadap kebajikan dan kejahatan: 
Huraiannya:

Islam memang ada kelebihannya dengan sifatnya agama yang sah di sisi Allah. Di antara kelebihan-kelebihan Islam ialah tiap-tiap satu amal yang baik diberi balasan sekurang-kurangnya dengan sepuluh kali ganda. Kelebihan ini tidak dapat dicapai dengan pengakuan mulut semata-mata, atau dengan sebab keturunan Islam sahaja, tetapi dicapai hanya dengan amal-amal yang baik,  yang sempurna lagi ikhlas untuk beroleh keredhaan Allah `Azza wa Jalla.

Bagi orang yang baru masuk Islam, sebagaimana yang diterangkan perihalnya dalam hadis yang kesepuluh, hendaklah - selain daripada tetapnya mematuhi Islam - masuknya dengan tujuan mencari keredhaan Allah semata-mata, bukan kerana tujuan yang lain.

Bagi orang-orang yang berketurunan Islam pula, hendaklah mereka tetap mematuhi Islam, dan mengerjakan ajaran-ajaran Islam dengan sempurna dan ikhlas!  Dengan yang demikian baharulah Islamnya itu dinilai oleh Allah Taala dan diberi balasan yang berganda-ganda.

Hadis Kedua Belas
 عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ شَهِدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ الْجَنَّةَ عَلَى مَا كَانَ مِنْ الْعَمَلِ. (البخاري ومسلم)
12 - Dari Ubadah bin As-Samit r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesiapa yang meyakini serta menerangkan kebenaran bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah hambaNya dan RasulNya dan bahawa sesungguhnya Nabi Isa ialah hamba Allah dan anak hambaNya (Mariam) serta RasulNya dan (Nabi Isa juga ialah "Kalimah Allah"(1) yang telah disampaikan kepada Maryam dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya(2) dan (bahawa) Syurga (yang dijanjikan) itu benar dan Neraka (yang dijanjikan) itu benar,  nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan apa sahaja keadaan amalnya."

(Bukhari dan Muslim)

__________________________
(1) "Kalimah Allah" yakni Nabi Isa (a.s.) dijadikan oleh Allah Taala tidak berbapa, hanya dengan kalimah "Kun" ertinya: "Jadilah engkau" maka menjadilah ia.

(2) Yakni bahawa Nabi Isa (a.s.) dikandungkan oleh ibunya: Siti Maryam yang masih gadis hanya dengan tiupan "Roh Al-Qudus" (Malaikat Jibril) yang datang kepadanya dengan perintah Allah `Azza Wa Jalla, meniupkan benih ke dalam rahimnya.

Kandungan hadis yang kedua belas ini menerangkan: 

(1) Keyakinan dan penerangan yang dengannya seseorang tetap dimasukkan ke dalam Syurga. 
(2) Islam menentang fahaman-fahaman sesat. 

Huraiannya:

Pertama - Keyakinan dan Penerangan: 
Untuk mendapat balasan baik dari Allah s.w.t. dan perlindungan dari azabNya, maka tak dapat tidak seseorang itu mestilah melafazkan kalimah syahadat iaitu menerangkan keyakinannya tentang keesaan Allah,  kerasulan Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan keyakinannya bahawa Nabi Isa (a.s.): Hamba Allah dan RasulNya, juga menerangkan keyakinannya tentang adanya balasan Syurga dan Neraka. 

Maka sesiapa mati dengan berpegang teguh kepada i'tikad yang demikian nescaya tetaplah ia menjadi ahli Syurga. Dalam pada itu kalaulah ia seorang yang mengerjakan perkara-perkara yang diwajibkan dan menjauhkan diri dari segala yang diharamkan, maka ia akan terus masuk Syurga;  kalau tidak maka perkaranya terserah kepada Allah - jika Allah kehendaki diazabkannya menurut dosa-dosa dan kecuaiannya, kemudian dimasukkan dia ke dalam Syurga dan jika Allah kehendaki diampunkannya dan dimasukkan dia ke dalam Syurga.

Kedua - Menentang fahaman Sesat: 
Hadis Rasulullah s.a.w. ini menerangkan asas kepercayaan Islam yang menolak bulat-bulat kepercayaan dan fahaman:

(1) Orang-orang Kristian yang mengatakan kononnya Nabi Isa anak Tuhan. 
(2) Orang-orang Yahudi yang mengingkari kerasulan Nabi Isa. 
(3) Puak-puak yang mengatakan tidak ada Syurga dan Neraka. 

Sumber : islam.gov.my
Read more ...

Thursday, July 18, 2013

Lucky Draw - KFC Voucher

Assalamualaikum...

Hari ni seharian tak buka blog. Sangat busy dengan kerja-kerja dipejabat. Pepagi ada meeting dengan orang IT untuk enhancement Training System. Lepas tu kena proses sijil peserta PTM untuk pengesahan jawatan lagi. Huh..apa pun, dah ada kat rumah, no hal keje ok..tinggalkan.

Jom kita mulakan cerita.

Wordless Wednesday #2 aku ada share gambar KFC Voucher. Ada kisahnya kenapa dapat voucher tu.
Hari Sabtu lepas, aku sekeluarga keluar ke Alamanda untuk membeli hadiah hari jadi anak buah kitorang Aisyah. Apa hadiahnya, nanti aku akan buat entri lain ya.

Selesai beli hadiah Aisyah, kami singgah beli ke AEON Big sebab nak beli barang dapur sikit. Sekadar nak buang masa sebelum ke Rasamas untuk berbuka puasa. Masuk2 je AEON tu, kami terus disapa seorang jurujual yang sedang promote Kellogs Cornflakes. Ada promosi katanya. Jumbo pack size tu harga asal dalam belasan ringgit tapi hari tu cuma RM5.90 je. Kalau beli 3 kotak, akan dapat Kellogs Choco Ball dan buku resipi secara percuma DAN berpeluang dapat cash voucher KFC RM5. Haa..walau RM5 tapi tetap ada nilaikan.
So, kami accept je offer tu. Lepas bayar semua barang, kami kembali kepada jurujual tersebut untuk tebus gift yang kami dapat. Masa tu jurujual tu minta aku untuk putar roda berputar tu. Untung aku sebab putaran menjadi dan dapatlah Cash Voucher tu. Hehehehe.. simple je cerita ni. Lepas selesai iftar di Rasamas, terus pergi KFC untuk tebus cash voucher. Dapatlah diskaun masa beli tu. 
Begitulah ceritanya. Cash voucher dah setel, tinggal buku resipi tu je belum habis dibelek. Memandangkan tahun ni kami plan nak buat biskut raya sendiri, eloklah juga dapat buku resipi percuma ni kan. Hehehe.. 

OK..till meet again

Read more ...

Kad Raya Pertama

Assalamualaikum semua.

Semalam masa sampai rumah, sempat check peti pos. Manalah tahu kot-kot ada surat ke apa ke kan. Buka peti surat, tengok-tengok ada katalog. Haih...ni boleh bagi Aci kawan mak untuk jual ni. Hehehe. Masa nak masuk lift, sempat selak satu persatu surat dan dokumen yang ada. Haa...sekali ada sampul surat kecil attention to me.

Eceh..dalam lift kemain excited nak buka. Tapi sabar ya Anim. Heheh..Masuk rumah, letak beg terus masuk bilik jumpa mak. Buka sampul,...taraaa...Kad raya daripada Blogger Eqbal Zack. Senyum aku. Maklumlah, kad raya pertama kot untuk tahun ni. Giler awal aku dapat walaupun baru seminggu berpuasa. So, apa lagi, amik gambar upload dalam instagram. Hahha

Mak tanya, siapa ni? Sebab mana pernah dengar aku ada kawan nama Eqbal kan. So, aku explain kat mak yang Abang Eq ni blogger popular. Mak cakap, baiknya la bagi kad raya. Hahaha..Ok..kad pertama dah dapat. Sebenarnya aku baru je terhegeh-hegeh nak gi cari kad raya hujung minggu ni. 
To Abang +eqbal zack , terima kasih banyak-banyak sudi bagi kad raya kat saya ya. Appreciate that. Nanti saya gantung kad raya ni ya. Heheheh.

Haa..aku tengah dok belek2 komen aku untuk cari siapa yang paling rajin komen kat blog aku. Nanti dah jumpa aku war-warkan ya. Baiklah, setakat ni je dulu.

OK.till meet again
Read more ...

Lukisan Seorang Kanak-kanak

Assalamualaikum..

Dah tengok entri Wordless Wednesday semalam? Kalau belum sila klik link ini ya.

OK..kisahnya, anak buah aku yang seorang tu, Aisyah Mastura, suka sangat melukis. Dia ni kalau bagi pen ke, pencil ke waima marker pen sekali pun memang jalan je. Laju je tangan dia melukis. Kiranya hobi melukis tu memang develop dalam diri dia. Ntah sapa dia ikut pun aku tak sure. Nak kata mak dia pandai lukis, kelaut kot. Hahah..makcik2 dia ni pun serupa je.kekeke
Tapi satu yang aku perasan tentang anak buah aku ni, dia seorang yang pandai berimaginasi. Korang bagi dia satu subjek dan suruh dia lukis. Dia boleh interpret sesuatu benda tu mengikut idea kanak-kanak dia. Maka terjadilah lukisan-lukisan seperti dibawah ni. 

Al-kisahnya, masa tu kan dah nak puasa. Ada dalam lagi 3 hari kot. Dia cakap kat mak aku yang nanti dah nak puasa. Masa tu dia tengah pegang pen dan buku ni la. At the same time, aku dan mak tengah duduk rehat kat balkoni rumah. Tibe-tibe dia cakap kat mak aku jangan gerak. Mak aku pun layan je la. Dalam 10 minit lebih kurang kot, dia tunjuk kat mak aku hasil lukisan dia.

Amik ko..mulanya aku tergelak juga tapi last2 terbit rasa kagum pada budak kecik ni. Aku tanya dia, ni siapa? Dia cakap, "Ni, Aisyah dengan Opah la". Aisyah pesan kat kawan-kawan, puasa tau jangan tak puasa. Alahai Aisyah ku sayang. Bijak je nak bagi nasihat kat orang. Aku tanya, macam mana boleh terfikir nak lukis ni. Dia bagitau yang puasa dah nak dekat dah. Nanti dia nak puasa jadi kena la pesan kat kawan-kawan sekali. Hahahah..tergelak2 aku.
Walau apa pun, aku suka tengok gambar tu. Dia lukis gambar Opah dia siap ada kerut2 kat dahi dan ada tongkat sebab Opah kan dah tua katanya. Ahahaha... Gambar kat bawah ni pulak aku pernah cerita kat satu entri Wordless Wednesday ni. Gambar ni, dia terfikir nak makan ais kerim tapi dia segan nak cakap kat kakak aku. Makanya, dia lukis gambar ni dan kemudian tunjuk kat kakak aku.

Kakak aku tanya dia nak ais kerim ke. Tersipu-sipu dia jawab ya. Hahaha..Alahai..Nasib masa tu abang ipar aku tengah on the way balik keje, sempatlah belikan ais kerim utk si kecik ni. Hehehehe.
Begitulah kisahnya Wordless Wednesday #1 semalam. Aku harap minat Aisyah pada melukis akan terus kekal kerana dari situ dia boleh belajar menjadi seorang yang kreatif. InshaAllah

OK..till meet again
IKLAN

Read more ...

Wednesday, July 17, 2013

Berbuka Dengan Bubur Lambuk

Assalamualaikum semua..

Last week aku ada buat entri berkenaan dengan Bubur Lambuk. Aku buat entri tu untuk share resipi tapi seriously memang aku tak cuba pun. Bubur biasa reti la kot nak buat. Heheheh..

Aku ni memang suka bubur lambuk. Kata orang bubur lambuk Kg. Baru paling best tapi kejadahnya aku nak ke Kg Baru semata-mata sebungkus bubur lambuk kan. Mana sempat aku nak ke sana sebab aku balik keje 4.30pm direct terus ke Putrajaya. So, memandangkan office aku dekat je dengan Masjid Wilayah, memang senang jugalah aku nak dapatkan bubur lambuk ni.
Semalam, aku, Azima dan Kak Ida sempat keluar sekejap ke Masjid Wilayah semata-mata nak ambil bubur lambuk. Bukan ponteng kerja tau. Disebabkan jarak yang betul2 dekat tak sampai 5 minit pun, kitorang pergi kejaplah ambil. Kalau lambat confirm kempunan. Pukul 4pm kadang tu dah abis. 

Alhamdulillah, merasa juga makan bubur lambuk Masjid Wilayah tu. Sedap sangat sampai bawa ke sahur sekali. Heheheh. Enak rasanya macam bubur lambuk Kg Baru juga. Mak aku pun suka sangat bubur lambuk tu. Korang yang tinggal dekat area Jalan Duta, jangan lupa singgah Masjid Wilayah untuk dapatkan bubur lambuk ni tau. Tak silap aku sebelum pukul 3pm dah mula pengagihan bubur lambuk tu. Ala-ala drive-thru je pun, tak perlu susah payah nak keluar dari kereta. Kalau nak bersedekah pun boleh sebab ada tabung amal disediakan.

Oklah..begitulah kisahnya aku dan bubur lambuk. OK..till meet again.

p/s: Jumaay 19 Julai ni Biro Agama ofis aku pula buat pengagihan bubur lambuk. Alhamdulillah, memang rezeki murah dibulan Ramadan

IKLAN:

Read more ...

Honda Hands (Creative Ad)

Assalamualaikum..

Aku tinjau2 akaun Facebook sebentar tadi. Terjumpa video mengenai iklan inovasi Honda. So, cepat2 ke Youtube untuk cari original video dalam HD. Sekali terjumpa. Iklan ini sangat menarik kerana memaparkan gerakan inovasi Honda. Bermula daripada rekacipta motosikal kepada kereta kemudia kepada robot dan seterusnya kepada pesawat penerbangan. Kagum dengan setiap ciptaan Honda dan sangat kagum dengan kreatif iklan ini. Memang kreatif sangat. So, enjoylah iklan ini ya.



OK..till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #2 17.07.2013

Assalamualaikum..

Wordless Wednesday #2 for today.
Ada cerita disebalik cash voucher ni.
Ok..till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #1 17.07.2013

Assalamualaikum..

Wordless Wednesday #2 for today.
Jangan lupa berpuasa ya kawan-kawan.
Ok...till meet again

IKLAN
Abadikan kenangan si kecil anda dengan #TrudynTeddy Scrapbook dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah menarik 

Read more ...

Tuesday, July 16, 2013

Corat Coret Ramadan: Iklan


video
Assalamualaikum semua..

Entri bulan ni akan selalu berkaitan dengan bulan Ramadan. Meriahkan? Hahaha. Bila tiba je bulan puasa ni, macam2 iklan Ramadan yang muncul tetapi tujuannya satu, untuk memberi peringatan disamping pengajaran buat kita semua. Setiap iklan tu, ada yang kelakar, ada yang sedih. Dah macam iklan raya pun ada. Tapi kalau korang tengok iklan yang kat atas tu, iklan yang paling aku suka setakat ni la. 

Iklan ni simple tapi sangat memberi pengajaran buat kita semua. Disampaikan secara humour dan bersahaja, tetapi mesej yang terkandung adalah sampai kepada para penonton. Haa..kelas gitu. Van jenazah kot jadi tema. Hahaha..aku kalau tonton iklan ni memang boleh gelak tersenyum2. Lantaklah orang kata aku beria. 

OK..kalau korang ada iklan ramadan yang best, meh bagitau aku ya. Nanti aku search. By the way, Samsung dah keluarkan iklan raya baru dorang. Lagi 2 minggu nak raya baru aku share ya. Hehehe..


Ok..till meet again
Read more ...

Giveaway 10K Followers Mialiana.com

Assalamualaikum..jom join segmen anjuran Kak +Mia Liana .

Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Ok..till meet again
Read more ...

Nuff Ads