Friday, May 31, 2013

Demam

Assalamualaikum semua

Sejak dua menjak ni, aku kurang berblog. Maaf ye kengkawan kalau aku jarang singgah rumah korang belakangan ni. Aku sebenarnya tak berapa sihat sangat ditambah dengan kesibukan tugasan dipejabat memaksa aku balik lewat. Biasalah, bila dah lewat balik, letih tu jangan cakaplah ya. 

Ok..mari kita mulakan cerita.

Sekarang ni sedang musim demam. Sana sini dengar orang demam. Demam biasa la, campak la, denggi la. Aku sendiri pun terkena tempias musim demam ni juga. Bukan aku seorang je, malah kawan-kawan ofis aku pun dah ramai yang demam. Sakit kepala, sakit tekak dan sakit-sakit yang seangkatan dengannya pun biasanya akan menghinggap juga. 

Korang sihat tak? Semoga korang semua sentiasa sihat hendaknya ye. Dengarnya Blogger Mak Dara kena demam denggi. Ya Allah, bahaya tu tau. Walau apa pun, semoga Mak Dara akan kembali pulih sihat seperti sediakala ya.

Korang semua pun silalah jaga kesihatan ye. Banyakkan minum air dan kalau boleh jangan terdedah sangat dengan cuaca luar yang tak menentu ni. 

Ok..aku nak rehat ni...esok ada kenduri kawin.
Till meet again
Read more ...

Thursday, May 30, 2013

Sebelah Sayap by Mat Luthfi


Assalamualaikum semua..

Semalam Mat Luthfi upload video terbaru beliau hasil Kolaborasi bersama http://www.youtube.com/user/neollene . Dah tengok ke? Kalau belum, silalah tengok ya.

Apakah pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah yang dipaparkan pada kali ini? Video ini mengisahkan seorang sahabat, Ihsan yang ketagihan arak. Ihsan terpengaruh daripada bapanya yang juga seorang kaki botol (minum arak). Sebagai sahabat serumah, Reefqy yang juga merupakan seorang ketua Usrah berusaha untuk menyedarkan Ihsan supaya berhenti minum arak dan dalam masa yang sama juga, Mat Luthfi juga berusaha untuk membantu Ihsan daripada ketagih arak.

Dalam kisah ini, apa yang dapat aku simpulkan dengan pemikiran biasa-biasa aku ni begini. Dalam kita menilai keperibadian seseorang, bukanlah letak pada tingginya ilmu dia waima ilmu agama sekali pun, kerana kalau hanya sekadar tinggi ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu tersebut dengan cara yang betul, tidaklah bermanfaat ilmu itu sedangkan ilmu itu akan lebih berkesan jika ianya sentiasa dikongsi bersama. 

Dalam mendidik manusia untuk menjadi lebih baik, pendakwah perlulah menggunakan pendekatan yang paling berhemah dan mesra supaya sahabat tersebut lebih bermotivasi untuk berubah. Ingat, jangan sesekali memaksa seseorang untuk berubah sebaliknya, nasihatlah tanpa putus asa agar dia diberikan kelembutan hati untuk berubah. 

Jadilah contoh yang terbaik dalam usaha untuk membantu sahabat berubah. Andai diri sendiri pun tak bagus, bagaimana rasanya untuk kita mendidik orang untuk berubah? Jangan hanya pandai mengkritik tanpa tiada tindakan susulan yang disusuli. 

Jika kita tahu dimana kelemahan kita, carilah jalan penyelesaian terbaik untuk memperbaiki diri. Andai kita sentiasa dihujani dengan cabaran dan dugaan, sentiasalah berfikiran positif bahawa itu semua adalah tanda bahawa Allah sedang menguji. Memang benar, bukan senang untuk berubah, tapi kalau langsung tiada usaha, apa guna kita sebagai manusia diberikan akal dan fikiran? Ingatlah, Hidayah itu milik mutlak Allah SWT yang bukan boleh dimiliki tanpa perlu dicari. 

Itu adalah serba sedikit yang dapat aku ambil pengajaran daripada video diatas. Terima kasih kepada Mat Luthfi kerana buat video yang mampu menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Mat, hang memang baguih. Kak suka kat hang.

Apa pendapat korang mengenai video ni? Sila share dengan aku ye..

OK..till meet again
Read more ...

Wednesday, May 29, 2013

Monday, May 27, 2013

Don't Be Fake!

Assalamualaikum semua..

Morning and happy Monday everyone. Ceh..speaking tetibe kan. 

OK..mari kita mulakan pagi Isnin ini dengan berpesan-pesan ke arah kebaikan ya. Topik pagi ini ialah 'Palsu' atau Fake. Pernah jumpa orang yang Fake atau suka pura-pura? Mestilah ada kan? Aku pun dah jumpa banyak orang yang macam ni. Cumanya aku jenis yang tak suka melayan. Lebih baik jauhkan diri daripada orang-orang yang sebegini rupa. 

Sekadar pesanan buat mereka-mereka yang suka berpura-pura tu, silalah ingat bahawa hari tak selalunya cerah. Adakala, bila mendung menjengah, hujan akan turut sama berdamping. Jangan ingat bila kamu berpura-pura, kamu akan sentiasa selamat. Jujurlah pada manusia disekeliling kamu kerana suatu hari nanti, pasti mereka yang sering kamu tipu itulah yang akan membantu kamu suatu hari nanti. 

OK..dibawah ni ada beberapa quotes yang sempat aku cari kat Google pepagi buta ni. Sekadar renungan dan peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan sekalian.



Read more ...

Standard Chartered Fun Run 2013 in Conjunction with National Youth Day

Assalamualaikum semua..

Hari ni, mari kita mulakan dengan entri larian aku ye. Masih ingat entri Standard Chartered Fun Run 2013 awal bulan dulu? 

Semalam, 26 Mei 2013 bersempena dengan Festival Belia Putrajaya 2013, salah satu program yang dianjurkan adalah Standard Chartered Fun Run 2013. Aku dah lama register acara ni. Thanks to Wan Najib sebab bagi tau aku pasal larian ni. Aku, Kak Aida dan Wan Najib register untuk larian ni, cuma Ridzuan je tak register sebab terlambat. Takpelah, lain kali boleh join lagi. 
No Bib aku untuk larian tu
Acara larian ni terbahagi kepada dua, 8km dan 4km. Aku join yang 8km tu. Memandangkan ini bukan acara larian yang pertama, so aku gagahkan juga nak join 8km ni. Cuma gementar sikit bila nak lari sebab kaki aku belum sembuh sepenuhnya. Mak dah bebel awal-awal kat aku sebab degil juga nak lari. So, aku ambil risiko, kalau sakit tak mahu ngadu sebab memang salah aku sendiri. 

Aku keluar dari rumah pada pukul 630am tapi tersilap parking keta sebab sangkakan starting point kat Palaca Of Justice tapi rupanya kat Dataran Gemilang area PICC tu. Nasib sempat ke sana. Kak Aida dah tolong ambilkan reben permulaan larian untuk aku. Thanks Kak Aida. Peserta dilepaskan dengan 1 das tembakan ke udara oleh YB Menteri Belia dan Sukan yang baru, YB Khairy Jamaludin lebih kurang pukul 730am. Ramai tau yang join larian ni.

Memandangkan keadaan kaki aku yang tak berapa nak ok, aku banyakkan berjalan daripada berlari. Lari sikit-sikit, pastu jalan..begitulah seterusnya sehingga berbaki 1km terakhir, baru aku terserempak dengan Kak Aida, terus je jalan sampai lagi berapa meter nak ke garisan penamat tu, kami lari-lari anak. Hehehe..

Nampaknya, kaki aku ni kena betul2 sembuh baru boleh lari macam biasa la. Hmm..dah start sakit balik tau. Tapi xpe, Insha Allah, boleh sembuh ni. OK..sekian entri larian ni...lain kali aku jumpa lagi ye
Start/Finish point..semangat aku ambil gambar kan..beria
What?! Baru 4km? Adoi..hahaha
Kak Aida dan aku...muka puas lepas berjaya abiskan larian
Najib dan Kak Aida...lepas tu kami terus cari makan..hahaha

Read more ...

Sunday, May 26, 2013

Bangi Megi Ketam

Assalamualaikum semua..
Wah..lamanya tak update blog. Ini semua gara-gara kesibukan bekerja dan memandangkan minggu ni,
Kakak sulong bertandang..maka masa yang ada banyak spend dengan anak buah yang sorang tu.

Ok..Mari kita mulakan cerita. Malam semalam, aku sekeluarga keluar makan malam ke Bangi. Tujuan kami ialah nak ke Bangi Megi Ketam. Restaurant ni terletak di Seksyen 7 kalau tak silap aku. Sesampainya kami disana, maka tempat duduk adalah perkara pertama sekali kena buat. Haa..semalam macam ramai juga orang kat situ. Eh..dorang ni tak balik kampung ke? Kan cuti panjang ni..hehehe.

Once menu diberi, kami pun terus order sebab masing-masing dah lapar. Kami order 4 megi Ketam, 1 megi biasa, sup ekor, telur dadar, telur bistik, nasi putih dan.... Ketam masak lemak cili api. Wah..semangat nak order masak lemak tu sebab mak nak cuba. Air tu biasalah..pelbagai sebab orang pun ramai. Heheheh..

Setibanya semua menu yang kami pesan, maka acara makan pun bermula. Wah...nak bagitau seantero alam yang masak lemak cili api dia memang sedap. Belum pernah aku pergi mana-mana restoran yang ada sediakan masak lemak cili api yang sesedap disini. Sebab apa sedap? Sebab dia masak guna kunyit hidup kot. Serious korang..memang sedap. Tak tipu.

Haa..megi Ketam dia tak payah cakap la. Sangat la sedap dan bertambah sedap kali ni. Ketam yang aku dapat kali ni besar tau. Haa..time nak makan Ketam ni, abang ipar yang sorang tu la jadi mangsa sebab kena tolong kitorang buka sepit ketam yang keras tu. Hahaha...semangat abang long.

Kepada kawan-kawan blogger sekalian, silalah cuba megi ketam ni ye. Memang sedap dan sangat berbaloi. Harga bagi menu yang berasaskan ketam tu adalah berdasarkan berat ketam tu. Harga bagi 100gm ketam adalah RM6. Pada aku, memang berbaloi kalau bayar kena pada kesedapan makanan tu. Selain service yang bagus. Tengahari pun ada jual makanan untuk santapan tengahari a.k.a. lunch.

Ok..Sekian untuk kali ini ye. Till meet again..






posted from Bloggeroid
Read more ...

Wednesday, May 22, 2013

SINGLE IMAN & AMAN DALAM CARTA IKIM

Assalamualaikum..

Sila baca dulu tajuk entri ye. Ehem..ini bukanlah promosi berbayar daripada Inteam ke apa ke tetapi promosi daripada seorang peminat tegar Inteam. Kalau sahabat blogger sekalian ada mendengar atau sering mengikuti perkembangan radio IKIM.FM, maka korang mesti tahu akan carta lagu nasyid kat radio Ikim ni.

Program carta ni dah berabad ada. So, malam ni aku nak promote sikit lagu kegemaran aku dendangan kumpulan penyanyi kegemaran aku..siapa lagi kalau bukan INTEAM. Maaflah kalau korang tak suka entri ni ye. Tapi nak juga promote. Ok..

Sudikanlah untuk vote lagu Iman & Aman yang merupakan pencalonan baru dalam Carta Nasyid IKIM ni. Lagu ini merupakan single terbaru kumpulan Inteam (bukanlah baru sangat, cuma baru masuk pasaran).
Korang boleh vote 5 lagu yang korang suka ye. Apa? Belum pernah dengar lagu ni? OK..tak mengapa. Youtube kan ada. Kat bawah ni ada video lagu ni sekali dengan lirik lagi. 

OK..sila klik link kat bawah ni untuk vote lagu nasyid pilihan korang ye.
Program carta bersiaran setiap hari Ahad jam 10.15 am dengan turut menjemput artis undangan pada setiap minggu.



Source: IKIMFM Official Website, Inteam Facebook and Youtube
OK..till meet again
Read more ...

Wordless Wednesday #2

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #2.

Read more ...

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum..

Wordless Wednesday #1 for today..
I love baby..hehehe
Source: Google
Read more ...

Just 4 Minutes and you will look at Life Differently

Assalamualaikum...

Jumpa link video ni di Facebook. Something for us to think about... LIFE

You will never know what the person has just walk pass you by gone thru. This is a profound look at life, in 4 minutes. You have to watch this – and share it. We literally welled up with tears – very rarely does that happen.
The camera wanders and shows the inner lives of people around us as they do their daily tasks. Most of it is set in a hospital, where there is so much worry, sadness, some joy, bad news, good news, no news, anxiety, fear – as in real life, but perhaps magnified.
We've all BEEN there - all experienced at least one - or more! - of what these people are experiencing. Hence, the tears! It's so TRUE.
This short video is at once quiet, profound, powerful, true, simple – and so supremely human. It was produced by the Cleveland Clinic, as an example of their regard for empathy.
It’s a profound reminder: we ALL have our story. Others have theirs. We NEVER know. And to treat others with the benefit of the doubt, with courtesy, with compassion, with respect.
video
Credit: Anthony Kong
Read more ...

Monday, May 20, 2013

Don't Disturb Me!

Assalamualaikum semua..

Jangan salah faham dengan tajuk diatas ye. Bukanlah ditujukan kepada rakan-rakan blogger sebaliknya kepada seseorang yang buat saya rasa tak secure dan sangat tak selesa.

Kepada rakan-rakan blogger sekalian, terutama yang perempuan, pernah tak korang terima apa-apa message atau panggilan telefon daripada seseorang yang korang tak pernah kenal atau seseorang yang korang kenal tapi selalu buat korang rasa tak selesa? Pernah tak? Pernah tak? Hmm...

Bagaimana harus aku mulakan ayat ya. Sekadar nak berkongsi dengan kalian semua. Aku kini rasa amat terganggu dengan beberapa orang lelaki yang aku tak kenal dan ada yang aku kenal buat aku rasa tak selesa. Lelaki yang aku kenal tu, message aku suatu ketika dulu dengan cubaan untuk meluahkan rasa hati. Maaf, bukan aku sombong atau aku berlagak. Memang aku tak pernah ada rasa suka dan hanya anggap dia sebagai rakan biasa saja. Telah aku katakan, yang aku memang takkan terima, tapi nampak macam dia tak faham bahasa je. So, aku ni jenis ignore je kalau aku tak suka. Lebih suka berdiam je sebab aku tak suka nak bersuara, takut-takut nanti ada hati terluka. Sejak dari haritu, aku memang langsung rasa tak selesa bila dia message aku. Haram aku tak reply. Yes, aku jenis yang tetap dengan pendirian aku. Aku maksudkan dengan setiap apa yang aku katakan. 

Lain pulak dengan hal yang satu ni. Nak jadi cerita, aku terima satu panggilan telefon daripada nombor yang aku tak kenali. Mulanya aku tak jawab. Kali kedua call, suara lelaki yang bercakap. Aku tak faham dia nak cakap apa sebab dia cakap loghat utara pekat sungguh. Terus aku putuskan call tersebut memandangkan aku sedang drive. Tetibe je lelaki tu message dengan mengatakan bahawa nombor hp aku naik dalam call list dia. Eh..apa hal pulak mamat ni? Aku hanya reply bila mamat tu hantar message kali kedua dengan mengatakan bahawa aku tak pernah kenal nombor tu dan mungkin ada kawan yang guna handphone aku. 

So, nak jadi cerita, tetibe je si mamat ni reply dengan perkenal diri dan siap tanya nama aku. OK..Aku dah faham. So, aku tak reply langsung dan aku terus check call history handphone kot-kot memang ada nombor ni. HAAA..kan aku dah cakap, memang langsung tak pernah aku call nombor tu. Tah sapa la pergi bagi nombor aku kat orang tertentu ni. Eee...ni bukan kali pertama tau, dah banyak kali aku dapat panggilan macam ni. Tujuannya tetap sama..nak berkenalan je. 

Bukan aku sombong, bukan aku berlagak jauh sekali bongkak. Aku cuma memang tak suka dengan gangguan sebegini terutama daripada orang-orang yang aku tak kenal. Memang benar kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tapi, aku sememangnya bukan jenis yang senang atau mudah untuk berkawan baik lelaki mahupun perempuan. Aku seorang yang sangat berhati-hati memilih kawan. Aku percaya, memilih itu perlu supaya aku tidak terjebak dengan mereka-mereka yang sekadar hanya ingin mengambil kesempatan.

Sejujurnya, aku memang rasa tak tenteram dan tak selesa dengan gangguan sebegini. Sabar aku sebagai seorang manusia ada batasnya. Aku hanya berharap agar mereka-mereka yang suka ganggu hidup orang ni, bermuhasabahlah diri. Kalau orang dah bagi signal tertentu, silalah faham dan terimalah dengan hati terbuka. 

Aku hanya mampu berdoa supaya Allah lindungi dan jauhkan aku daripada sebarang keburukan dan musibah. 

Wallahualam
Read more ...

Sunday, May 19, 2013

Friendship Is Precious


Read more ...

Korean Girl Shows The Power of Make Up

Assalamualaikum korang..

Wah...giler sakan aku tak update blog sebab keletihan sepanjang minggu ni. OK..Aku terjumpa link tutorial make up gadis Korea di Facebook tadi. Sekadar nak share dengan korang how make up technics can make you totally different from who you are. By the way, sekadar nak share je ye..bukan nak condemn or what so ever. Pada aku, enough with just a natural make up to make you look beautiful tapi kalau tak make up pun lagi menyerlahkan kecantikan semula jadi. Wallahualam..

Read more ...

Friday, May 17, 2013

10 Tabiat Rosakkan Otak


Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.
Semoga hari ini memberi barakah buat kita semua. Insha Allah.

Ok..apakah tabiat yang mampu merosakkan otak? Meh sini nak kongsikan dengan kalian semua. Sila-silalah check balik perilaku seharian kot-kot ada yang menyumbang kepada kerosakan otak kita.
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Dan satu artikel yang pernah aku kongsikan sebelum ni..

Ok..till meet again
Read more ...

Thursday, May 16, 2013

Kaki oh Kaki

Assalamualaikum..

Cuba korang teka tu kaki siapa? 
HAaa..tu la kaki aku. Kaki aku kini ada masalah lagi. Adoi la. Masa balik dari Kelantan awal bulan Februari dulu, kaki kiri tu juga yang sakit. Menurut kata doktor masa tu kaki aku over stretch. Dua minggu aku tak boleh nak bersenam. Haa...stop terus pergi gym. Lama la juga aku tak boleh nak berlari. Susah tau. 

Masa aku join larian-larian pun ada juga rasa sakit sengal kaki kiri ni.

Last week, kaki ni sakit balik. Tapi kat bawah telapak kaki. Mulanya aku ingat cam biasa je. Tapi hari Isnin lepas, memang sakit sangat sampai malam tu susah aku nak tido. Tiba hari Selasa, ambik kau. Sakitnya Tuhan je yang tahu sampai Kak Ida, office-mate aku yang pegang aku untuk tolong aku berjalan. Adeh la. So, aku pergi klinik dan explain kat doktor apa yang aku rasa. Hmm.. Doktor Sue pun tak sure kenapa aku rasa sakit camni. Katanya kalau ada gaot, mesti ada bengkak dan merah-merah. Kalau ada ligamen terkoyak ke sendi tak ok ke mesti ada bengkak kebiruan. Ni, masa dia pegang kaki aku, takde tanda-tanda semua tu. 

Hah? Apakah? Uhuk..scary pulak aku rasa. So, doktor bagi aku ubat tahan sakit dan relax otot dan juga ointment untuk sapu dan juga bandage. Haa..bermulalah episod kaki aku kena bandage. Tak pernah seumur hidup aku guna bandage. Hahaha..harus aku kena perli dengan Rizman. Ceh.

Balik rumah, tunjuk kat mak. Geleng mak tengok aku. Mak bagi bandage baru ni. Haa..lagi elok dan tak payah nak pusing sana sini dan cangkuk sana sini. Oh ye. Doktor Sue cakap, kalau dalam minggu depan atau dua minggu lagi kaki masih macam ni, doktor nak suruh aku rujuk ke hospital untuk rawatan lanjut. Haa..? Ala..tak bestnya.

Ya Allah, semoga kaki aku cepat sembuh seperti sediakala kerana kerja kat unit aku tu sentiasa buat aku kena bergerak sana sini. Korang pun, jaga kaki kau elok-elok ye.

OK..till meet again.


Read more ...

Buah Salak

Assalamualaikum semua..

Kelmari, buat pertama kali aku tengok dan pegang buah salak ni dalam hidup aku. Buah ni Kak Noreen yang bagi. Rupanya, buah ni macam kulit tenggiling pun ada ye sebab ada tajam-tajam dan kulit yang berlapis. Rupa pun dah ada dah cam tenggiling.

Nak jadi cerita, aku ni kan first time tengok dan pegang buah ni, terus aku terbayankan macam mana la rasa buah ni. Aku suruh Khairiah kupas buah ni. Sekali isi buah salak ni dah sebiji macam bawang putih. Haa...apa lagi, dalam kepala aku dah ingat rasa dia macam bawang putih la. Terus tak berani makan. Hahahah. Khai gelakkan aku sebab aku macam jakun je. Dia kata buah ni sedap.

Buah Salak mempunyai rasa yang manis atau masam-masam manis dan kelat sedikit biasanya dimakan dalam keadaan segar tetapi boleh juga dibuat jeruk. 
Ini info yang aku ambil daripada encik google. Apa khasiat buah salak?


Khasiat Buah Salak :
Tahukah Anda bahwa manfaat buah salak bagus untuk mengobati beberapa penyakit? Salak, atau yang memiliki nama latin Salacca Edulis mengandung nutrisi yang cukup tinggi seperti kalsium, flavonoida, saponin, dan tanin. Selain dijadikan sebagai obat, salak juga sering dijadikan beragam cemilan. Untuk lebih jelasnya, yuk kita simak satu per satu.
Obat Mata
Salah satu manfaat buah salak adalah sebagai obat mata. Berdasarkan penelitian oleh para ahli kesehatan, buah salak mengandung betakaroten yang bagus untuk mata. Bagi Anda yang ingin menjaga kesehatan mata tetapi bosan jika harus mengkonsumsi jus wortel terus menerus, sekarang Anda punya alternatif lain, yaitu mengganti jus wortel dengan jus salak.

 Bagi korang yang suka makan buah ni, meh la kongsikan lagi info menarik mengenai buah salak ni dengan aku ye.

OK..till meet again
 
Read more ...

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum semua..

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru diMalaysia mahupun seantero dunia. Terutama sekali buat guru-guru yang pernah mendidik aku terutama Cikgu Laila, Cikgu Habsah, Cikgu Quah Say Hong, Cikgu Mahanizan, Cikgu Azizah, Cikgu Hayati, Ustazah Zuriah, Ustazah Noraini dan cikgu-cikgu yang sentiasa baik kepada aku. Semoga kalian semua sentiasa dirahmati Allah hendaknya ya.


Juga, special buat Blogger Nick Nashram yang juga merupakan seorang guru. Selamat Hari Guru Nick. Semoga kekal cemerlang sebagai seorang guru ya. Thanks kerana menjadi sahabat blogger yang baik buat saya. Tak lupa juga buat semua rakan-rakan blogger yang telah dan akan bergelar guru. 


Hayatilah lirik lagu Inteam, Lilin Seorang Guru yang dipetik daripada album Impian Kasih. 
SELAMAT HARI GURU
Lilin Seorang Guru

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku 
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Ok..till meet again..
Read more ...

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday #1

Assalamualaikum...
Wordless Wednesday..
Saya Sayang Mak Saya



Read more ...

Tuesday, May 14, 2013

Free Mori @ Publika

Assalamualaikum semua..

Dah lewat malam macam ni la baru sempat nak update blog. Sekarang ni memang keje aku balik lambat je ye. Takde makna nak balik sharp pukul 5pm. Kalau nasib tak baik, hari Sabtu pun datang kerja. Haih.

So..macam ni..baru-baru ni kan ada artikel keluar yang mengatakan bahawa mereka yang gemar upload gambar makanan, ada masalah mental. OK..bagi menafikan yang artikel itu adalah SALAH, maka aku akan update entri malam ini dengan gambar-gambar pastries daripada Free Mori.

Aku ni memang suka dengan pastry daripada Free Mori sebab tekstur makanannya yang soft dan kurang manis. Lagi pun nama pastry yang menarik dan rasa yang sangat unik. Selain tu, harga bagi setiap pastry tu adalah sangat berpatutan. Tak rugi kalau nak cuba.

OK...untuk makluman, ini bukan iklan promosi ke apa ye. Aku memang sekadar nak berkongsi kegemaran aku je ok..Kalau korang ada kesempatan, boleh pergi ke mana-mana cawangan Free Mori. Sempena Mother's Day haritu, ada promotion tau.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai promosi dan perihal Free Mori, silalah berkunjung ke Facebook dan website mereka seperti dibawah


Free Mori
Napoleon
Sunshine Beach
Ferris Wheel
Biskut apa tah tak ingat nama
Mille Danish
Black General
Ironman..terasa sangat jadi lelaki seterika
Cheese cake
Music Box
Favorite.. Triplet Chocolate

Haa..ni tengah melantak kek..hahaha
So, setelah korang tengok gambar-gambar ni, rasanya ada tanda-tanda sakit mental ke aku ni? Haruslah tak sebab aku MASIH WARAS. Sebagai seorang blogger, update gambar-gambar makanan ni punya tarikan tersendiri tau. Yang penting aku tetap bersosial seperti mereka-mereka diluar sana. Kalau tak, camane nak update entri dengan cerita baru kan? Heheheh

OK..till meet again
Read more ...