Wednesday, March 27, 2013

Rezeki Menang Segmen

Assalamualaikum kawan-kawan...

Lama sudah rasanya tak berblogging dek kerana kesibukan kerja dan urusan-urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, kesampaian juga akhirnya untuk berblogging hari ini.

Jangan risau ya, aku akan tunai kewajipan blogwalking blog kawan-kawan sekalian semua. Mohon sabar..heheh

Alhamdulillah, rezeki menang untuk 2 segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger. Terima kasih ya.


Nanti kalo ada masa, aku akan join lagi segmen yang kalian semua anjurkan.

Cuma untuk segmen yang atas ni, tak tau nak tuntut kat siapa..hehehe
Read more ...

Wordless Wednesday

Assalamualaikum semua...
Dah lebih seminggu tak update blog dek kerana kesibukan yang tak berkesudahan.
Sebelum itu, mohon maaf kepada rakan-rakan blogger yang masih belum sempat saya kunjungi blog mereka.

Wordless Wednesday for today....

*Teringat kepada arwah abah bila lihat muka anak buah ketika masih baby.
Read more ...

Monday, March 18, 2013

Blog Walking Tertangguh

Assalamualaikum semua...

Sila refer tajuk diatas. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, sesi blog walking blog kengkawan tertangguh beberapa ketika. 

Sejujurnya kekangan masa yang sangat meruncing menidakkan aku untuk menziarah blog kengkawan semua. 

Aku akan kembali sedikit masa lagi. Mohon maaf diatas kelewatan untuk ziarah blog kalian semua. 


Salam sayang daripada 

AINIM RASHIHAH.
Read more ...

Manusia, Hidup dan Dugaan

Assalamualaikum semua...

Hari ini, merupakan hari yang buat aku sedikit stress. Tak perlulah aku ceritakan dengan lebih lanjut apa yang membuatkan aku stress hari ini. Cukup sekadar aku sahaja yang mengetahuinya. Cuma aku ada sedikit yang ingin diperkatakan.

Dalam menjalani kehidupan, hidup kita tidak akan pernah sunyi daripada menghadapi dugaan. Allah SWT akan sentiasa menguji hambaNYA selagi mana dia mampu menghadapinya. Mungkin kadangkala kita terasa amat berat dugaan itu untuk kita hadapinya, tetapi secara tidak sedar, dugaan itu jugalah yang menjadikan kita kuat dalam meneruskan kehidupan.

Dugaan yang Allah berikan kepada kita sebenarnya sesuatu yang sangat berharga dalam hidup. Setiap daripada kita diduga secara berbeza tertakluk kepada kekuatan semangat kita dalam menghadapinya. Daripada dugaan itu jugalah kita boleh jadikan ia sebagai pengalaman hidup. 
Image: Google
Pengalaman mematangkan kehidupan kerana kita manusia bukan belajar semata-mata disekolah atau dikolej dengan subjek-subjek yang diajar oleh guru atau pensyarah. Akan tetapi, pengalaman hiduplah sebenarnya yang menjadi guru utama dalam kita meniti arus kehidupan. 

Seperti juga aku, pengalaman sebagai seorang yang bekerja memang mengajar aku tentang realiti sebenar kehidupan. Kala aku masih dibangku sekolah, perkara yang sentiasa bermain dalam kotak minda ialah, "Bagaimana ya situasi aku jika bekerja?". Itu sentiasa aku fikirkan sehinggalah aku mendapat pekerjaan seawal usia 21 tahun. Memang tidak ku duga, seawal itu usia aku bergelar pekerja.

Sepanjang aku bekerja, tidak dinafikan, telah banyak yang aku lalui. Pengalaman punyai rakan kerja yang pelbagai ragam dan kerenah benar-benar mengajar aku bahawa "INILAH KEHIDUPAN". Rambut sama hitam, hati lain-lain. Jiwa dan fikiran manusia tak akan pernah sekata dan sependapat. Setiap daripada kita punya cara berfikir dan ideologi yang berbeza. 

Namun, disitulah pentingnya kita untuk saling memahami dan menerima perbezaan itu sebagai meneruskan kelangsungan hidup. Disitulah kemanisan dalam kehidupan. TETAPI AWAS, jangan sampai makan diri sendiri. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Itulah yang sentiasa aku ingatkan pada diri ini.
Image: Google
Jika kita punya rasa tak selesa atau rasa tertekan dengan situasi semasa, carilah jalan penyelesaian yang terbaik..sebaik-baiknya, janganlah sampai kita menyusahkan orang lain. Andai tak mampu atasi sendiri, carilah sahabat yang benar-benar ikhlas untuk mendengar luahan hati kita. 

Walau bagaimanapun, sebaik-baik cara untuk mengatasi tekanan itu, berdoalah kepada Allah agar sentiasa dikuatkan hati kita untuk menghadapi dugaan hidup. Berzikirlah sebagai cara untuk atasi stress. 

*Pesanan ini bukanlah untuk membanggakan diri sebaliknya hanyalah sebagai peringatan buat diriku sendiri. Ya Allah, kurniakan aku kekuatan dan ketabahan hati dalam meneruskan kehidupan ini. Bimbinglah aku agar tidak tersasar dalam menyusuri jalanan kehidupan yang sangat mencabar ini.


Aku titipkan lagu daripada kumpulan nasyid Hijjaz buat renungan kita bersama
Read more ...

Sunday, March 17, 2013

Loading Time For 아이님 블로그

Assalamualaikum semua..

Berhari tak jengah blog...nasib malam ni dapat online kejap..

Terbaca entri Blogger Farah before&after bubbly load time is faster. Terfikir pulak nak timbang balik berat blog aku ni. Ye la, aku ada letak widget baru, kang tak pepasal lambat pulak loading time untuk blog aku ni lambat gila.

OK..thanks to +Farah Waheda Wahid  kerana update entri yang secara tak langsung telah membantu aku. Meh sesama tengok before and after untuk load blog aku. Kalo korang nak tahu cara nak ringankan lagi blog korang, bolehlah ke entri blogger Farah. Link ada kat atas tu.



Read more ...

Segmen: Featured Me on Bubbly?

Assalamualaikum...join this segment

Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 

Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 

Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 

Syarat2?
  1. Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid.
  2. Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly?
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
  4. Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah. 
Pemilihan Pemenang Segmen:
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 
Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better... 
Read more ...

Friday, March 15, 2013

Selesai Mencari ....

Assalamualaikum semua..salam Jumaat.

Masih ingat tak aku ada update entri Mencari dan mencari hari tu?

Ok...dengan ini, sukacita aku nak bagitau korang semua yang aku telah selesai dalam misi mencari news clipping CEO kami. HAHAHAH...dah boleh gelak.

Aku mulakan pencarian seawal minggu ni, dan Alhamdulillah, selesai mencari malam semalam. Gigih aku balik kerja pukul 830pm semata-mata nak mencari news clipping. Berpinar mata aku mencari benda alah ni. Godek setiap CD Media Banc yang punya la banyak artikel tu. Adoi la..

After setel je mencari...terus buat screen cap semata-mata nak buat bukti gitu. Tak sia-sia la kiranya usaha aku mencari ni. So, total news clipping yang berjaya dicari adalah sebanyak 54 tapi hanya untuk 2012 sahaja. Hari ni, aku nak godek sikit website MATRADE kot-kot ada news clipping CEO untuk tahun 2013. 

Ok..nanti aku akan tunaikan tanggungjawab BW blog kengkawan yang tertangguh berhari-hari dek kerana asyik balik lambat je dari ofis. Maaf ye kengkawan..jangan ingat aku sombong ye. Memang tak sempat sangat sebab balik je umah dah kena menjahit pulak dan buat keje-keje umah lagi.



Ok..Assalamualaikum
Read more ...

Wednesday, March 13, 2013

Kawan Sebaya

Assalamualaikum semua..

Hari ini, didalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja yang diberikan, aku dikejutkan dengan berita yang memang sangat menyedihkan aku. Kawan sebaya yang juga kawan baik aku, Nor Hafizah (Fiza) akan meninggalkan MATRADE kerana telah mendapat pekerjaan baru sebagai Pegawai Tadbir (N41) disebuah lagi agensi kerajaan. Terkejut sangat bila Fiza datang beritahu aku yang esok merupakan hari terakhirnya dipejabat. 

Kelu lidah aku tak terucap sepatah kata..tergamam sebab aku memang tak sangka perkataan tu akan keluar dari mulut Fiza. Selama ini, aku chatting dengan kawan aku, Syafiq, dia yang selalu cakap akan berhenti dari MATRADE andai tidak diserapkan tetap. Aku dah rasa biasa la juga tapi, bila Fiza yang cakap camtu, aku memang sangat sedih. Tapi aku tak mampu halang sebab ini semua adalah demi kebaikan kerjaya Fiza. 

Berbalik kepada tajuk diatas, aku tak nafikan sebagai seorang manusia, aku seorang yang suka bila ada kawan-kawan yang sebaya dengan aku. Aku memang lebih selesa dengan kawan sebaya yang mana pada aku lebih senang untuk aku bercerita dan meluahkan rasa hati. Mungkin kerana persamaan usia, jadi banyak persamaan yang aku dapati antara aku dan rakan-rakan sebaya. 

Didalam hidup aku sepanjang bekerja, aku punya 4 orang kawan sebaya yang baik dengan aku sepanjang 6 tahun aku berkhidmat diMATRADE. Mereka inilah yang aku rasa sangat selesa untuk berbual dan mendengar cerita walau bukan setiap hari berhubung

Afikah Abdullah;
Afikah atau Afy adalah kawan sebaya aku yang pertama sekali masa mula-mula aku masuk kerja. Afy sentiasa layan aku dengan baik. Aku seorang yang tak punya banyak pengalaman dalam hidup mungkin kerana persekitaran hidup sendiri. Afy pada aku seorang kawan kuat semangat dan berani dalam hidup. Walau aku dan Afy tak selalu luang masa bersama sewaktu Afy masih di HQ, tapi sesekali berbual memang aku gembira. Aku sedih sangat bila Afy bertukar ke MATRADE Terengganu. Ini pertama kali aku kehilangan kawan sebaya aku dipejabat. Jauh disudut hati, aku sentiasa harap Afy akan balik HQ dan dapat bersama-sama dengan dia lagi. Aku rindu saat itu.


Syaiful Efendy:
Syaiful atau mesra aku panggil Epul. Epul ni pun antara kawan sebaya yang mula-mula aku kenal sejak berkhidmat diMATRADE. Epul ni, orangnya sangatlah baik dan sentiasa sudi dengar isi hati aku. Walau dia adalah kawan lelaki, tetapi berbual dengan dia aku rasakan macam berbual dengan adik beradik sendiri. Sehingga sekarang, aku dan Epul masih rapat sebagai kawan baik apatah lagi sekarang ni Epul dah sama division ngan aku. Bila jumpa selalu tegur sapa. Tapi selalunya kitorang chat dalam sametime je. Epul ni sahabat yang sangat baik dan aku rasa bersyukur punya sahabat sebaik dia. 

Fiza Sabri;
Fiza yang akan meninggalkan aku esok, adalah seorang kawan yang sangat baik. Fiza banyak beri semangat dan dorongan buat aku. Karakter Fiza yang sentiasa ceria dan suka gelak ni, sentiasa buat aku tersenyum. Selesa berbual dengan Fiza sebab percakapannya yang ikhlas. Fiza pada aku seorang yang sentiasa berani ambil risiko dalam hidup. AKu masih ingat bila Fiza ajak aku belajar bahasa Korea tahun lepas. Fiza sanggup bawa aku naik motor untuk tunjuk jalan ke kelas di Menara Hup Seng disebabkan aku yang memang tak reti jalan-jalan diKL ni. Bantuan Fiza masa kami sama-sama belajar bahasa Korea dulu, takkan aku lupakan. Kini, Fiza bakal tinggalkan aku. Sedih..itu yang aku tahu tapi jauh disudut hati, aku bangga punya kawan sebaik Fiza. Aku bangga sebab Fiza dapat capai apa yang dia inginkan dalam hidup. Doa aku agar Fiza akan sentiasa cemerlang dalam kehidupannya. Aku takkan lupa Fiza dalam hidup aku.

Syafiq Khalid;
Syafiq ni aku kenal hampir setahun lepas. Aku ingat lagi dia call aku tanyakan tentang bahasa Korea yang aku belajar dulu. Sejak tu, aku baik la juga dengan dia. Walau dia bukanlah seorang kawan yang rapat dengan aku, tapi sesekali berbual dengan dia memang menyeronokkan. Berbual dengan Syafiq dalam sametime memang buat selalu berfikir soal kehidupan. Dia punya target dan perancangan yang baik dalam hidup. Aku sentiasa doakan agar dia dapat kecapi segala yang dia impikan dalam hidup dan aku doakan semoga Allah permudahkan jalan kehidupan dan sentiasa dalam bimbinganNYA.

Bukanlah maksudku bila punya rakan sebaya, bermakna aku tak suka kawan yang berlainan usia cuma aku tak nafikan bila sama usia, walau beza minat dan pendapat, tapi selalunya seiring dalam pemikiran. Jujur, aku senang berkawan dengan sesiapa sahaja walau berbeza usia. 

Dalam hidup, aku tak mencari musuh, sebaliknya sahabat yang sejati kerana cinta sahabat sejati pada aku lebih ikhlas dari cinta seorang kekasih. Kekasih bila putus cinta, mungkin kita akan bermusuh, tetapi sahabat, walau apa sahaja keadaan kita, cinta sahabat takkan lupus hingga akhir nyawa.  Terima kasih juga kepada Kak Alin, Wan, Azima, Wana, Mun dan Arina yang kini antara kawan yang paling baik dengan aku. Terima kasih juga kepada semua yang menjadi teman aku. Aku hargai kalian semua. InshaAllah, aku akan sentiasa perbaiki diri untuk menjadi sahabat yang baik buat kalian semua juga.
Read more ...

Wordless Wednesday

Assalamualaikum semua...

Wordless Wednesday untuk hari ini..

YUMMYYYYYYYYY!!!!
Read more ...

Tuesday, March 12, 2013

Murah Rezeki...Alhamdulillah

Assalamualaikum semua...

Dalam kesibukan menyiapkan tugas-tugas yang diarahkan oleh boss dan officer, hari ni memang rezeki agak murah. Alhamdulillah..

Pepagi lepas beli breakfast dan setel terima semua arahan Puan Anisah, Linda bagitau yang Fiza pesan suruh turun tempat dia. Suruh makan kata Linda. Eh...ada party ke? Takpe, aku turun je dulu. Rupanya Fiza buat spaghetti tau. Wah, langkah kanan la aku ni. Sebagai kawan, aku tertanya-tanyalah juga kenapa Fiza buat makan-makan ni. Selidik punya selidik rupanya birthday Fiza dah nak dekat..14 Mac ni. Wah..Advance birthday party la kiranya. Sedap tau spaghetti Fiza ni.

Rajinnya Fiza banguns seawal pukul 2 am semata-mata nak masakkan untuk kengkawan. Selalunya, kalau kita nak sambut birthday, orang lain akan buatkan untuk kita tapi Fiza ni, dia yang buatkan untuk kengkawan. Alhamdulillah, semoga murah rezeki ya Fiza.

TETAPI...sebelum turun ke tempat Fiza, aku terima roti sosej pemberian Kak Wan Suhaiza. Haa....Ya Allah, murahnya rezeki aku. Actually Kak Wan Su dah tanya aku semalam samada aku makan tak roti sosej tu. Memang aku makan cuma jarang beli je. So, bila Kak Wan Su bagi pagi tadi, memang rezeki dipagi hari. Akan tetapi aku cuma sempat makan petang tadi sebab akibat keje yang banyak. Sedap tau roti. Thanks Kak, lain kali bolehlah bagi lagi..hik hik hik

Terima kasih ye kawan-kawan. InshaAllah, kalau ada rezeki dan peluang nanti aku pula yang memberi makan ye,,heheheh
Read more ...

Sayur Apakah Ini?

Assalamualaikum semua...

Maaf la baru berkesempatan menjenguk blog sendiri. Dari pagi dah busy cam apa tah sampai makan pun time sedang buat keje.

Pepagi ni, after beli breakfast kat Traders Cafe, aku naik ke tempat keje tapi ikut West Wing sebab nak singgah Coop Mart beli air mineral. Sampai level 17, singgah jap tempat Kak Alin dengan hasrat hati nak menegur. Sekali Kak Aida pun ada. Hmm..memang menyinggah la jawabnya,..hik hik hik..

Tengah sembang sekali Kak Aida tunjuk sayur kat atas ni. Adik Kak Aida beli masa pegi Cameron Highland. Aku tanya apa benda ni..rupanya Kak Aida pun tak tau apa nama sayur ni. Dia cerita masa beliau sekeluarga gi Cameron beli la sayur ni kat pasar malam. Menurut peniaga tu, sayur ni orang Cina selalu makan. Nak jadi cerita, lepas beli mereka masak la sayur tu. Sekali lepas makan, terus perut memulas2 sakit dan ada yang muntah. Eh....kenapa jadi camtu? Beracun ke? Kak Aida pun tak tau apasal boleh jadi camtu.

Bau sayur ni wangi tau, cam bau bunga apa tah...tapi jangan hidu lama-lama nanti pening pulak sebab bau wangi tu. Bentuk sayur ni panjang dan kurus. Korang semua ada idea sayur ni namanya apa? Aku memang tak tau sebab tak pernah tengok. Inilah kali pertama aku tengok sayur ni.

Kalau korang tau, sila comment ya. Nanti aku nak bagitau Kak Aida apa nama sayur ni. Kalau ada info sekali lagi bagus. Sekian, terima kasih.hehehe
Read more ...

Monday, March 11, 2013

10 most expensive watches in the world

Assalamualaikum..malam ni idea nak update entri takde disebabkan aku sangat mengantuk.

So, apa kata, sebelum mata terpejam tido, jom kita blink blink mata tengok harga jam paling mahal didunia..hehehe

Chopard 201-Carat Watch
Price: $25 million
Global rank: 1


Patek Philippe Henry Graves Super Complication Pocket Watch
Price: $11 million
Global rank: 2


Patek Philippe Reference 1527 Wristwatch
Price: $5 million
Global rank: 3


Breguet & Fils, Paris, No 2667 Precision Watch
Price: $4.68 million
Global rank: 4


Louis Moinet Meteoris Watch
Price: $4.59 million
Global rank: 5


Patek Philippe 1939 Platinum World Time Watch
Price: $4.02 million
Global rank: 6


Patek Philippe 1928 Single-Button Chronograph Watch
Price: $3.63 million
Global rank: 7


Piaget Emperador Temple Watch
Price: $3.3 million
Global rank: 8


Patek Philippe 1953 Model 2523 Heures Universelles Watch
Price: $2.89 million
Global rank: 9


Cartier Secret Watch with Phoenix Decor
Price: $2.75 million
Global rank: 10

Sumber: rediff.com

Kalau la aku dapat salah satu daripada jam tangan kat atas ni, confirm aku jual balik dan guna duit tu buat beli rumah..hahahah









Read more ...

Mencari dan mencari

Assalamualaikum semua...selamat tengahari

Hari ini aku berpuasa ganti..InshaAllah hari ni merupakan hari terakhir. Lepas ni dah boleh teruskan dengan puasa sunat je la. InshaAllah.

Hari ni keje aku memang agak banyak..actually memang banyak setiap hari tapi kali ni ada data nak kena extract dari website dan cd mediabanc BPS ni. Kitorang kena dapatkan news clipping CEO kami sepanjang beliau bertugas sebagai CEO la. So, dari Ogos 2011 hinggalah hari ni.

Actually, news clipping yang dikehendaki adalah related to Human Capital development tapi nak mencari article yang berkaitan memanglah payah tau. Sebabnya bukan satu dua article dan bukan juga sehari tapi bertahun kot article yang nak digeledah. Hambik kau Anim...

Aku memang sakit kepala dari pagi tadi, dan pencarian ni memang buat aku lagi la sakit kepala. Nasib la ada Kak Intan Zalani from Corp Comm. yang tolong dapatkan beberapa news clipping berkaitan CEO. Mujur Kak Intan ada, adalah ringan sikit nak mencari. Disebabkan articles yang berkaitan CEO ni mostly pasal trade, dah jadi satu cerita lain pulak nak mencari pasal human capital development.

Sehingga sekarang aku baru setel sehingga bulan Februari. Masih ada lagi 10 cd untuk 10 bulan dalam tahun 2012 yang nak kena terjah. Aduhhh...bila nak setel? Time aku menaip ni pun aku sempat klik sana sini nak cari news clipping yang related to CEO. Oklah...korang jangan pening baca entri ni ya. Biar aku je yang sakit kepala. 

Terima kasih la sudi baca entri ni dan menandkan kalian memang perihatin dengan aku. Hehehe



Read more ...

Sunday, March 10, 2013

Blogger Wanita Kami Prihatin

Assalamualaikum semua...

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia 2013, aku terpanggil untuk join segmen yang dianjurkan oleh blogger idola aku iaitu, Hasrul Hassan. Kalau kalian nak join juga, silalah join ye.

Isu yang ingin aku bangkitkan dan bermain diminda aku ialah isu di Lahad Datu, Sabah dan juga merokok dikalangan wanita.

Isu 1: Pencerobohan Lahad Datu, Sabah
Credit: Azlan Zamhari
Aku pasti kalian semua memang dah tahu sentiasa mengikuti perkembangan isu ini. Memang sedang hangat dan sesuatu yang sangat mengejutkan buat kita semua sebagai rakyat Malaysia. Sejak berlakunya insiden pencerobohan ini, setiap hari aku rasa tak tenteram memikirkan keselamatan keluarga Pak Cik aku yang duduk disana. Dengan lokasi yang hanya beberapa kilometer sahaja dari tempat kejadian. Bayangkan kalau kalian berada ditempat masyarakat Lahad Datu, apakah kalian mampu tersenyum girang sekarang? Sudah tentu tidak. Secara jujurnya, aku memang sangat marah dan geram dengan kelakuan segelintir rakyat kita yang menjadikan isu pencerobohan ini sebagai satu mainan politik. Pelbagai spekulasi yang timbul dan saling tuduh menuduh diantara pelbagai pihak. Tidak dinafikan masing-masing berhak untuk utarakan pendapat tetapi, tida perlulah sehingga menjadikan isu ini sebagai mainan politik demi untuk meraih penyokong. Apa yang aku lihat, hanyalah kebodohan dikalangan mereka yang hanya kuat melalak di Facebook dan Twitter dengan teori yang pelbagai. Dikala inilah munculnya pakar sejarah, pakar undang-undang dan penyiasat tak bertauliah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. 


Pesan aku, hanya satu, tinggalkan segala isu politik dalam usaha untuk menangani penceroboh ini. Bersatulah kita sebagai rakyat Malaysia dan berilah sokongan yang padu buat pasukan keselamatan kita yang berjuang sepenuh tenaga untuk mempertahankan kedaulatan negara. Sering aku terfikir dan hampir menitis air mata apabila mengenangkan pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas disana. Kita disini masih mampu tidur lena diatas katil empuk sedangkan mereka berjaga siang malam demi memastikan kesemua penceroboh dapat dihapuskan. Doaku agar pasukan keselamatan kita akan beroleh kemenangan dan kesemua penceroboh dapat dihapuskan juga mereka yang menjadi dalang dan tali barut penceroboh juga akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka.


Isu 2: Merokok Dikalangan Wanita.
Sumber: Google
Isu ini bukanlah baru dinegara ini tetapi isu lapok kerana perokok bukan hanya dari kalangan lelaki malah, wanita juga tak kurang hebat dalam merokok ni. Cuma apa yang ingin aku perkatakan ialah, tidakkah wanita yang merokok ini bimbang akan kesihatan dalaman mereka? Maksud aku, sistem peranakan wanita. Bukankah itu sesuatu yang agak sensitif. Alangkan menghidu asap rokok pun mampu buat kandungan mengecil, apatah lagi kalo wanita mengandung yang merokok? Bukan sekadar mengata tetapi aku lihat sendiri didepan mata. Malah aku lihat wanita itu dengan bangga menghembus asap rokok ke arah wanita lain yang berada disekelilingnya tanpa ada rasa salah. Wow...otai tu. Aku ada baca tentang beberapa faktor wanita merokok dan ada yang kata dapat kekal kurus kalau merokok. Ada yang kata dapat release stress. Betulkah begitu? Sila betulkan aku ye kalau salah ye.


Terselit rasa simpati kepada wanita-wanita yang merokok ini. Apakah kalian tidak punya cara lain untuk amalkan kehidupan yang sihat? Tidakkah kalian risau akan tahap kesihatan kalian? Atau mungkin kalian rasa lebih stylo kalo merokok? Maaf andai ada yang tersinggung, cuma aku ingin nasihatkan, supaya kalian berhenti segera merokok kerana tiada kebaikan yang dapat aku lihat dengan merokok. TIDAK ADA SATU KEBAIKAN PUN. Semoga kalian akan mendapat kesedaran agar berhenti merokok. Sebagai wanita, aku memang ambil berat akan perkara ini. Bukan nak menyibuk tetapi perihatin sebagai wanita juga. Lebih manis kiranya andai kalian dapat berhenti merokok. Amalkan hidup secara sihat. Peace no war. :)

Disini aku sertakan link mengenai kesan merokok buat wanita: Kesan merokok kepada wanita

*Sekadar pendapat umum aku sebagai seorang wanita. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang mati
Read more ...

SEGMEN JALAN MAYA DAN TAMBAH FOLLOWERS

Assalamualaikum semua...

Tadi dapat jemputan daripada seorang blogger untuk join segmen yang dikendalikan oleh beliau. So, untuk tidak mengecewakan beliau, mari kita bersama-sama join segmen ni ye.

Thanks Pena Islam sebab jemput kita ye. :)

Kepada kawan-kawan yang nak join, sila klik banner diatas seperti biasa. 

Pastu sila la BW blog aku ye..nanti akan ku terjah sekali blog-blog kalian...
Read more ...

Buah Tangan Dari Mekah

Assalamualaikum semua..dah lunch ke?

Sekarang ni aku berada di APT salon teman kakak, mak dan anak buah buat rawatan rambut. Aku ngantuk sangat ni. Hahah..boring der..

Oh..ye.. pagi tadi masa kakak sampai rumah kami, dia ada bawa bungkusan dalam plastik putih. So, mak pun buka la. Rupanya ada buah tangan dari Mekah. Mak abang long (abang ipar) aku baru pulang dari Mekah menunaikan umrah. So, ada la sedikit buah tangan untuk besannya..mak aku la tu. Hehehe.

Ada kacang, kurma, Kismis. Selain tu, ada celak kening dan juga inai tiub. Haa..sapa nak pakai celak tu? Aku? Memang tak la kan..nak pakai blusher n eye shadow pun tak reti.hehehe.

Ok la..aku nak sambung baca buku Mencari Iman Yang Hilang yang aku beli last week. Nanti malam nak sambung blogwalking blog kengkawan ye. Assalamualaikum..

posted from Bloggeroid

Read more ...

Saturday, March 09, 2013

Selamat Hari Lahir Blogger Nick Nashram

Pinjam gambar dari blog Nick sendiri..hehehe
Assalamualaikum semua..

Rupa-rupanya hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran blogger Nick Nashram yang ke 26 tahun. Baru tahu sebab baru setel blogwalking blog Nick. Actually Nick ni merupakan first blogger yang aku minat sebab kandungan entri blog beliau yang sentiasa penuh info-info yang berguna. 

Selain daripada itu, Nick ni pun peramah orangnya. Ok..aku confirm korang pun mesti kenal dengan beliau ni kan. 

Nick ada senaraikan beberapa wishlist beliau sempena ulang tahun kelahirannya ini. Semoga tercapai ye Nick. Aku doakan semoga umur Nick panjang, dimurahkan rezeki dan sentiasa berjaya dalam apa juga yang dilakukan. Dan yang paling penting, semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan Nick.



SELAMAT HARI LAHIR NICK NASHRAM



Read more ...

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum semua...

Mari join segmen by Kak Mia ni ye..



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....
Read more ...

Friday, March 08, 2013

Women's Day...Raikan Bersama Teman

Assalamualaikum semua..

Bersempena dengan Women's Day hari ni, aku, Azima, Munirah dan Wana ke Publika untuk celebrate hari khas untuk wanita ni. Kami raikan bersama-sama..khas untuk single lady only. Hahaha.

Memandangkan Publika tu cuma beberapa minit je daripada ofis kami, so kami bertolak dalam pukul 1230 pm. Walaupun ada MIFF Exhibition kat Menara tu, tapi tak menarik perhatian kami. Actually, plan nak ke Publika ni dah dirancang dari Khamis malam jumaat lagi. 

Aku, Mun dan Wana bertolak dulu sebab Azi belum pulang dari visit ke KLCC. So, kami berjumpa dengan Azi diPublika je la. First place kitorang pergi, haruslah ke sasaran utama iaitu Wondermilk. Haa...dari last week dah tergoda dengan gambar yang budak praktikal unit aku, Syafreena share dalam instagram. Terus tergoda dengan cup cakes Wondermilk. Dah la nampak menarik, comel pulak tu. 

Masa kat Wondermilk, kitorang plan nak makan kat situ je, sekali bila tengok menu, cam tak selera je. So, tapau je cup cakes dalam 6 biji. Dua cake setiap seorang untuk Aku, Mun dan Wana.

Setel kat Wondermilk, kami masih berkira-kira nak makan kat mana sebab diantara kami bertiga memang jenis tak kisah nak makan kat mana. So, jadilah masalah tak kisah tu. Hahaha..sudahnya tak tau nak makan kat mana. Aku call Azi untuk tanya dia nak makan kat mana and Azi cakap kat Subway. So, kami pun terus gerak ke Subway la.

After set tempat duduk, terus je pegi order menu masing-masing. Hmm..time ni memang pening sikit sebab masing-masing jarang makan Subway so, nak pilih menu tu berkira-kira jugalah. After setel order, kami duduk terus je makan. Haa...nak kata lapar tu tak la tapi makanan dah ada depan mata terus je la makankan. Sampai lupa nak amik gambar. Hehehe

Azi sampai semasa kami bertiga sedang makan. So, berkumpul kat situ memang best. Dapat berborak memang seronok. Kami bukannya hari-hari dapat berkumpul sebab masing-masing ada hal tersendiri dikala hari-hari biasa. Jadi, bila ada rehat panjang seperti hari Jumaat ni lah kami ambil peluang berkumpul dan berborak.

Apatah lagi, hari ni kan International Women's Day, so kiranya celebrate sekali la ni. Hahahah

So, kat bawah ni ada beberapa keping gambar cakes and cookies yang sempat aku snap.

Cup cakes Wondermilk ni memang sedap tau. Harus ulang makan sebab memang SEDAP. Walaupun harga agak mahal sedikit tapi berbaloi dengan rasanya. Cookies Free Mori tu Azi yang bagi sebagai buah tangan. 
Sehingga jumpa lagi dilain entri. Selamat malam semua.
Read more ...

Happy International Women's Day 2013

To all female bloggers out there, 
Happy International Women's Day 2013.


After all those years as a woman hearing 'not thin enough, not pretty enough, not smart enough, not this enough, not that enough,' almost overnight I woke up one morning and thought, 'I'm enough.'
-Anna Quindlen 


“You educate a man; you educate a man. You educate a woman; you educate a generation.” 
― Brigham Young

Women are always beautiful.  ~Ville Valo

Read more ...

Thursday, March 07, 2013

Video Daripada TERAJU. Silap Siapa?



Assalamualaikum semua..sebelum off..mari sama-sama kita tonton video ini dan cuba renungi kembali kehidupan kita. Semoga bermanfaat buat semua

Credit to Muhammad Jazlan Zulhaimi
Read more ...

Kraft Felt---> Coin Purse

Assalamualaikum semua..

Maafkan saya kerana tak dapat nak update blog sangat sebab busy siapkan tempahan customer.

Saya kini sedang dalam proses menyiapkan coin purse tempahan customer.

Nanti dah siap saya akan share gambar dalam blog ni ya.


Read more ...

Nuff Ads