Thursday, February 28, 2013

7 CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Assalamualaikum semua...

Meh sini nak kongsi petua untuk kempiskan perut buncit. Petua ini bukan tujuan perli sesiapa yang berperut buncit ye tetapi adalah petua untuk kita bersama. Aku ni memang ada masalah perut buncit sikit sebab angin banyak. Ye la, makan tak tentu hala kan. Tapi bila dah kempis tu, wuiyooo...feeling-feeling model gitu. Hahaha

OK..sila baca petua-petua ini dan amalkan kalau rasa sesuai ya.

1. Minum air masak yang banyak.
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

Oleh: NAIMAH SHAARI via ppim.org.my

Read more ...

World Kidney Day Run & Carnival 2013


Assalamualaikum semua...
Mata aku masih lagi menunjukkan tanda-tanda mengantuk yang teramat sangat. Ini adalah akibat tak cukup rehat sebab malam tadi aku balik dari ofis pukul 10.30pm. Wei...busy tak bertempat la..

Ok...dalam usaha untuk menghilangkan rasa ngantuk ni, meh sini aku nak promote event lari-lari yang akan diadakan pada April ini. Nama program ini ialah World Kidney Day Run & Carnival 2013.
Akan berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3. Ala, yang dekat dengan Palace of Justice tu. So, dekat je la ngan rumah aku. Acara ini diadakan bersempena dengan Hari Buah Pinggang Sedunia pada 14 Mac 2013. 

Kalo korang berminat, sila la daftar secara online diwebsite Hooha Asia.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik juga link kat atas tu ya.

Aku plan nak join lari-lari ni. Memang aku suka acara-acara sihat camni tapi yang aku join event-event yang diadakan diPutrajaya je la sebab senang nak pergi. Aku juga sarankan kepada korang-korang semua untuk join event camni kerana aktiviti ni memang sangat sihat dan membantu untuk meningkatkan stamina korang. 

OK..sesapa yang join tu, leh jumpa nanti ye. Tak mahal pun fee dia, cuma RM15 - RM35 sahaja.


Read more ...

Wednesday, February 27, 2013

Segmen Kenali Saya Purple Sweetyhanieyz83


Assalamualaikum semua...
Mood untuk join segmen datang lagi. Kali ini segmen Cik Akak yang comel pulak aku nak join.

As usual, please click the banner to join the segmen okay.

Tarikh Tamat Segmen : 30 Mac 2013 (sabtu)
Waktu : 11.59 malam

Oh ya...kepada kawan-kawan yang dah tinggalkan link dikomen entri segmen yang aku join, sabar ye. Akan aku follow korang semua ye. Maaf la menunggu...

SELAMAT BERSEGMEN SEMUA
Read more ...

Wordless Wednesday

Assalamualaikum semua...

Wordless Wednesday for today

Read more ...

Tuesday, February 26, 2013

"Segmen : Siapakah Top 5 Bias Saya by Arysha"

Assalamualaikum semua..
Malam ni tetibe nak join segmen berasaskan K-Pop. Aku bukanlah K-Popper tau, sekadar peminat setia Super Junior semata. 
Ok..nak join? Sila klik banner kat atas tu.

Top 5 Bias?
Semuanya member Super Junior je la kan.
1 - Eunhyuk - Siapa? Tu yang kat banner tu la. Dia adalah member yang paling aku suka sebab dia paling berkarisma bila menari gitu.

2 - Kyuhyun - Yang kat atas bersuit hitam ni. Suara dia memang best dan kalo dia nyanyi lagu ost confirm aku akan terus je suka.

3 -  Eeteuk - Dia ni memang seorang leader yang bagus. Sepanjang beberapa kali aku pergi konsert Super Junior, memang terserlah ciri-ciri seorang leader. Sekarang ni beliau serve for his country and will be back after 2 years

4 - Donghae - Si abang ikan manje ni, memang sentiasa buat korang akan rasa jatuh cinta atau lebih tepat untuk aku, simpati. Sebab? Perwatakan selamba dan tak bersalah dia memang buat korang tak tau nak marah ke apa ngan dia ni.

5 - Sungmin - Beliau juga adalah sebaya aku ok. Top bias kembar aku. Aku suka dia ni sebab dia sangatlah cool. Susah nak marah, penyabar, atau senang cakap, sifat-sifat cool tu lengkap ada kat dia dan paling penting dia sangat berbakat.


Read more ...

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Assalamualaikum kawan-kawan.
Dah nak abis waktu rehat dah ni. Tapi, sebelum off, jom join segmen dari blogger Eraz ye.


Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 

Selamat bersegmen semua

Read more ...

Nobita Lebih Pandai Dari Doraemon?

Assalamualaikum semua..

Pepagi ni masa aku sampai ofis, terserempak dengan seorang kawan yang muka dia hampir nak sama dengan Harry Potter. So, kiranya kawan aku ni kategori handsome la kan orangnya. Hahah..tapi yang peliknya, muka dia pagi telah mengingatkan aku kepada Nobita dan Doraemon? Hah?! Apa kes?! 
Aku pun tak faham........hmmm

Maka, bila keluar dari lift tingkat 17 ke ofis aku, tetibe dalam kepala aku bermain soalan-soalan yang aku pun tak tau jawapannya. Soalan yang paling aku nak tau ialah, apa akan jadi kalau Nobita lebih pandai daripada Doraemon? Hahahah..tergelak sorang aku kat surau tadi. Ye la kan..Nobita tu kan ke bodoh-bodoh alang sikit. Dah la selalu je fail kalo buat sesuatu perkara. Pastu dengan akal tak sebijak Doraemon yang ada poket hikmat sakti tu. 

Korang bayangkan, tetibe Nobita jadi pandai daripada Doraemon..agak-agak la kan, tercabar tak Doraemon? Rasa-rasa dorang akan bermusuh ke sebab nak fight sapa lagi hebat? Atau mungkin Doraemon dan Nobita akan bergabung tenaga untuk bentuk satu team penyelamat dunia anime dorang tu.? Ke, Nobita akan sentiasa gunakan kepandaian dan kebijaksanaan yang ada untuk mencari helah tak nak buat keje sekolah dan kerja rumah? Ke dia akan guna kepandaian tu untuk buli balik Giant dan Sunyo? Ataupun, dia gunakan kepandaian itu untuk pikat gadis idaman dia, Sizuka?

Haaaa.....korang rasa macam mana? Terpulanglah pada penilaian korang dan pandangan korang. Janji Nobita tetap satu watak kartun yang takkan jadi realiti dialam maya kerana kartun adalah kartun yang hanya dicipta oleh manusia yang suka berimaginasi.

Aku tinggalkan korang dengan pertanyaan ini..kalo korang dapat jawab, korang memang manusia yang lebih bijak daripada pengarang kartun ni. Hahahhaa

*By the way, aku akan reply semua komen-komen yang aku tak sempat nak reply dan follow balik sapa-sapa yang dah follow aku. Maaflah, busy skit 1-2 minggu ni.

Wassalam
Read more ...

Monday, February 25, 2013

Makan-makan Dihari Isnin

Assalamualaikum semua...

Muka excited nak makan..hahaha
Semalam tak dapat nak blogwalking..so, hari ni balas dendam blogwalking mana yang sempat. Rasanya separuh je kot malam ni. Maaf ye kengkawan..nanti I abiskan blogwalking secara perlahan-lahan..Busy skit la 1-2 minggu ni.

OK...kisahnya, hari ni merupakan hari gaji bagi penjawat awam dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Maka, aku dan geng unit aku, Ridzuan plan nak ke Publika sebab nak gi bakery shop, Free Mori. Rindunya nak makan Free Mori. Lama kot..sejak sejak aku dah malas nak keluar time rehat sejam ni.

Kitorang plan sejak pukul 9 pagi kau. Plan nak ke sana, tapau roti pastu balik. Tapi dalam pukul 11 lebih, aku tanya Senior Exec kat unit aku, Kak Alin, samada nak join ke tak. Ye la, Kak Alin ni kan 'kamching' aku, haruslah kena tanya Kak Alin whether dia nak ikut ke tak kan. Bila dah tanya Kak Alin, plan dah jadi lain. Kak Alin nak makan kat Chawan, sebab nak makan nasi. So, aku dan Wan ok je la.

Dah pukul 1245 tetibe boss aku, Puan Anisah dan Asst. Manager, Cik Huda datang tempat CC Ina. Kitorang discuss sal keje jap sampai la aku cakap, yang kitorang nak gi keluar makan kat Publika. Haaa..lagi sekali plan terus jadi lain. Aku ajak Puan ngan Cik Huda join sekali kitorang. Hahahhaa..dorang pun ok je la kan. Maka dengan itu, tepat pukul 1 kitorang gerak dengan kereta Kak Alin. Memang riuh kereta Kak Alin bila yang naik keta tu semua jenis mulut kecoh.
Kak Alin dan Ridzuan
Sampai je kat parking, kitorang amik lift. Yang xleh blah, bila lift asyik berhenti kat level yang salah. Kali ketiga pintu lift terbuka baru la kitorang sampai kat level yang sepatutnya. So, terus je la gi restoran Chawan tu kan. Dapat je tempat duduk, terus order menu. Masing-masing lapar. Tapi aku tetap tak nak makan nasi sebab nak control jumlah pengambilan karbohidrat dalam sehari. Eceh.
Cik Huda dan Puan Anisah
Aku order, air teh o ais limau dan tauhu bakar..dan orang2 unit aku turut order menu yang dorang nak makan la. So, inilah antara menu yang kami order.


Harus posing tanda setia gitu
Tapi yang kesiannya kat aku la sebab order aku si tauhu bakar lambat sampai..akhirnya aku suruh je orang tu bungkuskan sebab dah xsempat nak makan. Demi untuk tidak mengecewakan diri ini, aku tetap juga singgah kat Free Mori dan beli pastry dan biskut yang sedap ini..hahaha
Thumbelina chocolate cookies *rasa sebiji cam biskut suji tapi rasa coklat
Tripplet Chocolate yang paling best...
Read more ...

Sunday, February 24, 2013

Home Made Apple Smoothie

Assalamualaikum semua.
Maaf, malam baru dapat update entry. Alkisahnya, kembar guna laptop seharian. So, aku hari ni puasa la berblog.
Tadi lepas aku selesai solat maghrib, tetibe mak minta aku buatkan jus epal sebab mak takde selera nak makan. Kesian mak.
So, demi untuk tidak mengecewakan mak, aku pun ke dapur untuk mulakan misi buat jus tu. Tapi, aku memang tak pernah buat jus buah tau. Hahaha
Buka peti ais, amik epal pastu terus je potong2 buah tu jadikan bentuk cube. Mula la dalam kepala ni fikir, kan best kalo dapat buat Apple smoothie. Hahaha..siap je potong buah, terus cakap kat mak, "mak, Anim buat apple smoothie nak tak? Tapi ni first time nak buat la. Hahaha". Mak jawab ok je tak kisah.
Maka dengan itu, percubaan pertama dimulakan ye. Dah siap terus masuk dalam blender. Jadi ke tak ni? Sekali siap dan bagi mak rasa. Hahaha. Alhamdulillah..lulus mak cakap. Sedap walaupun tak letak gula. Ok la tu kan. Heheh
Aku sempat rasa skit yang aku buat untuk mak, Haah la..sedap gak. Maka dengan itu, terus buat untuk diri sendiri la jawabnya.
So, inilah hasilnya. Hehehe..jemput minum korang..sapa nak? Meh datang rumah, nanti aku buatkan ye.




posted from Bloggeroid
Read more ...

Saturday, February 23, 2013

Awesome Cotton candy ever!

Assalamualaikum semua..

Video ni aku jumpa kat Facebook tadi. Kawan aku share tadi. Memang menarik. Cara-cara buat Cotton Candy atau bahasa Melayu kita panggil gula-gula kapas. Cantik tau..kalo ada kat Malaysia, SAH aku akan beli.Hahaha


Sumber: 哈哈哈!笑死我了!
Read more ...

Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum semua..dah lunch ke?

OK..mari kita join segmen dari Blogger famous, Mialiana
Caranya mudah sangat dan sila klik banner untuk join ye. Segmen ni berlangsung hari ni.



Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Read more ...

Minggu Media Sosial 2013 (MSMW 2013)

Assalamualaikum semua..selamat pagi..

Mari kita mulakan dengan bismillah..

Minggu Media Sosial 2013 (MSMW 2013) akan berlangsung bermula 26 Feb - hingga 3 Mac 2013. Bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dengan acara kemuncak Persidangan Penulis Blog Dunia dan Anugerah Media Sosial 2013 akan diadakan pada 27 dan 28 Februari 2013. Blogger favourite aku, Hasrul Hassan turut tercalon dalam anugerah ini bagi kategori Favourite Educational Blog. 

Setengah jam yang lepas, aku terima emel jemputan untuk menghadiri conference ni pada 27 & 28 Februari. Complimentary seat for 2 persons. Tapi kena daftar online dulu..terus je la online kan. Kalo tengok pada panelis conference ni, memang semuanya hebat-hebat belaka tau. Tetibe je rasa kerdil diri ini. Perdana Menteri Malaysia juga akan hadir pada conference ini. 

Selain invitation through emel ni, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak turut adakan contest untuk mereka yang berminat untuk hadir ke conference ini. Berikut dibawah ini adalah details untuk contest tersebut yang aku petik daripada Facebook PM kita ni


SOCIAL MEDIA WEEK 2013: Tickets to Be Won!
Malaysia Social Media Week 2013 (MSMW) is a national event connecting people, content and conversations around emerging trends in social and mobile media. This year, MSMW 2013 will be held at Berjaya Times Square from 26 February to 3 March, including the conference and World Bloggers & Social Media Awards 2013 on 27 and 28 February. We would like to extend the opportunity of attending this prestigious event to you, our loyal followers. The selected winners will receive tickets worth RM399 each, which covers the events in those two days.

CONTEST MECHANICS
To participate and win these invites, simply follow these steps:
1) Post a status on Facebook, mentioning Malaysia Social Media Week or MSMW2013 while tagging @Najib Razak in the post, telling us why you wish to particpate.
OR
2) Post on Twitter using the hashtag #MSMW2013 while mentioning @NajibRazak expressing your wish to go
3) Participants with a high number of Likes on their Facebook status or retweets on Twitter will stand a chance to win a pair of tickets.

TERMS AND CONDITIONS
· This contest is only valid for Malaysians with a valid IC.
· Winners will be randomly selected by the administrator. All decisions made are final.
· All notifications will be sent via Facebook Message (in your Facebook’s ‘Others’ box instead of your usual inbox) or Twitter Direct Message. You will have to check your Facebook & Twitter inbox periodically during the duration of this contest.
· Each winner is entitled to 2 (two) tickets
· One registration is only allowed for each valid I/C number only
· Please ensure all information provided is accurate and complete. The administrator reserves the right to disqualify your participation based on incorrect submissions.
· Submissions need to be made before 12 noon on 25th February 2013, so take action now to stand a higher chance of winning those tickets.
· By registering for this contest, you also consent to receive email updates from 1Malaysia.com.my.
 For more information about the event, visit www.facebook.com/MalaysiaSocialMediaWeek or www.socialmediaweek.com.my


Sekarang ni, aku masih tunggu bos aku reply samada bagi tak kebenaran untuk aku hadiri conference ni. Kalo boss aku bagi, Insha Allah, aku pergi la. 

Korang pun mesti dapat invitation ni kan? Insha Allah, kalo boss aku bagi permission, aku akan ke sana. Jumpa disana ye.
Read more ...

Penat

Assalamualaikum semua...apa khabar?

Maaf, tiada entri yang dapat aku update malam ini selain entri kepenatan ini. Blogwalking pun tak sempat. Hari ni balik lambat lagi dari ofis kerana membantu pegawai dan boss aku menyiapkan senarai tugas warga unit untuk diserahkan kepada Unit Perancangan Organisasi. Company aku akan ada major restructuring yang dijangkakan akan berlaku pada pertengahan tahun ni. So, berhempas pulas la kitorang nak menyiapkan senarai tugas tu sebab nak balancekan tugas untuk setiap warga unit. Ini supaya, tiada sesiapa yang terbeban dengan tugas yang diberi. 

Aku sampai rumah dalam pukul 11pm tadi. Sampai2 je, terus makan sebab perut dah LAPAR...ok, nak masuk tido, sebab esok ada hal lain pulak.

Read more ...

Friday, February 22, 2013

...Jangan Jadi Seorang Yang Ego...

Assalamualaikum semua.. Salam Jumaat..
Sempena keberkatan hari Jumaat, penghulu segala hari, mari kita bersama-sama renungkan, adakah kita telah menjadi seorang sahabat yang baik dan rendahkan sedikit ego kita demi sebuah persahabatan.


MALAM TADI KAMU DAN KAWAN BAIKMU BERTENGKAR. KAMU MEMBUAT  KEPUTUSAN TAK MAHU BERCAKAP DGNNYA KEESOKAN HARINYA.  DIA SENYUM KEPADAMU.SEBALIKNYA KAMU MENGETAP GIGIMU KPDNYA. DIA MENCERITAKAN PERKARA YG BAIK TENTANG KAMU KPD KWAN2NYA YG LAIN. 
KAMU PULA MENYEBARKAN KHABAR ANGIN MENGENAINYA. DIA CUBA MENDEKATIMU DAN MENEGURMU. TAPI KAMU TOLAKNYA KE TEPI.  BAGINYA KAMU SEORG KAWAN YG TERBAIK. 
KAMU PULA RASA DIA SEORG KAWAN YG PALING TERUK PERNAH KAMU JUMPA. DIA PUN MENULIS NOTA KPDMU DAN MENCERITAKAN SEMULA KENANGAN MANIS YG PERNAH KAMU DAN DIA KONGSI BERSAMA. KAMU PULA MENULIS SEMUA SAAT BURUK YG KAMU INGAT SEPANJANG BERSAMANYA. 
JAUH DI SUDUT HATIMU KAMU MENGASIHANINYA. TAPI DI HATIMU SUDAH PENUH DGN KEBENCIAN. 
KEESOKAN HARINYA KAMU JUMPA SATU NOTA DRPDNYA: 

DEAR_________, 
SAYA CUBA MEMBERITAHU KAMU SEMLM TAPI KAMU TAK BERI PELUANG UTK SAYA 
BERCAKAP. SAYA CUBA BERITAHU KAMU BERITA GEMBIRA TAPI KAMU TAKUT UTK 
MENDENGARNYA.SAYA CUBA UTK SENYUM KPDMU TAPI KAMU SAMBUT SENYUMAN SAYA 
DGN KEBENCIAN. SKRG NI KEADAAN SAYA SGT TERUK DAN MAKIN TERUK. 

SAYA MINTA MAAF SBB HARI NI SAYA TAK DPT BERJUMPA DGN KAMU. 
SAYA TULIS SURAT SEMASA SAYA DI HOSPITAL.SAYA SUDAH KESUNTUKAN MASA. 
SAYA MINTA MAAF SBB TERPAKSA BERITAHU KAMU SKRG. 
SAYA MINTA MAAF ATAS PERGADUHAN KITA,KAMU MMG SEORG KAWAN YG HEBAT. 
SAYA JANJI SAYA AKAN SENTIASA MEMERHATIKAN KAMU. 

SALAM KASIH SAYANG, 

________________ 

KAMU PUN BERLARI KE HOSPITAL UTK MEMINTA MAAF PDNYA.  TAPI HANYA IBUNYA SAJE YG ADA DI SITU.  IBUNYA MENEKAP MUKANYA DGN KEDUA BELAH TGNNYA. DAN DIA PUN MENANGIS.DIA MELUTUT DAN BERDOA SUPAYA TUHAN KEMBALIKAN ANAKNYA. KAMU SUDAH TERLAMBAT. 
KAMU BERHARAP DPT BERITAHU KAWANMU YG KAMU MINTA MAAF DAN UCAPKAN SELAMAT TINGGAL. 

PENGAJARANNYA: 

SEMUA KAWAN ADA MASA NAIK DAN TURUN.DAN KADANGKALA KAMU PERLU MEMINTA MAAF.JGN TUNGGU ORG LAIN MELAKUKANNYA DULU.SBB KAMU TAKKAN TAHU APE AKAN TERJADI ESOK HARI. 
KALAU KAMU BENAR2 SYGKAN KAWANMU DAN SANGGUP BERKAWAN HINGGA NAFAS TERAKHIR,TOLONG FORWARDKAN EMAIL INI DAN TUNJUKKAN PDNYA YG KAMU BENAR2 MEMPUNYAI HATI DAN PERASAAN. 

KAMU MASIH BERHATI PERUT JIKA KAMU FWRDKAN EMAIL INI PD SEORG SHJ. TAPI JIKA KAMU TIDAK BUAT BEGITU, BOLEH KATAKAN YG BILA KAMU PERLUKAN  PERTOLONGAN, TIADA SIAPA YG AKAN MEMBANTU KERANA KAMU TIDAK MENGINGATI SURAT INI.. 



DENGAN ITU SAYA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA 
SEPANJANG PERKENALAN KITA ADA PERLAKUAN DAN TUTUR KATA YANG TIDAK DISENANGI 
DI HATI KALIAN SEMUA. 

I'M THANKFUL U'RE MY FREN!.... 

Read more ...

Thursday, February 21, 2013

Little Habit Can Make A Big Change

Assalamualaikum friends..

Here are some tips for a healthy skin.
Source : ESTEE LAUDER MALAYSIA
Don't forget to get the sample of the New Advanced Night Repair Serum by Estee Lauder.

Click http://on.fb.me/WIGwPq (via desktop) and http://bit.ly/VEhSBr (via mobile) for more info.






Read more ...

Segmen : Permulaan Perjalanan Blog Saya


Assalamualaikum..

Mari kita join lagi segmen ye...

Seperti biasa, sila klik banner kalo nak join.

Nama Blog:
아이님 블로그 (Ainim Blog)

Tarikh Mula Blogging:
17 Ogos 2008

Kenangan Manis & Pahit Semasa Berblog:
Kenangan Manis: Fan blog saya mencapai 1 juta view setelah hampir 2 tahun saya aktif dengan blog tersebut dan fan blog inilah yang banyak bagi sumbangan kat akaun Nuffnang saya.

Kenangan Pahit: So far, belum ada lagi

Idola Semasa Mula Berblog:
Dulu-dulu takde tapi sekarang Idola aku ialah Hasrul Hassan dan Nick Nashram.

Saya tag +Athirah Farah & +Farah Waheda Wahid  :)

Blog memang beri kepuasan kepada aku kerana aku suka menulis. Dan kerana blog aku jadi lebih celik tentang realiti dunia dan banyak berkenalan dengan rakan-rakan baru. Walau didunia maya, tapi tak salahkan sekiranya kita ikhlas berkawan.
Read more ...

SEGMEN : Song In My Heart

Assalamualaikum semua...dah makan malam?
Aku lambat sampai hari ni sebab banjir kat KL tadi sebabkan aku terpaksa balik lambat. Alhamdulillah, masa time aku balik tadi, banjir dah surut dan jalan tak la teruk sangat jam.

OK..entri ni aku dah save dalam draft petang tadi cuma xsempat nak publish je sebab kesuntukan masa.
Tanpa buang masa, aku nak bagitau, aku join segmen by Sally ni.
Nak Join? Cam biasa, sila klik banner kat atas ni.


Tajuk lagu: Way
Penyanyi: Super Junior
Sebahagian lirik yang membawa makna:
If there are things you cannot leave behind
Like farewells or unforgettable dreams
Just take them with you

Kenapa suka lagu ni...?: Lagu ni berkisar tentang perjalanan kehidupan. So, banyak beri semangat untuk aku la kiranya.

Kalo korang nak dengar lagu sepenuhnya..boleh tonton video dibawah



Selain tu, lagu yang sememangnya fav aku ialah dari Inteam. Lagu ni bakal dimuatkan dalam album baru Inteam nanti, iaitu Jatuh Bangun

Bait lirik yang paling beri kesan pada aku ialah

Tuhan...
Aku tanpa Mu, hidup ku menderita..
Sunyi hati, kelam jiwa bagai terpenjara

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMu
Meski jatuh dan terbangun...
Ku tetap bertahan...

Aku suka lagu ni kerana ia banyak beri kesan dalam hidup aku. Dalam proses aku untuk melakukan refleksi diri, lagu ni banyak beri semangat baru untuk aku. Terima kasih Inteam.



Kepada korang semua..selamat join segmen ni ye..
Read more ...

Kenangan Mengusik Jiwa: Gambar-gambar sekolah

Assalamualaikum semua..selamat tengahari

Dah lunch ke? Aku puasa ganti hari ni..
Tengah hari ni sambil2 blogwalking, meh aku tepek gambar-gambar kenangan aku semasa di Tingkatan 5. Rindunya aku pada kawan-kawan sekolah terutama geng-geng sekepala. Kelas aku ni memang meriah sangat sebab pelajar-pelajar lelaki terdiri daripada mereka yang sangat gila-gila remaja gitu.
Kelas 5 Sains Jaya memang beri kenangan indah semasa aku bersekolah.

Korang macam mana? 
Read more ...

Rindu Arwah Abah

Assalamualaikum semua..

Ada yang dah tido? Kalo belum, sila baca entri ni. 
"Anim rindu abah". Itu ungkapan yang mampu aku katakan saat ini. Dah hampir 8 tahun abah pergi dijemput Ilahi. Abah aku memang sakit sejak aku kecil lagi dan abah juga blind after second operation untuk buang tumor dikepala. So, kiranya abah tak dapat melihat aku dan adik beradik membesar la. Tapi, orang yang buta mata seperti abah, diberi kelebihan celik mata hati. Abah boleh bayangkan bagaimana wajah kami adik beradik.

Abah aku seorang yang tegas tapi kelakar. Suka gurau dengan kitorang adik-beradik. Abah suka salah sebut nama-nama artis yang kitorang suke masa kecik-kecik dulu. Back street boys jadi basket ball la, macam2 la. Abah ni suka lagu-lagu pop yeh yeh. Maklumlah, tu kan zaman abah. A. Ramli antara yang arwah abah suka sangat tapi ada satu lagu A. Ramlie tu, kalo abah dengar, aku boleh nampak abah mengalirkan air mata. Mungkin sebab keperitan hidup dia apatah lagi disisihkan adik beradik dia bila dah sakit. Ya Allah, bertakung air mata bila ingat balik kenangan tu.
Abah ni masa arwahnya sihat, mak kata pandai masak tau. Arwah abahlah yang ajar mak masak. Maklumlah, mak anak bongsu dalam keluarga. So, memang dimanjakan oleh abang-abang dan kakak-kakaknya. Untungkan.hehe. Tapi bila kahwin dengan abah, mak banyak belajar masak daripada abah. Hebat tak abah aku?

Januari 2004, abah diserang epilepsi yang teruk sehingga menyebabkan abah dimasukkan ke dalam wad hampir sebulan. Sejak dari itu, tahap kesihatan abah terus menjunam teruk. September 2005, abah menghembuskan nafas akhir disisi emak. Kami adik-beradik tak sempat mengadap abah sebab masa tu aku dan kembar disekolah, kakak-kakak semua ada di Kuala Lumpur dan Putrajaya bekerja. Semuanya berlaku dengan pantas dan tanpa ada tanda-tanda. 

Bila kenang kembali, sedihnya kehidupan abah. Sudahlah sakit, disisihkan oleh adik-adiknya sehingga ke akhir hayat, tiada seorang pun adik-adik abah yang datang menziarahi jenazah abah. Tak mengapalah, mungkin itu dugaan untuk abah. Akan tetapi, aku yakin abah redha dengan dugaan Allah. Abah seorang yang pemaaf. 

Aku rindu abah. Rindu yang teramat sangat. Entah kenapa sejak akhir2 ni bila aku dengar berita kematian, rindu pada abah sangat mencengkam jiwa. Apa yang aku mampu buat cuma berdoa untuk kebaikan abah dialam barzakh. Semoga Allah sentiasa merahmati abah dan melindungi abah dari seksa kubur. 

Al-Fatihah untuk arwah abah, Abdul Rashid Bin Hashim (1956-2005)

Read more ...

Wednesday, February 20, 2013

SEGMEN FATIN FARHANAH MENCARI BLOGLIST MARCH

Assalamualaikum semua..dah dinner?

Ok..rasanya dah lebih seminggu aku tak join apa2 segmen or GA. Bukan xmo join dan bukan juga jual mahal sebab aku agak memilih sebab lebih suka join segmen yang simple dan tak perlu banyak2 klik sana sini. Pening.

OK..Tertarik dengan entri blogger Aimi Syahirah, maka dengan ini aku akan join segmen ni. Memandangkan ni first segmen beliau, tak salah kalo nak join pun. Kita kena la bagi support kat kengkawan blogger. Tak gitu?

OK..berminat nak join? Just clik the banner.

Selamat bersegmen kawan-kawan


Read more ...

Wordless Wednesday

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat blogger sekalian.

Wordless Wednesday untuk hari ni...tafsirkan mengikut akal fikiran kurniaan Allah. :)
Read more ...

Tuesday, February 19, 2013

Nora - - Hikmah (Dilema 2012)



Assalamualaikum...

Sebelum offline...mari kita sama-sama dengar lagu Hikmah daripada Nora. Lagu yang diolah kembali daripada lagu asal, Dilema.
Asalnya kawan aku, Kak Wan Su yang minta tolong downloadkan lagu ni. So, sementara aku convert kepada mp3, mari kita dengar dulu ye
Read more ...

10 tanda-tanda manusia yang mempunyai SAKA

Assalamualaikum semua..

Malam ni seperti biasa, blogwalking blog kengkawan. Tapi aku tertarik dengan beberapa entri I Luv Islam.
Mengenai saka. Aku pernah ada pengalaman tengok orang tua yang ada saka makan tau. Dia punya selera, kalah kot orang yang kuat makan. Hehehe..badan kecik tapi selera ibarat mak badak.heheh.

Kenapa masih ada segelintir masyarakat yang memiliki / mempunyai saka? Antaranya ialah sebagai penjaga, untuk kecantikan, untuk kekuasaan dan macam2 lagi la. Jadi, apa tanda2 orang tu ada saka?
1. Menderita sakit yang tidak diketahui apa punca nya.. Pergi ke klinik/hospital doktor tidak mengesan apa punca peyakitnya..Begitu jua dengan sakit jantung,dengan tanpa diketahui tiba2 dapat serangan jantung..
2. Sakit yang dideritai berpanjangan dan berulang-ulang. Mislanya gastrik,kencing manis,darah tinggi,maigrain yang tidak akn sembuh dan kekal di dalam badan pesakit. Hilang hanya seketika,kemudian datang semula..
3. Menderita penyakit misteri.. Asyik terkena sihir sahaja.Rupa nya sihat akan tetapi sebenarnya sakit. Adakala nya serperti tidak boleh tengok matahari,sentiasa hendak tidur,lemah,lesu dan sakit pada badan yang tidak diketahui oeh sebabnya..
4. Penyakit keturunan serperti kemurungan.gout dan gila.
5. Jodohnya panas.. Cth nya serperti susah dapat jodoh,ada orang suka akhirnya tidak jadi,kadang-kadang sama suka,tapi akhirnya tidak jadi kahwin.. Semua ada kaitan dengan saka,yang selalu menggangu perasaan..
6. Sukar mendapatkan zuriat,kadang-kadang sudah kahwin bertahun-tahun masih tidak dapat cahaya mata.. Apabila saka itu sudah ada di dalam badan maka ia tidak mahu berkongsi dengan orang lain apabila sudah dapat makan dari tubuh manusia.. Ada yang boleh mengandung akan tetapi selalu keguguran,biasanya berhadapan dengan saka jin nenek.. Anak hilang di dalam kandungan itu juga disebabkan oleh saka itu dinamakan saka bunian atau saka kayangan,ia jenis haruman..
7.Mempunyai emosi yang tidak stabil,sering beremosi,cepat merajuk,cepat marah,sensitif yang kerterlaluan dan cepat naik angin..
8. Jauh daripada ALLAH,semakin lama semakin liat untuk melakukan ibadat.. Ada juga kes yang apabila diberi sepotong Ayat Al-Quran dan zikir di amalkan mereka tidak mampu mengamalkan nya,rasa panas,malas,mengantuk sangat,hingga tidak dapat melakukan nya..
9. Di dalam keluarga ada anak-anak yang sangat nakal,kecil-kecil sudah melawan orang tua dan terlalau degil..
10. Salah satu tanda lelaki yang mempunyai saka ialah isteri orang sangat tertarik kepada nya.. Bukan nya anak dara.. Itu semua nya kerja saka.. Jika tertarik maka satu kejayaan bagi iblis yang menghancurkan rumah tangga manusia..
Sumber : luvislam92
Kesimpulannya, sebagai orang Islam, kita sepatutnya mengelakkan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang membawa kepada syirik dan khurafat ni. Kalo korang ada kenalan yang punya saka, sebaiknya berjumpalah dengan para alim ulama yang mampu membantu membuang saka tu dan bertaubatlah. Mohonlah segala kebaikan daripada Allah SWT. Insha Allah, hidup akan lebih berkat.
Read more ...

50 Ways To Take A Break

Assalamualaikum semua...
Selamat malam..sekarang ni baru sempat update blog sebab siang tadi xsempat.
Semalamkan aku cakap yang aku letih, so kepada korang semua yang aku sayangi...kat bawah ni ada cara-cara untuk kita berehat sebentar. 
Mungkin ini sekadar perkongsian ringan untuk semua. Apapun, cara terbaik ialah, dengan merenungi kebesaran Allah. Itu akan buat kita lebih bersyukur dengan kehidupan kita. 

Sumber : fullcupthirstyspirit.com
Read more ...

Monday, February 18, 2013

Selamat Malam..Assalamualaikum

Assalamualaikum semua...

Sesi blogwalking dah setel..semalam xdapat nak blogwalking sangat sebab seharian spend masa dengan mak dan entri blog pun update sikit je. Hari ni bajet nak update banyak tapi memandangkan tadi ada keje urgent yang perlu diselesaikan kat ofis, so balik lambat pulak. Pastu stuck dalam jam, adoi la..sampai rumah dalam pukul 8.15pm dengan terkejar-kejar nak solat maghrib lagi, makan malam lagi.

Nak update entri pun dah letih. Skit2 je la untuk hari ni. Insha Allah, esok kalo jadi puasa, tengah hari nak update blog + blogwalking mana2 yang sempat ye. OK la...kita jumpa esok ye kawan2. Kepada semua, mohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa ye.

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..baca doa dulu sebelum tidur ye..

Read more ...