Thursday, January 31, 2013

"Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar"


Assalamualaikum dan selamat malam.

Malam ni, nak join lagi segmen yang dianjurkan oleh blogger Leeyana. Segmen kali ni best juga sebab kita pilih lagu kegemaran kita.

So, lagu favorite aku sejak hampir setahun lalu ialah Way, nyanyian kumpulan kegemaran aku, Super Junior. Lagu ni dalam bahasa Jepun. 

Lagu ni memang banyak bagi semangat pada aku sebab liriknya pun berkisah tentang perjalanan untuk menuju kejayaan la katakan.

Kalo korang belum pernah dengar lagu ni, boleh tengok kat video yang aku attach kat bawah ni



+Rafique Niihara +Ain Kyuhee

Nak join sama? Klik banner kat atas tu ye. Selamat berjaya kepada yang join segmen ni.

Read more ...

"My First Giveaway by Echa"

Assalamualaikum semua..

Malam ni aku nak join satu GA dari seorang blogger awesome. *Ni bukan bodek ye kawan2.

Caranya sangat mudah. Nak tau? Sila klik banner kat atas tu ya.

Sekadar nak memeriahkan segmen ni. :)
Read more ...

Kematian

Assalamualaikum semua.

Hari ni mood aku ok cuma tetibe teringat soal kematian. Kisahnya, Selasa lepas, aku dapat perkhabaran yang bapa kepada kawan aku, Suraya Zahrim telah meninggal dunia akibat serang jantung. Sangat mengejut pemergian arwah. Sungguh terharu aku dengar khabar itu. Mungkin sebab aku dapat rasakan apa yang Sue rasakan. Aku pun dah takde abah yang meninggal sewaktu aku berusia 19 tahun.

Masih segar lagi dalam ingatan bila aku yang time tu sedang jawab exam Pure Math utk trial STPM, tetibe rasa jantung seperti disentap sehingga menyebabkan pen yang aku pegang tibe2 tercampak jatuh. Terkejut sangat time tu. Tapi, aku xtau la rupanya waktu tu Abah aku meninggal dunia sama waktu dengan kejadian tu berlaku. Bila balik rumah je, abah dah xde. Mulanya xpercaya tapi apakan daya aku seorang manusia biasa, kena tetap redha dengan pemergian abah. 

Berbalik kepada cerita ayah Sue, memang beri kesan pada aku. Ntah kenapa aku rasa sayu sangat dengar. Sebagai kawan, aku xmampu buat apa2 melainkan beri semangat kepada Sue untuk terus tabah. 

Petang semalam, masa aku sampai rumah, mak bagitau yang pakcik aku (abang ipar mak) meninggal dunia juga. Ya Allah, satu lagi kematian yang aku dengar. Al-Fatihah je yang mampu aku sedekahkan. Nak menziarahi arwah memang xdapat sebab tau pun dah lambat sangat. 

Pagi ni pulak, sekali lagi aku dapat berita kematian bapa ex-manager unit aku yang sekarang ni posting kat Los Angeles, Cik Norbilah. Bapanya meninggal dunia subuh tadi di Jerteh, Terengganu. Ya Allah, sekali lagi kau mengingatkan ku kepada kematian. Xmampu aku nak cakap apa2. Cuma sedekah Al-Fatihah yang boleh diberi.

Sejak dari hari Isnin sehingga ke hari ni, aku sentiasa diingatkan dengan kematian. Ya Allah, kau sentiasa mengingatkan aku sedangkan aku sering leka dan kadang terlupa pada kematian yang sesungguhnya pasti. Aku sedar yang semakin meningkat usia ku, semakin hari berlalu maka kematian itu juga semakin menghampiriku. 

Ya Allah, ku pohon kepada-MU, berikanlah aku peluang untuk bertaubat sebelum kematianku. Janganlah kau tutup pintu hatiku dari bertaubat. Sesungguhnya Ya Allah, aku ingin masuk ke syurga-Mu. Kau pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhai. Terima kasih Ya Allah kerana sering mengingatkan aku kepada kematian yang pasti. 

Image credit: as tagged
Read more ...

Wednesday, January 30, 2013

Buah Tangan Dari Bandung

Assalamualaikum kawan2. Hari ni blog aku meriah sebab banyak komen diterima. Terima kasih banyak2 ye.

Pagi ni mood ceria sebab xbangun lambat dan sempat mandi sebelum subuh. Alhamdulillah. 

Pagi tadi, kawan aku, Azima yang merupakan geng Gym aku datang singgah tempat. Tup2, Azi keluarkan bungkusan jernih yang merupakan kain untuk buat baju kurung. Oh, rupanya buah tangan untuk aku yang Azi belikan semasa percutiannya di Bandung bersama keluarganya.

Terharu aku sebab aku dan Azi baru je berkawan baik tapi Azi ingat kat aku dan beri buah tangan istimewa ni. Hehehe...rezeki di hari Rabu la kiranya ni.

Warna purple kain ni..memang fav aku la kiranya. Sampai rumah tunjuk kat mak. Mak kata cantik. Senyum aku. Hehe...

Thanks Azi..sayang Azi :)
Read more ...

Wordless Wednesday

Assalamualaikum semua..
Wordless Wednesday for today...
Sumber: www.visitkorea.co.kr
Read more ...

Tuesday, January 29, 2013

Doa Untuk Ibu

Assalamualaikum..

Sharing is caring...
SAYA SAYANG MAK SAYA

Read more ...

CONTEST : BLOG BERTUAH 2013

Assalamualaikum semua. Selamat malam...

Malam ni baru dapat online dan dapat update blog setelah setel blogwalking lebih sejam. 
So, untuk malam ni, aku nak join lagi 1 segmen by Cik Bubu. 

Kenapa aku join segmen ni? Sebab nak mencuba la.

3 sebab kenapa blog aku perlu dipilih sebagai blog bertuah?
1 - Sebab blog aku ni baru nak bangun setelah lama sangat tido. Kiranya aku telah berikrar tahun ni untuk mengaktifkan kembali blog aku dengan entri2 yang diharap mampu member impak positif kepada para pembaca.

2 - Sebab ini adalah sebagai satu semangat kepada aku untuk terus lebih aktif sebagai blogger.

3 - Sebab aku rasa blog ni mungkin boleh jadi bertuah kalo tuan tanah Cik Bubu pilih blog ni sebagai blog bertuah. Ye tak? Ye tak?

Ye..blog saya kemas dan cepat loading.

Thanks kepada Cik Bubu sebab buat contest ni ye. Kalo korang nak join, sila klik banner kat atas tu ye.
Read more ...

My Beautiful Malaysia Day 2013 [3 Feb 2013]

Assalamualaikum semua.

Hari ni dah 29 Januari 2013. Tinggal lagi beberapa hari je lagi nak ke bulan Februari pulak. Oh, cepat sungguh masa berlalu kan. OK...mari kita teruskan topik yang diperkatakan hari ni.

My Beautiful Malaysia Day 2013. Apakah yang kalian faham mengenai program ini? Adakah ianya program pelancongan? Atau mungkin sekadar festival seperti Floria? Atau mungkin juga program kebudayaan? Haaa...aku sendiri pun baru nak faham program ni program apa.

Bila tengok iklan promo kat TV dah banyak sangat pasal My Beautiful Malaysia Day ni, mestilah aku yang akan join program ni di Kelantan nanti tertanya2 apakah objektif program ni kan. Ye la, xkan nak terjah gitu2 je kan.

My Beautiful Malaysia Day 2013 ni bakal dilancarkan serentak diseluruh negara pada 3 Februari 2013 dengan perasmian bakal dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Objektif program ini adalah untuk menggalakkan dan mencetuskan semangat sukarelawan dikalangan para belia Malaysia. Program ini diharap mampu memberi impak positif dikalangan belia.

Aktiviti promosi program ni sedang berjalan dengan lancar dan dijangka 1juta belia akan menyertai program ini dan aku sebagai belia Malaysia juga turut tidak ketinggalan untuk sama menyertai program ini. Tapi bukan di Kuala Lumpur tapi nun jauh di negeri Kelantan tu.

Bagaimana program ini mampu memberikan impak positif kepada belia Malaysia? Sama-sama kita nantikan pelancaran program ini dan diharap belia2 Malaysia akan turut serta join program ni. Ye la, banyak manfaat sebenarnya kalo kita join program macam ni. Bukan je mampu mengeratkan hubungan dikalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ni tetapi juga mampu mendidik kita untuk menjadi masyarakat yang mampu menyumbang sesuatu untuk negara. So, jangan asyik nak harap dan bertanya apa yang telah kita terima dan diberi tetapi kita juga harus menyumbang sesuatu juga kan. Dan yang penting, program2 seperti ni mampu membangkitkan semangat kekitaan dan cintakan kerja2 sukarela. Cewahh..hehehe

Dah daftar untuk join program ni? Kalo belum boleh klik link ni untuk info bagaimana nak daftar ye
Kat bawah ni ada serba sedikit info dan promo iklan yang sempat aku carikan untuk korang tengok2 ya.



Sumber : 1M4YOUTH Facebook
Read more ...

Monday, January 28, 2013

Adjust seluar baru

Salam korang.. ni bukan nan menunjuk tapi sekadar nak bagitau yang terpaksa buat2 rajin untuk jahit seluar yang baru aku beli semalam kat Parkson Setia City Mall. Punya la jauh mencari seluar ni dari Putrajaya smp ke Shah Alam sana. Padahal sebenarnya memang saja je jenjalan dengan family semalam.

Mula2 cari kat FOS tapi xde saiz. Alih2 masa survey kuali periuk Tefal untuk mak terus je kaki ni ringan gi Kat tempat pakaian perempuan. Hmm...jalan2 sekali nampak seluar ni terus je tanya kat promoter tu untuk saiz aku. Alhamdulillah..jumpa.

Kisahnya aku beli seluar ni sebab esok kena pakai masa monthly assembly MATRADE. Seluar yang ada dah rosak kt zip so aku pakai skirt je. Tapi memandangkan esok ada Laughter Wellness Program6, semua diwajibkan pakai seluar.

So, xyah cakap banyak, meh kita mulakan jahitan. Tapi pakai tangan je. Nak guna mesin jahit mak tu tak expert lagi kan. Heheheh..

posted from Bloggeroid

Read more ...

Top 15 Blogger Peramah Blog Nick Nashram Part 1

Assalamualaikum semua...

Nak gelak dulu..HAHAHAHA... 

OK..gembira pulak tetibe petang ni bile sedang berblogwalking di blog2 fav aku Nick Nashram dan HH, tetibe terbaca entri baru Nick. Tapi ni entri semalam la. Kisahnya semalam seharian xde kat rumah sebab gi shopping ngan family. Hehehe..so, petang ni baru la sempat buat blogwalking seperti biasa kan. 

Haaa...yang buat aku happy ni sebenarnya bila baca latest entry by Nick. Top 15 Blogger Peramah Nick Nashram Part 1. Heheh...masa baca tu rasa cam bagusnya blogger2 yang rajin dan sentiasa komen kat blog Nick ni. Tapi masa scroll down nak tengok list nama 15 blogger tu, eh..namaku juga tersenarai la. 

Terus senyum lebar sampai skang ni. Xsangka tol. :)

Actually, aku memang jadi pembaca setia blog En Nick ni since August atau September last year. Masa tu aku tengah search info tentang amalan pemakanan yang betul dan pemakanan yang seimbang bagai sume tu la. Ye la, berat dah bertambahkan. Link blog Nick ni adalah top search. Aku buka terus je baca. Lepas baca tu, sempat tengok entri2 lain. Hmm...dalam kepala cakap..bagus betul blog ni sebab info dia general dan tak tertakluk kepada sesetengah kumpulan je. Time tu follower Nick dalam 600++ dan sekarang ni dah lebih 900++. Sejak hari tu, terus bookmark blog Nick ni. Lepas tu terus je follow sebab nak cari info memang senang. 

Since October lepas, aku dah janji kat diri nak rajin update blog ni, so aku selalu blogwalking kat blog Nick ni untuk cari idea dan ilham untuk update entri. Walaupun dulu xrajin comment tapi baca xpernah missed ok.

Tahniah kepada Nick sebab makin dikenali dan semoga Nick sentiasa update blog dengan entri2 yang best. All the best Nick and thanks pilih nama saya ye. 

Kepada korang yang masih belum follow atau kenal Nick Nashram ni..sila visit blog Nick dan follow beliau k.

Read more ...

SEGMEN: Jadikan Followers Unlimited!

Assalamualaikum.. Hari ni hari Isnin maka dengan xbestnya esok hari Selasa, dah kena keja balik dan paling xbest sebab esok ada monthly assembly. Adoiiii laa...malas nak diri lelama. OK..tinggalkan rungutan itu.

Hari ni aku nak join segmen pulak. Banyak giler blogger2 Malaysia ni buat segmen sampai tak tercapai aku nak join. So, become selective skit..eh ye ke? Eh, bukan2....

Cuba tengok banner comel kat atas tu. Segmen ni dari Aimi Rahim. Aku decide nak join sebab saja je nak tambah kenalan. Nak join? Sila click kat banner tu. Tarikh tutup adalah bila-bila masa saja.

So, xyah cakap banyak..korang klik je banner tu k.. As salam

Read more ...

Saturday, January 26, 2013

Sleep Position Affects Personality - Health News - Redorbit


SHARING IS CARING :-)
Your Personality Depends On How You Sleep At Night
Lawrence LeBlond for redOrbit.com – Your Universe Online


How do you sleep at night? Do you sleep on your tummy with limbs out-stretched? Do you lay curled up in a fetal position? Or do you sleep like a log? It is probably safe to say that most of you do not think much about the way you get your Zzzs at night. But would you if you knew that the way you sleep could tell a lot about the type of personality you have?

According to body language expert Robert Phipps, the way people sleep at night actually determines a lot about the type of personality they have. In a new study on the topic, Phipps has identified four sleeping positions that affect personality.

“Our sleeping position can determine how we feel when we wake,” said Phipps.

The study was carried out as part of a survey for Premier Inn, one of the largest hotel chains in the UK. Hotel spokeswoman Claire Haigh said: “We were shocked the research revealed just how stressed we are. It is important we try to wind down after a long day and get a good night’s rest so we wake up refreshed.”

Phipps found that worriers, those who stress the most, tend to sleep in the fetal position. He found that this is by far the most common bedtime position, with nearly 58 percent of snoozers sleeping on their side with knees up and head down. The more we curl up, the more comfort we are seeking, according to Phipps.

The second most common position is the log. People who sleep with a straight body, with arms at the side, as if they are standing guard at Buckingham Palace, indicates stubbornness, and these people (the 28 percent who sleep this way) often wake up stiffer than when they went to sleep.

“The longer you sleep like this, the more rigid your thinking and you can become inflexible, which means you make things harder for yourself,” according to Phipps.

Yearner sleepers are next on the list. About 25 percent of people sleep in this style–on their backs with arms stretched out in front, looking as if they are either chasing a dream or perhaps being chased themselves. Yearners are typically their own worst critics, always expecting great results, explained Phipps. These people often wake up refreshed and eager to face the challenges of the day ahead.

However, he warned to “make sure what you yearn for is what you really want or you’ll spend a lot of wasted time and energy.”

Perhaps the most peculiar of sleep styles is the freefaller position. This sleep style makes up 17 percent of the population. They sleep face down with arms stretched out. These people, according to Phipps, feel like they have little control over their life. Not only is this the oddest of sleep styles, it also the least comfortable, and people may wake up feeling tired and have no energy.

In conclusion, Phipps has only one more thing to add: “A good night’s sleep sets you up for the following day and our sleeping positions can determine how we feel when we wake.”


Source: Lawrence LeBlond for redOrbit.com - Your Universe Online & Here 

Read more ...

5 Soalan Yang Tak Disukai Gadis Lewat Usia 20-an. [Hanya pendapat]

Assalamualaikum semua...

Camane petang Sabtu korang? OK tak?

Hari ni aku share sikit2 tentang soalan apa yang tak disukai oleh gadis2 bujang mencecah usia lewat 20-an seperti aku. Ini cuma pendapat dan pandangan aku dan kawan2 aku. Kalo rasa ada yang tak betul tu, terpulang pada penilaian masing2 ya.


1 - Soalan "Bila Nak Kahwin?"
Soala cepu tak cemas ni memang dah jadi makanan untuk gadis2 lewat usia 20-an. Orang sekeliling akan tanya dan cuba korek rahsia si gadis sehinggalah dapat jawapan. Walaupun dorang tahu mungkin akan buat si gadis kecil hati, tapi biasalah, orang2 macam ni rasa dorang ni adalah kategori manusia PRIHATIN.

2 - Dah Ada Boyfriend?
Yang ni lebih kurang sama ngan kat atas tu tapi yang ni kira kurang ganas skit. Bila si gadis cakap xde, mula la manusia PRIHATIN ni cakap si gadis memilih. Dah memang xjumpa lagi nak buat camane kan. Yang paling best, bila manusia PRIHATIN ni mula la sibuk nak tolong carikan. Prihatin la katakan. *Soalnya, ko tau ke si gadis tu berkenan ke tak dengan yg ko pilih tu?

3 - Dah Bertunang Ya?
Kisahnya bila si gadis memakai cincin, mulalah manusia PRITAHIN ni tanya. Dah bertunang ya? Siapa calon tu, orang mana? Bila si gadis cakap tak, mulanya xcaya tapi last2 tanya soalan. "Dah tu, kenapa pakai cincin?". La, kan cincin tu perhiasan wanita. Xkan cincin hanya layak dipakai oleh orang yang dah bertunang dan berkahwin je. Ye tak ye tak? 

4 - Kau Suka Si Polan Ye?
Ni pulak soalan yang memang si gadis tak suka. Kekdahnya korang tau hati si gadis tu? Pandai ke korang nak baca bahasa tubuh si gadis sampai tau sangat si gadis suka sapa. Padahal si gadis tu rilek je, tapi korang je memandai2. Jangan sebarang teka, kang silap2 orang lain yang dengar cakap si gadis ni miang plak. Tak pasal2 je jadi fitnah. Dosa tau.

5 - Kau Tunggu Si Polan Masuk Pinang Ke?
Hah...yang ni ala2 sama ngan yang kat atas tapi yang ni agak lebih kurang sopan tau. Yang ini aku pun penah kena padahal aku xpenah terfikir pun dan xpernah ada hati kat polan yg orang2 tu maksudkan. Ke sebenarnya korang yang tunggu Si Polan masuk minang korang? Hmmm

OK...itu TOP 5 yang aku selalu bincangkan dengan kawan2 seusia aku. Tapi ingin aku tegaskan disini bahawasanya, semua pendapat diatas bukanlah mandatori tau. Cuma pendapat kami2 je. 

Cuma yang aku inginkan ialah supaya masyarakat kita ni lebih berfikiran terbuka dan jangan sesekali memandang serong terhadap gadis2 lewat 20-an ni hanya kerana dia masih belum berpunya. Jodoh itu adalah ketentuan Allah. Sesetengah orang, walau dah cari tapi masih belum bertemu. Mungkin dugaan yang Allah berikan supaya kami2 ni lebih bermuhasabah diri. 

Aku percaya, jika sehingga akhir hayatku masih tidak bertemu jodoh, aku yakin Allah punya rencana lain untuk diriku dan ini mungkin lebih baik untuk diriku. In Sha Allah

Sekian....

Read more ...

Friday, January 25, 2013

Indahnya langit Di MEX Highway

Selamat malam..sebelum tido, Mari nikmati keindahan langit petang Di MEX Highway. Gambar ini diambil pads petang selasa lepas. Subhanallah...lama xnampak langit begini..





posted from Bloggeroid

Read more ...

Thursday, January 24, 2013

Test test

Mencuba application baru ni...

posted from Bloggeroid

Read more ...

Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah Peringkat Kebangsaan

Assalamualaikum...

Pagi ni, berpeluh2 aku jalan kaki dari parking awam kat depan bangunan MOF Bahagian Pinjaman Perumahan tu untuk ke Masjid Putra, Putrajaya sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Tahun ni kali pertama peserta wanita turut serta dalam sambutan ni. Ni kat ofis aku la. Memandangkan rumah dekat je, asalnya nak jalan kaki tapi mak xbagi tapi last2 tetap juga kena menapak sebab parking kat area masjid dah penuh.

Tapi xpe, rasa juga kemeriahan bila jalan kaki ni. Tengok peserta perarakan berjalan kaki untuk berkumpul sebelum berarak tu cukup buat aku rasa excited. 

Ok.. Acara bermula selepas ketibaan YDP Agong dan dimulai dengan bacaan doa. Selepas itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memulakan ucapan disusuli dengan ucapan perasmian oleh YDP Agong.

Acara diselitkan juga dengan bacaan Al-Quran dan ceramah agama daripada Ustaz Zawawi. Acara kemuncak ialah pengumuman penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul dan pengumuman pemenang perarakan Maulidur Rasul.

OK..sekian, laporan ringkas dari wartawan Anim. hehehe

Dibawah ni ada beberapa keping gambar yang sempat aku snap dengan kengkawan semasa program berlangsung. 

Read more ...

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul 1434/2013

Assalamualaikum semua.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah kepada semua rakan2 blogger.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Mari bersama-sama kita hayati lirik lagu yang memenangi Anugerah Nasyeed.Com bagi kategori Lagu Terbaik, Dia Muhammad.

Lagu ni juga merupakan antara lagu kegemaran saya untuk main dalam playlist di komputer.


In-Team

Lirik Dia Muhammad :

Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya 


Video by madiy91 @ YT
Read more ...

Wordless Wednesday

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday hari ni...sekian.. :-)



Read more ...

Tuesday, January 22, 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2012

Hi korang semua...

Ni baru tahu kesnya ni. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.

Alkisahnya, aku xde la amik tahu sangat sal award event kat Malaysia ni sebab aku memang xminat tengok majlis anugerah2 ni bagai. Mak tak didik aku tengok benda2 camni TAPI disebabkan ada Online Category DAN JUDA melibatkan SUPER JUNIOR, maka dengan itu, aku pun nak juga amik kisah sikit lah.

Pada korang2 yang suka event2 camni, sudahkah kalian vote untuk artis pilihan kalian?


Nak tau cara mengundi? Klik http://abpbh.com.my/undilah


Kepada mereka yang minat Super Junior tu, sila vote untuk SuJu ye

Read more ...

Segmen Tambah Followers 2013 By Hotmasakini

Assalamualaikum semua...

Hari ni mood nak join segmen kembali. Simple dan rasanya dah ramai yang join ni.

Nak join? Sila click banner kat atas tu. Pastu kalo rajin sila2 la blogwalking kat blog aku ye.

Selamat bersegmen kawan2


Read more ...

Monday, January 21, 2013

Aku dan Kraft Felt

Assalamualaikum semua...sihat tak?

Dah pukul 10 pm ni. Skit lagi dah boleh off laptop dan on9 guna phone je la..tapi sebelum tu, aku nak share gambar2 hasil kerja aku sepanjang berjinak2 dengan kraft felt. 

Bagi mereka yang dah biasa dengan kraft felt ni, mohon bagi pandangan untuk kraft yang aku hasilkan ini ye.

Untuk full album boleh view kt sini ye Hasil Kerja Saya

Terima kasih kat SUS n d FELT PRODUCT yang pernah bagi komen dan semangat untuk aku teruskan minat dalam bidang kraft felt ni


Read more ...

Sunday, January 20, 2013

Aku dan blog...

Assalamualaikum semua..sihat tak?

Esok hari Isnin..baju dah iron? Nak gi keje esok.jangan pagi esok nak keje, pagi esok jugaklah korang iron baju. Elok iron malam2..*eh, apasal membebel ni?

OK..sila tinggalkan bebelan itu..

Cuba tengok tajuk kat atas tu. Aku dan blog...

Aku mula berblog dari tahun 2008. First time aku buat blog tanpa ajaran daripada sesiapa. Sendiri belajar, sebab masa aku minta orang tolong, xde sapa pun nak tolong ajar. Xpe la. Tapi time tu, kira cam bebal jugaklah aku nak adjust blog ni. Tah macam hape je aku buat. Tak faham langsung fungsi widget tu untuk apa, follower tu untuk apa. Pendek kata, semua aku xtau. 


Tapi, berkat kesabaran, akhirnya siap jugak blog aku. Dah hias cantik2, last2 tak tau nak tulis apa. Masa mula2 tulis tu, aku terfikir, ada ke orang nak baca blog aku? Kawan pun aku xramai. Dengan aku yang masih baru je belajar tentang internet bagai ni. So, aku biarkan je blog ni tanpa ada apa2 update.


Nak jadi cerita, hujung tahun 2009, aku mula berjinak2 meminati kumpulan KPop popular Korea, Super Junior. Aku pun secara tak sengaja tetibe buat blog pasal Super Junior (http://always13elieve13.blogspot.com/), kiranya fan blog la ni. Tapi time tu, betul2 fangirling giler la. Xde la update sal news ke ape, cuma sekadar apa yang aku minat sgt pasal Super Junior ni je la. 

Masuk tahun 2010, March 2010, Super Junior datang buat concert kat Malaysia, Super Show 2 Live In Malaysia. Aku bertuah la sebab dapat pergi tengok konsert tu. Hmm..segalanya bermula disitu la. Lepas abis concert, aku upload beberapa keping gambar concert didalam fan blog aku. Xsangka pulak, rupanya traffic blog naik disebabkan gambar2 tu. Mungkin carian tinggi untuk gambar concert, so terselit la link blog aku kan. Hehehe

Time tu aku mula aktif kat Twitter demi untuk berhubung dengan peminat2 Super Junior diluar sana (overseas). Selain tu, disebabkan kembar aku yang juga peminat Super Junior ni susah nak dapat update tentang SuJu ni, aku mula jadikan fan blog aku sebagai online archive khas untuk kembar aku chechk update tentang SuJu. Aku mula kumpul dan share sebanyak mungkin berita2 mengenai Super Junior dalam fan blog aku supaya bila kembar aku balik dari keje, dia boleh baca semua berita SuJu dalam 1 blog je. 

Nak dijadikan cerita, secara tak sengaja rakan2 ELF yang tau mengenai blog ni mula menyebarkan tentang blog aku ni kat rakan2 ELF mereka yang lain dan secara tak rasmi, blog aku tetibe jadi agak famous juga la dikalangan ELF. Bermula dari 20 followers sehingga 100 followers. Ada sedikit perasaan bangga kat situ. Ada juga yang komen kat Twitter aku supaya keep update blog tu supaya dorang dapat baca update SuJu dalam 1 blog je. Atas sokongan rakan dan followers aku berjaya update blog tu hampir setiap hari. Sehingga mampu mencecah view 4k sehari.

Tapi itu sehingga tahun lepas punya cerita. Sekarang ni, aku dah mula alihkan perhatian aku daripada fan blog tu. Mungkin juga sebab usia aku yang semakin meningkat dewasa. Minat terhadap SuJu tetap tak berubah tapi aku akui kurang update fan blog tu sekarang semenjak akaun imageshack aku problem. Mula la  aku kurang update sbb banyak gambar xleh nak upload masuk dalam blog. 

Selain tu, aku juga cuba alihkan perhatian terhadap fan blog disebabkan aku merasakan kehidupan aku agak kurang stabil sebab asyik terperap dan terlalu mengadap komputer sampai lupa ada perkara lain yang aku perlu buat. *Sendiri salah ni. 

Masuk tahun 2012, awal Januari , aku memulakan sesi pengajian Bahasa Korea Level 1 anjuran Korea Plaza. Tujuannya adalah lebih kepada untuk dapat life balance. Yup, aku memang enjoy bila hidup aku balance antara real life dan dunia internet. Hehehe,..mak pun dah kurang bebel kat aku. Antara bulan Jun pulak, aku berjinak2 dengan dunia kraf felt. Yang ni pun aku enjoy giler sebab dapat hasilkan sesuatu daripada otak aku.

Dan dalam October pulak, aku berazam nak balanca update antara fan blog dan personnal blog aku ni. Bukan apa, aku rasa rugi je ada blog tapi xde update pape. Dannnnn...disebabkan aku xsuka meluahkan perasaan secara direct, jadi aku rasakan blog ni medium paling sesuai untuk aku lontarkan apa yang ada dalam kotak fikiran aku. 

Bermula lagi satu episode baru bila aku dah mula rajin update personnal blog dan juga rajin buat blogwalking ke blog2 lain disamping berkenalan dengan blogger2 hebat diluar sana. Antara yang aku paling suka baca blog mereka ialah, Nick Nashram , HASRULHASSAN.COM , muhammadrafik.my , Niezzareena Memory . Ni antaranya la. Banyak lagi yang aku suka baca sebenarnya.

Bila berblog ni, aku dapat rasakan yang dunia blogger ni awesome sgt. Walaupun blog aku tak popular cam dorang, sekurang-kurangnya aku dapat share something dengan mereka2 yang sudi baca blog aku ni.

Bila aku berblog ni juga la aku dapat banyak info tentang perkara2 yang tak terjangkau dek fikiran aku. Walaupun sekadar berinteraksi melalui dunia maya, aku dapat rasakan yang blogger2 seperti HasrulHassan atau HH ni orang2 yang memang langsung tak kedekut ilmu. Banyak maklumat yang aku dapat sebenarnya. 

So, aku punya ikrar tahun ni, nak menjadi seorang yang rajin update blog dengan cerita2 yang boleh diterima oleh pembaca. In Sha Allah, aku akan cuba menjadikan minat aku terhadap dunia blog menjadikan suatu manfaat buat aku. Sokongan daripada pembaca memang aku harapkan.

Sekian, terima kasih.
Read more ...

Saturday, January 19, 2013

Handphone baru

Assalamualaikum semua...
Ni first time update blog guna hp ni.. siang tadi beli hp ni..yg kt gambar ni. Alhamdulillah...

Read more ...

always13elieve13.blogspot.com - Domain Stats

Assalamualaikum...

Sila lihat gambar kat atas tu. Gambar screen cap daripada 1 website yang aku jump secara tak sengaja masa tengah search fan blog aku.
 http://www.webstatschecker.com/stats/domain/always13elieve13.blogspot.com
Tapi masalahnya aku ni kurang faham apa benda ni. Statistik ni memang buat aku tertanya2 ni.

+hasrul hassan boleh tolong saya tak? Mohon kalo faham, explain kat saya yang blur ni boleh? Terima kasih
Read more ...

Nuff Ads