Monday, December 30, 2013

Sombongkah Aku?

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Dah breakfast ke? Hari ni aku macam biasa aku pergi ke Traders Cafe untuk beli sarapan. Selesai amik makanan yang aku nak, aku terus je la pergi ke kaunter pembayaran. Hendak dijadikan cerita, seorang lelaki tua lingkungan umur 40-an atau 50-an bertembung dengan aku. Oleh kerana beliau orang tua, aku berhenti untuk berikan laluan kepada beliau dan senyum kepada pakcik tu. Oh ya, tapi aku takde la cakap apa-apa sebab aku dah senyum dan menjadi tabiat aku susah nak bercakap dengan lelaki yang aku tak kenal.

Selepas beredar tak sampai dua langkah pun tetiba lelaki tu cakap pada aku, "Sombong!". Aku agak tersentak bila beliau cakap begitu kat aku. Salah aku kah sebab bagi beliau jalan dulu? Salah aku kah sebab tak cakap apa-apa selain senyum je? Andai beri laluan kepada orang yang lebih tua sambil melemparkan senyuman dikatakan sombong, apa agaknya kalau aku langsung tak beri laluan sebaliknya langgar je beliau sampai jatuh? Mungkin aku akan dipanggil penjahat kot.

Hmm..takde la rasa marah pun cuma pelik dengan sikap sesetengah manusia yang tak tahu nak berterima kasih. Bila kita amalkan nilai-nilai murni pun kita dianggap yang bukan-bukan. Takpe la pakcik, saya anggap pakcik sebenarnya nak ucap terima kasih tetapi malu. 

Kepada kalian, kalai benda ni jadi, jangan cepat melenting, kita istighfar je. Anggap je la, dia lupa macam mana nak sebut ucapan terima kasih. Kalau dilayan kang kita juga yang rugi, buang masa je. 

Okay...till meet again

10 comments:

  1. abaikan jelah aini,...susah nak puas kan hati semua orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Saya memang tak layan. biarlah dia

      Delete
  2. Apa yg dimakdudkan pakcik tu ye. ..Senang sangat nk cop org tak cakap bnyk sombobg... Senyum sudah memadai kerana itu sifat org kita dan agama kita. ..Mungkin dia x faham batas pergaulan dlm Islam itu sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PCL..saya pun fikir macam tu. tapi takpe la, tak jadi kudis pun kat saya

      Delete
  3. Salam Ukhwah.. BW bawa ku ke sini.. bukan nak kate la kan, tapi biasa terkena, ada segelintir warga tua yg terlalu angkuh dah ego apabila berdepan dengan org muda, mcm2 hal berlaku, ada yg tidak boleh menerima pendapat lah, marah tak tentu pasal lah.. tp apa yg perlu kita buat, hanya bersabar.. mungkin mereka ini ada masalah kot.. think positip ok.. ada masa jom la ke blog saya.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam..terima kasih sudi visit blog saya. Ada betulnya. Cumanya kita yang muda ni la kena betul2 banyak bersabarkan

      Delete
  4. err anggap sj dia tak tau menilai mana sombong atau mana beradab..mungkin dia tak tahu..sabar hokeyy! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mime, kita tak amik peduli pun..anggap macam angin lalu je

      Delete
  5. apa yang sombongnya...? mmm...takkan tetiba nak borak dgn dia..? kang dia kata kita buang tebiat pulak -_-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..parah tu kalau buang tebiat sally

      Delete

My friend say: