Tuesday, December 31, 2013

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2013. Ramai dah blogger yang buat entri hujung tahun ni. Aku pun nak juga up entri ni. Pejam celik mata kejap je dah nak masuk tahun 2014. Sekejap sangat-sangat kerana waktu pantas mengejar kita. Kita je yang selalu tak sedar. 

2013 ni merupakan tahun yang indah dan tak kurang mencabar buat diriku. Banyak juga kenangan manis dan pahit yang aku lalui sepanjang tahun 2013, namun kenangan yang manis akan tetap kekal menjadi ingatan indah manakala kenangan pahit akan kekal dalam lipatan sejarah dan mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik dimasa hadapan.

Memang ada hajat / azam yang aku target tahun ni tak tercapai, tapi tak mengapa. Aku yakin yang masa masih ada peluang itu masih terbuka untuk aku cumanya aku sendiri kena cari dan usaha gigih ke arah mencapai segala apa yang aku hajati.

Paling aku tak sangka bila tahun ni aku berjaya kekal sebagai blogger setelah hampir setahun tak aktif blog. Walaupun bukan lagi dengan fan blog tetapi blog personal, namun aku dapati aku lebih berpuas hati dan gembira dengan blog personal ini. Ramai kenalan baru yang aku kenal dan banyak juga ilmu yang aku dapat sepanjang setahun blogging ni.

Terima kasih buat Mak aku yang sentiasa bersama aku dalam susah dan senang. Maklah insan yang sentiasa peka dengan kehidupan aku dan cik kembar tersayang yang paling tahu segala isi hati aku.

So, kepada kalian semua, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Usah difikirkan sangat soal azam kerana apa yang lebih penting apa usaha kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dari hari ini. Semoga kita menjadi semakin matang dalam kehidupan.

Okay...till meet again

25 comments:

  1. Happy New Year Ainimm... :D

    Jumpa lagi tahun depan yeerr... hehehe.. macam jauh jer bunyi nyer yerk... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh..padahal esok je kan kak. Happy new year

      Delete
  2. selamat tahuun baru dear...

    semoga berbahagia dan cekal menempuhi tahun baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mama As..Selamat tahun baru

      Delete
  3. selamat tahun baru singgah n foloow awak
    www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  4. happy new year anim! may Allah ease everything upon us! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Sally. Happy new year.. Amin

      Delete
  5. happy new year Anim :) eh eh, tadi dah ucap kan?.. takpe, ucap 2 kali pun ok gak kan...

    ReplyDelete

My friend say: