Friday, December 06, 2013

No Handphone For Today

Assalamualaikum,

Hari ini rasa kurang sihat sikit sebab badan ni letih sangat. Balik je dari Sabah terus busy dengan keje. Semalam je dah balik dari keje dalam pukul 11pm. Sampai rumah dalam pukul 12am. Pagi tadi bangun pun dah rasa macam demam je badan ni.

Masa sampai je ofis, terus buka handbag nak cari handphone. Geledah beg, takdelah pulak. Aiseh..mana pulak handphone ni pegi? Alaaa..janganlah hilang. Risau ni risau..apa lagi, patah balik ke kereta sebab takut handphone terjatuh. Masih tak jumpa. Hmm...

Naik tempat kerja, terus call rumah. Tanya mak kot-kot ada nampak handphone aku kat rumah. Mak jawab, "Ada kat tepi laptop tu". Alhamdulillah..rupanya dirumah. Maksudnya masa aku sibuk masukkan hard disc tadi, mesti terlupa amik handphone. 

So, dari pagi sampailah petang ni, handphone free la kiranya. Ada juga tadi member call tapi bising sebab aku tak angkat. Hehehe...

So, kalau ada sesapa call ke message ke kat aku hari ni, maaflah tak jawab sebab handphone tak bawak.

Okay...till meet again

8 comments:

  1. dah balik bercuti ekk..mcm mna kat sabah ok juga ker :)

    ReplyDelete
  2. tak per , esok leh ler berehat panjang . semoga cepat sembuhnya ...

    ReplyDelete
  3. bila nak cerita pasal percutian...hihih

    ReplyDelete
  4. kalau dah penat memang begitu ler....

    ReplyDelete
  5. take care and get well soon dear... adik sayang jangan lupa take proper rest yer...

    ReplyDelete
  6. take care akak.. dneo pun kurang sihat seminggu dua ni sejak mucim ujan...

    ReplyDelete
  7. Take care... Musim hujan2 ni jgn men hujan lak ea.. :-)

    ReplyDelete

My friend say: