Sunday, December 08, 2013

Memori SS5 KL [23/11/2013] Part 3 -Last part

Assalamualaikum...

Seperti yang aku katakan ini adalah part terakhir. After dorang parody artis wanita Korea tu, persembahan seterusnya dilakukan.
Memandangkan Heechul baru je balik dari army, maka dia takde la perform banyak sangat tapi solo performance ni kiranya sebagai buah tangan untuk E.L.F. Malaysia. Hehehe. Untung kami. 

Super Junior-M, sub unit dalam Super Junior mempersembahkan 3 buah lagu daripada album terbaru dorang Breakdown.

Masa ni pulak SuJu perform lagu Rockstar. Abis je lagu terus dorang buat kelakar la pulak. Ada je idea dorang nak buat orang gelakkan.
Siap boleh duduk macam budak-budak tengok wayang kampung tu. Hahaha. 

Untuk lagu Daydream, ada project khas daripada Malaysian ELF. Banner bertulis Never Leave You tu berjaya mendapat perhatian daripada Super Junior sendiri. Bangganya kami masa tu. Terharu sebab SuJu suka sangat dengan special project tu. 

Haa..time ni kelakar sikit sebab 3 member kena buli. Dorang suruh buat aksi Gwiyomi. Nasiblah siapa yang kenakan. 
Kyuhyun
 

Sungmin


Heechul

Masa ni dah ending speech. After performed semua lagu, tibalah masanya tirai konsert dilabuhkan.

Sepanjang 3 jam 30minit konsert berlangsung, memang tiada seminit pun rasa jemu. Setiap aksi dan persembahan mereka memang sangat menghiburkan. Dengan perangai gila-gila SuJu yang memang dah sedia maklum oleh kami, so apa saja yang dorang buat memang akan buat kami terhibur. Ada juga part-part yang buat kami tersentuh hati dan terharu. 

Masih ingat lagi ending speech Heechul. Memandangkan kami ni ibarat membesar dan tua bersama dorang. Ya la, ramai dikalangan peminat SuJu ada yang dah kahwin pun. Kalau pun belum kahwin, usia pun lebih kurang dorang je termasuklah aku ni yang sebaya dengan 4 member dorang. Heechul cakap, untuk konsert akan datang, andai ada dikalangan kami yang dah berkahwin, datanglah dengan suami dan anak-anak sekali. Kalau masih belum berkahwin, takpe, dorang tetap ada sebagai kekasih kami. Kalau yang ada anak, bolehlah ajak anak menyanyi sekali lagu Sorry Sorry. Hehehe. Terharu sangat bila dia cakap camtu. Ya lah, kita ni kan manusia. Takkan selamanya nak minat artis sampai langsung tak kahwin kan. Minat dan realiti hidup tak boleh disatukan sebenarnya. 

Sebelum keluar stadium, sempat ambil gambar kenangan berlatar belakang large screen tu.
Sebelum balik, snap gambar dengan kawan aku Linda dan Nadia

Begitulah cerita SS5 KL aku. Penat memang penat sebab bertapa dari pagi sampai malam tapi sebab minat, bolehlah lagi. Kalau tak minat, jangan harap aku nak pegi. Hahaha. Nasib mak bagi permission. Cuma pesan aku pada adik-adik yang minat K-Pop kat luar sana tu, walau minat macam mana sekali pun, silalah jaga adab, tutur kata ya. Kalau minat macam mana sekali pun, jangan sampai lupa belajar ya. Yang penting jangan sampai orang cop K-Pop fan ni over dan tak sedar diri ya. 
p/s: belajar daripada pengalaman.

To be honest, aku banyak juga belajar tentang erti kehidupan dan kasih sayang daripada Super Junior. Pada aku jangan hanya sekadar minat tanpa mencari sesuatu yang boleh dipelajari daripada artis yang kita minat tu. Super Junior pada aku adalah satu kumpulan yang sentiasa penuh dengan kasih sayang. Tidak kenal erti putus asa dalam mengejar impian mereka. Orang mungkin nampak mereka ni mewah dengan kehidupan sebagai celebrity tetapi usaha mereka tu yang orang jarang nampak. Orang mungkin fikir aku terlalu minat Super Junior kerana semata-mata hiburan, tetapi aku minat bukan sekadar minat, minat tapi mencari apa nilai kehidupan yang boleh aku belajar daripada mereka.

Sebelum tu enjoy this video ya.



Okay...till meet again
Photo credit : SUPER JUNIOR FB & OH PITAYA

5 comments:

  1. Aku Penghibur: Sekadar peminat tp saya banyak belajar tentang kehidupan drpd mereka

    ReplyDelete
  2. bukan senang nak dapt tgk show tu ... rela korbankan masa ...

    ReplyDelete
  3. seronoknyaaaa..... dneo pernah juga dengar lagu dia dulu... tapi tak berapa tahu sgt lagu2

    ReplyDelete

My friend say: