Sunday, December 08, 2013

Memori SS5 KL [23/11/2013] Part 2

Assalamualaikum...

Kita ke Part 2 pulak ya. Kami semua dibenarkan masuk ke dalam stadium pada pukul 4pm. Kiranya sejam sebelum konsert bermula. Aku dan kengkawan sengaja beratur dibelakang sebab taknak berebut masuk ke dalam stadium tu. Ala, ni bukan first concert aku, so takde la heran sangat nak masuk awal-awal. Hehehe

Jom layan gambar-gambar sekitar konsert yang aku ambil secara curi-curi. Hahaha.
Ni masa aku baru je dapat masuk dalam stadium. Nak test camera punya pasal, so amik la beberapa keping gambar kat large screent tu
Ni after VCR concert. Memang terangkat lah VCR dia. Rasa macam nak jerit-jerit sebab best sesangat. Hahahha

Gambar-gambar kat bawah ni dorang tengah perform lagu-lagu hit dorang. Dimulakan dengan Mr. Simple dulu. 

Masa ni sesi memperkenalkan diri. Aku memang tabik dengan dorang sebab untuk konsert kali ni, masing-masing dah improve bahasa Inggeris dorang terutama Donghae. So, senanglah sikit nak faham apa yang dorang cakapkan. Hehehe. Yang paling aku suka bila Eunhyuk cakap, dorang tahu yang di Malaysia, tak boleh buka baju di khalayak umum. Malaysiakan negara Islam. So, apa yang dorang boleh janji pada kami ialah, selepas konsert, kami officially kirany berkahwin dengan dorang. Boleh gitu? Bahahah..gelak sakan aku tau. 

Masa ni dorang perform lagu apa tah aku pun lupa. Tapi yang pasti best sebab tarian dorang sentiasa bertenaga terutama Eunhyuk tu.
Time menarik dengan perempuan ni aku kurang suka sikit sebab tarian ala-ala seksi kot. Hahaha..malu aku tengok. Heheh

Okay..part dorang jadi perempuan ni sumpah korang pun akan gelak kalau tengok live. Gelagat dorang tiru gaya orang perempuan tu yang takleh blah. Bayangkanlah badan lelaki yang sasa tu bertukar jadi perempuan. Dengan gaya ala-ala jantan macho, pakai baju perempuan, pastu menari-nari macam perempuan. Hahaha..memang macam minta penyekeh je. 
Tapi salute aku pada Sungmin yang pakai baju kuning rambut panjang tu dan Ryeowook yang pakai baju putih tu sebab dah memang sebiji macam perempuan tau. Hahaha. Tapi tabik spring kat Kangin yang pakai baju merah seluar hitam dan Siwon yang pakai baju biru tu sebab berani pakai baju perempuan. Tapi pandai jugalah cover tang mana-mana yang patut.

Bersambut part 3 juga last part. Sebelum tu, silalah enjoy video yang sempat aku rekod ni ya. Special untuk reader blog ni aku bagi link yang takde tag. Hehehe


Okay...till meet again

5 comments:

My friend say: