Friday, December 27, 2013

Lunch Di Publika

Assalamualaikum...
Indian Food
Dah dua hari berturut-turut aku makan tengahari di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Memandangkan sekarang ni hujung tahun dan ramai yang bercuti, aku expect parking di Publika mungkin sedikit lengang. Tepat betul jangkaan aku. Semalam pergi lunch dengan Haziqah dan Marylene. Alhamdulillah, parking masih banyak yang kosong.

Restoran pilihan kami semalam ialah Banana Curry House. Aku teringin nak makan nasi kandar. Nasib adik-adik ni melayan je keinginan kakaknya ni. Hehehe. Sedapnya makan semalam. Mungkin sebab lama tak makan situ kot.
Publika
Hari ni pula aku berdua je dengan Marylene sebab Haziqah bercuti. Kami pilih untuk makan di Restoran Nasi Ayam Hailam. Mary nak makan nasi ayam, so aku ikutkan je. Haa..lama juga tak makan kat situ. Sambil makan sambil berbual. Memang best. Terangkat sebab makan sambal cili yang pedas. Masa nak balik ofis tadi singgah Chatime pula. Hehehe

Kalau koran datang ke Publika, jangan lupa singgah makan di kedua-dua restoran ni ya.

Okay...till meet again

8 comments:

  1. dah lama x makan papadom

    jom join simple segmen anjuran pha is..
    http://pening-pala.blogspot.com/2013/12/segmen-azam-blog-2014.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. papadom kat sini 60 sen sepeket. hehehe.

      Delete
  2. Nasi kandar...huwaaaa....sedapnya... :(

    ReplyDelete

My friend say: