Sunday, December 08, 2013

Le Familia

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Sebenarnya aku nak tulis panjang sikit tapi cam tak sempat je. Ini pun dah lewat malam. Maklumlah, tak berapa sihat sangat. Masa blogging pun terhad sikit.

Hari Ahad last few weeks aku sekeluarga pulang ke Perak untuk hadiri kenduri tahlil arwah De yang meninggal. Aku ada update gambar arwah De dalam entri Wordless Wednesday #3 [13.11.2013] . So, kami sampai setelah bacaan Yassin dan tahlil selesai. Tinggal nak makan je. So, sempatlah amik gambar kenangan family sebelah mak aku ni. Nanti kalau lama tak jumpa boleh tengok gambar-gambar ni buat hilang rindu kekdahnya.
Ini Kaknyah aku dengan anak sedara kami, cucu De. Budak ni memang tak duduk diam. Dah la muka sebijik macam ayah dia. Hehehe.. Nak jadi cerita masa seronok sangat main, sekali dia terjatuh. Meraung sampai pujuk oleh Atuknya pun tak jalan. Sekali terus tertido. Aku je yang jaga dia tido.ehehe

Dalam gambar ni aku dengan anak sedara dua orang yang pakai baju kurung tu. Yang pakai baju merah tudung kuning namanya Siti, yang baju kurung pink tu kami panggil Kak Yong. Dorang ni dua beradik. Dari kecik memang rapat dengan  kami sebab parents dorang TLDM. So, dekatlah dengan Teluk Intan untuk berulang alik. Kerap jugalah dorang datang rumah kami masa di Teluk Intan dulu.

Haa..ni pulak mak aku dengan abang sedara aku. Umur abang sedara ni rasanya tua lagi dari mak aku. Ehehe..aku panggil abang ngah Zali. Abang ngah ni memang kelakar tau. Setiap perkataan yang keluar dari mulut dia sentiasa buat orang lain ketawa. So, kalau ada kenduri kendara ke, adanya beliau maka lagi meriahlah suasana kenduri tu.

Masa ni, mak, abang ngah dan isterinya Kaknyah Adik sedang berbual. Kaknyah la sebenarnya sepupu kami. 

Ni pulak, De aku. Beliau suami arwah De perempuan kami. De ni kami jarang jumpa sebab beliau sebelum ni keje kat Ipoh. Tapi sekarang ni De la yang jaga rumah ni.

Masa ni mak aku sedang berbual dengan kakak sepupu aku, Kaknyah Nona dan suaminya Abang Ngah Khairil. Mereka nilah parents Siti dan Kak Yong. Memang rapatlah dengan kami since kami kecik lagi. Sejak kami dah pindah Putrajaya ni, memang jarang jumpa mereka tau. So, bila sesekali jumpa ni, apa lagi, berbuallah sesama kan.

Time ni Kaknyah kau sedang dok melayan anak-anak Alang main. Budak-budak ni suka sesangat dengan camera. Tu yang masing-masing dok kerumun kamera handphone kaknyah aku. Hehehe

Yang ni la Alang yang aku selalu panggil Yang. Alang ni anak ketiga arwah De. Yang duduk dengan Kaknyah aku dalam gambar kat atas tu la anak Yang ni. Sebijikan dengan muka ayah dia.

Saja je aku share gambar ni sebab dah lama sangat terperuk dalam draft. Aku up dulu. Cerita-cerita lain akan menyusul kemudian ya.

Okay...till meet again

1 comment:

  1. gambar akak dengan kembar, sampai deno tak dapat nak beza... hehe

    ReplyDelete

My friend say: