Wednesday, December 25, 2013

KyoChon Chicken @ One Utama

Assalamualaikum...
Hari ni kita bercuti lagi. Yeay!!! Hahaha. Seronok juga dapat bercuti ni ya. Dapat rileks santai dirumah gitu. Aku nak kongsi dengan korang tentang sebuah restoran ayam goreng terbaru di One Utama, Bandar Utama. 


Ahad lepas aku dan kembar juga seorang rakan kembar pergi ke One Utama kerana nak ke KyoChon ni la. Restoran KyoChon ini merupakan restoran ayam goreng yang popular di Korea. Bermula sejak tahun 1991 dan semakin berkembang pesat sehingga kini. Menawarkan ayam goreng dengan pelbagai perisa seperti, original, honey, red spicy dan juga sal-sal. Selain ayam goreng, hidangan set nasi juga turut ditawarkan. Kalau set nasi ni, ayam panggang dihidangkan. 

Kunjungan pertama kami ke KyoChon ni memang sangat mengujakan kerana telah lama menantikan pembukaan restoran ini di Malaysia. Kenapa teruja? Sebab spokesperson untuk restoran ayam ni ialah Super Junior. Sebagai peminat la katakan, wajiblah suka restoran ni ya tak? Hahahah. Masuk je kawasan restoran ni, kami disambut oleh crew restoran dan kami memilih untuk duduk dihujung dalam restoran. Sampai je terus crew datang untuk beri menu book. Pelbagai category ayam ditawarkan. Dari wing ke drummet. Korang pilih je la.
Kami pilih untuk dine in dan juga take away. Dine in kami pilih Ddakkalbi chicken grilled and Ddakgalbi Chilli chicken. Kedua-dua set ni dihidang bersekali dengan nasi, telur mata dan juga salad. Nasinya ialah nasi korea gitu. Masa menunggu hidangan sampai pun tak lama tau. Sekejap je. Paling penting, air sampai dulu. Oh ya, air tu korang boleh pilih samada nak rasa teh korea atau pun air bergas. Aku pilih mineral water je sebab haus sangat. Hehehe
Selain service yang bagus, manager dan penyelia restoran tu pun rajin meronda dan bertanyakan feedback daripada customer. Nak jadi cerita, salah seorang daripada penyelia restoran tu yang namanya Terry dah cam muka aku dan cik kembar. Terkejut juga kami tau. Apalagi, haruslah gembira dan suka. Mungkin sebab kami selalu kunjungi booth KyoChon setiap kali dorang join event luar. Hahahah. Gitu kau. Tetibe feeling bangga pulak. 

Aku nak share sikit, setiap ayam rasanya berbeza ikut flavor. Kalau original, rasanya sangat sedap. Digoreng dengan soy sauce and garlic skali. Sedap dan tak rasa jemu pun. Untuk Red Spicy tu pulak, rasanya sangat-sangat pedas. Baru je letak kat bibir memang dah terasa pedas tau. Kalau korang memang jenis tak tahan pedas, baik jangan nak gatal-gatal cuba. Kang melalak satu hal. Hahahaha. Kalau honey pulak, rasanya menurut kembar lagi sedap. Rasanya manis-manis segar gitu. Yang ni sesuai untuk budak-budak kecik. Kalau sal-sal pulak, lagi la best sebab isi ayam semata-mata dan digoreng bersama rice puff. Rangup je bila makan dan boleh pilih sos yang korang nak.
Untuk masa sekarang ni, KyoChon buat promosi dimana setiap bil yang bernilai RM100 dan keatas akan dapat kalendar edisi terhad. Kalendar ni tertera gambar-gambar spokesperson dorang iaitu Super Junior and Ailee. Terdapat dua pilihan iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris. 

So, korang yang suka makan ayam goreng tu, apa kata nanti datang la kunjungi restoran KyoChon ni. Terletak ni One Utama New Wing, LG dekat dengan Cold Storage. Kalau peminat Super Junior tu, mark 10 Januari 2014 ni sebab 2 member Super Junior akan turun untuk perasmian restoran ni nanti.

Okay..till meet again

13 comments:

  1. wahhh sedapnya.. tak ajak pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mia, nanti kalau akak turun KL lagi kita gi ya

      Delete
  2. next kita lepak sesama ok my dear???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke Kak Farah? Jom..teringin sangat nak jumpa akak :)

      Delete
  3. Oppa siwon...hahahaha...chop! Lupa kita merajok lg..babai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala...janganlah merajuk Sally sayang.

      Delete
    2. Psl kyochon...merajok kena berpanjangan...hewhew..

      Delete
  4. mmmm sedap nya ainim.. boleh lah cuba nanti ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya, kalau datang KL nnt mesti boleh cuba

      Delete
    2. Alaa..taun depan kan kak lieya pindah KL...hehe

      Delete
  5. Replies
    1. Kak Sukma, harganya agak mahal skit tapi still affordable

      Delete
  6. hoho dgr je ayam bersinar2 mata..tmbh2 byk flavor plak..bestnyer..kalau turun KL nk try pergi la..:D

    ReplyDelete

My friend say: