Monday, December 09, 2013

Kenduri Kahwin Kawan

Assalamualaikum...

24hn November 2013 lepas, ex-ofis mate aku kahwin. Alhamdulillah, sampai jodoh Aiman. Syukur. So, aku, Kak Aida, Ridzuan dan Syaf tak ketinggalan untuk hadir ke kenduri beliau. Kitorang pergi dengan sorang lagi member ofis, Nin. Majlis dibuat di Masjid Seri Melati. Kitorang gerak dalam pukul 12 lebih.

Muka aku dan Kak Aida, masa ni baru je sampai kat venue majlis kenduri kahwin tu. Muka aku masa ni memang penat sebab tak cukup rehat. Tapi gagahkan juga sebab nak kena bertahan sampai malam kerana ada Opening Ceremony TCTP di Berjaya Times Square Hotel. Kitorang tak masuk dewan lagi sebab menunggu Syafreena yang datang dari Rembau.

Masa ni dah masuk dalam dewan pun. Pengantin pun dah bersanding tapi aku tak sempat nak amik gambar pengantin bersanding sebab masa tu tengah makan. So, kitorang macam biasa amik gambar dulu la. Sementara tunggu pengantin tengah makan beradab.


Ni lah pelamin pengantin. Cantikkan? Simple tapi warna putih tu buatkan pelamin ni nampak anggun je. Dengan lighting tu buat pelamin nampak mewah
Ni pula meja untuk makan beradab. Sempat aku snap sebelum pengantin sampai. Heheheh

Acara potong kek. Malu-malu pulak Aiman masa wife dia suapkan.

Sempat bergambar kenangan dengan pengantin. Lama juga menunggu giliran. Maklumlah pengantin ramai kawan. Hehehe. So, kena tunggu giliran nak bergambar.

Aiman dan Wife, Khadija. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Bergambar kenangan sebelum pulang. Aku takde dalam gambar sebab tolong ambik gambar.

Okay...till meet again


7 comments:

  1. cantiknya pelamin tue..tahniah kwn ainim..turn ainim bila lagi ;)

    ReplyDelete
  2. lepas nie...hihi....
    datang sarawak pula..hihi....

    ReplyDelete
  3. wah, adik akak bila pulak ni??? jangan lupa jemput akak tau if the time has come...he he he...this time I will surely come dear... *_^

    ReplyDelete
  4. penat2 pun smile tetap maintain hikhik

    ReplyDelete
  5. sama cantik sama padan.. rakan deno pun ramai yang kahwin :)

    ReplyDelete

My friend say: