Friday, December 27, 2013

Hujung Tahun

Assalamualaikum...
Selamat pagi semua. Alhamdulillah, kita masih berpeluang untuk bernafas dibumi Allah SWT. Syukur. Hari ni dah masuk tarikh 27 Disember 2013. Kita semakin hampir meninggalkan tahun 2013. Bak kata orang, new year is just around the corner. Cepat betul masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun.

Rasanya macam baru semalam je masuk 1 Januari 2013. Tapi sekarang tinggal beberapa hari je lagi nak melangkah ke tahun 2014. Korang dah ready ke? Hihih. Ready tak ready, tahun baru tetap akan tiba. Suka tak suka masa tetap akan berlalu meninggalkan kita. Jadi nak tanya korang ni, azam tahun ni dah tercapai ke? Apakah yang korang cita-citakan terlaksana?

Kalau belum terlaksana takpe, cuba laksanakan tahun depan. Masa masih ada cumanya kena gigih sikitlah. Sebenarnya, aku ni cakap sambil ingatkan diri sendiri. Hehehe. Ala..ada je yang tak terlaksana lagi cita-cita aku tapi aku takkan putus asa. Aku yakin peluang masih ada dan aku perlu usaha lebih untuk capai segala apa yang aku hajati. 

Hmm..okay..nak start buat keje. Kang tak siap keje kang. hehehe. Nanti aku terjah blog korang ya.

Okay...till meet again

14 comments:

  1. ada azam yg dh terlaksana..ada yg belum...hehe but still akan berusaha on it..apa pun moga thn baru memberi 1byk kebaikan & manfaat pd diri kita;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mimie, samalah kita..saya pun banyak lagi tak terlaksana ni

      Delete
  2. banyal impian tu xtercapai lagi tapi xpelah...akan di teruskan utk azam 2014 nnt...xkn berputus asa...yg penting kena percaya, rezeki datang dariNya...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Sama-sama kita ready nak masuk tahun 2014! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berdebar-debar nak masuk tahun 2014

      Delete
  4. banyak impian yang postponed tahun nie.....akan cuba capai target next year.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak Sukma..harap tahun depan tercapailah

      Delete
  5. x pernah lagi sungguh2 tanam azam. Selalu agak2 je.. pastu lupa. Rasanya kali nak buat betul2. Baru ada fokus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seri, xpe. Mulai tahun depan kita kuatkan azam ya

      Delete
  6. tak suka bila nak masuk tahun baru...asal tahun baru je start final exam...stress! -_-'

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai..kesian dia. Elok2 jawab exam ya

      Delete
  7. moga tahn akn dtg lebih baik dr thn sblmnya... ^_^

    ReplyDelete

My friend say: