Wednesday, December 25, 2013

Fenomena Ikan Tamban Naik Ke Darat Di Lahad Datu

Assalamualaikum...
Tragedi Disember
Rasanya fenomena ikan tamban naik ke darat yang berlaku semalam di Pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu menjadi topik hangat diseluruh negara. Dalam berita pun keluar juga malam tadi. Sempat jugalah aku tengok. Subhanallah, itu yang mampu aku ucapkan. Kuasa Allah, menjadikan sesuatu dengan hikmah yang terkandung disebaliknya.

Ramai yang mengaitkan fenomena ikan naik ke darat ini sebagai petanda akan berlaku bencana tsunami apatah lagi pada hari sebelumnya berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah. Apatah lagi kedudukan Sabah yang begitu hampir dengan Filipina kan. Lagilah yang meramalkan kejadian tsunami akan berlaku. Mintak simpanglah dari bencana tu ya.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, tiada petanda akan berlaku tsunami. MET Malaysia juga tidak mengesan sebarang pergerakan kerak bumi di sekitar Lahad Datu dan berdasarkan sistem amaran awal tsunami juga keadaan laut di kawasan berkenaan juga masih seperti biasa. Namun tindakan pemantauan pergerakan kerak bumi juga sentiasa dilakukan. MET Malaysia juga menghantar pegawai ke tempat kejadian bagi melakukan siasatan.

Namun, menurut Ketua Kampung Tambisan tu, sekarang ni memang sedang musim ikan tamban dan sering juga berlaku. Hmm.. Kejadian yang pertama kali yang berlaku ini sedikit sebanyak memberi punca rezeki buat penduduk sekitar. Kalau tengok video yang orang ramai yang dikongsi dalam laman Youtube dan Facebook, ramai betul orang yang pergi menangkap ikan tu. Dari yang tua sampailah kanak-kanak. Dah macam pesta ikan. 
Walau bagaimana sekali pun, kita sebagai manusia perlulah sentiasa berwaspada. Dalam seronok merebut ikan tu, jagalah keselamatan diri. Itu paling penting. Dalam cuaca yang tidak menentu ni, macam-macam boleh jadi. Memang MET Malaysia kata tiada tanda-tanda akan berlaku bencana tsunami namun, tidak salah andai kita berwaspada dan ambil langkah berjaga-jaga.

Ada juga yang berdebar-debar menunggu detik 26 Disember 2013 kerana di tarikh itu jugalah berlaku beberapa fenomena alam yang banyak mengorbankan nyawa manusia. Namun awas jangan sehingga ketakutan itu terbawa-bawa sehingga membawa kepada perkara syirik. ALLAH adalah sebaik-baik perancang dan DIA yang Maha Berkuasa bagi setiap sesuatu kejadian yang berlaku. Kita sebagai manusia perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku ini. Wallahualam.

Okay...till meet again
Sumber: Fuh.my, Bernama, melvister.com, hmetro.com dan Youtube

14 comments:

  1. SubhanaAllah...kena sentiasa beringat...semoga xde yg buruk yg akan berlaku...

    ReplyDelete
  2. dah lama x singgah sini.. blog yg dulu biru gelap pun dah cerah.. :)

    ReplyDelete
  3. hmm.. ada hikmah yg kita sndri tak tahu... renunagn bersama...

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Kuasa Allah Kak Farah. Kita jadikan sebagai iktibar ya

      Delete
  5. moga Allah swt melindungi kita dari segala musibah..insyallah..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah kak..kita sama-sama berdoa agar negara kita sentiasa dilindungi dari bencana ya

      Delete
  6. ya allah... semoga kita semua dijauhkan musibah.. amin...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaa Allah mama..sama2 kita doa ya

      Delete
  7. dengar ada sisa toksik ikan nie......

    ReplyDelete

My friend say: