Monday, December 16, 2013

Family Trip To Sabah : Part 5

Assalamualaikum...

Link kat atas ni in case kalau korang terlepas nak baca ya.

Okay. Day 3 kami sekeluarga di Kota Kinabalu, Sabah, kami bercadang hanya untuk bersiar-siar disekitar KK. Memandangkan masa tu mak tak berapa larat nak ke pulau, jadi plan pun bertukar secara santai. Makanya kami terus plan ke Tanjung Aru!!! YEAY!!

Dari first day sampai Sabah aku dah berhajat nak ke sana tapi tak tertunai hasrat tu. So, bila hari ke-3 kami berpeluang ke sana, of course la aku excited terlebih kan. TAPI, sebelum itu, kami semua bersiar-siar di sekitar Sabah dari KK ke Putatan sampai ke mana tah aku pun tak sure. Tapi semua area yang berdekatan dengan KK la. Sayangnya family aku tak jenis tak pergi sangat-sangat tempat2 bersejarah macam Monsopiad House sume tu.

Bila dah selesai bersiar-siar dan memandangkan waktu tu masih lagi awal, kami terus je ke Tanjung Aru. Haa..di Tanjung Aru kitorang lepak santai di Sugar Buns. Makan tengahari terus disana. Masing-masing order nasi dan mi sup tapi aku order burger je sebab masih kenyang lagi. Tapi merasa juga 3 layers tea tu. Barulah aku tau yang 3 layer tea tu rasanya macam minum cendol pun ada. Heheh.

Selesai makan, aku teruskan aktiviti bergambar. Opps!! Bukan aku bergambar tapi aku yang ambil gambar pemandangan pantai Tanjung Aru. Sayangnya aku pergi waktu matahari terik, so pemandangan masa tu biasa-biasa TAPI awan tebal tu tetap kelihatan cantik. Ciptaan Allah mana pernah tak cantik ye tak? Subhanallah. 
#VMY2014
#VMY2014

Sambil ambil gambar kita syukuri ciptaan Allah. Sambil ambil gambar sempat juga melayan cik kecik Aisyah yang sangatlah happy dapat jejak pantai. Budak-budak gitulah kekdahnya. Dia berhajat nak mandi pantai tapi nak mandi apanya kalau tengah matahari terik. Sah terbakar kulit tu nanti. So, dia berlari-lari je la disekitar pantai tu.

Dalam pukul 3pm macam tu kami pulang ke condo untuk berehat sebab malam tu kami nak ke Pasar Malam Kampung Air. Menurut cik kembar, Pasar Malam Kampung Air ni menawarkan pelbagai barangan terutama brooch dan pelbagai aksesori wanita dengan harga yang lebih murah berbanding di Pasar Philippine. Jadi, malam tu sekitar pukul 8.30pm kami pun bergerak ke sana.

Nasib ada Waze yang membantu. Sampai je teruskan saja agenda shopping. Well, wanita dan shopping memang takleh dipisahkan. Stress therapy katanya. Ihiks. Memang betul kata Cik Kembarku. Barang-barang disitu lebih murah tau. Tapi kalau fride magnet tu takdelah murah pun. Cumany macam brooch ke t-shirt ke memang jauh murah dari Pasar Philippine la. Kualiti pun sama je dengan yang dijual di Pasar Philippine tu. Jadi, silalah jadi seorang pembeli yang berhemah dan pandai-pandailah memilih ye. Hihihi. 

Oh ye, Pasar Malam Kampung Air ni dibuka setiap malam dan terletak tak jauh dari Cititel Express Hotel. Setel membeli belah, kami bergerak pulak ke sebuah lagi pasar yang hanya menjual makanan. Haa..kat KK ni satu kelebihannya ialah korang memang takyah nak risau kalau malam perut lapar ke apa. Sebabnya, banyak je restoran dan gerai2 makanan yang menjual makanan yang ikut citarasa korang. Kami singgah di sebuah pasar malam yang menjual pelbagai aneka masakan. Aku taktau nak pasar ni tapi konsepnya sama macam pasar malam sebelah dengan Pasar Philippine tu. Malam tu kami order nasi goreng sebagai lapik perut. Ye ke? Hehehe..

Selesai malam ketiga kami di KK dan esoknya kami akan berangkat pulang ke Semenanjung. Oh tidak!! Tak nak balik!!!

Malam tu selesai makan, sibuklah masing-masing kemas beg. Maklumlah esok pagi nak check in bagasi dulu. Huih..penatnya mengemas. Dahlah barang banyak gila. Dengan barang sendiri dan barang yang orang pesan lagi. Adeh..siyes penat. Aku ni dah la kemas untuk dua orang. Pukul 2.30am baru tido. Sumbat sana sumbat sini mana yang muatlah.

Keesokkan harinya sebelum check out, wajiblah amik gambar dalam condo tu. Buat kenangan katanya. Mak aku macam tak nak balik je. Hihihi. Lepas check out, kami singgah makan di Restoran Kak Nong. Sedap betul masakan direstoran tu. Patutlah ramai orang. After makan, kami bersiar-siar lagi di sekitar KK sebelum bergerak ke airport. Flight kami pukul 5.00pm tapi delay until 5.30am sebab cuaca kurang baik. Hujan lebat. 

Masa nak masuk flight rasa sedih je nak tinggalkan KK. Okay..sedih sangat tapi puas hati sebab akhirnya dapat juga jejak kaki ke Sabah. Kami sampai di KLIA dalam pukul 9.00pm. Begitulah cerita aku dan family ke Sabah. Tempat yang best, udara yang nyaman dan makanan yang segar2. Banyak kenangan indah disitu. In Shaa Allah, kalau ada rezeki, akan kami ke sana lagi. 

Okay...till meet again

10 comments:

  1. t ada masa kelapangan jemput dtg la ke Sabah lagi :)

    ReplyDelete
  2. teringin nk gi sabah.....cantik2 kn pearl kt sane...

    ReplyDelete
  3. Asha: In Shaa Allah, saya akan ke sana lagi nanti

    Kisah Si Diary: Akak, memang best sgt kak. Pearl sana mmg murah2

    ReplyDelete
  4. best sungguh jalan0jalan kat sana ye.. rasa macam nak jugak ke sana, tapi tak sure lagi bila.

    ReplyDelete
  5. kalau sabah ni akak memang minat nak shopping pearl...cantik2... hurmm, teringat pada collection pearl sabah akak...

    ReplyDelete
  6. bila sebut sabah , confirm pearl yg ada kat kepala ... hah ! teringin nak pergi .

    ReplyDelete
  7. haishh betapa seronoknya kalau dpt pergi..hehe tp tgk pemandangan tu..ya Allah..cantiknya awan tu terbentuk...>.<

    ReplyDelete
  8. bestnya kak.. teringinnya sya nak ke sana..tapi tak tahu la bila..

    ReplyDelete

My friend say: