Monday, December 30, 2013

Dah Berani Makan Cili Api

Assalamualaikum...
Image credit: google
Disaat aku menaip entri ni, masih lagi sedang makan tengah hari. Korang dah makan? Jangan lupa baca Bismillah dan doa makan ya. Moga berkat apa yang kita makan tu. 

Hari ni aku ambil lauk telur dadar, sotong goreng dan tempe. Kuahnya asam pedas ikan patin. Alhamdulillah, rezeki untuk hari ni. Nak makan ayam macam malas nak makan dengan tangan. Telur dadar yang aku ambil ni ada cili dan bawang. Aku nak ucap tahniah kat diri sendiri sebab dah berani makan cili api potong. Selama 27 tahun aku hidup kat bumi ni, memang aku tak pernah sentuh pun cili potong sebab pedaskan. Aku memanglah suka makan pedas tapi kalau nak gigit cili tu takde la berani lagi. 

Tak macam family aku yang lain, mak, kakak, kembar dan kaknyah. Semua boleh makan cili api potong tu gitu-gitu je. Aku? Hampeh je. Kalau mak masak nasi goreng putih tu, dengan gigihnya aku asingkan cili api dan bawang. Aku betul-betul makan nasi dan perencah je. 

Tapi sekarang dah berani dah. Makin suka ada la tapi takdelah makan yang raw tu. Kena masak skit baru aku berani sentuh. Aku rasa ni semua efek sebab suka makan makanan Korea yang pedas-pedas tu terutama ayam goreng pedas KyoChon Chicken. Perangai memang macam bebudak skit aku ni kalau bab makan. Hihihi. Itu je nak cerita sebenarnya. Hihihi..

Okay...till meet again

8 comments:

  1. kite pon tak berapa sangat dengan makanan pedas ni. ada time ja baru makan tapi bukan hantu cabai la... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lieya, samalah tapi kalau kita masak ramyeon kita memang letak cili potong. hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Samalah kita akak..tekak orang melayu

      Delete
  3. oh betapa heaven-nya kalau boleh gigit cili potong tau dak? haha sy takleh la mkn tak pedas..kn ada pedas gak sikit..:P

    ReplyDelete
  4. sesekala mkn pedas mmg syok...
    dulu mkn pedas..sekarang dah x mkn pedas

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads