Sunday, December 29, 2013

BR1M 2014 - Kemas Kini Maklumat Pemohon

Assalamualaikum...

Melalui pembentangan Bajet 2014 yang lepas, Kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) diteruskan untuk tahun ke 3. Kenaikan kadar bantuan juga turut diumumkan seperti berikut:

Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan           jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
  3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar             bulanan RM4,000 dan ke bawah
  4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000           dan ke bawah
Permohonan telah pun dibuka bermula 23 Disember 2014 dan pembayaran bantuan ini akan bermula pada Februari 2014. Sila klik https://ebr1m.hasil.gov.my/ bagi permohonan baru dan juga bagi mengemas kini maklumat bagi pemohon BR1M 2.0

Bagi yang mengemas kini maklumat tu, sila tick pada kotak untuk kemas kini maklumat anda. Antara yang terbaru ialah Maklumat Bank. 
Bila dah siap isi maklumat terkini, sila masukkan kod pengesahan dan klik button Kemas Kini yang ada dibawah sebelah dengan Laman Utama

Setelah itu, akan keluar notifikasi yang menyatakan bahawa permohonan telah berjaya dikemas kini. Klik je OK then bolehlah print maklumat untuk simpanan sendiri ya.
Mudah, ringkas dan cepat. Diharap dapat membantu kalian ya. Bagi permohonan baru, klik je button Permohonan Baru. Lebih kurang je cuma banyak sikit maklumat kena isi.

Okay...till meet again



11 comments:

  1. berangank mohon gak...sekali nk pendapatn kasar isi rumah bwah 4k... huhu.. terus x layak...

    ReplyDelete
  2. Satu entri yang menarik dan penuh info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya. Memang dah plan nak buat entri ni..dah ada dalam draft. baru je publish

      Delete
  3. Assalammualaikum... ainim,

    suatu info yg bagus kalau nak mohon br1m..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Terima kasih ya. Dah memohon?

      Delete
  4. info menarik bagi mereka yg memerlukan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..mana tahu berguna buat mereka-mereka yang masih belum tahu kan

      Delete
  5. Replies
    1. Wah..tahniah. Boleh jimat duit beli buku

      Delete

My friend say: