Thursday, December 26, 2013

Adab Dengan Jiran

Assalamualaikum...


Sebenarnya sekarang ni aku sedang blog walking. Rasanya masih banyak blog kengkawan yang aku tak sempat terjah. Yang mana sempat je aku terjah. Hendak dijadikan cerita, aku ke blog Mommy As. Terbaca pula satu entri Mama yang bertajuk Segelintir Orang Yang Tak Reti Bahasa. Setelah baca habis entri tu, terpanggil rasanya untuk aku berkongsi pengalaman diri berkenaan hal jiran.

Sebelum aku berpindah ke Putrajaya, kami sekeluarga menetap di Perak. Pengalaman aku dan keluarga beberapa tahun sebelum berpindah ke Putrajaya adalah sangat pahit. Jiran sebelah rumah aku boleh aku kategorikan sebagai sangat biadap dan kurang ajar. Apa sahaja yang mereka tidak lakukan demi menyakitkan hati kami. Dari perkara kecil sehinggalah kepada perkara yang membawa kepada syirik. Semuanya kami telah tempuhi. Letak kereta didepan pagar rumah, buang sampah ke dalam kawasan rumah, menfitnah kami sekeluarga, buat bising sehingga mengganggu ketenteraman kami sekeluarga sehinggalah kepada perkara syirik. Semua kami terpaksa tempuhi. Masih aku ingat yang tatkala itu abah terlantar sakit dan hanya mak yang menjadi pelindung kami sekeluarga. Pelbagai tohmahan dilempar tentang kami sehingga ada yang memusuhi kami sekeluarga tanpa diketahui asal puncanya.

Namun, setiap kesabaran itu pasti ada batasnya. Sejujurnya, aku adalah seorang yang sangat penyabar namun aku punya sifat tegas yang telah tersemat dalam diri aku sejak aku berusia 13 tahun lagi. Bukan sifat aku untuk memaki hamun dan menghamburkan kata-kata cacian tatkala amarah menguasai diri ni. Namun kesabaran aku adakalanya teruji bila lihat mak bersedih dengan perbuatan jahat jiran. Hendak dijadikan cerita, pernah beberapa kali aku balas perbuatan jiran sebelah tu sehingga membuatkan mereka tergamam. Pernah aku cakap secara sinis, "Dengan mak aku, korang bolehlah buat tapi jangan ingat aku akan diam". Ya, aku balas dengan cara aku dan disebabkan tu mereka tak berani nak buat tindakan bodoh yang mengundang perbuatan balas aku. Walau bagaimanapun, mereka tak pernah serik tapi tetap ada sahaja yang dilakukan untuk menyakitkan hati kami sekeluarga

Kita lupakan seketika pengalaman aku. Disini aku ingin kongsikan serba sedikit tentang adab berjiran. Semoga ia menjadi panduan buat kita semua.

Hak dan Kewajipan Seorang Muslim Terhadap Jiran:
  • Jika ia meminta tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya.
  • Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.
  • Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.
  • Jika ia sakit engkau akan menziarahinya
  • Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya
  • Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya
  • Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya
  • Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya
  • Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu
  • Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya
  • Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukkan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan olehnya
Oleh itu, sebagai seorang seorang yang hidup berjiran, marilah kita amalkan dan jalankan kewajiban kita sebagai jiran. Jadilah seorang jiran yang baik dan bukannya jiran yang mendatangkan kebencian orang. Buat jiran Mommy As tu, sedarlah bahawa kamu hidup bermasyarakat. Jika tak mampu untuk bertolak ansur, seeloknya kamu duduklah sendirian disebuah tempat yang mana hanya kamu bebas buat apa sahaja yang kamu inginkan. Janganlah menyakiti hati jiran kamu sedangkan dia masih lagi bertolak ansur dengan sikapmu.

Maaflah, entri ni buat hendak menyibuk hal orang sebaliknya aku amat bersimpati dengan apa yang terjadi. Mungkin juga kerana pengalaman sendiri yang mengalami situasi yang sama. Semoga kita sama-sama merenung kembali apakah baik layanan kita kepada jiran? Sudahkah kita jalankan tanggungjawab sebagai jiran?

Okay...till meet again
Sumber rujukan: melayukini.net

17 comments:

  1. Sian akak... hmmm nasib kita sama... sabar je yg termampu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deno pun sama ke? Bersabar banyak2 ya dik

      Delete
  2. Ish ish ish, menakutkan betul kisah jiran Ainim tu...minta simpang la saya daripada terpaksa berhadapan dengan orang-orang sebegitu. Ainim, jangan lupa buat blog post tu banyak-banyak okay.... hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sekarang ni dah duduk Putrajaya, aman sangat.

      Terima kasih ya Azham

      Delete
  3. mst tertekan dgn jiran perangai tak semenggah cmtu....jiran sy pun ada yg cmntu tp taklah seteruk yg ainim kena..itu melampau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Mime...tapi sejak duduk Putrajaya ni mmg aman

      Delete
  4. lebih kurang sama ngan jiran sy skrg ni..suka buang sampah dpn umah sy, bising2 time malam, kdg2 dieorg panjat pagar umah sy, klu bab parking kereta, macam 1 jalan ni kaw. umah die...mmg menyakitkan hati!!! tapi suami ckp, sabar je lah...doakn yg terbaik..
    kami still mencari2 umah lain tp xde rezeki lg nk berpindah...huhuhu...so sabar je lah dl...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lebih kurang sama situasi kita ya Munirah. Takpe, setiap perbuatan tu akan dibalas

      Delete
  5. Eraz masih lagi sakit hati dengan jiran sebelah ni...

    ReplyDelete
  6. banyak kisah jiran sebelah yea...akak pun sama gak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jiran ni memang macam-macam perkara kak

      Delete
  7. So far sally okay je dengan jiran sbb majoriti cina dan india...cuma kadang tu ada la jgk yg tak puas hati...cuma senyum jela.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. adat berjiran sally tapi kalau melampau memang nak kenalah

      Delete
  8. bab jiran ni x tau la akhir zmn ni mmg dh.. xl3h nk kata pe..dan sbb jiran juga kami cari rumah sewa lain wpun mahal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Maria..mmg dugaan betulkan

      Delete
  9. huhu...nana pun ada masalah dengan jiran mengenai parking kereta..

    sabar & redha je la..

    ReplyDelete

My friend say: