Monday, December 30, 2013

11 Langkah Penjimatan Belanja Kerajaan

Assalamualaikum...

Tadi masa tonton berita di TV1 terdengar pengumuman langkah-langkah penjimatan kerajaan bagi sektor awam. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan11 langkah ini yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014. Memandangkan kat berita tu macam sekejap. Ada yang tak berapa clear. So, cari info jumpa kat website Astro Awani.

Antara langkah-langkah yang diambil ialah:
  • Pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus dan pemotongan elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) antara 5 hingga 10 peratus.
  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus.
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
  • Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.
  • Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
  • Meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam.
  • Pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan.
  • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
Sebenarnya aku amat sokong langkah-langkah penjimatan ini. Semoga langkah-langkah ini akan memberi impak positif dalam perbelanjaan negara. 

Okay...till meet again


No comments:

Post a Comment

My friend say: