Thursday, November 21, 2013

Tak Sabarnya

Assalamualaikum...

Entri ni boleh aku kira sebagai entri sisi gila-gila dalam diri aku. Kalau korang dah tengok entri Wordless Wednesday #1 [20.11.2013] semalam, aku ada letak beberapa keping gambar Super Show 3 Malaysia, konsert Super Junior pada tahun 2011. Seperti yang korang sedia maklum, aku ni memang peminat tegar SuJu cumanya aku tak terlalu dedahkan minat tu didalam blog ini kerana hendak seimbang setiap sisi kehidupan aku. 

Sabtu ni, 23 November 2013, Super Junior sekali lagi akan berada di Malaysia untuk concert Super Junior World Tour Super Show 5 Malaysia. YEAY!!!!  Mak bagi keizinan untuk aku dan kembar pergi. Selalunya confirm mak bantah dan boikot aku dan kembar beberapa hari. Tapi at last mak tetap bagi pergi asalkan pandai jaga diri. Thank you so much Mak. Mungkin sebab aku dan kembar dah dewasa kot dan dah ada duit sendiri. 

SO, tiket dah beli. Kembar aku sponsor tiket dan official light stick untuk aku. Thank you Cik Kembar. Hehehe. 
Sekarang ni tinggal nak tunggu SuJu sampai Malaysia. Baju dan shawl dah set warna ikut official colour SuJu dan ELF, Sapphire Blue. Hehehe. Korang tak payah hairan dengan perangai aku ni ya. Aku ni kalau bab SuJu memang ada pengecualian kononnya. 

Tak sabar pulak nak tunggu hari Sabtu. Rasa excited sebab setahun tak tonton concert Super Junior live depan mata. Last time masa SS3 2011 dulu je. Tak sabar tak sabar..heheh

Okay...till meet again

8 comments:

  1. amboi...terujanya anim nak tunggu dia datang sini kan...

    ReplyDelete
  2. jelesssnyeee... nak pegi jugakk.. huaaa

    ReplyDelete
  3. bestnya... tiker berapa rm dear?

    ReplyDelete
  4. wahhh dah beli tiket ?? bagusnya

    ReplyDelete
  5. wah...seronoknye!!! mesti tido pun xlena, mandi xbasah, makan xkenyang kn...hehehehe (tunggang langgang ayat gue...)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete

My friend say: