Tuesday, November 12, 2013

Sambutan Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum...
Seperti yang aku nyatakan dalam entri Teaser Entri Baru Untuk Minggu iNi, aku nak bercerita sedikit aktiviti aku semasa cuti Maal Hijrah 1435 yang lepas. Okay..seminggu baru sempat update. Sibuk sesangatlah Cik Anim ni ya. Dah..jom mulakan cerita.

Disebabkan excited nak sambut tahun baru kalendar Islam ni, aku pun beria sangat balik awal hari Isnin tu. Ye lah, aku plan nak berdoa akhir tahun dan awal tahun di rumah je. Mulanya plan nak buat kat surau ofis tapi aku batalkan hasrat tu sebab takut takde orang langsung kat level 17 tu. Hehehe. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan aku sempat berdoa seperti yang dirancang. Hendaknya semoga Allah terima dan makbulkan doa aku tu ya. Amin.


Malam tu aku siap2 iron jubah hitam sebab pagi esoknya nak gerak awal ke PICC. Haaa...yang aku dok sibuk cakap sapa-sapa yang sertai sambutan Maal Hijrah tu gosok baju awal-awal dalam entri Selamat Menyambut Awal Muharram 1435 sebenarnya aku pun join. Hehehe..actually self reminder katanya. Aku plan nak tido awal pun tak jadi sebab malam tu kan ada konsert khas Ulang Tahun TV Al-Hijrah. Aku dok layan pulak sampai tengah malam.


Alhamdulillah, aku berjaya bangun pepagi buta. Siap2 pakai baju lepas tu terus solat subuh. Haa..punyalah aku ni beria nak gi cari parking kat PICC tu, aku keluar rumah pukul 6.15 am. Kemain awal. Pergi keje takde pulak bangun awal cenggini. Haih. Jarak PICC dengan umah aku jauh jugaklah tapi sebab drive kan, kejap je sampai. Masa sampai tu, lampu kat lobby PICC tu pun tak buka lagi. Tapi dah ada orang yang datang lagi awal dari aku. Aku tunggu kawan-kawan aku, Mun, Wana dan Saiful sebenarnya.
Ok..dipendekkan cerita, kami masuk ke dewan dalam pukul 7.55am. Bertempat di Dewan Plenary, PICC, kami diberi tempat duduk kat section yang sama dengan tempat duduk Agung. Haa.amik..betul2 ngadap stage. Screen besar tu apatah lagi kan. View memang nice tapi jauh la sikit sebab dah ke atas. Acara bermula sekitar pukul 10am setelah ketibaan DYMM YDP Agung. Setelah lagu Negaraku dan bacaan doa, acara pun bermula.
Antara persembahan pada majlis itu ialah, bacaan Al-Quran, persembahan nyanyian oleh kumpula peserta Adik-Adikku dan Far East serta Hafidz Hamidun. Terhibur dengan persembahan tu. Setelah itu, pengumuman penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435 yang dianugerahkan kepada Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin bagi kategori Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan manakalan Dr Zakir Abdul Karim Naik pula bagi kategori Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua tokoh ini yang banyak berbakti dalam menyebarkan syiar Islam.



Credit: mykmu.net
Majlis selesai sekitar jam 1140am lebih kurang. Aku dan kawan-kawan tak terus balik rumah masing-masing sebab kitorang singgah Alamanda untuk makan. Masing-masing lapar sebab dari pagi tak makan. Hehehe. Begitulah cerita sambutan Maal Hijrah aku. Alhamdulillah, berpeluang juga aku hadiri majlis ini. Semoga masih dipertemukan dengan tahun baru yang akan datang, Insha Allah.

Okay...till meet again

IKLAN

9 comments:

  1. seronoknya dapat hadiri majlis2 penting macam nie :)

    ReplyDelete
  2. best nya dapat sambut maal hijrah. Liya rasa last smbut pon time belajaq dulu2 ja.. :(

    ReplyDelete
  3. esok 9 muharram . jom kita puasa ...

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dpt g mjlis besar mcm tu..tgk live..

    ReplyDelete
  5. seronoknya dpat pergi majlis seperti ini :)

    ReplyDelete

My friend say: