Monday, November 11, 2013

Korea Fair @ ISETAN, KLCC

Assalamualaikum...

Selama tiga hari tak aktif blogging. Actually, aku memang away from lappy dan tak sempat nak update new entri walaupun auto publish. Maaf ya kalau lambat sangat singgah blog korang. Akan aku lakukan sedikit demi sedikit, Insha Allah.

Hari ini aku nak bercerita tentang Korea Fair @ ISETAN, KLCC. Event telah pun bermula pada 1 November 2013 dan akan berakhir pada 14 November 2013. So, masih ada beberapa hari lagi untuk korang pergi. Oh ya, aku sempat pergi dua kali ke Korea Fair untuk temankan cik Kembar yang nak shopping kat sana.

Dari makan hinggalah pakaian, segalanya yang berkaitan dengan Korea, semuanya ada. Buat peminat K-Pop terutamanya artis-artis dibawah SM Entertainment, ada jualan khas SMTOWN products dan juga Everysing. Officials goods untuk Super Junior, SNSD, Shinee, TVXQ, F(x) dan EXO ada dijual. Cumanya korang kena standby duit beratuslah sebab harga memang mahal. Dah namanya pun SMTOWN kan, memang takkan dapat murah. Ada yang murah, setakat pensil EXO je la RM6. Barangan lain paling murah aku tengok cuma bookmark, RM11. Ada macam-macamlah, poster, baju, topi, buku, dan macam-macam lagilah. Untuk SMTOWN products ni, bertempat di level 2 ya.

Selain barangan K-Pop, Korea juga terkenal dengan fesyen mereka. Sekarang ni kan kebanyakkan muda-mudi kita ramai yang nak berpakaian ala-ala Korean, so di Korea Fair ini, ada juga jualan pakaian mengikut fesyen masyarakat Korea. Bukan pakaian je, aksesori, dan juga produk kecantikan dari pelbagai jenama seperti Holika Holika pun ada dijual. Memang bestlah kalau korang jenis yang suka dengan fesyen Korea.

Okay..yang paling best buat aku ialah, makanan. Hahaha. Akukan suka makanan Korea. Dibawah Level C, dalam ISETAN juga ada Korean Food Fair. Haa..kat sini, korang yang tak pernah makan makanan korea boleh cuba rasa makanan tu. Dimasak disitu juga tau. Kalau korang tak reti nak makan ramyeon Korea takpe, makan snek seperti Pajeon pun dah cukup. Itu senang kot nak masuk tekak sebab Pajeon tu pancake je. Hehehe. Kalau korang peminat stick biscuits Pepero tu, aku suggest korang belilah kat Korean Food Fair ni sebab harga dia murah gila. RM19.90 je sekotak yang besar tu. Kedai biasa RM36 tau kembar aku check harga. Kalau takmo beli sekotak besar tu, beli je kotak kecil, RM4.50.

Selain itu, ada juga dijual makanan lain dan juga bahan-bahan asas masakan Korea seperti, soy bean paste, red chili powder, red chili paste, slice rice cake dan yang paling popular, kimchi. Kalau tak tau rasa kimchi tu macam mana, korang rasa je kat situ. Ramyeon pun ada jual. Aku suggest koran beli Nongshim Shin Ramyeon yang dah dapat sijil sah Halal Jakim tu. Setiap belian ramyeon tu korang layak untuk masuk contest. Kalau menang dapatlah percutian ke Korea. 

Okay..setakat itu je review aku pasal Korea Fair tu. Kalau korang ada di KL, masih lagi berkesempatan untuk pergi. Memang tak rugilah kalau especially kalau korang ni peminat Korean food, fashion and culture. So, jom layan gambar-gambar yang aku amik ni. Sorry entri terpanjang skit. Heheh
Ini antara barangan yang sempat beli kat SMTOWN Products sale tu. 


Okay...till meet again

IKLAN

4 comments:

  1. bestnya kalau dpt pegi..jamu mata pun jadilah >.<

    ReplyDelete
  2. fair gini memang peminat2 korea suka la,hee..kalini sally xjoin ke?:)

    ReplyDelete
  3. kenapa mcm tak minat nak g ek..? hahaha...padahal dokek je dgn umah :P

    ReplyDelete

My friend say: