Friday, November 15, 2013

Hi-Tea Bersama Kamal Adli

Assalamualaikum...

Entri kali ini ialah related to entri Teaser Entri Baru Untuk Minggu iNi, cerita no.3 pulak ya. Maaflah dah hampir seminggu baru sempat nak cerita. HEhehe

Dua minggu lepas, Slimming Sanctuary ada buat event di pejabat aku. Kebetulan pulak aku menang Lucky Draw untuk Hi Tea Bersama Kamal Adli. Kamal Adli? Hah? Hahaha...blurr kejap sebab aku lupa siapa Kamal Adli. Kekek..maklumlah jarang tengok drama so ingat-ingat lupa. Gitu kekdahnya. Maka dengan menangnya aku untuk Lucky Draw tu, dapatlah aku jumpa retis. 

Seperti yang telah dijanjikan, hari Jumaat, one day before actual event, aku terima emel daripada organiser event. Emel mengenai tentative program. Okay..excited kejap bukan sebab akan dapat jumpa artis tapi sebab ada geng nak pergi. Hahaha. Aku pergi dengan rakan seunit, watak wajib blog aku, +Mohamad Ridzuan dan Haziqah. 

Hari kejadian, iaitu Sabtu 9 November 2013, aku menapak ke Putrajaya Sentral untuk naik ERL. Ada kisahnya kenapa aku menapak jalan kaki instead of drive ke sana. Nantilah aku ceritakan kat entri lain. Ada kena mengena dengan Wordless Wednesday #2 [13.11.2013] semalam. So, setelah berpeluh-peluh jalan kaki dan menunggu hampir 15 minit beratur untuk beli tiket erl ke KL Sentral, makanya sampai juga aku kat KL Sentral untuk berjumpa dengan Haziqah dan kemudian kami teruskan perjalanan naik KTM ke Mid Valley. Gigih gitu tau.

Sampai kat Mid Valley tu, kami terus je ke The Gardens dan berkumpul pulak dua orang kawan Haziq dan tunggu Ridzuan. Kami plan nak sama-sama ke Slimming Sanctuary tu. Tapi sebelum tu sempat juga aku bertegur sapa dengan Shuhada, one of the organiser's crew kat The Blu Med. Hihi. Setelah cukup geng, kitorang pun teruskan mencari Slimming Sanctuary. Waduh waduh waduh...sesat barat kitorang dalam The Gardens tu untuk cari Slimming Sanctuary kat mana. Berpusing sana sini, naik turun elevator bagai tapi tak jumpa. 
Hi-Tea With Kamal Adli
After call organiser untuk minta tunjuk arah, akhirnya kami sampai juga ke Slimming Sanctuary tu dengan muka penat. Hahaha..nasib dorang greet kitorang dengan mesra sekali. After registered, sign kat board besar, kami dibawa masuk ke salon Slimming Sanctuary dan disitu dah dihidangkan lite refreshment. Haa..apa lagi, makan dululah sebab masing-masing dah lapar. Aku langsung tak makan dari pagi tau. Punyalah gigih simpan perut. Okay tipu..aku gigih kemas rumah dulu pastu siap2 sampai lupa nak makan. 

Nak jadi cerita, time aku nak amik makan tu, sorang nutritionist Slimming Sanctuary tegur aku. Dia cakap jumlah makanan yang aku amik tu kena kurangkan lagi. Wei..gile sikit aku amik sebab nak control cun pun dia cakap banyak. Maknanya aku kena makan ala-ala celah gigi jelah nampak gayanya. Kakakaka. Lupakan segalanya, yang penting isi perut lapar dulu. Aku senyum senyum je pastu makan dengan rasa tak bersalah pun.
Kuruskan badan

Sebelum Kamal Adli datang, kami diberi demo mengenai mesin terbaru EximiaPro Body yang mampu membakar lemak dan menampakkan kesan dalam hanya 10 minit gitu. Tak dinafikan memang terbukti tau. Selepas sesi demo, kami pula diberi peluang untuk rasai sendiri kesan penggunaan mesin terbaru EximiaPro tu. Aku pun saja la sibuk juga nak try. Seriously, memang nampak kesan dalam hanya 20 minit untuk kedua-dua bahagian perut aku. Eceh eceh..tetiba rasa best. Walaupun hangat macam perut kena iron je. 
Slimming Sanctuary

Time aku tengah buat trial treatment tu la Kamal Adli datang. Ala..terlepas aku nak join sesi tour Slimming Sanctuary tu dengan Kamal Adli. Selepas sesi tour tu, kami terus dibawa ke The Blu Med dan disitulah segala kemuncak event. Bertempat ditingkat atas The Blu Med, dah terhias tempat tu dengan belon merah putih Slimming Sanctuary. Wow..masa ni ada terselit sikit excited.
Hi-Tea With Kamal Adli

Acara pertama ialah main game Charade. Ala, yang teka perkataan melalui gerak badan tu. Korang boleh tengok game charade ni banyak dalam variety show Korea. Kami dibahagi kepada dua kumpulan dimana salah satu kumpulan diketuai oleh Kamal Adli sendiri. Ceh, aku tak bernasib baik nak satu group dengan Kamal. Kawan aku si Haziq yang dapat. Okay..takpe. 

Masa main game ni memang kelakar habis sebab masing-masing nak menangkan. Dah rupa apa aku tengok si Kamal ni buat aksi nak bagi member group dia meneka. Tapi hebat kot dorang. Dapat jawab 9 soalan dalam masa 6 minit. Group aku? 5 soalan je. Hahaha. Sah-sahlah group Kamal menang, ye tak?. Tapi demi nak bagi semua orang dapat hadiah yang dijanjikan, so Kamal kena bantu group kami jawab soalan dan 5 terawal jawab akan dapat hadiah. Alhamdulillah, aku pun dapat jawab juga.
Apasal la susah sangat nak buat ni?
Setel game, masa makan pun tiba. Makanan yang dihidangkan sedap-sedap belaka terutama ayam serai. Memang terangkatlah. Tapi aku tak makan banyak sebab aku tau lepas setel event ni aku nak jumpa mak dan kembar kat KLCC pulak. Sah-sah makan dengan dorang nanti. Masa makan tu crew-crew event ada pesan kat kitorang kalau nak bergambar dengan Kamal Adli datang je ke meja beliau.

Makanya aku pun ambillah peluang. Ala..sesekali jumpa retis kan. Nak juga buat kenangan. Walaupun aku bukan peminat beliau. Sejujurnya Kamal Adli memang hensem kalau jumpa live depan mata. Dalam tv aku rasa kurang hensem tapi orang betulnya hensem juga beb. Kelakarnya si Kamal ni, masa aku datang ke meja dia nak bergambar, selamba je dia keluar ayat "Mana you pergi tadi? I tunggu tau. You pergi buat treatment ek?" Eerk..hahaha.. Senyum aku dengar sambil angguk je kepala. Masa Haziq nak tolong snap gambar tetibe mak aku call da. Selamba je Kamal cakap, tekan answer meh dia cakap dengan mak aku. Lagilah kitorang ketawa time tu. Tapi Haziq dah tekan button decline so takde la cakap ngan mak aku. Bahahaha
Hi-Tea bersama Kamal Adli

Memang sporting Kamal ni. Tak sangka juga ek. Ala..aku je yang jakun sebab aku tak biasa jumpa artis Malaysia. Kalau Super Junior tu, tiap2 tahun mesti akan jumpa kat concert. Hahaha. Next week dapatlah jumpa SuJu lagi. Weee..Sebelum acara berakhir, kami bergambar beramai-ramai a.k.a. group photo. Meriah sangat event tu. Walaupun simple tapi disebabkan Kamal ni orangnya ceria, makanya event tu jadi meriah dan sangat ceria. Begitulah cerita panjang lebar aku untuk kali ni ya. Korang enjoylah tengok gambar-gambar ni ya.
Teka betul-betul ya
Hi-Tea with kamal adli
Capture dari Instagram Kamal Adli
Ni hadiah yang kami dapat Vouche

Okay...till meet again.

IKLAN

9 comments:

  1. waa..untung la jumpa Kamal Adli :)

    ReplyDelete
  2. seronoknya kan ainim..jumpa pelakon kacak nie...

    ReplyDelete
  3. wah,bestnya...jumpa retis lagi,hihi

    ReplyDelete
  4. wah jelesnya! dah la minat ngan kamal adli!^^

    ReplyDelete
  5. eh eh eh nak dekat samalah muka adik akak ni dengan kamal adli...ekekeke... wah blogger retis gitewww....

    ReplyDelete

My friend say: