Friday, November 15, 2013

Energy Efficiency

Assalamualaikum...

Ehem ehem..jangan terkejut baca tajuk kat atas tu. Kalau selama ni aku dok bercerita tentang ceritera kehidupan aku, apa kata kalau sesekali kita latih diri terutama minda kita untuk belajar dan berfikir pulak. Sambil blogging dapat juga informasi kan. 

Okay..ni aku nak tanya ni. Korang pernah dengar perkataan Energy Efficiency? Kecekapan Tenaga? Ke korang lupa sebenarnya ni. Haa..kalau lupa meh sini aku explain sikit. Energy Efficiency atau Kecekapan Tenaga ni bermakna, penggunaan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini membawa maksud kalian dapat mengurangkan perbelanjaan sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik disamping kalian menikmati kemudahan yang sama. 

Dah clear sikit pasal Kecekapan Tenaga? Okay..bagus. Memandangkan elektrik adalah sumber tenaga utama yang kita gunakan sama ada di rumah atau di tempat kerja, sewajarnya kita memanfaatkan penggunaannya dengan berhemah dari pelbagai cara. 

Penggunaan elektrik dengan cekap ni atau senang cakap, Amalan Cekap Tenaga ini sangat digalakkan terutama dikalangan kita yang banyak menggunakan tenaga elektrik di rumah ni. Oh ya lupa nak cakap. Kali ini, kita fokus kepada Amalan Cekap Tenaga di rumah dahulu ya. Kenapa kita perlu amalkan kecekapan tenaga ni? Terdapat beberapa faktor yang perlu kita ambil kira dalam mengimplementasi amalan cekap tenaga ni. 
Kecekapan Tenaga
Bahan api fosil seperti gas dan arang batu adalah sumber untuk menjana tenaga elektrik namun ia dikategori sebagai sumber tidak boleh diperbaharui dan bekalannya semakin susut. Peningkatan permintaan penggunaan tenaga kian meningkat dari setahun ke setahun. Kos yang tinggi untuk mendapatkan bekalan ini dimana negara kita juga terpaksa mengimport bekalan ini dari luar negara bagi memastikan bekalan yang berterusan. Perlu diingatkan bahawa kedua-dua sumber ini sebenarnya memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan juga kesihatan manusia.



Macam yang aku cakap di atas tu, gas dan arang batu mampu memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Kita sebagai generasi pelapis bertanggungjawab dalam memelihara alam sekitar agar generasi akan datang dapat mewarisi alam sekitar ini. Paling bagus, bila kita mengamalkan kecekapan tenaga ni, kita dapat jimat perbelanjaan isi rumah. So, duit kita pun dapat jimatlah.
Energy Efficiency

Andai kata kita tak mengamalkan kecekapan tenaga, pasti bil elektrik melambung tinggi. Selalunya bila dapat bil elektrik, pernah tak korang perhatikan satu persatu angka dan setiap seksyen dalam bil tersebut? Kalau korang lihat balik pada bil TNB yang baharu ni terdapat satu seksyen seperti dalam gambar iaitu Dana Wang Tenaga Boleh Baharu. Dimana setiap bill yang bernilai RM77 dan ke atas, caj tambahan 1% akan dikenakan dan diserahkan kepada pihak SEDA Malaysia.

Apa tu SEDA? SEDA ialah Sustainable Energy Development Authority yang berperanan untuk mentadbir dan menyelaras pelaksanaan mekanisme Feed in Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu yang telah diluluskan pada April 2011. Sejajar dengan wawasan untuk menggalakkan penggunaan tenaga mampan sebagai sebahagian daripada penyelesaian ke arah mencapai keselamatan tenaga dan autonomi.
SEDA Blogger

Mungkin juga ada dikalangan kalian yang kurang bersetuju dan mungkin juga kurang jelas dengan caj tambahan 1% yang dikenakan dalam bil TNB tu. Untuk pengetahuan, caj 1% tu akan disumbangkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (RE) dimana dana tu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. So, caj tambahan 1% itu bolehlah kita anggap sebagai sumbangan kita kepada pihak SEDA Malaysia dalam pembangunan tenaga lestari di Malaysia sebagai alternatif kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas yang banyak memberi kesan buruk kepada alam sejagat.

Oleh itu, sebagai pengguna, kita haruslah mengamalkan Kecekapan Tenaga agar pelepasan gas yang berbahaya kepada alam sekitar dapat dibendung dan seterusnya menjamin kelestarian bumi. Kalau bukan kita siapa lagi yang nak jaga alam sekitar ni kan? Berkenaan dengan pembangunan tenaga lestari sebagai alternatif kepada bahan api fosi dan gas, korang boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web SEDA Malaysia seperti dibawah ni.
Aku apa yang aku kongsikan di atas ini dapat beri manfaat kepada korang juga selain aku sendiri. Gementar juga nak menulis informasi ni, bukan apa takut tersalah info. Hehehe..sebarang pandangan dan idea amat aku harapkan. Kalau ada pembetulan dan mungkin korang lagi arif daripada aku, silalah share info tu dengan aku ya.

Okay...till meet again.

Sumber rujukan:
SEDA Malaysia

15 comments:

  1. panjang lebar info ainim nie...banyak yang kena kita tahu kan..supaya info yang kite berikan kepada readers tu betul..Thanks ainim kongsi info tentang ini...Kalau tak akak tak tau pun..Tau bil je baru..

    ReplyDelete
  2. info yg bagus bagi mrk yg x tau cam saya ...

    ReplyDelete
  3. ooo macam tu rupanya ..acik aci kfaham dan tahu :) seda tu ye ..thanks kongsikan

    ReplyDelete
  4. ooo seda rupanya
    memahami sikit2..nice sharing
    oo yg bilnya rm77 ke atas ade charge rupanya
    isi tabung nuffnang sini-hotlink

    ReplyDelete
  5. wah entri kaw2 ye dik...makseh perkongsian dik :)

    ReplyDelete
  6. nice info. cam thesis la. thank you for sharing

    ReplyDelete
  7. kalo saya la nak jimat elektrik jimat handphone smpai penuh kt tmpt kerja baru blk..hehe

    ReplyDelete
  8. nice sharing :)

    p/s da masukkan dalam bloglist :)

    ReplyDelete
  9. humph,bagus ni..dapat jimat duit..lepas tu, GO GREEN

    ReplyDelete
  10. tq for sharing ye
    salam perkenalan dari ida
    jemput singgah blog ida ye
    umielman.blogspot.com
    dah follow blog ni no 305

    ReplyDelete

My friend say:

Nuff Ads