Saturday, October 05, 2013

Wedding Rakan Ofis

Assalamualaikum...

Selamat hujung minggu semua. Wahhh..dah malam baru dapat buka blog. Malam semalam tak larat dah nak buka blog sebab balik dari ofis dalam pukul 8pm sampai rumah hampir ke pukul 10pm disebabkan jem teruk. Rupanya sepanjang jalan dari TUDM nak ke Sungai Besi tu ada beberapa buah kereta rosak. Itu tak masuk lagi dengan bagi laluan kepada kereta VIP dan ambulance. So, sampai rumah memang letih sesangat.

Okay. Hari ni memang seharian diluar kerana menghadiri majlis perkahwinan rakan ofis di Kajang. Pagi tu selepas selesai kemas rumah, terus je bersiap untuk ke stesen KTM Serdang untuk ambil adik Ridzuan kita tu. Diakan watak wajib kalau aku pergi ke mana-mana untuk aktiviti melibatkan kengkawan ofis. Hah...punyalah jem kat KTM Serdang tu tapi gigih juga gi amik adik kita tu kan. Seterusnya kami bergerak terus ke Masjid Batu 10 untuk berjumpa dengan Kak Aida dan Kak Ina. Kami berkumpul dekat situ untuk terus ke rumah Najib. 

Kami sampai dalam pukul 130pm dan terus masuk ke rumah pengantin memandangkan waktu itu, pengantin sedang bersanding. Sempatlah snap beberapa keping gambar pengantin bersanding. Selesai ambil gambar kami terus je pergi makan memandangkan kesemua kami ni memang sedang lapar. Perut aku pun dah berbunyi2 tau. Aduh..ni penangan makan simple2 je breakfast pagi tadi. Kononnya sebab nak isi perut time kenduri nanti. Hahahah. Para tetamu dihidangkan dengan nasi minyak, nasi putih, rendang daging, ayam masak merah, dalca sayur, acar buah, gulai lemak nenas dan ikan masin. Wah..sedap-sedap belaka semua menu tu. Selain itu ada juga pencuci mulut tau.

Time makan tu penuh dengan gurau senda kami berempat yang memang ibarat macam 4 tahun tak jumpa padahal jumpa hari2 kat ofis. Err...kecuali Kak Ina sebab ofis kami lain. Hehehe. Macam-macam yang kami bualkan sampai rasa nak tersembur keluar makanan sebab masing-masing kepala gila2. Dimajlis tu memang jumpa ramai kengkawan ofis. Sempat juga bergambar dengan kawan baik aku, Mun dan Wana. Sempat lagi camwhore tau dalam sibuk makan tu. Hahahha

Kami berada dimajlis sehingga hampir pukul 3pm kerana menunggu seorang lagi rakan ofis. Sebelum balik tu, sempat lagi bergambar dengan pengantin dipelamin. Kepada Najib dan Ain, tahniah diucapkan. Semoga kekal bahagia dan dirahmati hingga ke Jannah. Thanks kerana sudi jemput kami ya.

Okay....till meet again

6 comments:

  1. npaknya akak lagi menonjol dari pengantin :)

    ReplyDelete
  2. Wah... .merah meriah pengantin... :-)

    ReplyDelete
  3. wah sweetnya semua...mesti tempias seri pengantin kan :)

    ReplyDelete
  4. simple je pelamin pengantin kan.. :)
    selamat pengantin baru..

    ReplyDelete

My friend say: