Tuesday, October 01, 2013

Tiket SS5 Malaysia.. Yeay!!!!

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua. Oh ya..Khamis lepas aku ada up satu entri berkenaan SUPER SHOW 5 Super Junior World Tour in Kuala Lumpur. Aku kan excited sesangat masa tu. Padahal aku tak sure pun sama ada aku dapat pergi ke tak. Bahahaha...

Okay..Pagi khamis tu juga kembar call dari hospital suruh aku pergi beratur untuk dapatkan tiket concert ni Ahad nanti (29.09.2013). Hmm..mula2 memang aku willing nak pergi beratur tapikan aku sebenarnya tak pandai nak ke Paradigm Mall, Kelana Jaya tu. So, aku mulanya ajak Kak Ann, geng ELF aku untuk temankan aku beli tiket. Tetapi Kak Ann tak dapat nak temankan aku sebab dia ada urusan lain. So, dalam kepala dok fikir sapalah yang baik hati boleh teman aku.

Sampai kat rumah malam Khamis tu, kembar cakap ada sorang member baik hati nak tolong belikan. Hmm..aku pun memang legalah memandangkan aku memang ada urusan hari Ahad haritu. So, kawan aku, Farhah dan Shyla tolong belikan tiket untuk aku, kembar dan beberapa orang lagi rakan kami. After few hours beratur dengan gigihnya, maka berjaya jugalah mereka mendapatkan tiket concert ni. Berapa harga? Oh..rahsia. Cukup aku katakan, memang berbaloi beli tiket ni. Kekekekke

Nilah rupa tiket tu. hehehe..puas hati tengok tiket concert dah ada. Thanks to Farhah dan Shyla sebab susah payah tolong belikan tiket untuk kami. Thank you so much to my twin, Ain sebab sponsored tiket concert ini untuk aku. Korang ada yang pergi tak nanti? Hehehhe

Okay...till meet again

7 comments:

  1. InshaaAllah kalau tak ade pape nad pegi^^

    ReplyDelete
  2. ok, jeles..nak g beli tiket CNBLUE kat Jakarta laa...hehehe

    ReplyDelete
  3. weee.. best nya... kim salam kat kyuhyun ,,^_^

    ReplyDelete
  4. ho2.. dapat jugak apa yg dia nak yea.. heee

    ReplyDelete

My friend say: