Tuesday, October 22, 2013

Sengkuang Calit Klasik

Assalamualaikum...

Jangan tertipu dengan tajuk diatas ya. Hari ini aku nak berkongsi dengan kalian semua tentang sejenis makanan zaman aku budak-budak dulu. Zaman aku budak-budak dalam tahun 90-an. Namanya sengkuang. Aku yakin korang mesti tahukan. Ehem..tak tahu? Isk isk isk..kesian. 


Sengkuang ni zaman 90-an memang femes sesangat. Dari orang dewasa sampai budak-budak macam aku (zaman dululah), sukakan sengkuang ni. Sengkuang adalah sejenis buah yang isinya berwarna putih dan kalau makan gitu-gitu je memang tawar rasanya. Sengkuang ni selalu dimakan sebagai rojak buah yang dicampur sekali dengan buah-buahan yang berlainan jenis. Tapi, sengkuang yang aku maksudkan ini ialah, sengkuang calit. Sengkuang calit tu apa? Oh tak tahu lagi ya. Meh sini aku explain kat korang.


Sengkuang calit ini ialah sengkuang yang dipotong nipis dan kemudian disapukan dengan sejenis sos berwarna merah dan kemudian ditaburkan kacang ke atasnya. Sesetengah orang letak juga sedikit gula untuk beri lebih rasa kepada sengkuang tu. Biasanya sengkuang calit ni dijual ditepi-tepi jalan oleh penjaja makanan. Kalau zaman dulu, kawasan sekolah antara tempat paling banyak orang jual sebab budak-budak sekolah rajin beli. ehehe..aku salah sorangnya la. 

Hari berganti hari, tahun demi tahun, sengkuang calit ni semakin dilupakan. Entah mana silapnya, sengkuang calit ni tetibe ibarat dah pupus. Kalau nak cari penjualnya pun susah sesangat terutama kat kawasan bandar. Tapi kalau kat kawasan kampung maybe ada lagi kot. Kesian sengkuang calit. Makin lama makin orang lupa walaupun rasanya sedap sesangat. 

Ayat kat atas tu dah macam syahdu je tetibe. Silalah jangan emo ya baca ayat aku tu. Haa..hendak dijadikan cerita, dalam tahun lepas tak silap aku. Aku, kaknyah dan kembar pergi ke Downtown Kajang untuk shopping tudung. Saja je nak pergi katanya. Lepas dapat beli tudung, kitorang singgahlah ke gerai-gerai yang jual makanan tu. Terpandang kami pada satu gerai yang ramai orang. Nampak cam menarik. Rupanya orang jual sengkuang calit. Terus je kaknyah aku order. Ya lah kan, dah berapa tahun tak pernah tengok sengkuang ni, tetiba adakan. Woahh..gila excited aku dan adik beradik aku. 

Kalau dulu harga sengkuang calit ni dalam 20sen ke 50 sen sekeping, sekarang ni sekeping je RM2. Memang berganda-ganda beza harganya. Tapi ya lah, zaman dulu nak compare dengan zaman sekarang, mana nak sama ya dak? Tapi rasanya tetap sama seperti yang aku makan masa aku kecik-kecik dulu. Fuh, memang nikmat.

Last week hari Khamis, Kak Ida, kawan satu unit, bawa satu bag plastik penuh dengan sengkuang yang dah dipotong nipis. Tetiba Kak Ina pulak letak satu bekas atas meja Rizman. Rupanya Kak Ida yang bawa. Dalam bekas tu berisi sos dan juga kacang. Haa...apa lagi, pesta makan sengkuang kitorang pepagi buta tu kat ofis. Hahaha. Sedapnya sangat sebab kacang tu boleh letak banyak ikut suka hati. Alhamdulillah. Rezeki pagi tu.

Begitulah kisah sengkuang calit aku. Aku yakin korang pun mesti ada memori dengan sengkuang calit ni. Kalau korang teringin nak makan sengkuang calit ni, boleh cari kat downtown atau pun uptown. Selalunya ada peniaga yang jual kat situ. Sekian dulu cerita kita ya

Okay...till meet again

8 comments:

  1. Tak pernah jumpa lagi rasanya.
    Selalunya makan sengkuang dengan kuah rojak ja :)

    ReplyDelete
  2. msa sekolah dulu selalu beli kt kntin... skrg dh xde dh.. huhu

    ReplyDelete
  3. dah lama x makan sengkuang mcm tu..

    ReplyDelete
  4. baru je beli tadi kat koop.. hehe.. simpan dlm peti es dulu.. tengah hari kang baru mkn.. pehhh.... nikmat =)

    ReplyDelete
  5. Sally: Kan.sedapa

    Invisible Me; oh ye ke..femes tau masa saya kecik dulu

    Maria: kan, susah nak jumpa sekarang

    Pha is: Sekarang ni banyak jual kat downtown

    Fariha: akak tak beli kat koop tu sebb akak beli jambu batu..haha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Saya dari Sengkuang Lagenda..
    Jika tuan/puan teringin nak makan sengkuang calit boleh ke kiosk kiosk berdekatan. boleh rujuk di facebook Sengkuang Lagenda. atau hubungi saya 0133626202.
    terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Nak rasa sos asli sengkuang calit? Boleh lawat www.sengkuangcalit.com atau https://www.facebook.com/hishamoldskoolsengkuangcalitasli 010-3887388 Pakej usahawan juga boleh didapati.

    ReplyDelete

My friend say: