Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum...

Sudah bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha? Kalau sudah, Alhamdulillah. Bagi yang tidak dapat menunaikan ibadah tersebut, tidak mengapa, jom berzikir nak?

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam yang menyambutnya. Kepada para jemaah haji, semoga kalian mendapat haji yang mabrur dan semoga segala urusan kalian dipermudahkan. 
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Sumber : pmr.penerangan.gov.my
Bagi mereka yang membuat korban tahun ini, semoga korban kalian mendapat redha Allah dan beroleh pahala. Bagi yang tidak mampu, semoga tahun mendatang akan ada rezeki dan peluang buat kalian pula ya. Marilah bersama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar. Berkorban itu luas maksudnya. Maka kita hayati maksudnya dengan fikiran yang seluasnya. 

Okay...till meet again
IKLAN

10 comments:

  1. selamat hari raya juga buat ainim sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. salam aidil adha ... semoga bergembira bersama keluarga ...

    ReplyDelete
  3. Salam AidilAdha.

    raikan dengan penuh rasa syukur. :)

    ReplyDelete
  4. salam aidiladha ainim
    yumida isi tabung Nuffnang sini-sony...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Raya Aidiladha :)

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya korban kak :)

    ReplyDelete
  7. Selamat Hari Raya Aidiladha kak :)

    ReplyDelete

My friend say: