Thursday, October 31, 2013

SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop [20 Okt 2013]

Assalamualaikum...

Beberapa minggu lepas, aku pernah ceritakan dalam beberapa entri mengenai bengkel yang akan aku hadiri ini SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop. Aktivit hujung minggu aku pada 20 Oktober 2013 memang berbeza dari kebiasaan apabila aku menghadiri sebuah bengkel yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia.

Masih tak tahu apa itu SEDA? SEDA ialah Sustainable Energy Development Authority of Malaysia (SEDA). SEDA Malaysia ialah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari 2011[Akta 726]. Peranan utama SEDA Malaysia ialah mentadbir dan mengurus pelaksanaan Feed in Tariff (FiT) dibawah Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011 [Akta 725].
Event               : Clean Energy for the future : Content Development Workshop
Venue             : Berjaya Times Square Hotel , Kuala Lumpur
Time                : 9.00 am  – 1.00 pm              
Day/Date        : October, 20th  2013 ( Sunday)
Bengkel ini dianjurkan oleh SEDA Malaysia dengan penyertaan blogger sebagai orang tengah dalam memberi penerangan dengan lebih jelas tentang Feed in Tariff (FiT) dan pelaksanaannya di Malaysia. Memandangkan medium media sosial seperti blog kini sangat mendapat tempat dan lebih dekat dengan masyarakat, pihak SEDA Malaysia berharap kami dapat membantu mereka dalam memberi pendedahan yang lebih meluas kepada masyarakat secara amnya.

Bagi memenuhi jemputan tersebut, aku dan blogger +Sally Samsaiman seawal pukul 8am telah berada diperkarangan Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Kami antara yang terawal sampai. Kami disambut oleh sekretariat SEDA Malaysia dengan penuh mesra. Setelah mendaftar nama, kami terus masuk ke bilik seminar. Program bermula seawal pukul 9am dengan persembahan video mengenail pemanasan global dan kesannya kepada alam sejagat. 
Blogger Workshop
Blogger Workshop

Selepas itu, sesi seterusnya ialah pengenalan kepada Feed in Tariff (FiT) yang dipersembahkan oleh Chief Corporate Officer SEDA Malaysia, Dr. Wei-nee Chen. Kami diberi penerangan lebih lanjut tentang apa itu Feed in Tariff (FiT) dan mekanisme pelaksanannya dinegara kita. Sesi ini sememangnya memberi kefahaman yang lebih jelas tentang Feed in Tariff kepada kami peserta bengkel ini.
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop

After coffee break, program diteruskan dengan Welcome note daripada Chief Executive Officer SEDA Malaysia, Datin Badriyah Abd. Malek. Setelah itu, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dimana kami membentuk discussion group dengan topik yang telah diberikan. Oh ya, kami bukan discuss diantara peserta semata tetapi setiap kumpulan akan mempunyai dua orang fasilitator yang guide kami untuk membincangkan topik yang telah diberikan. Topik bagi kumpulan aku ialah Energy Efficiency (EE). Topik-topik lain yang diberikan untuk 3 kumpulan lain ialah Biomass, Biogass dan Small Hydro. Fasilitator kumpulan kami ialan En Ishamuddin dan En Nazmi.
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop

Setelah hampir 1 jam sesi perbincangan berkumpulan, tiba masanya seorang wakil kumpulan tampil ke hadapan untuk menerangkan apa yang difahami daripada sesi perbincangan tersebut. Kumpulan aku diwakili oleh blogger Zara Phang. Blogger Kak +Mia Liana dan +Sally Samsaiman pun turut berada di dalam kumpulan yang sama dengan aku. Bengkel ini tamat pada pukul 1.30 pm dengan diakhiri sesi bergambar berkumpulan. 
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop

Selesai bergambar, kami terus menuju ke restoran Big Apple untuk makan tengahari. Semasa makan-makan inilah aku kenali lebih dekat Kak Mia dan suami beliau. Aku, Sally, Kak Mia dan Abg Mail berbual rancak sambil makan-makan hingga tak sedar jam sudah 3.30pm. Ye la, itu kan pertama kali kami berjumpa. Memang excited sesangat dapat jumpa mereka ini. Terasa sekejap je masa berlalu.

Alhamdulillah, dengan menghadiri bengkel ini, aku sebagai seorang pengguna juga mendapat 'clear view' tentang Feed in Tariff dan isu-isu mengenai kecepakan tenaga. Selain itu, aku juga dapat ilmu baru mengenai sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti biomas, biogas, sisa dan solar. Selama ni kita hanya dengar je kan. Sekarang ni ada ilmu sedikitlah kalau ada yang tetibe bertanya pasal perkara ini
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop

Bagi korang yang ingin tahu lebih lanjut fungsi SEDA Malaysia dan bagaimana mekanisme pelaksanaan Feed in Tariff ini dinegara kita, silalah layari  laman web SEDA Malaysia disini http://seda.gov.my/
Blogger Workshop
Blogger Workshop
Blogger Workshop

Terima kasih tak terhingga buat SEDA Malaysia kerana sudi menjemput aku untuk menghadiri program ini. Semoga program ini akan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada aku tetapi buat pembaca blog ini juga, Insha Allah.

Okay...till meet again

13 comments:

  1. moga ada ilmu yang boleh dikongsi dari bengkel itu kan..

    ReplyDelete
  2. seronoknya berada dlmjlis ilmu...

    ReplyDelete
  3. terbaiklah..sgt bagus seminar macam ni

    ReplyDelete
  4. wah,aktif betul sis dengan program blog ye:)

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpr join bengkel mcm ni.

    ReplyDelete
  6. hope boleh share ilmu yang dipelajari di sana.....

    ReplyDelete
  7. wow.. siap ada open day blogger...

    ReplyDelete
  8. wahhhh... entri yang sangat detail ni.... terbaikk..

    ReplyDelete

My friend say: