Friday, October 04, 2013

SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop

Assalamualaikum...

Tengahari semalam waktu rehat, aku terima satu emel jemputan menghadiri bengkel. Mulanya agak waspada juga sebab aku taktau emel apakan. Rupanya invitation untuk menghadiri satu bengkel berkenaan dengan tenaga boleh diperbaharui. Apa tu? Aku pun kurang faham sebenarnya tapi sempatlah search serba sedikit info mengenai tenaga boleh perbaharui atau tenaga lestari ni.

Bengkel ini adalah anjuran SEDA. Apa tu SEDA? SEDA ialah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) adalah sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA ). Berikut adalah sedikit overview mengenai SEDA
The Sustainable Energy Development Authority of Malaysia (SEDA Malaysia) is a statutory body formed under the Sustainable Energy Development Authority Act 2011 [Act 726].  The key role of SEDA is to administer and manage the implementation of the feed-in tariff mechanism which is mandated under the Renewable Energy Act 2011 [Act 725].
Bengkel ini bertujuan untuk mendidik orang ramai mengenai keperluan untuk tenaga alternatif seperti solar, biomas dan Bio Gas dan mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil seperti arang batu dan gas. Itu serba sedikit mengenai bengkel ini. Maklumat bengkel ini adalah seperti dibawah.
Event               : Clean Energy for the future : Content Development Workshop
Venue              : Berjaya Times Square Hotel , Kuala Lumpur
Time                : 9.00 am  – 1.00 pm            
Day/Date        : October, 20th  2013 ( Sunday)
Menariknya mengenai event ini ialah, setiap peserta akan diberi Baucer JUSCO bernilai RM100. Menarik tu kan? Aku memang tertarik nak hadiri bengkel ini sebab aku nak ambil ilmu mengenai tenaga lestari ni. Yalah, zaman sekolah dulu ada juga belajar pasal tenaga altenatif ni tapi bila dah keje, haruslah lupa semua perkara tu kan. Haa..dah ada orang invite ni, eloklah juga kalau pergi. Bukan senangkan orang nak invite gitu2 je kan.

Oh ya, ada sesiapa yang dapat jemputan yang sama tak? Kalau ada, korang pergi tak? Jom pergi nak? Insha Allah, jika diizinkan, aku nak pergi dan esok aku akan hantar borang penyertaan tu. Tarikh akhir hantar borang ialah pada 10 Oktober 2013. Baiklah, sekian dulu untuk entri kali ini.

Okay...till meet again

12 comments:

  1. dapat baucer tu yg rasa bersalah kalau tak join kan? hehehehe... nnti update yer xtvt kat sana.

    ReplyDelete
  2. beznye siap dpt baucer lg tu
    nnti kongsikan picnya bersama kami k

    ReplyDelete
  3. acik dapat invitation ..tapi tak dapat pergi

    ReplyDelete
  4. Sally: tak dapat? Ala...kalau tak boleh pegi sesama

    Mieza: Nnt check emel lagi ya

    BUNDA: Saya pun baru tahu ni

    nea lopah: haha..tu la. rm100 tu banyak juga kan

    Yumida: Insha Allah, kalau saya pegi saya share ya

    Aku Penghibur: Oh ye ke Acik.

    ReplyDelete
  5. wah macam bes ja . nti lepas balik dari tmpat tu jgn lupa update k. ^_^

    ReplyDelete
  6. best nya.. tak dapat pun jemputan tu..

    ReplyDelete
  7. rugi kalu tak pergi. dapat bauncer rm100 tu. best..


    recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 8

    ReplyDelete

My friend say: