Saturday, October 26, 2013

Samsung Galaxy S4 Zoom In The House!!

Assalamualaikum...

Kalau sebelum ini aku ada buat simple review mengenai Samsung Galaxy S4 Zoom, hari aku keluar Jalan-jalan Bersama Keluarga keluarga aku sebab kembar aku nak beli handphone baru. Sekarang ni kembar aku guna Samsung Tab 7.0 Plus sejak beberapa tahun yang lalu. Aku pulak pakai HTC je.
S4 Zoom

Nak jadi cerita, masa aku saja-saja search pasal Samsung S4 ni, aku terjumpalah pasal S4 Zoom ni. Kebetulan pula kembar memang pernah cakap yang dia dalam plan nak beli handphone baru sebab dia nak jadikan tab tu sebagai gadget khas untuk dia main game semata. Aku pun dengan baik hati plus beria search untuk cik kembar. Aku kan memang suka bab-bab gadget ni cuma tang nak membeli je aku memang takkan beli. Hahaha. Pada aku, yang penting handphone tu boleh online internet dan mudahkan aku untuk bergambar dah cukup. 

So, petang tadi lepas balik Nilai beli kain untuk mak, kitorang terus menuju ke The Mines dengan hasrat nak temankan cik kembar cari handphone yang diinginkan. Memang dia dah target S4 Zoom. So, sampai je kat The Mines, terus je ke IT Centre tu la. Firstly, kitorang pergi ke kedai Samsung untuk survery dulu. Dah survey, terus je ke kedai telephone yang kami selalu beli handphone tu. Chinese guy yang jual handphone tu pun dah kenal kitorang sebab kami 3 beradik memang beli handphone kat dia. Service bagus dan dia akan seboleh mungkin bagi banyak free gift and good offer untuk kitorang. 
S4 Zoom

Kembar aku pilih Samsung S4 Zoom untuk fungsi telefon dan kamera. Heheh..Dah beli je apalagi, terus je test kamera tu kan. Gigih ni gi amik gambar mak kat tiang. Hahaha. Maka tercapailah hajat kembar aku nak tambah koleksi handphone dia dan bertambahlah lagi koleksi barangan Samsung kat rumah aku ni. Okay..ada sesapa baik hati nak sponsor aku Samsung Note 3? Hahhaha

S4 Zoom
Okay...till meet again

5 comments:

  1. cantiknya...geram nengok...tapi Dik An tengah jatuh centa ngn note 3 huhu...

    ReplyDelete
  2. belum pernah pakai samsung lagi......

    ReplyDelete
  3. masih bertahan dengan experia.. hehehe

    ReplyDelete
  4. cantiknyaaa.... deno pernah pakai sambung dulu sekali... masa tepoon biasa... pastu pakai nokia sampai skrg

    ReplyDelete

My friend say: