Thursday, October 31, 2013

Pasang Surut Kehidupan

Assalamualaikum...

Entri kali ini berkaitan dengan Wordless Wednesday #2 [30.10.2013] yang aku post semalam. Tertarik aku dengan komen-komen yang aku terima daripada rakan-rakan blogger.
Sebelum itu, terima kasih aku ucapkan kerana perihatin terhadap diri ini. Alhamdulillah, korang memang kenalan yang baik hati. Sebenarnya apa yang aku post tu reflect dengan apa yang aku rasai sekarang. Biasalah, dalam hidup, tak semestinya kita akan selalu gembira kan? Ada masa kita happy, ada masa kita bersedih.

Dalam hidup ni, kalau kita asyik gembira pun mesti tak best. Kadang tu, kesedihan itu sebenarnya pemanis hidup. Percaya tak apa yang aku cakap ni? Kenapa aku cakap camtu? Aku yakin bahawa kalau kita hanya kenal kegembiraan, pasti hidup ini tak seimbang. Semuanya nampak sama je. Andai kita hanya tahu gembira, kita takkan pernah tahu apa rasanya hati bila disakiti. Kan?

Memanglah tak best bila bersedih tapi sesekali rasa itu perlu ada. Kita hanya akan kenal hidup bila kita tahu apa rasanya gembira dan sedih. Kita hanya kenal erti hidup bila rasai susah dan senang. Itulah namanya kehidupan. Pasang surut kehidupan itu perlu kerana itulah yang mengajar kita untuk mengenal erti kehidupan. Dari situ jugalah kita lebih mengenali diri sendiri.

Apa yang kita perlu lakukan ialah, sentiasa berfikiran positif. Allah takkan menguji andai kita tak mampu hadapi ujian itu. DIA memberi kerana itulah yang selayaknya kita terima. Dia menguji kerana Dia kasihkan kita. Pasang surut kehidupan kita, hanya DIA yang berkuasa menentukan. Pasang surut kehidupan, pasti terkandung hikmah disebaliknya.

Apa yang aku katakan diatas tak lebih sekadar untuk mengingatkan diri ini dan juga buat kalian semua. Aku sentiasa yakin, setiap yang terjadi pada diri ini, pasti ada hikmah yang tersembunyi. CUMANYA, hanya masa dan takdir yang menentukan.

Okay...till meet again

9 comments:

  1. Bertabahlah. Apa yg berlaku, mungkin ada hikmah disebaliknya. Anggaplah kita ni di uji dgn ujian yang sedikit, klo nak dibandingkan dgn org yg lebih hebat dugaannya dari kita.

    ReplyDelete
  2. setiap yg berlaku tu ada hikmahnya... ^_^

    ReplyDelete
  3. positive thinking dan bertawakal dengan apa yang berlaku....

    ReplyDelete
  4. saya dah byk kali melaluinya . bilik tidur adalah tpt melepas perasaan tanpa diketahui sesiapa selain DIA . Walaupun pahit , terluka dan sgt derita , kita tetap perlu teruskan langkah perjalanan . seboleh mungkin pujuk hati utk terus bersangka baik dan berfikiran positif ...

    ReplyDelete
  5. ada hikmah disebalik kedukaan seseorang tu...moga dipermudahkan la ye

    ReplyDelete
  6. you know am always there for you and you know how to reach me there... am always ready to be your shoulder to cry on dear...

    ReplyDelete
  7. Allah tahu yg terbaik utk kita...

    ReplyDelete
  8. Be positive ..setiap yang berlaku ada hikmah k..benyakkan beroda.In Shaa Allah things will be fine..

    ReplyDelete
  9. be +ve.. insyaAllah Dia tahu yang terbaik untuk kita

    ReplyDelete

My friend say: